Saya faham perasan cemas dan risau bila susu badan merudum atau pun susu badan tetap sikit semasa baru-baru melahirkan bayi kerana saya pun pernah berada dalam situasi para ibu. Kat sini saya nak kongsikan sedikit beberapa petua untuk tambah susu badan.
Bagi yang ingin tahu petua tambah susu badan dalam pantang boleh ikuti 7 Langkah Banyakkan Susu Badan yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Ibu berpantang yang ingin menyusukan bayi tetap kena ikuti beberapa pantang larang yang memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kerana ketika ini ibu dan anak dalam proses pemulihan tenaga dan kesihatan.
Bagi ibu-ibu yang telah melepasi tempoh berpantang, ini adalah petua menambahkan susu badan.
1. Kerap ambil makanan tambah susu badan.
Kat Malaysia ni banyak sungguh makanan yang digunakan sebagai petua tambah susu badan. Ada banyak jenis sayur yang bantu tambah susu badan terutamannya sayuran berdaun hijau seperti kaduk, sawi, kucai, brokoli dan lain-lain lagi. Habbatussauda juga penambah susu badan, sebegitu juga dengan kurma. Ambil makanan yang berempah dan halba juga antara petua tambah susu ibu
2. Amalkan minuman tambah susu badan.
Seperti air longan kering, minum susu soya, produk tenusu seperti susu kambing, susu lembu dan juga yogurt. Em, ramai juga yang minum horlicks sebagai alternatif menambah susu ibu.
Ramai ibu yang tak suka minum susu padahal susu untuk tambah susu ibu. Sebab itu supplement Ostematrix dan ESP bantu ibu dapatkan khasiat kalsium dan protein yang sangat diperlukan untuk menyusukan anak.
Seeloknya elakkan minuman yang bercoklat kerana ada bayi yang tak tahan seperti panas badan dan juga sembelit. Paling penting minum air masak secukupnya 3 liter sehari untuk bantu tambah pengeluaran susu badan dan juga agen detoksifikasi
Ramai ibu yang tak suka minum susu padahal susu untuk tambah susu ibu. Sebab itu supplement Ostematrix dan ESP bantu ibu dapatkan khasiat kalsium dan protein yang sangat diperlukan untuk menyusukan anak.
Seeloknya elakkan minuman yang bercoklat kerana ada bayi yang tak tahan seperti panas badan dan juga sembelit. Paling penting minum air masak secukupnya 3 liter sehari untuk bantu tambah pengeluaran susu badan dan juga agen detoksifikasi
3. Amalkan Konsep Demand Vs Supply
Lagi banyak pengeluaran lagi banyak penghasilan susu badan yang baru. Jadi breast pun sentiasa penuh. Sebaiknya ikut demand anak dan juga kosongkan payudara setiap 2-3 jam bersamaan sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari.
Jika anda sedang mengalami masalah susu merudum, cuba cara ini, amalkan power pumping setelah bangun subuh selama 2 minggu berturut-turut. Lakukan sekurang-kurangnya 1 kali tandem nursing setiap hari. Sebaik selesai mengepam atau menyusukan anak cuba urut perlahan dan perah menggunakan tangan (marmet) memadai dalam tempoh 5 minit bagi setipa belah payudara.
Minta suami urutkan belakang badan dan bawah ketiak terutamanya juga dapat membantu membuang angin punca susu badan berkurang dan memperbanyakkan susu kembali. Kalau dapat jumpa tukang urut lagi bagus.
4. Ambil Produk Tambah Susu Badan Sebagai Milk Booster
Sebaik-baiknya ambil vitamin tambah susu badan yang semulajadi, bebas sintetik dan non-gmo. Kerana kita adalah apa yang kita makan. Ibu yang menyusukan anak memerlukan lebih nutrisi berbanding wanita biasa.
Sekiranya ibu kurang nutrisi, bayi tetap dapat keperluan yang secukupnya melalui susu badan tetapi semakin lama badan ibu semakin lompong keperluan nutrisinya dan ibu mula perasan dirinya kerap kurang sihat, cepat letih, tension dan juga perasan susu badannya semakin sikit dan cair.
Ambil Set Tambah Susu Badan Shaklee Tripple M dapat membantu anda recover semua keperluan nutrisi yang diperlukan sebagai ibu menyusu, meningkatkan kesihatan ibu dan anak, membantu ibu sentiasa bertenaga dan tenang.
Set Supplemen Tambah Susu Badan Lengkap juga membantu tambah susu badan dengan rangkaian milkboosternya dan anda akan perasan anak cepat tidur lena, cepat kenyang dan susu badan anda kembali pekat
5. Doa Tambah Susu Badan
Lepas dah usaha dan konsisten semua perkara. Perkara terakhir adalah kembali berserah kepada Allah. Dialah yang beri rezeki susu badan buat anak kita. Baca keratan doa yang membantu memperbanyakkan susu badan dan juga doa spesifik untuk susu badan kekal banyak sehingga umur anak dua tahun.
Semua petua yang saya beri ini membantu anda menambah susu ibu dengan cepat. Merupakan gabungan ilmu dan pengalaman yang saya kutip semasa tempoh menyusukan anak sulung dan juga sedang menyusukan anak kedua. Yang penting kena istiqamah, konsisten dan rajin.
ATIQAH AZIZ
SID: 882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com
0 comments:
Catat Ulasan