Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Banyakkan Susu Badan Ketika Pantang Dengan 7 Langkah

Kita kena ikhtiarkan cara banyakkan susu badan sepatutnya ketika mengandung lagi. Kalau terlepas/tak tahu tak mengapa, ada can lagi kita usahan banyakkan air susu badan semasa pantang. Ada beberapa langkah untuk banyakkan susu badan ketika berpantang ni iaitu:

1. Jaga Pemakanan Semasa Berpantang

Tak salah ikut cara berpantang orang dahulu, tapi pastikan makanan itu berkhasiat dan seimbang mengikut keperluan ibu yang menyusukan anak. Ambil makanan banyakkan susu badan yang kaya dengan protein dan kalsium untuk penghasilan air susu ibu. Ambil lauk seperti ayam, ikan dan ikan bilis. Anda boleh masak secara kukus, rebus atau bakar.

Jangan lupa ambil sayur-sayuran kerana selain kaya dengan kalsium dan digunakan sebagai petua banyakkan susu badan, sayur-sayuran merupakan agen detoksifikasi juga dan memudahkan pelawasan. Antara sayur-sayuran yang terkenal ketika berpantang adalah, sawi, kucai dan pegaga.

Minum air suam secukupnya 3 liter sehari. Minum secawan setiap setengah jam. Aktivti menyusu menyebabkan ibu kerap dahaga. Kurang minum air dalam sehari akan menyebabkan kegagalan organ dalaman. Dan mengurangkan pengeluaran susu badan.


Banyakkan Susu Badan Ketika Pantang, Banyakkan Susu Ibu Ketika Pantang, Banyakkan Susu Badan Semasa Pantang, Cara Banyakkan Susu Badan Dalam Pantang, Petua Banyakkan Susu Badan Semasa Pantang,


2. Susukan Bayi Setiap Selang Dua Hingga Tiga Jam

Sebaiknya susukan bayi setiap dua hingga tiga jam. Jika anak anda mengalami jaundis. Susuilah anak setiap sejam untuk mempercepatkan proses penyahhan toksin bilirubin dari hati bayi. Apabila kerap menyusukan anak, anda akan memperolehi stimulasi (ransangan daripada mulut bayi) yang akan memastikan penghasilan hormon prolaktin secara berterusan.

Apabila hormon prolaktin berfungsi dan aktif, rangkaian saraf diputing dan areola akan menghantar isyarat kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu badan. Kelenjar pituari di bahagian otak akan merembeskan hormon oksitosin.

Apabila hormon oksitosin dirembeskan, sel-sel otot yang mengelilingi alveolus mula mengecut dan menolak susu keluar dari alveolus ke duktus dan puting mengikut keperluan bayi (hasil kekerapan menyusukan anak)

3. Kosongkan Payudara Setiap Kali Selepas Menyusukan Anak

Yang ini perlu ada semangat yang kental dan tahan cabaran. Iaitu memerah payudara selepas menyusukan bayi. Seeloknya steril 6 biji botol setiap hari untuk persediaan memerah susu.

Sesi memerah susu ini adalah penting untuk mengekalkan penghasilan susu apabila anak tidak mampu menghisap payudara seperti anak pra-matang, anak yang mengalami masalah kesihatan dan untuk mengosongkan payudara untuk penghasilan susu badan yang seterusnya.

Walaupun hakikatnya payudara ibu tak pernah kosong, akan terus diganti dengan jumlah kuantiti yang diperlukan oleh bayi, payudara yang penuh dengan tambahan baki susu yang terdahulu akan menyebabkan bengkak payudara. Kerana kuantiti susu ibu telah melebihi kuantiti yang diperlukan oleh bayi dalam alveolus.

Apabila dibiarkan lama-kelamaan rangkaian saraf dibahagian payudara akan menghantar isyarat kepada otak untuk mengurangkan jumlah pengeluaran susu disebabkan lebihan susu badan yang tidak digunakan. Jadi apabila kerap mengosongkan payudara, otak akan menerima isyarat untuk cepat-cepat menghasilkan susu bayi untuk sesi penyusuan yang berikutnya.

4. Buat Stok EBM Beku Sedari Awal

Anggaran tempoh pengeluaran kolostrum bagi ibu yang tiada masalah kesihatan adalah dari hari pertama selepas kelahiran hingga hari ketiga, bagi ibu yang mengalami Gesture Diabetes Mellitus (GDM) pengeluaran kolostrum biasanya pada hari kelima. Jadi, masa yang bagus untuk sesi buat stok susu adalah lebih kurang selepas seminggu melahirkan bayi.

Pam susu di awal pagi atau sebelum subuh. Waktu antara 1 pagi hingga 2 pagi adalah paling tinggi hormon prolaktin dihasilkan dan anda akan mendapat hasil susu ibu yang dipam lebih banyak berbanding waktu-waktu lain.

Kemudia pam susu di siang hari sebanyak dua kali iaitu pagi dan petang. Sebaiknya dimulai apabila anak sudah tidur. Minimum waktu terbaik untuk mengepam susu ketika anak tidur adalah setengah jam selepas sikecil tidur. Kerana ketika ini anda dapat mengepam susu badan tanpa gangguan dan tenang.

Apabila rajin membuat stok susu beku sedari awal juga mendorong payudara menghasilkan lebih banyak susu badan. Menyediakan stok EBM ketika pantang adalah penting kerana ramai ibu akan mengalami penyusutan pengeluaran susu badan apabila mulai didatangi haid kembali.



5. Ambil Supplement Banyakkan Susu Badan

Sebenarnya mengambil vitamin tambah susu badan tidak ada salahnya malah ibu dan anak mendapat manfaat yang sangat baik. Tetapi ibu harus bijak memilih supplement produk banyakkan  susu badan yang benar-benar selamat, semulajadi, non-gmo dan bukan sintetik. 

Ambil supplement semasa menyusukan anak bukan sahaja membantu sebagai milk booster malah memberikan tenaga sepanjang hari kepada ibu, menguatkan sistem imun kepada ibu dan anak, memberikan antibodi berganda kepada anak yang disusui dan menenangkan ibu. 

Saya menyusukan anak secara marathon selama lima tahun lebih, pergi kemana-mana sahaja orang akan bertanya soalan tipikal ambil supplement apa-apakah nak banyakkan susu badan

Dan bila diberitahu konsisten pam/menyusu dan ambil supplement ibu menyusu Shaklee, ternyata mereka tidak terkejut malahan ramai orang sudah mengetahui keberkesanan dan kebaikan Set Tambah Susu Badan Shaklee ini.

6. Amalkan Doa Banyakkan Susu Badan

Antara tips banyakkan susu badan yang lain adalah konsisten amalkan doa banyakkan susu badan terutama setiap kali selepas solat. Selain doa-doa khas banyakkan susu ibu, minta pada Allah secara spesifik agar dimurahkan dan banyakkan rezeki susu badan untuk anak (nyatakan nama) sehingga tempoh waktu bila (bulan atau tahun).

Amalkan juga zikir-zikir tambah susu badan seperti Ya Matin juga semasa menyusukan, memerah dan mengepam susu.

7. Urutan Banyakkan Susu Badan

Adat orang melayu ketika berpantang adalah sesi mengurut. Biasanya, selepas bersalin ibu akan diurut oleh bidan selama 3 hari berturut-turut. Selain untuk menaikkan peranakan semula, mengembalikan tenaga, tujuan mengurut ini adalah untuk memperbetulkan segala urat kembali setelah mengandung dan bersalinkan anak. 

Selepas tempoh berpantang sekali lagi ibu akan diurut untuk memastikan kembali bertenaga dan memastikan peranakan berada di tempatnya semula. Ketika tempoh mengurut ini anda boleh meminta kepada bidan agar membuat urutan untuk banyakkan susu badan. Biasanya selepas mengurut, susu badan akan keluar dengan lancar dan banyak.

Ini adalah sebahagian tip banyakkan susu badan ketika berpantang. Alhamdulillah ini yang saya amalkan sehingga sekarang dan kekal menyusukan anak sepenuhnya tanpa dicampur dengan susu formula. 

Ramai ibu kini dah termotivasi untuk menyusukan bayi dengan kenaikan harga susu tepung yang mahal setiap tahun. Selain itu, susu ibu jauh lebih berkhasiat, sedia diminum, tiada pencemaran, menepati keperluan dan kesesuai tubuh bayi manusia. Anda dapat berjimat dan mengeratkan kasih sayang dan luangkan banyak masa bersama dengan anak.


ATIQAH AZIZ
SID:882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry