Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Kebolehan Anak Umur 2 Tahun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebolehan Anak Umur 2 Tahun. Papar semua catatan

Kebolehan Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun


Pada umur satu tahun hingga dua tahun anak-anak biasanya:
  1. Sudah pandai berjalan dan suka berjalan di sekeliling kawasan rumah
  2. Sudah dapat menyusun barang ataupun permainan
  3. Menunjukkan minat kepada sesuatu perkara seperti permainan, benda, haiwan dsb
  4. Dapat memahami disiplin yang mudah dan ringkas
  5. Pandai berinteraksi dengan orang lain terutamanya ibu bapa dan adik beradiknya
  6. Mulapandai menunjukkan reaksi tidak suka ataupun marah
  7. Pandai bersosial (bermain dengan orang lain) dan boleh bermain sendiri

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula belajar sesuatu dengan lebih agresif. Jika kita lihat sedikit tidak sabar. Anak-anak akan berusaha membuka, mengoyak, mencabut, membaling ataupun memecahkan barang. Sebenarnya mereka ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan barang tersebut. 

Oleh itu, sebaiknya kita kawal rasa ingin melarang perbuatan mereka kerana merencatkan keinginan mereka. Sebaliknya awasi dan terangkan dengan bahasa yang mudah, pendek dan jelas kenapa mereka tidak boleh bermain atau memegang sesuatu barang itu dengan lebih lama. 

Aktiviti-aktiviti ransangan peringkat awal perlu diteruskan, biarkan anak-anak menerokai dunia baru mereka dengan gembira. Jangan hadkan dunia mereka. Tambah ransangan dengan aktiviti yang lebih memberi pengetahuan dan menjadikan sifat ingin tahu mereka dapat dipenuhi. Antara ransangan yang sesuai dengan umur dari setahun hingga dua tahun adalah:
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry