Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Kuih Siput Simple Buat Bersama Anak-Anak

Baca dah kan tajuk tu. Al-kisah Yaya buat luahan perasaan mama tak nak main art attack dengan dia. Masalahnya sikecik sorang lagi tu tidur kejap je.

Bila mama dengan kakak sibuk berkreatif, adik pun nak menyibuk juga. Tak padan ngan umur baru setahun jagungnya. Hehe

Semua jenis permainan Yaya tak nak main melainkan nak buat art attack (reka benda, gunting, gam, tampal, mewarna). Mama pun jenuhlah perah otak sambil sibuk melayan adik yang sibuk nak bermanja. Sibuk nak nenen kejap-kejap sambil berenti main sekejap. Adoyaiii.

Lepas tu cakap dengan Yaya; "jom buat kuih siput nak?. Yaya tolong buat, nak?"

Bersinar mata dia sebab nanti boleh buat main ala-ala playdoh. "Ok. Nak-nak"

Ok, dah dapat green light dari Yaya, barulah mama terhegeh-hegeh cari resepi

kuih siput ni. Mama tak pernah buat sendiri lagi. Tolong opah tu pernah le. (Malas punya mak)




Dapat dah resepi kuih siput paling simple sekali. I loikeee. Credit to Azie.

Sebenarnya memang dah berangan nak buat kuih siput dengan Yaya, siap beli tempat tenyeh kuih siput tu dua lagi.  Rancang nak buat untuk raya aidilfitri tahun ni. Last-last tinggal angan-angan je.

Lepas berkurun baru teringat nak buat. Rasanya stok tepung gandum macam ada belen sepeket lagi. Sebab tepung gandum brand Faiza ni kadang-kadang suka habis stock kat Tesco.

Alih-alih guna stock teppung atta alagapas tu. Yang nak buat capati tu. Tepung ni pun unbleached. Tapi Yaya kurang gemar sebab bau dan rasa gandum tu kuat. Adik makan je. Beli tepung ni pun sebab hari tu tak sempat singgah Tesco. Kat Mydin boleh tak jual tepung Faiza ni. Pelikkan?

Ok, saya guna resepi kuih siput Azie tu yang memang senang sangat. Tapi kurangkan tepung jadi 250gm je. Ingat best ke berlama-lama tenyeh kuih siput ni. Bosanlah. Huhu.

Yaya ye ye Oo je tenyeh kuih siput tu. Adalah segenggam dia buat. Itu pun main banyak. Haha. Macam-macam bentuk dia buat. Ada yang panjang, gemuk macam lintah lah, macam ulat sagulah. Janji dia seronok mereka cipta kuih siput dia.

Dia amik segenggam adunan tepung lepas tu dia buat main playdoh. Tau dah akal dia. Biarkan janji dia enjoy.

Adik pulak pun mama ajar tenyeh kuih siput. Duduk atas riba mama. Tapi masalahnya adik lepas tenyeh nak makan terus. Asal kategori makanan je semua kau nak makan terus dik. Hehehe

Sebab memang niat nak bagi adik makan tu guna tepung unbleached. Kadang-kadang guna tepung organik. So kena buat lembut ranguplah. Dan akhirnya nasib menjadi.

Petuanya sendiri pandai-pandai adjust sukatan air dan minyak nak bagi lembut dan senang dimakan oleh anak-anak. Garam guna garam bukit organik. (Kalau tak salahlah). Tapi memang beli kat bahagian barang-barang organik.

Dan lepas yaya makan 2 genggam mama kuih siput yang dah digoreng tu. Dia pun cakap tak larat, dah penat. Akal banyak. Tapi dia puas hati dah tak rengek-rengek nak main art attack. Lega mama (Tapi untuk hari tu je lah)

Yang lebihan adunan tepung tu mama jugaklah yang gigih tolong habis tenyeh-tenyehkan.


Cara, Buat, Keropok, Udang, Mudah, Simple, Ringkas, Murah, Cepat, Macamana, Nak
Inilah hasil gorengan kuih siput guna tepung atta. Nasib yaya suka makan. Hehe


Diorang ni masih duk batuk sikit-sikit. Tapi selera makan ok je. Jadi budak-budak ni lepas makan, amik Omega Guard seorang sebiji. Kuranglah sikit gatal tekak tu makan makanan bergoreng ni.




Atiqah Aziz
SID: 882854
whatsapps: 012-5770682
E-mail: atiqahaziz84@gmail.com




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry