Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Cerai Susu Badan Ibu Dengan Anak Sulung

Pengalaman menyusukan anak sulung memang perjalanan yang sangat lama dan mengajar saya banyak perkara, sampai tak dapat nak coretkan semuanya dalam entry ataupun Ebook saya nanti. Ianya tanda kasih saya sebagai mama walaupun banyak kekurangan sebagai seorang mak. Sedih ni.

Imbas balik, saya saja tanya suami bila nak tambah anak. Dia cakap bila Yaya dah wean off. Masa dia cakap macam tu, saya tengah susukan Yaya (dalam kereta). Saya rasa sebak. Sebab selama ni boleh kata kami ni asyik berkepit je. Nenen je 24 jam. Ok create the story nih.

Lepas habis tempoh dua tahun saya nyusukan anak, dia bagi saya rehat selama setahun sebelum "making another baby". Tapi, murah rezeki Yaya walaupun mama kena pulun ikut konsep demand & supple lagi. Yaya dapat menyusu selama 3 tahun sampai saya mengandung.



Cerai Susu Badan Ibu Dengan Anak, Bercerai Susu, Bercerai Susu Ibu, Tips Bercerai Susu Badan, Cara Ceraikan Susu Badan, Cara Ceraikan Susu Ibu,


Masa mengandung pun saya duk menyusukan baby besar lagi. Orang tak tau Yaya masih menyusu sebab masa pergi berjalan dia tak mintak. Tapi tunggu saya baring dia pun datanglah menempek..hehe..

Vitamin Untuk Kecantikan Kulit Yang Anda Tak Pernah Tahu

Semua perempuan nak kulit yang cantikkan. Kulit cantik ni no.1 sebelum suami. kannnn. Tahu tak, sebarang kekurangan vitamin akan mempengaruhi kulit cantik dan keceriaannya. Harini nak cerita rahsia disebalik kepentingan vitamin untuk kejelitaan wajah.


Vitamin A Untuk Kejernihan Wajah

Vitamin A juga sering disebut sebagai VITAMIN CANTIK. Vitamin A yang memenuhi keperluan orang dewasa ada dalam Carotomax. Caratomax menjaga kebersihan dan kesegaran kulit wajah serta melindungi kulit dari sinaran UV.



Rahsia Kecantikan Kulit Wajah, Vitamin Cantikkan Kulit, Vitamin Cantikkan Kulit Muka, Vitamin Untuk Cantikkan Kulit, Petua Kulit Cantik, Petua Kulit Cantik Berseri, Petua Kulit Cantik Dan Putih,

Petua Tambah Susu Badan Dengan Cepat

Saya faham perasan cemas dan risau bila susu badan merudum atau pun susu badan tetap sikit semasa baru-baru melahirkan bayi kerana saya pun pernah berada dalam situasi para ibu. Kat sini saya nak kongsikan sedikit beberapa petua untuk tambah susu badan.

Bagi yang ingin tahu petua tambah susu badan dalam pantang boleh ikuti 7 Langkah Banyakkan Susu Badan yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Ibu berpantang yang ingin menyusukan bayi tetap kena ikuti beberapa pantang larang yang memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kerana ketika ini ibu dan anak dalam proses pemulihan tenaga dan kesihatan.



Banyakkan Susu Badan Ketika Pantang Dengan 7 Langkah

Kita kena ikhtiarkan cara banyakkan susu badan sepatutnya ketika mengandung lagi. Kalau terlepas/tak tahu tak mengapa, ada can lagi kita usahan banyakkan air susu badan semasa pantang. Ada beberapa langkah untuk banyakkan susu badan ketika berpantang ni iaitu:

1. Jaga Pemakanan Semasa Berpantang

Tak salah ikut cara berpantang orang dahulu, tapi pastikan makanan itu berkhasiat dan seimbang mengikut keperluan ibu yang menyusukan anak. Ambil makanan banyakkan susu badan yang kaya dengan protein dan kalsium untuk penghasilan air susu ibu. Ambil lauk seperti ayam, ikan dan ikan bilis. Anda boleh masak secara kukus, rebus atau bakar.

Jangan lupa ambil sayur-sayuran kerana selain kaya dengan kalsium dan digunakan sebagai petua banyakkan susu badan, sayur-sayuran merupakan agen detoksifikasi juga dan memudahkan pelawasan. Antara sayur-sayuran yang terkenal ketika berpantang adalah, sawi, kucai dan pegaga.

Minum air suam secukupnya 3 liter sehari. Minum secawan setiap setengah jam. Aktivti menyusu menyebabkan ibu kerap dahaga. Kurang minum air dalam sehari akan menyebabkan kegagalan organ dalaman. Dan mengurangkan pengeluaran susu badan.


Banyakkan Susu Badan Ketika Pantang, Banyakkan Susu Ibu Ketika Pantang, Banyakkan Susu Badan Semasa Pantang, Cara Banyakkan Susu Badan Dalam Pantang, Petua Banyakkan Susu Badan Semasa Pantang,

Petua Hilangkan Sakit Tekak Dan Batuk Yang Lambat Sembuh

Batuk adalah cara tubuh kita membuang bahan yang berjangkit. Batuk sesekali tidak perlu dirisaukan terutamanya apabila tekak berasa gatal. Tetapi jika kita atau ada ahli keluarga yang batuk berterusan, mungkin merupakan satu masalah yang serius dan memerlukan pemeriksaan doktor secepat mungkin.

Batuk boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:-

1. Gangguan pada farinks (kawasan di belakang tekak), boleh dikesan melalui susah nak keluarkan suara akibat sakit tekak.

2. Makan makanan yang berempah, pedas dan beralkohol

3. Keadaan persekitaran yang berhabuk, ada aktiviti merokok, pencemaran industri dan alam sekitar seperti asap pembakaran dan juga jerebu.


Kebanyakkan batuk dimulai dengan selesema terlebih dahulu. Jadi petua paling penting untuk melegakan batuk adalah dengan menyembuhkan demam selesema terlebih dahulu. 

Biasanya batuk yang teruk akan mengganggu ketika kita hendak menelan makanan kerana mukus atau kahak banyak berkumpul di rongga hidung dan juga saluran pernafasan.



Hilangkan, Melegakan, Bayi, Cara, Sembuh, Anak, Tips, Kurangkan


Petua Untuk Menghilangkan Batuk dan Sakit Tekak

1. Bakar limau nipis yang masak sehingga ia pecah sendiri. Ambil hanya satu camca teh jus limau ditambah dengan suku camca teh madu. Ulang kuantiti yang sama setiap selang masa 30 minit. Anda akan lega serta merta


Hilangkan, Melegakan, Bayi, Cara, Sembuh, Anak, Tips, Petua, Kerongkong, Kurangkan, Kerongkong, Sakit, Gatal, Tekak

Punca Luka Lambat Sembuh

Selalu sangat kalau luka lambat sembuh je orang risau kalau-kalau terkena diabetes. Sebenarnya tak semestinya begitu, luka lambat sembuh disebabkan beberapa perkara, tapi yang penting apa kita adalah apa yang kita makan. Ok jom check it out.

LUKA YANG LAMBAT SEMBUH

1. Luka Atau Lebam Yang Lambat Sembuh Dari Kebiasaannya Tetapi Kelihatan Tidak Seperti Dijangkiti Kuman

Biasanya disebabkan sistem imun yang lemah. Puncanya adalah nutrisi yang kurang, kekurangan Vitamin K dalam tubuh. Ubat-ubatan yang berunsurkan steroid juga boleh menyebabkan luka dan lebam lambat sembuh. Rawatan kanser juga boleh menjadi penyebabnya.

Apa yang perlu dilakukan adalah ambil multivitamin Vita-Lea Iron Formula dan ambil banyak sayuran yang berdaun hijau dan berklorofil adalah sumber vitamin K yang terbaik. Hentikan penggunaan steroid, dan juga berjumpa dengan pakar diet untuk mengetahui diet yang betul sesuai dengan keperluan tubuh setiap individu.


Kenapa Luka Lambat Kering, Kenapa Luka Kering Gatal, Kenapa Luka Bernanah, Kenapa Luka Lambat Sembuh, Luka Lambat Baik, Kenapa Kudis Lambat Sembuh, Luka Lambat Sembuh, Luka Lambat Kering, Luka Lambat Sembuh Tanda HIV, Cara Sembuhkan Luka, Tips Sembuhkan Luka Pembedahan, Tips Sembuhkan Luka Bersalin, Tips Sembuhkan Luka, Petua Luka Cepat Kering, Petua Luka Bernanah, Petua Luka Pembedahan Cepat Sembuh, Petua Luka Bersalin Cepat Sembuh


22 Ciri-Ciri Anak Cerdas Dan Pintar

Faktor baka memang membantu menentukan kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, bakat dan kepintaran yang mereka perlu dikembangkan. Perkembangan otak yang pesat adalah ketika berumur satu hingga lima tahun. Selepas itu apabila tidak diransang, perkembangan mereka akan sama seperti kanak-kanak sebaya.

Kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai beberapa kebolehan lebih awal berbanding kanak-kanak yhang sebaya dengannya. Ibu bapa boleh merujuk di sini ciri-ciri yang ketara bagi anak yang pintar dan cerdas. Antaranya adalah:

1. Mempunyai perasaan curiga dan perasaan ingin tahu yang tinggi. Sebab itu mereka suka bertanya

2. Apabila bertanya, anak pintar ini lebih berminat mendapatkan isi dan kandungan jawapan baru. Sebab tu mereka suka bertanya berulang-ulang kali. Sampailah jawapan yang diberi memuaskan hati.

3. Mempunyai idea-idea baru yang kreatif dan kadangkala dianggap pelik.

4. Apabila ada yang bertanya, anak yang cerdik ini selalu memberi jawapan yang unik dan jawapan mereka biasanya luar jangkaan.

5. Anak yang cerdas pemikirannya menggunakan kaedah ataupun memberi cadangan tersendiri bagi menyelesaikan masalah

6. Kreatif terutamanya dalam menguasai kemahiran. Anak-anak ini dapat menggunakan baran ataupun peralatan yang biasa secara kreatif dan dapat membuat pelbagai kegunaan daripada sesuatu jenis barang ataupun peralatan.

7. Sedari kecil, anak-anak cerdas ini dapat menghasilkan sesuatu yang abstrak dan tidak mungkin mampu dihasilkan oleh kanak-kanak lain seusia dengannya. Biasanya orang dewasa menganggap mereka sebagai buat sepah.

8. Mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi, aktif dan pelik. Mereka juga mempunyai keupayaan yang tinggi bagi menzahirkan imaginasi mereka itu.

9.  Suka mencuba sesuatu yang baru terutamanya perkara yang dianggap tidak padan dengan usia atau bahaya oleh orang dewasa

10. Apabila mempelajari atau melakukan sesuatu kemahiran, mereka cepat menguasai dan mahir serta kebiasaannya tidak memerlukan arahan yang terperinci.

11. Ciri-ciri anak pintar juga adalah mudah jemu dengan perkara yang berbentuk fakta terutamanya aktiviti menghafal. Jadi ibu bapa kena tahu cara mendidik anak cerdas ini.

12. Dapat bercakap, membaca, menulis ataupun memahami percakapan orang dewasa pada awal peringkat umur.

13. Mampu memahami arahan dengan mudah walaupun hanya sedikit arahan. Sedangkan kanak-kanak sebaya memerlukan arahan diberi dengan lengkap dan diajar langkah demi langkah.

14. Anak yang pintar mampu memusatkan tumpuan lebih lama pada sesuatu perkara atau aktiviti terutamanya apabila melibatkan kemahiran baru.

15. Mereka mempunyai hobi atau minat yang tidak pernah difikirkan oleh rakan-rakan sebayanya.

16. Tidak suka duduk diam. Ada sahaja kerja atau aktiviti yang ingin dilakukan.

17. Mempunyai tenaga yang banyak, sebab itu, golongan kanak-kanak pintar ini dilihat begitu aktif.

18. Bersifat percaya kepada diri sendiri, berani, rajin, agak degil dan stabil.

19. Mereka mampu memproses dan menganalisi maklumat secara matang dan meyakinkan.

20. Mereka juga mudah sensitif kepada alam sekeliling, oleh sebab itu mereka mudah menyesuaikan diri dengan alam dan persekitaran baru.

21. Mereka mudah bergaul dengan cepat

22. Mempunyai daya kepimpinan dan sering bersifat lebih dominan serta superior apabila berada dalam kumpulan yang sebaya.

Anak yang pintar ini sering lebih maju dari kanak-kanak yang seusia dengannya. Ibu bapa perlu tahu cara mendidik anak yang baik dengan pintar ini agar dapat memperkemaskan dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada anak-anak kita.

Walaubagaimanapun anak adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah s.w.t. dan kita harus menghargai mereka. Setiap anak dilahirkan dengan kebolehan dan keistimewaan masing-masing. Yang penting mereka dididik dengan ilmu dunia dan agama agar hidup mereka ada pegangan dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.



Atiqah Aziz
SID: 882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com

Susukan Anak Ketika Ibu Kena Demam Campak Bahaya Atau Tidak

Bila ibu yang menyusukan anak kena penyakit demam campak perkara yang paling serabut sekali adalah risau baby demam campak juga nanti. Masalahnya risau sebab kecil lagikan, kesian tengok anak tak tahan tanggung sakit.

Tapi sebenarnya kalau dah duduk serumah tu, memang tak boleh lari kemana, jangkitan tu tersebar melalui pernafasan yang tersebar melalui udara, sentuhan dan bekas tempat sentuhan yang kita tak sedari, takkan nak terapung-apung dan pakai sut macam angkasawan dalam rumahkan.

Dan sebenarnya ibu boleh terus berikan susu badan semasa ibu sedang dalam proses pemulihan dari virus demam campak tu. Bagaimanapun, ibu digalakkan tidak menyusukan anak secara terus (direct feeding). Air bisa dari bintik-bintik demam campak dewasa ini dikhuatiri akan masuk dalam mulut baby, tak eloklah kan, tak bersih, lepas tu risau jangkitan kuman pula pada anak

Jadi sebaiknya, ibu balut dulu dengan kain atau sapu tangan yang mempunyai daya serapan yang baik disekeliling payudara kecuali puting sahaja. Tapi kain tu janganlah ambil yang tebal pulak. Nipis pun ok. Susu badan apabila diperah atau pam akan memancut jadi takkan bercampur dengan air bisa chicken pox tu. 

Pemberian susu badan bukanlah confirm anak tak akan berjangkit dengan ibu. Tetapi susu badan mempunyai antibodi, anti alergi, anti parasit, anti virus yang dapat meningkatkan sistem imun anak dan seterusnya cepat melawan jangkitan demam campak tersebut. Susu formula tak ada semua kelebihan ini tau.





Jadi susu badan merupakan ubat kepada rawatan demam campak secara semulajadi dan percuma kepada anak. Sayang sangat kalau tak bagi. Demam campak bayi lebih cepat sembuh berbanding demam campak orang dewasa. Dan parut mereka lebih cepat hilang seiring tumbesaran mereka.

Tak sampai hati tengok keadaan anak kena chicken pox?

Optimumkan dan membantu proses pemulihan ibu daripada penyakit demam campak serta memberi kuasa imunisasi campak demam kepada anak melalui pemberian susu ibu yang kerap dengan Set Optimum Sistem Imun.



Atiqah Aziz
SID:882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com

Cara Pulihkan Demam Campak Dewasa Dengan Cepat

Cepatkan Pulihkan Demam Campak Dengan Set Optimum Sistem Imun

Ada cara cepat untuk bantu proses pemulihan demam campak dewasa. Tak menyakitkan, lebih mudah malah anda berasa lebih cepat sihat.

Set Optimum Sistem imun yang mengandungi 3 produk yang wajib diambil bagi orang dewasa yang terkena demam campak ini. Iaitu Nutriferon, Sustained Release Vita-C Plus dan juga ESP

Nutriferon

Nutriferon membantu meningkat sistem imun dalam masa 3 hari. Istimewanya nutriferon ini adalah merupakan satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Sebab itu nutriferon ini juga sesuai dijadikan supplement untuk kanak-kanak juga. 

Nutriferon meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun dan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh virus, mikrob dan kuman.


Sustained Release Vita-C Plus

Juga meningkatkan dan mengukuhkan sistem imun. Tindakannya menentang bakteria dan kuman. Membantu menyingkatkan waktu pemulihan jangkitan. Kolagen dan antioksidan Vitamin C membantu kulit yang hodoh akibat parut demam campak kembali cantik.


ESP

Protein sangat penting dalam untuk mempercepatkan penyembuhan luka setelah bintil-bintil air bisa demam campak pecah, mengurangkan kesan parut dan mengembalikan radian kulit. Protein soya juga memberi tenaga tambahan seharian segera kepada ibu, jadi ibu masih cergas walaupun sedang dalam proses pemulihan demam campak.

Penggunaan Set Optimum Sistem Imun ni bukan sahaja selamat dan mempercepatkan proses pemulihan dalam dan luaran tubuh untuk demam campak dewasa sahaja. Malah sesuai untuk bantu cepatkan proses pemulihan untuk ibu menyusu yang kena demam campak sekaligus secara tak langsung sebagai ubat demam campak bayi melalui pemberian susu badan.

Penggunaan Set Optimum Sistem imun ini selamat kepada anak yang disusui, meningkatkan daya tahan tubuhnya melawan jangkitan demam campak pada bayi dan juga membantu tambah susu badan.






Atiqah Aziz
SID:882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com


Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat

Perkongsian cerita dari seorang downline saya Nor Hashimah Hashim pasal kawan dia. Kawan dia seronok sebab berjaya banyakkan air susu badan setelah menggunakan produk banyakkan susu ibu yang disyorkan oleh Kak Shimah.

Saya pun tumpang seronok, kawan dia berjaya berikan susu yang terbaik buat anak dia. Sebenarnya kawan dia ni mula ambil produk ni semasa mengandung lagi dan seterusnya digunakan sehingga selepas melahirkan anak untuk banyakkan susu badan. 

Antara vitamin tambah susu badan shaklee yang dia ambil adalah Alfalfa Complex , Ostematrix, Zinc Complex, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea dan B Complex. Semasa mengandung dia tak makan lagi Alfalfa Complex dan Zinc Complex tu. Dia simpan untuk vitamin selepas bersalin.

Beliau tak ambil ESP sebab dia hanya boleh ambil supplement yang berbentuk kapsul atau tablet sahaja. Tak mengapa, terdapat beberapa pilihan set vitamin Shaklee yang boleh disesuaikan dengan keadaan pengguna.

Cara Hilangkan Sakit Otot Dengan Super Antioksidan

Punca sakit otot biasanya terjadi disebabkan pergerakan postur tubuh yang salah, ketegangan otot, penggunaan otot yang berlebihan dan juga kecederaan ringan. Biasanya kita dapat rasa kesakitan ini setempat atau pun pada beberapa bahagian tubuh.

Seperti sakit otot pada kaki, sakit otot di bahagian pinggang, sakit otot punggung (biasa terjadi disebabkan duduk terlalu lama). Sakit otot bahu pula cenderung kepada mereka yang stress sebenarnya.

Sakit otot betis biasanya disebabkan oleh penggunaan otot yang berlebihan seperti jarang melakukan aktiviti sukan atau terlalu banyak menggunakan otot kaki seperti berlari dan bermain bola sepak.

Ramai juga yang mengalami sakit otot belakang. Kesakitan ini disebabkan pelbagai faktor seperti cara duduk dan cara memandu yang salah, cara berdiri dan berjalan , cara tidur atau rehat yang salah juga cara mengangkat barang yang salah.

Orang yang bekerja dilapangan seperti berkebun dan bekerja di tapak pembinaan juga cenderung untuk sakit belakang disebabkan cara membuat kerja dan menggunakan peralatan yang salah.



Resepi Daging Masak Hitam Mudah

Asalnya nak masak daging masak merah kesukaan suami. Tapi tengok stok cili pes tak cukup la pulak. Masa dah suntuk sebab adik dah start mengantuk. Budak tengah naik akal, awal-awal tak nak tidur seronok main dengan kakak.

Jadi ubah resepi saat akhir jadi menu daging masak hitam. Boleh tak?. Hahaha, boleh aje. Sebenarnya tak sempat a.k.a malas tengok resepi kat buku resepi dengan resepi dalam internet jugak. Jadi belasah je ingat-ingat lupa rasa daging masak hitam tu.

Dah kejap-kejap sikecik dua-dua orang ni kejap datang melawat dapur. Ingat diorang ni buat lawatan muhibbah saje-saje ke. Kalau tak bagi mama macam lipas kudung tu bukan budak-budak la namanya. Hahaha. 

Kalau abahnya ada, dalam duk melayan pun diorang suka jugak nak melepas rindu kat mama. Anak-anak mamalah katakan. Hari-hari duk berkepit  menyusu badan bawah ketiak mama. Itu yang manja semacam sampai ke besar. Nak-nak yang si kakak tu. lol

Bahan-bahan Untuk Daging Masak Hitam

Cili kering yang diblender dengan bawang
Daging yang dihiris ikut kesukaan masing-masing
Minyak untuk menumis
Jintan putih
Jintan manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Kayu manis
Sedikit bunga cengkih
Santan
Kicap
Air

Testimoni Berjaya Hamil Setelah Guna Set Kesuburan Shaklee

Hari ni nak tunjuk sikit testimoni pengguna berjaya hamil setelah menggunakan set kesuburan Shaklee. Dah 13 minggu usia kandungan dia masa testimoni direkodkan. Mestilah seronok nak dapat babykan, tanda cinta suami isteri.

Pada mulanya pasangan ni dah cuba macam-macam cara untuk mudah hamil. Makan masa yang lama tapi masih rezeki nak hamil cepat tak kesampaian juga. Sampai satu hari, pasangan ni terbuka hati nak mencuba cara mudah untuk hamil dengan Set Kesuburan Shaklee.

Mula-mula tak ambil Full Set Tambah Zuriat Shaklee ni, si isteri ni cuba dulu ambil GLA Complex dan Alfalfa Complex secara konsisten seperti yang disarankan oleh SID. Kedua-dua supplement ini berperanan memperbaiki hormon wanita, membantu memperbaiki masalah-masalah kewanitaan juga meningkatkan kehangatan hubungan suami isteri.

Suami beliau pula ambil CoQ Health. Coq Health Plus mengandungi Vitamin E yang meningkatkan bilangan sperma orang lelaki. Juga Meningkatkan tenaga dan stamina harian. Kalau dua-dua pasangan asal malam je dah letih, macamana nak adakan aktiviti larut malamkan.

Resepi Kuih Siput Simple Buat Bersama Anak-Anak

Baca dah kan tajuk tu. Al-kisah Yaya buat luahan perasaan mama tak nak main art attack dengan dia. Masalahnya sikecik sorang lagi tu tidur kejap je.

Bila mama dengan kakak sibuk berkreatif, adik pun nak menyibuk juga. Tak padan ngan umur baru setahun jagungnya. Hehe

Semua jenis permainan Yaya tak nak main melainkan nak buat art attack (reka benda, gunting, gam, tampal, mewarna). Mama pun jenuhlah perah otak sambil sibuk melayan adik yang sibuk nak bermanja. Sibuk nak nenen kejap-kejap sambil berenti main sekejap. Adoyaiii.

Lepas tu cakap dengan Yaya; "jom buat kuih siput nak?. Yaya tolong buat, nak?"

Bersinar mata dia sebab nanti boleh buat main ala-ala playdoh. "Ok. Nak-nak"

Ok, dah dapat green light dari Yaya, barulah mama terhegeh-hegeh cari resepi

kuih siput ni. Mama tak pernah buat sendiri lagi. Tolong opah tu pernah le. (Malas punya mak)

Suplemen Yang Bagus Untuk Anak

Kalau pergi klinik doktor suka tarik perhatian budak-budak supaya jangan takut. Selalunya dia beri vitamin c utuk anak.

Pemberian suplemen untuk kanak-kanak adalah bagus kerana dari usia setahun hingga lima tahun perkembangan minda dan pertumbuhan adalah pesat ketika ini. Sebab itulah kita harus menjaga kesihatan dan pemakanan anak sedari awal.

Ya, memang betul susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk anak. Tapi tak salah untuk tambah vitamin buat anak sebagai suplemen tambahan sementelah sekarang cukup mudah penyakit berjangkit seperti demam virus, selesema dan batuk. 

Supplement bukan ubat untuk elak anak dari jatuh sakit sikit langsung. Sebaliknya menguatkan daya tahan tubuhnya untuk melawan jangkitan serta mengurangkan risiko penyakit lain akibat sakit demam batuk selesema yang lambat sembuh seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru dan sebagainya.


supplement, supplement, kesihatan, minda, otak, selesema, batuk, sakit, jatuh, jangkitan, shaklee, ubat, tips, petua, cara, omega,

Set Hamil Yang Terbaik Dan Selamat

Proses ibu mengandung sampai melahirkan adalah momen yang paling seronok bagi seseorang yang bergelar wanita. Tips penting ibu mengandung perlulah menjaga kesihatan fizikal dan psikologi sepanjang tempoh kehamilan demi kesihatan ibu dan janin. Juga menjaga pemakanan ibu mengandung.

Ada ibu mengandung masa hamil tiada selera makan, makan je muntah-muntah. Macamana kan? Dan ramai juga yang mengidam masa tengah mengandung ni. Betul ke anak minta? Janin lagi kot. Dia makan je apa yang ibu dia makan.

Sebenarnya semua masalah-masalah ibu-ibu mengandung ini adalah disebabkan cara pemakanan ibu mengandung. Terdapat "lompong" khasiat yang diperlukan semasa ibu mengandung. Jadi sebab itu, sangat penting orang mengandung ni ambil supplement untuk ibu mengandung secara konsisten, kerana ibu menggunakan lebih banyak nutrient dan air semasa proses kehamilan

Semasa hamil ibu perlu menghasilkan 50% darah lebih daripada wanita normal. Pada ketika ini juga, metabolisma tubuh akan membakar tenaga setiap masa untuk pembahagian sel-sel dan perkembangan organ janin yang pesat. Badan bakal ibu masih dalam proses pembuatan plasenta bayi anda sehingga bulan ke empat kehamilan.





Shaklee, Vitamin, Ibu, Hamil, Kandungan, Anak, Kesihatan, Trimester, 1,2,3, Satu, Dua, Tiga, Bersalin


Kebolehan Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun


Pada umur satu tahun hingga dua tahun anak-anak biasanya:
  1. Sudah pandai berjalan dan suka berjalan di sekeliling kawasan rumah
  2. Sudah dapat menyusun barang ataupun permainan
  3. Menunjukkan minat kepada sesuatu perkara seperti permainan, benda, haiwan dsb
  4. Dapat memahami disiplin yang mudah dan ringkas
  5. Pandai berinteraksi dengan orang lain terutamanya ibu bapa dan adik beradiknya
  6. Mulapandai menunjukkan reaksi tidak suka ataupun marah
  7. Pandai bersosial (bermain dengan orang lain) dan boleh bermain sendiri

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula belajar sesuatu dengan lebih agresif. Jika kita lihat sedikit tidak sabar. Anak-anak akan berusaha membuka, mengoyak, mencabut, membaling ataupun memecahkan barang. Sebenarnya mereka ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan barang tersebut. 

Oleh itu, sebaiknya kita kawal rasa ingin melarang perbuatan mereka kerana merencatkan keinginan mereka. Sebaliknya awasi dan terangkan dengan bahasa yang mudah, pendek dan jelas kenapa mereka tidak boleh bermain atau memegang sesuatu barang itu dengan lebih lama. 

Aktiviti-aktiviti ransangan peringkat awal perlu diteruskan, biarkan anak-anak menerokai dunia baru mereka dengan gembira. Jangan hadkan dunia mereka. Tambah ransangan dengan aktiviti yang lebih memberi pengetahuan dan menjadikan sifat ingin tahu mereka dapat dipenuhi. Antara ransangan yang sesuai dengan umur dari setahun hingga dua tahun adalah:

Vitamin Yang Expired Boleh Makan Lagi Ke

Kita suka nak cuba makan sesuatu vitamin dan supplemen tu kan. Kita pun beli vitamin. Mula-mula memang semangat nak makan ubat vitamin hari-hari. Tapi boleh tahan konsisten 2 minggu je. Lepas tu makan cara celup-celup aje. Asal teringat.

Masalah datang bila masa kita terpandang atau teringat atau terajin nak mengemas. Tengok-tengok penuh deretan produk supplement yang kita ada. Check pula tarikh expirednya bila. Alamak dah expired. Kita rasa apa kita nak buat?. Selalunya kita buangkan. Risau keracunan makanankan?

NANTI DULU!!!


Expired, Makan, Boleh, Tamat, Tempoh, No, Harm, Selamat, Tanpa, Keracunan, Diambil


Khasiat Doa Banyakkan Susu Badan

Harini nak kongsi sikit cara lain nak banyakkan susu badan. bukan dengan produk banyakkan susu badan, bukan juga makanan yang banyakkan susu badan, tetapi adalah makanan rohani iaitu surah banyakkan susu ibu

Surah ini adalah sebahagian ikhtiar kita memohon pada Allah s.w.t dalam membantu usaha kita untuk banyakkan susu badan. Ada macam-macam doa banyakkan susu badan. Dan potongan surah ini adalah salah satu daripada doa memohon memperbanyakkan air susu ibu.




Baca doa ini ketika mahu menyusukan anak dan juga sebelum mengepam susu badan. Kemudian semasa mengepam dan menyusu sambil ingat atau tengok wajah/gambar anak hendaklah kita usahakan lagi dengan zikir banyakkan susu ibu iaitu berzikir menyebut Ya Matin 70 kali. Lebih baik dari scroll FB kan.

Selepas itu selepas itu amalkan zikir Ya Matin ini selepas solat subuh dan juga pada waktu malam. Niatkan untuk mohon pada Allah s.w.t untuk bantu tambah susu badan. Setiap kali selepas solat juga boleh baca ayat ini sebagai doa untuk banyakkan susu badan.

Sebenarnya berdoa ini tiada had, pantang larang. Berdoalah dan ingatlah pada Allah walau di mana kita berada. Hanya pada Allah tempat kita bertawakal da nberserah diri setelah puas berusaha.


Atiqah Aziz
SID:882854
Whatsapp: 0125770682
Email: atiqahaziz84@gmail.com

Pilihan Set Bersalin Ketika Berpantang Yang Bagus

Orang selalu cakap nak badan nak pakai lama (merujuk kepada wanita selepas bersalin). Memang penting penjagaan ibu bersalin memulihara bahagian keintiman itu, tetapi perkara utama adalah kesihatan dalaman wanita selepas bersalin. Inilah kepentingan penjagaan ibu selepas bersalin kerana selain perlu melayan suami perlu juga menjaga anak, rumah tangga dan bekerja.

Sebaiknya, walaupun berpantang sendiri, kita masih perlu menjalani proses berpantang selepas bersalin. Berpantang selepas bersalin secara tradisional banyak memberi manfaat kepada ibu selepas bersalin. Terutama dalam mengembalikan tenaga dan keserian wajah selepas berpantang. 

Sebagai contoh, cara berpantang selepas bersalin orang dulu-dulu yang masih dipraktikkan hingga harini seperti amalan mandi dengan herba mandian, bertungku dan bertangas serta berurut banyak memulihkan urat-urat dan otot-otot, melancarkan pengeluaran susu badan mengecutkan rahim, melancarkan darah nifas, membuang toksin serta menyegarkan badan, 

Cuma rawatan selepas bersalin seperti minum air akar kayu dan memakan herba selepas bersalin perlu berhati-hati kerana ini melibatkan bayi yang baru dilahirkan. Kerana risau susu ibu berkurang dan yang paling merisaukan adalah susu badan bayi mungkin naik, alergik, paras jaundis tinggi, mengalami cirit birit yang lain dari biasa, serta perut bayi tidak selesa. Jadi berhati-hatilah.




Menyusu, Nyusukan, Bersalin, Selepas, Makan, Pemakanan, Orang, Pantang, Sihat, Kesihatan

Produk Tambah Susu Badan Yang Paling Bagus Di Pasaran

Ibu yang ingin banyakkan susu ibu boleh berikhtiar dengan petua tambah susu badan yang nenek moyang kita kongsikan sejak zaman dahulu lagi. Sememangnya jika kita kaji makanan banyakkan susu ibu yang tok nek kita kongsikan ini kaya dengan khasiat vitamin dan mineral untuk tambah susu badan.

Seperti  makan pucuk daun kaduk, jantung pisang, longan kering, rempah kari, sawi, dan kucai sekadar menyebut beberapa nama makanan untuk ibu menyusu adalah cara paling mudah nak tambah susu badan. Kurma juga banyakkan susu ibu.


Tambah, Banyakkan, Produk, Vitamin, Supplement, Susu, Badan, Ibu, Pilihan, Terbaik,Cara, Tips, Petua
Eh lelaki ke perempuan ni?


Walaubagaimanapun, kekangan kita hari ni, mana sempat nak makan sebanyak mungkin sawi atau jantung pisang yang merupakan makanan yang banyakkan susu badan semata-mata untuk tambah susu badan. Silap hari bulan jantung pisang tu boleh menyebabkan ibu menyusu sakit perut berangin pulak.

12 Penawar Makanan Untuk Sakit Jantung

Jantung yang sihat akan mengembang dan menguncup sebanyak 72 kali seminit bersamaan 100,000 kali sehari atau hampir 40 juta kali setahun. Tugas jantung adalah menghuraikan sehingga setengah daripada makanan yang kita makan kepada tenaga untuk mengekalkan bahagian-bahagian tubuh dalam keadaan cergas.

Jantung mengepam darah dari vena ke dalam arteri yang mana menggalakkan pengaliran oksigen untuk menyuburkan keseluruhan tubuh daripada hujung rambut hingga hujung kaki dan melaraskan suhu yang menonjolkan reaksi emosi. Antara contoh, bila berdebar atau takut, jantung akan mengepam lebih laju daripada biasa.

Tahu tak, lebih 4000 gelen darah dipam melalui jantung setiap hari dan bertindak sebagai penghantar nutrien yang diperlukan ke setiap bahagian tubuh. Maka, tekanan jantung sebenarnya dipengaruhi oleh kesihatan jantung kita. Oleh itu, jantung kita memerlukan makanan penawar untuk mengekalkan fungsi jantung yang lancar.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry