Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Serius Sedap Multivitamin Kanak-kanak Vita-Lea For Children

Serius Sedap Multivitamin Kanak-kanak Vita-Lea For Children

Shaklee kini kembali dengan Multivitamin dan multimineral yang ditambah nilai untuk meningkatkan kesihatan anak anda. Vita-Lea for Children sentiasa selamat dan berkesan untuk anak anda. Multivitamin Shaklee ini didatangkan dengan rasa anggur yang sedap, seperti minuman yogurt berperasa anggur.

Vita-Lea ini juga digelar vitamin power kerana membekalkan 18 vitamin dan mineral yang penting untuk keperluan tumbesaran dan perkembangan minda anak anda. Sebesar coklat horlicks yang ada dipasaran dengan bau anggur yang wangi membuatkan orang dewasa pun terliur nak makan. Tiada masalah saiznya yang besar sedikit dari Chewable Vita-C Plus kerana Vita-Lea untuk kanak-kanak ini juga adalah chewable vitamin

Improved, Khasiat, Bertambah, Baru, Nutrisi, Sedap, Rasa, Perasa, Anggur, Kanak-kanak, Multivitamin, Anak, Sihat, Jarang, Sakit, Anggur



Improved, Khasiat, Bertambah, Baru, Nutrisi, Sedap, Rasa, Perasa, Anggur, Kanak-kanak, Multivitamin, Anak, Sihat, Jarang, Sakit, Anggur




Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.



Keistimewaan Vita-Lea For Children Yang Buat Ibu Bapa Borong Beli


  • 100% keperluan Vitamin C, Vitamin D dan kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kanak-kanak
  • 200mg Calcium, Magnesium, Zinc, Copper dan banyak lagi
  • Mengandungi hanya pemanis semulajadi dengan xylitol dan tidak menggalakan kaviti gigi
  • Tiada pemanis tiruan, perisa tiruan  atau bahang pengawet ditambah.
  • Bebas Gluten - Rasa anngur semulajadi
Improved, Khasiat, Bertambah, Baru, Nutrisi, Sedap, Rasa, Perasa, Anggur, Kanak-kanak, Multivitamin, Gigi, Tak, Rosak, Kerosakan, Kaviti, Anak, Sihat, Jarang, Sakit

Budak ni faham sahajalah bukan semuanya dia suka makan, dan perutnya pun bukanlah besar mana nak makan pelbagai jenis makanan untuk dapatkan keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan. Jadi, multivitamin Vita-Lea For Children ini membantu mencukupkan keperluan vitamin dan mineral yang tak cukup diperolehi daripada pemakanan harian mereka.

Home Remedies Penyakit HFMD Tanpa Guna Antibiotik

Home Remedies Penyakit HFMD Tanpa Guna Antibiotik

Bila anak anda dijangkiti penyakit kaki tangan dan mulut doktor tidak akan memberi antibiotik kepada anak anda kerana virus coxsackie akan menentang antibiotik tersebut. Sebaliknya doktor akan memberikan ubat demam dan juga ubat sapu kepada anak anda.

Penyakit kaki tangan dan mulut ini biasanya mengambil masa antara 3 hingga 7 hari untuk sembuh sendiri. Manakala semua parut-parut ruam melepuh akan hilang pada minggu kedua. Bergantung pada seseorang kanak-kanak itu juga.

Walaubagaimanapun, kita sebagai ibu bapa tak sampai hatikan nak biarkan anak sengsara dengan kegatalan, sakit tekak dan tak selesa disebabkan demam. Tak salah kita mencuba alternatif lain untuk mempercepatkan proses penyembuhan penyakit HFMD ini.


Cara Percepatkan Proses Penyembuhan Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Secara Semula Jadi

Air kelapa muda yang tidak dicampur dengan apa-apa bahan biasanya sangat berguna untuk merawat demam campak. Hal ini kerana air kelapa mengandungi antioksidan yang melawan virus dan radikal bebas.

Cara Merawat Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut aka Coxsackie

Cara Merawat Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut aka Coxsackie

Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut atau Foot, Hand and Mouth Disease atau ringkasannya HFMD adalah penyakit berjangkit akibat jangkitan Virus Coxsackie. Kadang-kadang orang perubatan menyebut kes jangkitan kulit ini sebagai Coxsackie. Jangkitan HFMD lebih cenderung menyerang kanak-kanak 10 tahun dan ke bawah.

Walaupun tidak terlalu membahayakan namun terdapat kes-kes terpencil yang mana jangkitan Coxsackie ini menyebabkan masalah lain seperti dehidrasi kerana bintil-bintil dalam mulut mulai pecah dan melepuh menyebabkan anak-anak tidak selesa, pedih, panas dan tiada selera untuk makan dan minum. Sentiasa awasi kelakuan anak anda dan bawa ke hospital sekiranya anak tidak mahu makan dan minum.



Bentuk, Corak, Ruam, Bintik, Merah, Melepuh, Berair, Gelembung, Air, Coxsackie, HFMD, Hand, Foot, And, Mouth, Disease
Gelembung Air Pada Tapak Kaki, Tapak Tangan Dan Mulut



Simptom Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Kurang Sihat
  • Luka Yang Sakit / Melepuh, Kemerahan Pada Lidah, Gusi dan Bahagian Dalam Pipi
  • Ruam Merah, Tidak Gatal Tapi Mungkin Melepuh Selepas Beberapa Hari, Pada Tapak Tangan, Tapak Kaki dan Kadang-Kadang Punggung
  • Rengsa 
  • Hilang Selera Makan
  • Kadang-kadang tiada melepuh dalam mulut sebaliknya bintik-bintik merah pada seluruh tubuh dan hampir menyamai measles. Untuk kepastian sama ada HFMD atau measles sila berjumpa doktor secepat mungkin


Bentuk, Corak, Ruam, Bintik, Merah, Melepuh, Berair, Gelembung, Air, Coxsackie, HFMD, Hand, Foot, And, Mouth, Disease
Kadang-kadang Ruam dan Bintik Merah Timbul Pada Seluruh Tubuh dan
Disertai dengan Gelembung-Gelembung Air Pada Tapak Kaki dan Tangan


Cara Tambah Berat Badan Bayi Nurse Tak Berleter Lagi

Bantu Naik Berat Badan Bayi Nurse Tak Berleter Lagi

Runsing nurse asyik membebel berat badan bayi tak naik. Tambah pula orang sekeliling sedap je mengata susu badan kita tak berkualiti, tak cukup khasiat atau susu badan kita tak cukup anak memang buat ibu berasa hati, stress dan rasa kurang yakin. Adakah betul susu aku tak cukup berkhasiat sehingga anak aku kurus tak naik berat?

Macam-macam dah makan, makan lebih banyak dari suami, bayi memang kerap menyusu dengan kita sampai ibu kurus kering. Tapi berat bayi tak naik-naik juga. Apa masalahnya? Apa nak buat?

Runsing, susah hati, kesiankan anak, risau bulan depan nak pergi pemeriksaan bulanan lagi. Apa nak buat ni?

Tips, Cara, Mudah, Naikkan, Naik, Bertambah, Bayi, Anak,



Cara Mudah Naik Berat Badan Bayi

Untungnya bagi ibu yang menyusukan anak ni. Tak perlu la nak suapkan anak yang bukan-bukan yang tak serasi dengan usus bayi yang masih fragile ni. Sebab bayi mendapat khasiat yang secukupnya dari susu ibu. Jadi mudahlah misi naikkan berat bayi ni.

Paling penting cara nak tambah berat badan bayi ni adalah dengan mengambil ESP, Alfalfa Complex dan juga SR Vita-C Plus. 

Bayi Tak Naik Berat Badan Sebab Susu Ibu Tidak Berkualiti

Ramai sebenarnya yang mengeluh, yang runsing apabila bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya tidak naik berat badan sepertimana jangkaan ibu. Memang agak sedih. Tapi benarkah seperti kata-kata sinikal bahawa susu ibu tiada kualiti?.

Jika begitu kenapa warga seluruh dunia termasuk Malaysia kini begitu bersungguh-sunguh menyokong dan membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya?

Sebenarnya susu badan manusia ni sangat berkhasiat untuk anak manusia. Kalau kata susu ibu tak berkhasiat langsung sebabnya tak seperti susu formula. Susu formula yang kita nampak khasiatnya terpampang pada pembungkusannya. Susu badan tiada "packaging", itu yang ramai main cakap susu ibu tiada khasiat. Jika macam tu buat apa Allah cipta susu ibu. Sendiri fikirlah.


Tak, Cukup, Susu, Badan, Ibu, Formula, Tepung, Kebuluran, Kurus, Susut, Tiada, Khasiat, Cukup, Zat



Jadi apa masalah sebenar bayi tak naik berat ni?


Cara Hilangkan Sakit Otot Tak Perlu Makan Ubat Tahan Sakit

Warga hari ni tak kira tua muda memang senang sangat terkena masalah sakit-sakit sendi. Rasa sakit macam sengal-sengal tulang. Kalau dibiarkan nak bergerak, nak angkat barang pun susah.

Apabila kita stress, badan turut berasa sakit sendi pada beberapa bahagian tempat, misalnya dipergelangan tangan, bahu, belakang tengkuk, betis, dan juga tulang belakang.

Tubuh kita mudah mengalami masalah sendi seperti ini kerana gaya hidup yang kurang sihat dan cara pemakanan yang serba serbi lazat tapi kurang berkhasiat.

Biasanya cara paling mudah adalah berjumpa doktor dan doktor biasanya akan memberikan pain killer untuk mengurangkan rasa sakit. Tapi sampai bila?.

Kenapa Anak Saya Demam Dan Ketahui Tips Turunkan Suhu Badan

Kenapa Anak Saya Demam Dan Ketahui Tips Turunkan Suhu Badan

Demam adalah perkara biasa yang dialami oleh semua peringkat umur. Kebiasaannya demam ini menandakan antibodi tubuh sedang melawan virus yang menyerang tubuh. Janganlah kita terlalu risau apabila anak demam. Allah sudah mencipta manusia dengan sistem pertahanan tubuh yang terbaik berbanding sistem pertahanan ketenteraan yang dicipta manusia.

Biasanya suhu tubuh akan meningkat supaya untuk merencatkan penetasan telur-telus virus atau bakteria dari berevolusi dengan sel-sel tubuh dan menjadikan sel-sel virus atau bakteria ini lebih kebal dan kuat.

Kebiasaannya virus yang menyebabkan demam adalah selesema dan sangat sedikit kes yang melibatkan salur kencing pada kanak-kanak. Jangkitan yang lebih serius adalah seperti meningtis tetapi kes ini juga amat jarang berlaku. Selain itu juga, bayi juga boleh demam selepas mendapat suntikan vaksin (biasanya dalam tempoh 3 hari hingga seminggu).

Suhu tubuh bayi dan kanak-kanak juga boleh meningkat apabila dipakai pakaian atau selimut terlalu tebal. Apabila terlalu lama berada di luar dan terdedah pada panas matahari dan juga pengudaraan yang tidak baik dalam rumah juga mengakibatkan suhu tubuh bayi dan kanak-kanak meningkat.



Suhu Demam dan Jenis Demam

Walaupun tidak perlu risau ketika anak demam, ibu bapa harus terus memantau suhu demam anak dan berwaspada sekiranya ada tanda-tanda lain yang bakal menyusul. Biasanya suhu diperiksa samaada melalui ketiak ataupun telinga. Suhu demam dalam kawalan iaitu dibawah 37.3oC - 38.0oC dikira demam biasa atau sedikit.

Sebaliknya apabila suhu bacaan demam mencatatkan 38.0oC  hingga 39.0oC adalah demam yang agak panas (tetapi masih boleh dikawal) dan 40.0oC hingga 41.0oC darjah celcius adalah merupakan demam tinggi dan perlu terus dirujuk ke hospital. Hati-hati, anak demam yang tidak dipantau dan dikawal suhunya akan menyebabkan kesan sampingan seperti sawan, kecacatan otak dan kancing gigi.

Suhu Badan Normal => 36.7oC
# Suhu Demam Biasa 
   => Diperiksa melalui ketiak ialah dari 37.3oC
   => Diperiksa melalui oral ialah dari 37.8oC
   => Diperiksa melalui rektum ialah dari 38.3oC
# Suhu Demam Tinggi => 40.0oc - 41.0oC 
   (kes kecemasan dan perlu dirujuk ke hospital pada kadar segera)

Tips Suami Rajin Membantu Di Rumah Isteri Tambah Sayang

Antara tips saya menjayakan penyusuan sepenuhnya sehingga lebih 2 tahun adalah bukan sahaja berkat sokongan suami. Malah suami turut rajin membantu menguruskan hal-hal berkaitan dengan anak dan juga urusan rumah tangga. Tapi ramai yang tidak tahu, pada awalnya suami saya bukanlah serajin ringan tulang seperti hari ini.

Hidup suami isteri perlu ada 'Give And Take'. Istilah memanjakan suami bak raja tidak lagi praktikal di zaman serba mendesak kini.

Awal perkahwinan semuanya indah, ramai isteri yang ketika ini masih mampu tersenyum melakukan semua pekerjaan di rumah seperti memasak, mengemas dan mebersihkan rumah, mencuci bilik air, mencuci dan melipat pakaian dan sebagainya dan isteri juga merupakan seorang wanita bekerjaya. Suami masih boleh kita layan sepenuhnya.

Apabila sudah ada anak. Anda dan pasangan kini mula menghadapi cabaran fasa kehidupan yang baru. Perhatian kini berbahagi. Masa juga semakin terbatas. Ada suami yang memang ringan tulang tidak mengapalah. Jika dapat suami yang masih berlagak seperti raja atau buat-buat tak nampak kekalutan dan kepenatan isteri itu memang tak patut, memang sadis.

Ada juga suami yang memang tidak tahu sangat membantu hal-hal rumah tangga disebabkan didikan keluarga yang membezakan cara mendidik anak lelaki dan perempuan. Yang mana anak lelaki tidak dititikberatkan untuk membantu menyelesaikan urusan rumah tangga. Jadi macamana suami ini nak faham bebanan yang ditanggung oleh isteri.

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry