Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Set Penjagaan Wajah 100% Semulajadi Shaklee

Set Penjagaan Wajah 100% Semulajadi Shaklee

Set Penjagaan NutriWhite - Kuasa menjadi lebih
  • Cerah
  • Sihat
  • Muda
  • Putih dan berseri
  • Kulit yang Sekata




Keistimewaan NutriWhite

  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit dari Jepun dan Amerika Syarikat
  • Produk dihasilkan dalam masa tiga tahun penyelidikan
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah yang 100% semulajadi yang dilakukan dengan lebih teliti. Didapati daripada 16 buah negara.
  • Ujian yang menyeluruh. Diuji ke atas manusia. Tidak diuji langsung ke atas haiwan
  • Formula yang unik dan eksklusif untuk memutihkan kulit secara semulajadi
  • Gabungan ramuan yang opitmum keberkesanannya
  • Selamat dan berkesan
  • Vitamin C deviratif (ascorbyl/glucoside) ramuan selamat dan terbukti dalam formula Shaklee untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan-kesan radang atau membahayakan kesihatan di kemudian hari
  • Paten-pending-whiten-16  - adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan pigmentasi dan menjadikan kulit lebih putihm cerah dan berseri.


Bahan Ramuan NutriWhite

Gabungan 16 botani dari seluruh dunia yang plaing tulen, mujarab dan hebat untuk kesan penggunaan NutriWhite

  1. Bearberry >> Meringkan, mengurangkan dan melegakan keradangan kulit
  2. Soy Bean >> Mencerahkan, melembutkan, melembab dan mengurangkan tompok
  3. Skullcap >> Meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavanoid
  4. Beech Tree >> Meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
  5. Strawberry Begonia >> Mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi
  6. Mullberry >> Mencegah kerosakan matahari dan melembapkan kulit
  7. Peony >> Mencerahkan, melembabkan dan mengurangkan keradangan kulit
  8. Rosemary >> Mengetatkan liang roma, meransangkan keremajaan dan mengurangkan keradangan
  9. Aloe Vera >> Melegakan, melembabkan dan mengurangkan keradangan
  10. Mountain Aranica >> Mengurangkan keradangan dengan flavones
  11. Cat;s Claw >> Menegangkan dan menyegarkan kulit dengan cotechin
  12. Kudzu Leaf & Roots >> Menegangkan dan mengurangkan keradangan dengan isoflavon
  13. Linden >> Menyuburkan dan menghidratkan sel-sel kulit dari dalam
  14. Marshmallow >> Melembabkan dengan unsur tanin
  15. Seaweed >> Mengeluarkan sel-sel kulit baru, memelihara dan menegangkan kulit
  16. Green Algae >> Menyahtoksin dan melembapkan kulit

Cara Atasi Masalah Jerawat

Cara Atasi Masalah Jerawat


Jerawat sebenarnya berpunca daripada hormon androgen yang berfungsi meningkatkan minyak yang dihasilkan oleh kulit dan kemudian tersebar dalam kapilari-kapilari darah. Itu untuk punca masalah jerawat bagi wanita dan lelaki muda.

Bagi wanita yang berada dipertengahan umur pula perubahan hormon sering menjadi punca kepada terjadinya jerawat. Antara punca perubahan-perubahan hormon wanita adalah kitaran haid, pengambilan pil perancang keluarga, saat kehamilan dan juga pra menopous.

Selain antara faktor-faktor ini, jerawat juga terjadi disebabkan perkaitan genetik dari ibu atau bapa. Jika faktor ketiga ini juga bukan penyebab jerawat-jerawat silih berganti menghuni wajah anda berkemungkinan disebabkan stress, pendedahan lebih pada ultra ungu (cahaya matahari) dan juga perubahan cuaca. Penggunaan produk-produk kecantikan dan juga alat solek yang mengandungi banyak bahan kimia industri juga menyebabkan masalah jerawat berlaku.




Cara Mengenalpasti Bentuk Jerawat

  1. Jerawat Peringkat Sederhana - Berwarna bintik-bintik hitam atau putih
  2. Jerawat Peringkat Teruk atau Parah - Berwarna merah atau ungu


Cara Mengurangkan Masalah Jerawat

  1. Tukar Alat Solek - Hindari alat solet yang berasaskan minyak
  2. Baca Label Produk Kecantikan - Hindari produk kosmetik yang mengandungi lanolin, isopropil, miristat, paraben,natrium lauril sulfat, laureth-4 dan pewarna merah D&C.
  3. Bersihkan Sisa-sisa Solekan Setiap Malam - Sapu muka dengan tisu basah yang lembut dan bilas keseluruhan muka dengan air bersih
  4. Pilih Kurangkan Penggunaan Alat Solekan - Kebanyakkan alata solek mengandungi bahan kimia yang merosakkan kulit muka dalam jangka masa yang lama
  5. Hentikan Penggunaan Pil Perancang - Gantikan dengan alternatif pencegahan kehamilan yang lain
  6. Biarkan Benjolan Jerawat - Usah dipicit apa-apa jenis jerawat di muka atau di tubuh anda. Jari-jemari anda membawa infeksi kuman pada lubang jerawat anda. Memicit bintik-bintik putih sebenarnya boleh memecahkan dinding pori-pori kulit dan menyebarkan infeksi kuman ke bahagian kulit yang lain dan bakal menyebabkan timbulnya lagi satu bintik putih atau jerawat.
  7. Bersabar dengan Wujudnya Jerawat - Apabila hadir, jerawat akan hilang dengan sendirinya selama satu hingga empat minggu


Tips Mencegah Jerawat Daripada Timbul Di Wajah Anda

  • Pastikan kulit dicuci dan dibersihkan daripada sebarang kotoran dan sisa-sisa solekan sebelum masuk tidur
  • Pastikan kulit muka dibersihkan sebelum mengaplikasikan sebarang jenis ubat jerawat
  • Pastikan anda mengeringkan muka terlebih dahulu sebelum menyapu kulit wajah dengan sebarang krim, ubat jerawat atau bahan solekan
  • Pastikan anda banyak minum air putih (agen detoks) setiap hari. Sekurang-kurangnya lapan gelas
  • Kulit yang kering sangat sensitif - Elakkan bahan benzil peroksida
  • Jauhkan kulit anda daripada pancaran terus terik cahaya matahari. Sebarang krim, solekan atau ubat-ubatan pada wajah akan menyebabkan reaksi atau alahan sekiranya wajah anda terdedah terus kepada ultra ungu.
  • Dua jam sebelum tidur elakkan minum kopi atau milo.







Testimoni Eczema Semakin Hilang Dengan Nutriferon Shaklee

Testimoni Eczema Semakin Hilang Dengan Nutriferon Shaklee

Bukan kanak-kanak bawah 5 tahun sahaja yang ada eczema ye. Eczema ni sekiranya tidak dikawal sedari kecil. Akan tetap ada hingga ke dewasa. Sekejap ada sekejap tiada. Mengikut pendedahan seseorang itu kepada sesuatu yang menyebabkkannya alergik. Boleh jadi pemakanan dan boleh jadi juga persekitaran. 

Walaubagaimanapun Shaklee ada satu produk yang membantu anda mengurangkan masalah eczema ini dan juga meningkatkan perisai anti radang kulit anda iaitu nutriferon Shaklee.  Ambil Nutriferon di dalam Set Eczema Dewasa iaitu ESP, Nutriferon dan juga Mealshake Shaklee


Kebaikan Nutriferon Kepada Orang Yang Menghidapi Eczema


  • Mengukuhkan sistem imun dalam tiga hari
  • Interferon dalam nutriferon meransang dan meningkatkan keupayaan antibodi sel-sel tubuh untuk menentang dan membunuh virus, mikrob dan bakteria

Kebaikan ESP dalam Mengurangkan Masalah Eczema

  • Asid-asid amino dalam ESP membantu dalam memudarkan kesan parut eczema.
  • Menghaluskan dan mencantikkan dan menganjalkan semula kulit
  • Ditambah dengan kalsium.
  • Pengganti kalisum bagi orang yang alah laktosa
  • Satu hidangan ESP bersamaan khasiat 12 gelas susu
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka radang eczema

Testimoni Kulit Cantik Dengan Produk Shaklee

Testimoni Kulit Cantik Dengan Produk Shaklee


Amboi! Amboi memang class la Shaklee ni, kulit muka pun bertambah cantik dengan menggunakan produk Shaklee ni. Ini ada lagi satu testimoni tau. Pasal seorang pengguna yang seronok habislah, nampak perubahan setelah menggunakan supplement Shaklee ni. Supplement pun boleh bagi cantik tau. Hebat!!!

Katanya dulu kulit muka bermasalah. Ada jerawat, blackhead, whitehead semua tu. Tapi semenjak beliau menggunakan ESP bukan sekadar dibuat minum, tetapi dibuatnya juga sebagai ramuan masker. Dan kadang-kadang tu Vita-C Plus pun dia campur dalam masker. Hasilnya perubahan pada kulit wajah menjadi lebih halus, segar dan licin. Memang berbeza la daripada dulu.







Order Set Kulit Cantik ESP dan Vita-C Plus :- Klik Sini


SET NAIK BERAT BADAN ORANG DEWASA SHAKLEE



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya, Atiqah Aziz di 012-5770682 atau emel ke atiqahaziz84@gmail.com untuk 
dapatkan konsutasi percuma 

Testimoni Set Menyusu Dengan Produk Shaklee

Testimoni Set Menyusu Dengan Produk Shaklee

Aha ni lagi satu testimoni guna produk Shaklee sebagai milk booster untuk menjayakan penyusuan dan. Ambil set Shaklee ni bukanlah tentu-tentu susu jadi banyak bulat-bulat. Tapi suplement tambahan ni bekalkan tenaga tambahan dan isi ruang-ruang kosong nutrisi yang ibu tak sempat ambil setiap hari dan juga disalurkan ke susu ibu untuk anak. 

Perhatikan bila anda ambil supplement Shaklee anda sentiasa bersemangat nak pam susu, susukan anak, lepas tu tengok hasil susu ibu yang sudah diperah tu. Lebih pekat dari biasa, tanda banyak lemak (baik)  yang terhasil untuk tumbesaran anak. Anak pun cepat kenyang. 


SET, B , BREASTFEEDING, MENYUSU, ASAS, ESP, BANYAKKAN, SUSU, IBU, BADAN, BANYAK, TAMBAH, TINGKAT, TAMBAHKAN, TINGKATKAN, PENGELUARAN, PENGHASILAN, HASIL, AIR, JUMLAH, SHAKLEE, PRODUK, SUPPLEMENT, ANAK, BAYI,


Testimoni ibu menyusu dengan Set B (Vita-lea, Vita-C Plus, B Complex, Alfalfa Complex dengan ESP:

  1. Bayi hanya minum susu ibu sepenuhnya
  2. Stok EBM banyak dapat 150 botol
  3. Setiap kali pam dapat hasil yang banyak 12oz
  4. Kulit makin cantik sampai orang gaji pun jealous
  5. Kawan-kawan teruja sama tengok hasil pam susu ibu banyak
  6. Kalau tumpang peti ais hotel, sampai chef pun korek rahsia susu ibu banyak
  7. Boleh turunkan berat badan, sampai suami pun tegur

Menyusukan Anak Semudah ABC Bagi Ibu Bekerjaya

Menyusukan Anak Semudah ABC Bagi Ibu Bekerjaya


Kebanyakkan ibu-ibu hari ini teruja ingin menyusukan bayi selepas melahirkan. Tetapi berapa peratuskah yang berjaya menyusukan bayi selama tempoh sekurang-kurang dua tahun setelah si ibu kembali bekerja?. Adakah Menyusukan anak itu sesuatu yang semulajadi yang tidak perlu dipelajari oleh ibu-ibu?

Saya berkongsi pengalaman dengan anda yang ada secebis cuma. Saya ada kawan-kawan alam maya yang ramai sedang dan sudah menjayakan penyusuan selama dua tahun. Saya ada juga kawan-kawan bekas satu kelas di universiti yang sedang menyusukan bayi mereka. Saya ada kawan-kawan dan saudara disekeliling saya yang juga menyusukan anak. Tapi siapakah antara mereka yang berjaya menyusukan anak hingga cukup atau lebih dua tahun?

Rata-rata yang saya tahu, mereka-mereka yang berjaya menyusukan anak sambil bekerja adalah ibu-ibu yang tidak malu dan gigih untuk belajar serta bertanya pada rakan-rakan dan juga kelas-kelas penyusuan yang dihadiri. Kebanyakkan mereka yang berjaya ini juga mempunyai sokonga moral yang sangat kuat bukan daripada rakan-rakan seperjuangan dan juga keluarga masing-masing.

Namun, yang tidak berjaya menyusukan anak sendiri adalah mereka-mereka yang terlalu kurang pengetahuan. Cukup hanya sekadar membaca tidak perlu bertanya-tanya. Dan juga mereka ini tidak berdisiplin dengan peraturan Demand Vs Supply.  Dan juga campur tangan keluarga yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.



Cerita Pertama Ibu Yang Menyusukan Anak

Ada rakan saya yang banyak mendapat ilmu penyusuan bayi dari bahan bacaan, tetapi menghadapi masalah menyusukan bayi ketika di hari-hari pertama selepas kelahiran. Beliau mendapatkan khidmat pakar laktasi untuk menyusukan bayinya dengan betul dan juga mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan yang berpengalaman YANG BERJAYA MENYUSUKAN BAYI hingga dua tahun. Akhirnya dia berkata "Ya. Nak menyusukan anak kena ada ilmu".

Kini Perut Lebih Selesa Dengan Peppermint-Ginger Plus

Kini Perut Lebih Selesa Dengan Peppermint-Ginger Plus 

Siapa-siapa yang ada masalah di bahagian perut termasuk masalah loya, gastric, mabuk laut, sendawa, penghadaman dan lain-lain lagi marilah cuba Peppermint-Ginger Plus. Lega rasanya. Peppermint-Ginger Plus ni merupakan kombinasi empat herba dari Barat dan Timur. Iaitu daun pudina, halia, adas dan cekur manis yang membantu melegakan ketidakselesaan perut anda. 

Peppermint-Ginger Plus sepertimana produk-produk Shaklee yang lain dihasilkan dibawah prosedur standard yang menekankan 100% semulajadi dengan menggunakan teknologi sains yang terkini. 





Empat Manfaat Ramuan Peppermint-Ginger Plus 

Keistimewaan Pudina 

  1. Bersifat penenang semulajadi dan dapat melegakan otot perut. 
  2. Pudina juga membantu melancarkan sistem penghadaman, 
  3. Melegakan mabuk laut atau darat, 
  4. Membantu melegakan kesakitan akibat gastric 
  5. Melegakan kesan-kesan sampingan akibat kemoterapi seperti muntah dan kehilangan selera makan 
  6. Pudina juga bertindak menghangatkan badan dan mengeluarkan peluh 
  7. Membantu menghalang terjadinya demam apabila seseorang itu dijangkiti virus selesema 
  8. Rasa nyaman dan sejuk mint pudina memberikan rasa tenang dan seseorang itu boleh lebih fokus 

Produk Penjagaan Wajah Enfuselle Shaklee (Normal To Dry Skin)

Produk Penjagaan Wajah Enfuselle Shaklee (Normal To Dry Skin)

Produk Penjagaan Wajah Enfuselle untuk dari jenis kulit normal hingga kering dirumus khas untuk kegunaan harian daripada langkah membersih, meneutralkan dan melembapkan kulit wajah. Asas Enfuselle adalah Vital Repair Complex yang menggabungkan sinergi tujuh nutrien antioksida yang menghasilkan produk penjagaan wajah yang lebih hebat dan selamat.



Keistimewaan Penjagaan Wajah Enfuselle

  1. Berasaskan nutrien
  2. Terbukti secara klinikal
  3. Tujuh paten
  4. Diuji oleh pakar dermatologi
  5. Sentiasa tidak menimbulkan alahan
  6. pH seimbang
  7. Tidak diuji pada haiwan


HYDRATING, CLEANSING, LOTION, MOISTURIZER, TONER, HARGA, PRODUK, SKIN, CARE, KULIT, PEMBERSIH, WAJAH,  HARIAN, PENCUCI, PENJAGAAN, SHAKLEE



Ramuan Enfuselle Shaklee 

  1. Tanpa Parabens
  2. Tanpa Natrium auril sulfat atau natrium
  3. Tanpa Propilena glikol
  4. Tanpa menggunakan hasil haiwan atau produk sampingan daripada haiwan
  5. Tanpa minyak mineral atau petrolatum
  6. Tanpa FD&C atau pewarna
  7. Tanpa Ftalat
  8. Tanpa 1,4-dioksana


Rutin Asas Harian Penjagaan Wajah

Hydrating Cleansing Lotion -  Pencuci wajah yang bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan solekan tanpa menjejaskan lapisan  minyak semulajadi kulit.

Hydrating Toner - Pelembap semulajadi yang menyingkirkan lebihan kotoran selepas rejim pencucian kulit wajah. Hydrating toner diasaskan bebas dari alkohol dan dilengkapi dengan minyak pelembap semulajadi untuk melindungi dan melembapkan wajah.

Hydrating Moisturizer - Krim pelembap yang diperkaya dengan krim emolien bebas minyak dan tidak melekit.

sell


Order Produk Enfuselle Skin Care - Klik Sini


SET NAIK BERAT BADAN ORANG DEWASA SHAKLEE



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya, Atiqah Aziz di 012-5770682 atau emel ke atiqahaziz84@gmail.com untuk 
dapatkan konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.


Tanda-Tanda Bayi Mahu Menyusu dan Kenyang

Tanda-Tanda Bayi Mahu Menyusu dan Kenyang

Kita sering tertanya-tanya bayi kita laparkah dia?. Tidak cukup susukah dia?. Kadangkala orang disekeliling kita sering mengasak memberitahu "anak kau tu tak cukup susu" atau "anak kau tu nak susu" (padahal baru setengah jam yang lalu anda menyusukan anak anda. 

Bayi walaupun tidak pandai bercakap lagi (kalau pandai bercakap mesti mak dia pengsan bangun balik dan pengsan semula. hihi) tapi sebenarnya bayi juga pandai memberitahu apa yang dia mahu berdasarkan isyarat-isyarat perlakuaannya.



Tanda-tanda Bayi Mahu Menyusu (Feeding Cues)

  1. Membuka mulut dan mencari-cari payudara
  2. Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka
  3. Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir
  4. Menghisap atau memamah jari, tangan, selimut, kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya
  5. Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan
  6. Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis


Tanda-tanda Bayi Kenyang

  1. Pada permulaan penyusuan biasanya bayi menegangkan tubuhnya setelah dapat menghisap dengan baik, tubuh bayi akan beransur dalam keadaan rehat
  2. Kebanyakkan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merada kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap dengan perlahan sehingga tertidur
  3. Beri bayi menyusu di sebelah payudara sehingga habis, sebelum memberikan payudara yang sebelah lagi, supaya bayi mendapat susu akhir (hind milk) yang tinggi dengan lemak yang membantu meningkatkan berat badan bayi dengan cepat.
  4. Untuk mengeluarkan payudara, letakkan jari kelenking ditepi mulut bayi dan tekan sedikit untuk mengeluarkan puting payudara.
Sumber: Unit Pemakanan - Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Testimoni Bayi Lima Bulan Guna Shaklee Untuk Eczema

Testimoni Bayi Lima Bulan Guna Shaklee Untuk Eczema


Eh, bolehkah anak bawah satu tahun makan produk Shaklee ni?. Bukankah hanya atas satu tahun je yang boleh makan produk Shaklee?. Habis macamana eczema bayi hilang jika benar bayi tu ambil produk Shaklee?

Ya betul bayi Abu Ayyub guna produk Shaklee untuk atasi masalah eczemanya akibat mamanya minum susu lembu segar (cow fresh milk). Habis satu tengkuk merebak ke bawah dagu, tiba-tiba di celah kedua-dua belah ketiak, pelipat-pelipat siku dan juga di kawasan "nappy change" pun naik rengsa atau gatal-gatal kemerah-merahan. Kesokkan harinya tengok di bahagian belakang badan dan dada pun ada timbul radang kulit juga.

Risau la saya pun. Ada yang kata ruam panas, ada yang sangka alergik dan ada yang kata juga itu eczema. Hasil pemeriksaan doktor pakar kanak-kanak mendapati rengsa kulit yang Abu Ayyub hadapi adalah disebabkan eczema. Jadi apalagi bermulalah episod melegakan eczema Abu Ayyub. Ubat mandi dan ubat sapu yang doktor bagi tidak saya gunakan. 

Doktor sendiri cakap yang ubat sapu itu mengandungi steroid. Lagilah saya tidak mahu menggunakannya krim sapu itu. Pengalaman lepas menjaga anak sulung menggunakan krim sapu yang mengandungi steroid hanya bersifat hilang seketika kemudian eczema muncul semula, sehinggakan eczema Yaya tak berkesan dengan krim sapu tersebut dan begitulah juga krim-krim sapu untuk masalah eczema yang lain. Tiada kesan.


BAYI, PRODUK, SHAKLEE, KULIT, TENGKUK, LIPATAN, MUKA, PIPI, ALERGI, ALERGIK,  GATAL, LUKA, RENGSA, RUAM, BINTIK, ANAK, KANAK-KANAK, SEMBUH, HILANG, TIPS, ATASI, TIP, RAWAT, CEGAH, BAIKI, PARUT, KESAN, BUDAK, BAWAH, SETAHUN, SATU, TAHUN



Cara-cara Atasi Eczema Bayi

Jadi, untuk eczema bayi saya yang baru lima bulan ni. Mula-mula saya berpantanglah, elakkan dari minum susu segar kerana kandungan laktosanya yang tinggi memberi kesan pada Abu Ayyub. Kemudian, saya mandikan bayi saya dengan Basic H Shaklee, setiap hari tiga kali sehari. Tujuannya adalah untuk mengurangkan rasa gatal dan juga ketidakselesaan akibat kulit yang merengsa. Basic H juga bersifat menyejukkan kulit anak. 

Testimoni Ambil ESP Gastrik Tiada Lagi

Testimoni Ambil ESP Gastrik Tiada Lagi


Aha, nak taukan betapa bestnya minum ESP Shaklee ni. Macam-macam manfaat yang diperolehi daripada protein soya Shaklee ni. Antara penggemar ESP ni adalah pesakit-pesakit gastrik seperti saya. ~wink-wink~

Ini adalah antara testimoni pesakit gastrik yang ambil ESP yang memang tak tinggal ambil ESP Shaklee semasa berpuasa di bulan Ramadhan. 

AMBIL, MINUM, ESP, SHAKLEE, PROTEIN, PROTIN, SOYA, SOY, ULSER, PEPTIC, GASTROUSUS, GASTRIK, PEPPERMINT, GINGER, PLUS, ALFALFA, COMPLEX, ATASI, LEGA, SEMBUH, PULIH, BAIKI, PERUT, USUS,  ISOLATE,  HALAL, POWDER


Menariknya, daripada semua hospital dia pernah jejak sebab masalah gastriknya. Kini tidak lagi. Malah boleh berpuasa seperti umat islam yang lain tanpa masalah gastrik menyerang.

Tambahan pula, dengan pengambilan ESP Shaklee ni juga membantu menambah tenaga dan memperbanyakkan susu badan beliau yang masih menyusukan anak.

I Love ESP!!!


AMBIL, MINUM, ESP, SHAKLEE, PROTEIN, PROTIN, SOYA, SOY, ULSER, PEPTIC, GASTROUSUS, GASTRIK, PEPPERMINT, GINGER, PLUS, ALFALFA, COMPLEX, ATASI, LEGA, SEMBUH, PULIH, BAIKI, PERUT, USUS,



Dan untuk pesakit gastrik lebih elok ambil Set Gastrik Shaklee. Dalam Set ini lengkap dengan ESP, Alfalfa Complex dan juga Peppermint Ginger Plus.







Set Gastrik Terbaik

Set Gastrik Terbaik


Siapa-siapa yang ada masalah gastrik tu memang saya faham keadaan anda. Sebab saya pun mengalami masalah yang sama. Rasa tak tertahan, tak tertanggung rasanya. Bila berkenalan dengan produk Shaklee baru tahu yang kombinasi supplement Shaklee boleh melegakan masalah anda. Memang terbaiklah Set Gastrik Shaklee ni.

Penyakit gastrik sebenarnya berpunca daripada tabiat pemakanan kita. Tabiat mengunyah makanan secara tergesa-gesa dan memasukkan makanan ke dalam mulut sedangkan di dalam mulut masih berbaki lagi sedikit makanan menyebabkan lebih banyak oksigen yang masuk ke dalam rongga mulut dan menyebabkan angin. 

Sebab itu Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengunyah makanan secara perlahan-lahan sebanyak empat puluh kali kemudian baru telan. Apabila kita mengunyah makanan secara perlahan-lahan, sebenarnya memudahkan proses penghadaman dan juga perut dapat menghantar isyarat ke otak tanda kita sudah kenyang. 

Salah satu sebab lain yang sangat popular dan sering menyebabkan masalah gastrik terjadi adalah dari tabiat kita melengah-lengahkan waktu makan. Apabila tabiat ini berlarutan sehingga bertahun-tahun, sakit gastrik mula menyerang dan jika tidak dirawat atau ulser perut pula menanti. Huhh. sangat mengerikan. Sebab dah rasa sakit perut ketika serangan gastrik pun dah rasa melampau inikan pulak ulser perut. huhu

Peptik Ulser adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kehadiran asid dan juga bakteria Helicobacter pylori atau H. pylori dalam sistem penghadaman perut. Bakteria H.pylori ini menjangkiti lapisan perut dan menyebabkan radang perut yang kronik dan juga ulser. Antara jenis-jenis Peptik Ulser yang disebabkan oleh kehadiran kedua-dua bendasing ini adalah Duodenal Ulser, Gastric Ulser dan juga Refluks Oesophagitis'.

Keadaan yang teruk boleh menyebabkan pesakit mengalami pendarahan, kebocoran dinding perut dan saluran perut tersumbat serta boleh mengancam nyawa pesakit.



SAKIT, PESAKIT, PEPTIS, ULSER, GASTRISITIS, GASTRIK, SHAKLEE, ATASI, RAWAT, LUKA, APENDIKS, APENDIX



Tanda-tanda Gastrik Yang Patut Anda Peduli

  1. Tanda perut anda kosong atau tidak mengambil makanan berat anda akan mengalami sakit kepala di bahagian kanan kepala
  2. Diikuti dengan loya, mual dan sebu perut.
  3. Kadang-kadang hingga menyebabkan hilang selera makan.
  4. Kadang-kadang anda tidak mengalami sakit kepala tetapi berasa loya, mual dan sebu perut
  5. Demam
  6. Muntah. Muntah berwarna kuning. Kadang-kadang terdapat cairan atau bekuan darah dalam muntah tersebut
  7. Kembung perut
  8. Pedih ulu hati
  9. Sakit perut yang kadang kala teramat sangat sehingga berguling-guling
  10. Sedawa yang sangat kerap.
  11. Sendawa yang kerap apabila badan diurut.

Vitamin C Paling Selamat Orang Gastrik Pun Boleh Ambil

Vitamin C Paling Selamat Orang Gastrik Pun Boleh Ambil

Selalu orang gastrik ni memang kalau jumpa benda masam-masam masin-masin ni memang musuh perut la. Makan salah sikit aje, kemudian rasakanlah serangan gastrik selama satu atau dua hari baru pulih. Jadi kalau nak ambil supplement vitamin C tu terus bimbang. Sebab dalam buah-buahan kan banyak vitamin C. Tetapi betul ke vitamin C ni penyebab gastrik?

Sebenarnya, vitamin C tidak pun menyebabkan gastrik malahan antioksidan yang terkandung dalam vitamin C meningkatkan sistem imun, mengurangkan jangkitan-jangkitan virus, bakteria termasuk jangkitan bakteria H.pylori yang sering menyebabkan seseorang itu mendapat gastrik. 

Vitamin C juga membantu keberkesanan penyerapan kalsium dan juga zat besi oleh tubuh. Pesakit yang menderita sakit gastrik biasanya mereka-mereka yang kekurangan kalsium dan juga vitamin C sebenarnya. Jadi jangan ambil remeh pengambilan kalsium dan juga vitamin C anda. 

Tetapi ada yang berkata, gastrik menyerang apabila mengambil supplement vitamin C, Adakah Sustained Release Vita-C Plus Shaklee membahayakan pesakit gastrik?


Spot Whitening Treatment Atasi Tompok Jeragat Hitam

Spot Whitening Treatment Atasi Tompok Jeragat Hitam


NutriWhite merupakan set penjagaan kulit dari Shaklee. Antara produk kecantikan yang terdapat dalam set NutriWhite ini adalah Spot Whitening Treatment yang pernah kehabisan stok di kedai-kedai Shaklee seluruh Malaysia sebelum ini.

Kelebihan Spot Whitening Treatment NutriWhite ini yang menjadi pilihan ramai adalah membantu mengurangkan tompok-tompok jeragat akibat panahan matahari.

Penggunaan yang konsisten membantu kulit wajah anda lebih cerah, bersinar dan berseri. 




Testimoni Sangat Best Gunakan Set Berpantang Shaklee

Testimoni Sangat Best Gunakan Set Berpantang Shaklee

Ramai dah yang sukakan supplement shakle semasa berpantang. Tak perlu jamu yang pahit, boleh digunakan untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Ibu semakin cantik, sihat, anak pun sihat dan membesar dengan baik juga.

Seorang lagi pengguna produk shaklee yang sangat seronok menggunakan set berpantang shaklee. Jom kita lihat supplement-supplement shaklee apa yang digunakannya. Dengar kata susu badan pun banyak, meriah. Amboi-amboi ni mesti guna ESP dan Alfalfa Complex ni. ^__^


SUSU, BANYAK, LUKA, CEPAT, BAIK, MOOD, BAIK, BERTENAGA, SIHAT, PULIH, ESP, ZINK, OSTEMATRIK, SEMBELIT, TIADA,


Aha, kan dah kata dia guna  set asas berpantang dengan tambahan ESP, Alfalfa Complex dan juga Ostematrix, Padanlah ibu ni cergas, luka cepat baik dan muka semakin cantik. Mestilah ibu ni makin gembira, makan ostematrix, sembelit pun tiada. Sembelit ni selalu dialami oleh ibu selepas melahirkan bayi tau. 

Bila ambil Set Berpantang Full Set ni yang ada B complex shaklee ni, mood ibu pun elok je. Mood yang elok, ibu bertenaga memainkan peranan yang penting tau dalam menghasilkan pengeluaran susu. Selain itu pengambilan supplement protein dan juga kalsium membantu juga perbanyakkan susu. Siapa yang pernah ambil ESP dan Ostematrix ketika berpantang mesti setuju, susu cepat keluar dan banyak (dengan syarat anak kerap menyusu 2-3 jam sekali) 


SHAKLEE, PRODUK, SUPPLEMENT, ZINK, VITALEA, VITA LEA, VITA-C PLUS, ALFALFA, COMPLEX, B COMPLEX, ESP, PANTANG, LUKA, CEPAT, BAIK, PULIH, ANAK, JAUNDIS, SELAMAT, GUNA, SUSU, BADAN, IBU , BANYAK, BERTENAGA, TENAGA, BERTAMBAH, MOOD, POSITIF, GEMBIRA, MURAH, BERKESAN, TIADA, KESAN, NEGATIF,


ORDER Set Berpantang Full Set? SILA KLIK BUY NOW ^_^

SET NAIK BERAT BADAN ORANG DEWASA SHAKLEE

Cinch Energy Tea Mix Unsweetened

Cinch Energy Tea Mix Unsweetened


Bagi penggemar teh, anda kini boleh menikmati teh yang lebih sihat, tanpa pewarna dan pemanis tiruan. Chinch Energy Tea Mix adalah produk inovasi  minuman teh dari Shaklee yang menyihatkan dan juga memberi tenaga tambahan semulajadi daripada ramuan-ramuan teh terpilihnya.  Teh ini juga sangat sesuai untuk orang yang ingin awet muda dan kuruskan badan.

Chinh Energy Tea Mix Unsweetened Shaklee merupakan Eksklusif T-Lift iaitu campuran teh hijau, putih dan merah yang ditanam dan dituai secara organik untuk mengekalkan keaslian dan juga khasiat teh.



CINCH, PRODUCT, SHAKLEE, TEA, HEALTH, SIHAT, TAMBAH, TENAGA, ENERGY, TANPA, GULAM, SHAKLEE, UNTUK, KURUS, DIET, KULIT, CANTIK, AGEN, ANTIOKSIDAN, KANSER, TUMOR, HALANG, PERBAIKI, MINUM, MINUMAN, TEH, SEGERA, SEDAP

Resepi Nasi Goreng Sorok Sayur Untuk Anak Tak Suka Sayur

Resepi Nasi Goreng Sorok Sayur Untuk Anak Tak Suka Sayur


Sebenarnya ini resepi malas. Nasi goreng ni saya buat untuk Yaya makan malam. Lauk yang masak siap-siap pagi tadi dah habis. Dah malamkan, mama pun dah letih, saya pun masak yang simple sahaja.

Nama pun budak-budak, deria rasa sedang berkembang. Kalau dulu bagi sayur apa pun, semua Yaya makan. Bawang merah, bawang putih pun Yaya makan juga. Tak banyak karenah. Sekarang dia dah pandai beritahu, 

"Mama, Yaya tak suka bawang putih" atau;

"Mama, Yaya tak suka bawang merah"

Biasanya saya biarkan sahaja. Masak tetap guna bawang merah dan putih. Sebab bawang merah dan putih ni banyak manfaatnya untuk kesihatan. Terutama bawang putih yang bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Murah pula tu.

Selalunya saya beritahu Yaya. "Mama bubuh bawang merah da nbawang putih untuk bagi sedap dan wangi lauk Yaya. Kalau Yaya tak suka makan tak apa, Mama letak kat tepi pinggan aja ye"

Dan selepas tu Yaya boleh makan macam biasa dah ^_-

Sekarang ni tak berapa gemarkan brokoli. Padahal brokoli tu kaya dengan sumber kalsium dan baik untuk perkembangan otak. Aha, idea mama datang. Jeng. jeng. jeng. Tengok kat gambar ni.

Set Berpantang Sesuai Ketika Anak Jaundis

Set Berpantang Sesuai Ketika Anak Jaundis

Semasa berpantangkan Abu Ayyub sangat mencabar sebenarnya kerana saya berpantang sendiri di rumah dengan menjaga anak sulung lagi. Tambahan Abu Ayyub rupanya mengalami breastfeeding jaundis selama lebih kurang sebulan lebih. Jadi sudah tentu saya tidak boleh mengambil sebarang jamu dan juga set berpantang yang berisiko menaikkan paras bilirubin anak.

Tetapi saya perlu cepat pulih dari proses bersalin yang memenatkan dan juga perlu cepat sihat untuk menjaga kedua-dua orang anak dan juga perlu berulang alik ke klinik untuk pemeriksaan berkala jaundis Abu Ayyub. Risau jururawat yang memeriksa saya ketika itu. Risau jahitan episiotomi saya terbuka. Alhamdulillah saya amalkan sapu tempat jahitan dengan Vita-E Complex Shaklee setiap hari, luka cepat pulih dan juga tidak berair.

Itu tentang luka. Bagaimana pula dengan keadaan kesihatan saya?

Selain supplement-supplement asas yang saya ambil ketika berpantang saya turut mengambil Mealshake Shaklee dan juga ESP sebagai tenaga tambahan dan juga membantu memperbanyakkan susu. Minum setiap pagi segelas Esp bersama Mealshake dan juga nestum memberikan saya tenaga tambahan dan mengurangkan rasa lapar kerana ketika itu setiap hari saya dan suami perlu membawa Abu Ayyub ke klinik untuk pemeriksaan paras jaundisnya. 

Biasalahkan bila anak baru lahir, setiap kali itulah ibu bapa perlu menyesuaikan diri dengan pertambahan anak dan semakin kesuntukan waktu. Jadi sarapan ringkas dan mudah seperti bancuhan ESP berserta mealshake dan nestum original amat membantu saya mendapatkan tenaga segera dan mengelakkan juga serangan gastrik sekiranya saya terlewat makan. Hendak pula saya sedang dalam tempoh menyusukan Abu Ayyub dan juga menyusukan si Yaya membuatkan banyak kalori yang digunakan ketika proses penyusuan dan menyebabkan saya SERING BERASA LAPAR!!

Testimoni Collagen Powder Yang Paling Famous

Testimoni Collagen Powder Yang Paling Famous

Sebut collagen sahaja mesti orang terfikir tentang kulit cantik, kulit tegang dan sebagainya. Tetapi tahukah kita bahawa kolagen sangat penting untuk keseimbangan tubuh kita? 

kolagen sebenarnya adalah sejeni protein berserat yang bertindak sebagai tisu sokongan atau penghubung pelbagai tisu yang dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia atau mamalia. 

Walaubagaimanapun seiring pertambahan usia, tubuh semakin kurang menghasilkan kolagen. 

Kolagen sangat penting dalam mengekalkan otot sendi, kuku dan rambut yang sihat dan kuat. 

Kolagen juga sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cerah, anjal dan berseri. Kekurangan kolagen menjadi penyebab kesakitan otot dan sendi seperti osteoartritis dan artritis reumatoid. 

Hasil penyelidikan mendapati pengambilan supplement kolagen tambahan dapat membantu mengurangkan kesakitan otot dan sendi serta memperbaiki kesihatan dan kekuatan kuku, rambut, kulit, otot dan sendi. 

Birthday Cake Frozen Elsa and The Gang

Birthday Cake Frozen Elsa and The Gang

31 hari bulan Ogos yang lalu, kami adakan majlis harijadi untuk puteri sulung kami Lil Princess Yaya yang ke empat tahun. Alhamdulillah. Bermakna sudah empat tahun juga Yaya menyusu badan dengan mamanya. Majlis hari lahir ni buat kecil-kecilan aje, makan-makan keluarga, buat sekali makan-makan untuk Mak Su Yaya nak sambung belajar lagi. Tema kek yaya tahun ni adalah kartun frozen.


BIRTHDAY, HARI, JADI, LAHIR, 1KG, KEK, CAKE, FROZEN, ELSA, ANNA, HANS, KRISTOFF, DISNEY, WALT, OLAF, SVEN, FRESH, CREAM, WHITE, EDIBLE, HARGA, HOME, MADE, MAJLIS, MAKAN-MAKAN, BERKUMPUL, KELUARGA,  PARTY, BAHAGIA, HAPPY, FAMILY,
Semua sepupu berkumpul termasuk si kecik Abu Ayyub,
Opps, Qistina dan Adriana tertinggal.
Nak buat macamana nak kumpul yang ada ni pun payah, payah mendengar arahan.
So cute, tengok gelagat kanak-kanak ribena ni


Yaya tau order je lah. Selalunya dia nak mesti ada "And The Gang". Kali ni saya tukar citarasa pulak tak mahu lukis-lukis gambar, nak buat edible image, cantik sikit. Tak penat orang buatnya. Agak kalut sikitlah seminggu sebelum majlisnya baru sibuk-sibuk nak cari tukang buat kek, ingat nak cari yang buat homemade punya dan nak cari imaga gambar Elsa and The Gang nya dan ilham nak kek macamana.

Apalagi kuasa google masa kini. Meng google ajelah sepanjang malam tu. Jumpa Blog kak Syima, Syima homemadeCakes . Ber whatsapp la dengan kak syima ni. Sampai pening-pening kak syima nak faham dan penuhi kehendak saya ni. Haha. Mama Yaya selalu je over kalau bab-bab kek dan makan ni. Hehe.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry