Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Cerai Susu Badan Ibu Dengan Anak Sulung

Pengalaman menyusukan anak sulung memang perjalanan yang sangat lama dan mengajar saya banyak perkara, sampai tak dapat nak coretkan semuanya dalam entry ataupun Ebook saya nanti. Ianya tanda kasih saya sebagai mama walaupun banyak kekurangan sebagai seorang mak. Sedih ni.

Imbas balik, saya saja tanya suami bila nak tambah anak. Dia cakap bila Yaya dah wean off. Masa dia cakap macam tu, saya tengah susukan Yaya (dalam kereta). Saya rasa sebak. Sebab selama ni boleh kata kami ni asyik berkepit je. Nenen je 24 jam. Ok create the story nih.

Lepas habis tempoh dua tahun saya nyusukan anak, dia bagi saya rehat selama setahun sebelum "making another baby". Tapi, murah rezeki Yaya walaupun mama kena pulun ikut konsep demand & supple lagi. Yaya dapat menyusu selama 3 tahun sampai saya mengandung.



Cerai Susu Badan Ibu Dengan Anak, Bercerai Susu, Bercerai Susu Ibu, Tips Bercerai Susu Badan, Cara Ceraikan Susu Badan, Cara Ceraikan Susu Ibu,


Masa mengandung pun saya duk menyusukan baby besar lagi. Orang tak tau Yaya masih menyusu sebab masa pergi berjalan dia tak mintak. Tapi tunggu saya baring dia pun datanglah menempek..hehe..


Punca kenapa tak ceraikan susu dengan anak sedari awal sebab saya tak sanggup nak berpisah, tak sanggup nak tengok anak sedih tak dapat susu ibu. Saya sanggup lagi kelek beg pam ke hulu ke hilir hari-hari. Masa mengandung je tak pam, tapi masih direct feeding.

Lepas adik lahir, em boleh kata hari-hari tandem nursing masa tu susu badan saya sangat banyak meriah penangan Set Tambah Susu Badan Tripple M Shaklee lah katakan. Yaya lah tukang pam profesional mama masa tu. Lepas adik habis menyusu dia akan sambung menyusu. Korang boleh imagine tak betapa laparnya saya masa tu 1000 kalori terbakar kot sebab menyusu dua orang. Alasan!

Hari cuti adalah heaven bagi kami tiga beranak sebab hari tema cuti menyusukan anak je. Hahaha

Tahun ni Yaya mula bersekolah. Jadi dia dah mula sibuk. Balik rumah je dah letih. Lama-lama malam-malam, main kejap dengan adik, makan malam, sambung main lepas tu tidur awal macam mama dengan adik jugak. Jadi Yaya selalu lupa nak menyusu dah. hehe. 

Tambah bila Yaya mula sekolah dia kerap batuk dan selesema, abah tak bagi dia kongsi nenen dengan adik. Takut jangkit katanya. Padahal main sekali, tidur sekali memang kena jugaklah. Ya memang betul. 

Tapi setelah diperhatikan kalau kongsi nenen sekali memang esok pagi tu adik dan-dan jangkitlah banding kali ni kakak sesema adik tak kena atau lepas 2-3 hari baru jangkit kat adik. Lainlah kalau mama basuh Cik B tiap kali lepas menyusu diorang masa kakak atau adik kena virus selesema.

Sementara antibodi tubuh dia nak serasi doktor cakap. Banyak dah doktor kami jumpa semua cakap benda yang sama. Kondisi dia baik, paru-paru dia bersih, cuma dia kerap batuk selesema sebab dia baru didedahkan dengan persekitaran baru. Sebelum ni duduk rumah opah yang jaga aje. 

Normal untuk kanak-kanak macam Yaya sampai diorang umur 10 tahun. Sambil nak capai umur 10 tahun saya beri setiap hari pada Yaya supplement untuk kanak-kanak. 2 biji multivitamin, Omega Guard, Nutriferon, Chewable Vita-C dan kadang-kadang Mealshake sebab yaya tak suka rasa susu. huhu

Hari makin hari Yaya makin jarang menyusu secara direct feeding dengan mama. Em, cuma macam tu sahaja, relax dan natural. Lagipun masa umur 4 -5 tahun ni dia semakin lama semakin faham susu ibu untuk adik. Adik nak kena membesar. 

Jadi itulah je cara ceraikan susu badan saya dengan Yaya. Sampai masanya dia sendiri faham bila patut berhenti. Last sekali dia menyusu bulan sudah kot. Tu pun sekejap je. Lepas rindu. hehe. 

Saya takkan offkan Lilypie Breastfeeding Tickers tu untuk Yaya punya sebab mungkin esok Yaya rindu nak minum susu mama lagi dan juga itu adalah simbol kenangan saat manis dan jerih perih saya menyusui Yaya sampai 5 tahun.

Secara officialnya saya berjaya capai target impian ibu menyusukan anak sampai 5 tahun. Alhamdulillah. Sekarang mission untuk lengkapkan target penyusuan Abu Ayyub pula sampai dua tahun. Lagi 6 bulan je lagi. Insyaallah





Atiqah Aziz
SID: 882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry