Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Penuh Dengan Aktiviti Melatih Para Downline Butterfly

Penuh Dengan Aktiviti Melatih Para Downline Butterfly


Semalam tak upload entry apa-apa pun. Rindulah, dah terbiasa jari-jari comel ini menaip. Mulut membebel. Biasalah, perempuan. Hihi. Saya sedang fokus dengan aktiviti melatih para downline saya dalam group Butterfly saya. Kenapa Butterfly?. Saya mahukan semua orang ada pilihan, bebas tanpa dibelenggu masalah yang utama seperti kesihatan dan duit.

Adakah kita hamba duit?. Tidak! Tapi kita memerlukan duit untuk terus hidup dalam dunia serba canggih dan mendesak ini.





Mesti kita tak nak jadi macam kata-kata Cik Tina ini kan?. Takkan sampai tua kita terikat dengan hidup nak bayar bil-bil yang berangkai lepas tu meninggal macam tu sahajakan. Hidup kita juga bukan setakat kira-kira gaji yang cukup makan sahaja, lepas tu merungut dan susah hati pasal GST, pasal HARGA NAIK, SEMUA NAIK. Complaint sana-sini sampai tua dan lepas tu mati. Sangat takde life dan stress rasanya.

Kesihatan juga penting. Semua tahu, kos rawatan semakin meningkat setiap tahun. Tapi, kalau kita jaga kesihatan kita dan keluarga dari awal, kita dapat kurangkan kos rawatan dan ubat-ubatan. Kalau kita jaga kesihatan diri dan keluarga dengan baik, macam-macam kerja yang boleh kita lakukan, hal rumah tangga dapat diuruskan dengan baik, dan kerja sampingan pun boleh kita usahakan. Duit dapat, kesihatan bertambah, keluarga pun bahagia.

Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga Dua Tahun

Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga Dua Tahun


Hari ini saya rasa terpanggil nak bantu ibu-ibu yang berhasrat mahu menyusukan badan anak-anak hingga dua tahun. Sebab ramai lagi yang ada masalah susu badan kurang sama ada dari dalam pantang, selepas kembali bekerja ataupun susu mulai sikit bila anak dah mula makan

Pertama, bagi yang berkerjaya, anda harus tukar pam kepada yang double pump. Wajib. Kenapa perlu berkira nak beli pam susu ibu sedangkan perjalanan menyusukan anak tu sangat jauh iaitu lebih kurang 730 hari. Ya, menyusukan anak walaupun ia adalah semulajadi tapi masih memerlukan pengorbanan, kerana setiap pengorbanan itu Allah gantikan dengan pahala. Itulah istimewanya islam.

Kenapa perlu double pam? Kerana lebih menjimatkan masa, lebih praktikal, dan ibu pun kurang penat serta tidak terkejar. Melainkan kalau ibu kurang kerap berada jauh dari anak yang perlu disusui. Pemilihan pam juga penting kerana mengurangkan peratusan susu badan kurang apabila kembali bekerja. Pam yang baik tidak semesti harganya ribuan ringgit. Cuma kaji dulu sebelum membeli.

Resepi Makanan Bayi Bubur Beetroot Yang Sedap

Resepi Makanan Bayi Bubur Beetroot Yang Sedap


Dah lama nak share tapi lupa share. hehe. Saya biasanya kurang suka nak belek-belek resepi. Entahlah, rasa lambat dan nanti macam runsing je, macam banyak benda je yang takde. hehe. Saya lebih suka try dan error. Yang paling penting saya mesti tahu dan ada jadual sebagai "guideline" untuk bayi apa yang boleh dimakan ikut perkembangan usianya.

Mulai minggu lepas,  hujung minggu saya akan peruntukkan satu hari selama lebih kurang setengah jam ke satu jam, selalunya pakej dengan masak sekali untuk hari tu. Peruntukkan waktu tu, saya akan potong, basuh semua buah-buahan dan sayur-sayuran dan simpan dalam bekas-bekas yang berasingan. Nanti tinggal sedia masak makanan untuk Kakak Yaya dan juga baby Abu Ayyub

Saya tak fikir idea apa untuk dimasak selama seminggu tu. Entahlah rasa macam remeh jekan. Sebab saya suka masak campak-campak dan ikut keadaan. Sebab saya dah terbiasa, buka pintu peti ais je, saya dah boleh plan apa yang nak dimasak, tak sampai seminit pun. Ada sebabnya kenapa saya jadi macamni. hehe

Sebelum ni, saya masak setiap pagi, bahan-bahan pun sediakan pagi tu jugak. Anak baru sorangkan jadi tak kelam kabut sangatlah. Jadi dah hari-hari practice, banyak idea dalam satu minit Plan A, B atau C. hehe.

Ok balik pada resepi tadi, saya teringin nak guna beetroot sebab beetroot ni sesuai untuk budak yang ada eczema dan alahan kerana bersifat antihistamine. Jadi saya pun pergilah cari beetroot ni, memanglah, kalau kita nakkan sesuatu benda masa tulah payah nak jumpanya pun. haha. Jadi, umur sembilan bulan baru Abu Ayyub ada rezeki nak kenal rasa beetroot ni.

Untuk pengetahuan beetroot ni sesuai untuk bayi berumur 8 bulan hingga 10 bulan tau.


Bubur, Untuk, Bayi, Resepi, 8, Lapan, Bulan, Banyak, Khasiat, Puri

Mesti Baca!! Kenapa Susu Badan Kurang?

Mesti Baca!! Kenapa Susu Badan Kurang?


Ramai dah saya jumpa ibu-ibu yang mengeluh susu badan berkurang setelah sebulan dua masuk kerja semula setelah tamat tempoh berpantang. Takpun anak belum cukup setahun dah susah hari susu makin mengering katanya.

Apa masalahnya, rupanya perkara biasa. Jarang pam. Kenapa jarang pam susu ibu? ha, rupanya ada cerita luar biasa disebalik perkara biasa. heee

Ibu yang sedang menghadapi masalah susu kurang ni sebenarnya ada yang kurang arif mengenai cara mengepam yang betul. Selalunya berlaku pada ibu yang menyusukan anak sulung dan ibu-ibu yang baru pertama kali ingin menyusukan anak setelah anak-anak yang sebelumnya tak berjaya disusui.
(Memanglah "practice make perfect")

Artis Cantik Ambil Makanan Awet Muda

Artis Cantik Ambil Makanan Awet Muda


Siapa artis cantik tu?. Berapa umur dia? makanan apa yang dia ambil tu? Wahhh, tertanya-tanya gitukan. Kalau nak tahu dengan tonik ni la cara awet muda yang paling simple sekali. Eh! dah terberitahu hint la pula. hehe

Bagus si cantik ni dari awal dah ada inisiatif jaga kecantikan dan kesihatan tubuh. Artis lah katakan. Mestilah nak jaga saham, sebab itu antara aset dia untuk kekal dalam industri hiburan selain yang paling penting adalah bakat. Normallah tu.

Ish apa dia makanan, tonik yang dia ambil tu? 

Jeng. Jeng. Jeng 


Pengalaman Guna Baby Carrier Ergo Yang Sangat Selesa

Pengalaman Guna Baby Carrier Ergo Yang Sangat Selesa


Sebenarnya saya tak fanatik pun dengan SSC ni. Lebih kepada keperluan. Sebab saya tak suka membazir masa duduk lama semata-mata nak menyusukan anak jika pergi ke mana-mana. Orang suka berjalan katakan.

Pun sebenarnya saya tak ambil tahu beza ring sling, baby wrap dan sewaktu dengannya. Semuanya saya pukul rata panggil baby carrier (jangan hakimi saya).

Asalnya saya nak berjimat (haji bakhil juga ni). Ingatkan Ring Sling dah memadai. Rupanya umur Abu Ayyub dah 6 bulan dia tak selesa duduk dalam tu (lagi sekali jangan hakimi saya). Stroller ada, tapi lecehla untuk sesetengah keadaan dan yang perlu cepat sentiasa macam saya.

Pilih punya pilih self-structered carrier pilihan saya adalah Ergo. Saya pilih Ergo sport sebab pengudaraannya yang baik dan kainnya yang lebih lembut dan tak terlalu tebal. Sesuailah dengan iklim Malaysia yang panas lembap ni bila nak pergi berjalan kemana-mana. Takkan nak berjalan bawah bumbung je kan.



Self Structered Carrier Ergo
Inilah Ergo Baby Carrier Idaman Kalbu Saya

Beli ESP Shaklee Dengan Harga Lebih Murah Dan Jimat

Beli ESP Shaklee Dengan Harga Jauh Lebih Murah Dan Jimat

Ramai sebenarnya yang sukakan ESP Shaklee ni. Kehebatan dan keberkesanannya memang terserlah. Baik membantu memperbanyakkan susu badan, mencantikkan kulit, tambah tenaga, untuk turunkan berat badan, dan anak yang dikandung putih gebu, serta untuk zuriat dan lain-lain manfaatnya memang ramai yang mengakuinya.

Tetapi ramai juga yang berkira-kira bila mendengar harganya. Saya juga macam anda semua dulu. Kenapalah ESP ni mahal sangat. Padahal baru guna 1 tong je pun dah rasa kelainannya. Tapi bila saya dah guna lebih dari 3 tong ESP baru saya berfikir balik. Apasal aku berkira sangat RM75 tu nak jadi ahli. Padahal bayar sekali untuk seumur hidup. Apa sesekali je beli, tak berbaloi?.

Serius, bila dah jadi ahli, kita rasa untung dan jimat berganda. Apa taknya, bila jadi ahli harga asal turun hingga 20%. Ada lagi pula tu, dapat kumpul point yang akan ditukar kepada wang tunai. Masuk dalam akaun anda tiap bulan. Siapa yang tak seronok. Tak buat apa pun, makan sendiri je. Tengok-tengok bulan depan dalam akaun kita ada amaun tambahan dari Shaklee bestkan.

Shaklee ni memang suka bagi lebih walaupun harga nampak mahal. Satu tong soya ESP tu baru RM150 tapi untuk sebulan guna. Ada produk soya yang saya tahu non-gmo harga lebih mahal RM180 tapi untuk seminggu sehaja satu tin. Walaubagaimanapun produk soya isolate non-gmo ini tidak ada kajian pihak ketiga macam Shaklee. Jadi Shaklee betul-betul tak masuk bakul angkat sendiri ye.

Bulan ni bulan untung penggemar ESP Shaklee, Shaklee buat promosi beli dua tong ESP dan anda dapat penjimatan 5%. Kalau harga asal RM300 untuk dua tong. Sekarang cuma RM285. Murah sangatkan. Jom rebut peluang ni. 


Soya, Shaklee, Protein, Energizing, Soy, Non-Gmo, Price, Beli, Khasiat, Manfaat, Untung, Jimat



Selalu promo beli 6 percuma 1 kan?. dan kena laburkan sehingga RM900 dan cari kawan-kawan nak cukupkan korum 7 tin ESP kan sebab nak jimat dan murahkan. Sekarang beli dua botol ESP pun dah dapat berjimat. Jom beli ESP Shaklee sekarang




MILK BOOSTER, TAMBAH SUSU, BANYAKKAN, SUSU IBU, SUSU, SUSU BADAN, ESP, ALFALFA,  SHAKLEE, PRODUK, PRODUCT, ORDER, BUY, PAYMENT, PRICE, HARGA, VITAMIN, SHAKLEE, ONLINE



SID, ID, 882854, PENANG, SEBERANG, PERAI, UTARA, TENGAH,SELATAN, KEPALA, BATAS, SHAKLEE, BEBAS, JAYA,PERMATANG, PAUH, PERMATANG, SUNGAI, DUA, BULUH,BULOH, COD, PENGHANTARAN, PRODUK, VITAMIN, SUPPLEMENT

Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 6 Tahun

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 6 Tahun

Ingat lupa, ingat lupa rupanya dah enam tahun saya mendirikan rumah tangga. Anak pun dah dua orang yang cerdik, sihat dan banyak keletahnya. Sepasang pula tu. Alhamdulillah. Macam tak percaya je saya berjaya mengharungi fasa lima tahun perkahwinan yang orang tua-tua kata fasa-fasa kritikal kita dan pasangan kita nak saling "bergabung dan memahami".

Ingat lagi pada awalnya fikir macam-macam benda contoh macam, cukup ke pendapatan kami nak tanggung anak yang bakal lahir?. Rupa-rupanya Allah dah tetapkan rezeki untuk anak sulung kami melalui ibu bapanya. Betul orang kata, dah ada anak murah rezeki. Antranya Allah lorongkan saya untuk memulakan jana pendapatan sampingan melalui bisnes online Shaklee. 

Saya pernah terfikir dan bertanya pada suami, "bolehkah saya jaga dan besarkan anak kita dengan baik?". Tahu apa kata suami?. Dia cakap "saya yakin isteri saya ni boleh jaga dan besarkan anak dengan baik". (bahasa-bahasa romantika tak digunakan nanti orang muntah) kekeke.

Walaupun itu ayat pernyataan dia, tapi sebenarnya apa yang diucapkan itu juga suatu doa. Alhamdulillah. saya mampu menjaga anak dengan baik, dan mampu menyusukan dia hingga sekarang umur dia dah lima tahun pun. Anak kedua ni lagi cekaplah walaupun mula-mula tu terkial-kial sekejap. Al maklumlah, dah 4 tahun tiada bayi dalam rumah masa tu. hehe.

Selama enam tahun ni tipulah kalau lautan tu tenang je kan. Tambah-tambah dua-dua bekerja, ada anak kecil, masa terhadkan. Lautan bergelora, kisah masam, manis, pahit, payau semua kami dah lalui. Susah senang pun. 

Pasangan sayalah sahabat baik saya, kawan bergaduh, suami yang terbaik dan bapa yang penyayang buat anak-anak saya. Walaupun isteri dia banyak masa tak cukup akal dari berakal. hehe. Bak kata suami saya, takkan nak manis sahaja, tak syokla jalan cerita, mesti nak ada pahit masam masin sikit. Barulah meriah hidup katanya.

Pada saya walaupun sampai sekarang hidup kami macam ikan siakap tiga rasa. hahaha. Tapi, saling bertolak ansur, memahami, tolong menolong dan saling tegur menegur itu perlu. Suami tak boleh berlagak seperti raja dan hanya dia yang betul. Isteri pula ada masa patut nasihat dan tegur suami. Kerana suami pun manusia biasa, tak terlepas dari buat silap. (Tapi ikut cara masing-masinglah)

Akhir sekali, sebenarnya bukanlah saya nak cewi pasal ulang tahun saya dalam blog saya ni. Cuma saya nak momenkan buat untuk anak-anak saya nanti. (Kalau blog ada lagi di masa akan datang). hehe. Jadi tahun ni, sambutan ulang tahun kami adalah berjalan-jalan sepanjang hujung minggu sampai sakit kaki. Tapi puas, dapat luangkan masa bersama suami dan anak-anak. hehe

Gambar tak boleh belanja. Bukan kedekut. Tak teringat nak tangkap gambar. Hehe. Suruh yaya tanya abah dia macamana abah dia nak kawan dengan mama dulu. Dia tak tanya aihhh. Dia sendiri cerita ikut versi suka hati dia."Abah jumpa mama, lepas tu kawin. Bila lelaki dan perempuan dah kawin. Allah bagilah anak pada mama dan abah". THE END.


Gambar Nikah 2010
kena marah dengan makcik. Lupa nak tempah viel. hihi
kami pasangan yang simple dan sempoi je..hehe


Gambar Nikah 2010
Belanja gambar sanding 1




Cara Berhenti Merokok Paling Mudah Dan Berkesan

Cara Berhenti Merokok Paling Mudah Dan Berkesan

Merokok pada asalnya suka-suka dan juga untuk menghilangkan tekanan. Majoriti lelaki lebih ramai dari kaum wanita yang menghisap rokok.  Mereka ni kebanyakkan menghisap rokok dari umur seawal usia dan kebanyakkannya disebabkan ikut-ikutan. 

Walaupun ulama dah kata hisap rokok tu haram, hasil jualan rokok sumbang ke israel, kempen-kempen berhenti merokok bersepah-sepah di sana sini, pada kotak-kotak rokok gambar penyakit yang mengerikan akibat kesan merokok dan para isteri yang membebel berkarung-karung guni juga seperti seolah-seolah mencurahkan air ke daun keladi tiada kesan.


Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Mudah, Cara Berhenti Merokok Paling Mudah Dan Berkesan, Petua Hilangkan Ketagihan Merokok, Produk Hilangkan Ketagihan Merokok, Ubat Hilangkan Ketagihan Merokok,


Kita semua tahu yang menghidu asap rokok lebih berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit seperti kanser dan juga asthma. Tapi yang paling terkesan adalah orang yang menghidu asap rokok terutama kanak-kanak, ibu mengandung dan juga orang tua.


Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Mudah, Cara Berhenti Merokok Paling Mudah Dan Berkesan, Petua Hilangkan Ketagihan Merokok, Produk Hilangkan Ketagihan Merokok, Ubat Hilangkan Ketagihan Merokok,


Paling geram kalau perokok ni sengaja atau buat-buat macam tak pernah pergi sekolah selamba je merokok depan anak-anak. Dan kebanyakkan orang-orang merokok ni walaupun kat tempat awam terutama kedai makan,  mereka ingat habis macho la hembuskan asap rokok fuhh..fuhhh, ingat rilex habislah. Buat-buat tak nampak orang sekeliling bawa anak-anak. Tapi bila anak-anak merokok tau pula para bapa ni marah.

Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Mudah, Cara Berhenti Merokok Paling Mudah Dan Berkesan, Petua Hilangkan Ketagihan Merokok, Produk Hilangkan Ketagihan Merokok, Ubat Hilangkan Ketagihan Merokok,
Walaupun anak masih kecil tapi sel-sel otak mereka sedang berhubung tau

Tips Turun Berat Badan 20kg Selepas Bersalin Dengan Mudah

Tips Turun Berat Badan 20kg Selepas Bersalin Dengan Mudah


Wah, ramai tau yang hubungi saya nakkan pakej set menyusu dan kurus. Ramai sangat risau tak turun berat badan lepas bersalin ni. Haihh, biasalah perempuan, kecantikan dan bentuk badan yang cantikkan idaman semua wanita. Tapi ada seorang wanita ni, dia berjaya kuruskan badan balik dan dengan pakej, kulit muka yang semakin cantik. Terujakan?

Gemuk sangat ke dia sebelum ni. 20kg turun selepas mengamalkan Set Slimming Shaklee. Wahh, sendiri bayangkanlah betapa gemuknya dia.Susu badan pun tak berkurang walaupun dia mengamalkan Set Kurus Shaklee ni.  Siap ada dua anak susuan lagi katanya. Tak percaya mari tonton vimeo ni.



Cara Keluarkan Hingus Bayi Paling Berkesan

Cara Keluarkan Hingus Bayi Paling Berkesan

Bila anak menghidapi selesema, waktu malam dan waktu awal pagi biasanya adalah waktu hidung mereka kerap tersumbat dan sesekali diringi batuk berkahak. Menandakan mucus banyak disekitar tekak dan hidung mereka. Sudah tentulah mereka sedikit meragam dan adakalanya tak mahu menyusu. Nak menyusu macamana. Nak sedut susu pun tak boleh, hidung sumbat,

Walaupun dah sapu baby vicks vapourub atau minyak bawang putih dan sebagainya. Tetapi kahak atau hingus tetap kena buang juga. Selain buat stim wap dan tepukan percussion tu. Kita juga harus mengeluarkan hingus mereka.

Doktor pakar kanak-kanak memberitahu cara sedut hingus bayi guna mulut orang tua ke hidung anak adalah tidak bersih, dan berisiko memindahkan jangkitan-jangkitan kuman dari mulut ke dalam hidung kanak-kanak. Ya betul, kerana mulut merupakan rumah bacteria. Macam-macam makanan yang kita sumbat dalam mulut kita ni. Dan lebih sadis kalau si bapa adalah perokok.

Jadi cara terbaik menurut doktor adalah dengan menggunakan “nasal aspirator” yang dijual di banyak kedai bayi dan juga hypermarket. Walaubagaimanapun, pengedut hingus yang berbentuk hon adalah kurang berkesan kerana tidak dapat menyedut hingus anak semaksimum mungkin dan menggunakan masa yang lebih lama untuk proses sedutan.

Nasal nose yang terbaik adalah yang berbentuk tiub dan disambungkan ke sebuah botol kecil. Tekanan udara yang diterima oleh hidung bayi juga sangat kurang memberi risiko tisu-tisu dalam hidung teluka atau tercedera.

Masa yang diambil juga sangat pendek. Dalam lebih kurang dua minit sahaja. Tapi hasilnya pasti memuaskan hati ibu bapa dan juga anak itu sendiri. Sapukan juga minyak bawang putih, atau baby vicks vapourub atau baby herbal cream tropika atau minyak gamat yang sesuai pada dada, hidung, belakang badan, tapak kaki dan juga betis

Anak anda akan berasa lega dalam tempoh yang lama, boleh tidur nyenyak sepajang malam dan juga berasa selesa untuk melakukan aktiviti hariannya tanpa perlu merengek disebabkan hidung tersumbat. Penyedut hingus ini lebih bersih, berkesan dan juga tidak merosakkan tisu-tisu hidung anak. Anda bebas menyedut hingus beberapa kali sehari yang diperlukan oleh anak anda.

Tips Mudah Bangun Pagi Untuk Orang Susah Bangun Tidur

Tips Mudah Bangun Pagi Untuk Orang Susah Bangun Tidur

Tak semua orang senang bangun pagikan. Ada yang guna jam  loceng besar alam pun susah nak bangun lagi. Maksud senang bangun adalah bangun dalam keadaan sedar, dan bangun perlahan-lahan selepas 5 minit ita sedar dari tidur.

Tak boleh amalkan bangun mengejut. Satu jantung tak sempat dalam posisi normal lagi. Sebab masa kita tidur, roh kita menerawang lagi. Sebab tu orang cakap jangan kejut secara mengejut orang tidur nanti roh tak sempat balik ke tubuh.

Tak boleh juga berlengah-lengah dan bermalas-malasan atas katil lama sangat. Nanti dikhuatiri tertidur balik takpun datang penyakit malas nak bersegera.

Tahu tak, kalau kita rasa malas bangun pagi dan susah bangun pagi. Itu menandakan tubuh kita mengandungi toksin yang tinggi. Jadi kita kena detoks toksin tu supaya kita mendapat badan yang cergas kembali.

Alfalfa Complex memang telah dipercayai faedahnya oleh ramai orang yang telah merasai kebaikan tumbuhan 1001 guna ni. Alfalfa Shaklee membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Maka badan pun jadi ringan.

Ditambah pula dengan pengambilan ostematrix 4 biji setiap hari memudahkan seseorang itu untuk bangun awal dan melawaskan sistem pembuangan seseorang. Pagi-pagi lagi dah terasa nak buang air besar. Jadi tiadalah masa nak bermalas-malasan. Hehe

Tapi. Ada tapi pula. Nak tahu tak rahsia yang buat kita ni paling mudah bangun setelah detoksifikasi dibuat?

Cara Mudah Atasi Masalah Keguguran Rambut

Cara Mudah Atasi Masalah Keguguran Rambut

Selepas bersalinkan Yaya, masa tu dia umur 3 bulan saya perasan keguguran rambut yang saya alami bukan perkara biasa. Di setiap bahagian rumah pasti ada rambut gugur milik saya. 3 orang sahaja yang tinggal dirumah tu. dan saya seorang sahaja yg berambut panjang. Sudah pastu itu rambut saya yang gugur.

Sedih sebab rambut saya ni taklah tebal mana pun. Hari-hari gugur banyak sangat. Nanti botak pula. Lepas tu risau. Aku ni ada sakit leukimia ke (pengaruh television kuat sangat).

Tapi orang tua-tua kata anak suka main air liur tu sebab rambut mak gugur. Kita pun dalam terima sahaja kata-kata orang tua dengan alasan nak bagi sedapkan hati, tapi terfikir jua apa kaitan anak main air liur ni.

Menginjak kesetahun umur anak baru masalah rambut gugur tiada. Tapi masa tu tak perasan sesuatu yang pelik pun. Tahun berganti tahun. 4 tahun kemudian saya melahirkan lagi seorang lagi bayi.

Ketika anak menginjak umur 3 bulan saya tunggu "musim" rambut gugur saya. Tapi tiada pun. Masa anak umur 5 bulan. Saya perasan isu rambut gugur yang saya takutkan terjadi juga.

Sedih tak terkata ni. Orang tua-tua sibuk beritahu anak main air liur buat mama gugur rambut. Saya tak berapa nak nampak relevannya cakap orang-orang tua ni. Sebab Abu Ayyub dari umur 3 bulan suka sangat main air liur.

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Sembuhkan Selesema Dan Batuk Anak

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Sembuhkan Selesema Dan Batuk Anak


Tak perlu keluar duit yang banyak pun nak buat minyak bawang putih ni, Saya kalau bab-bab home remedy memang suka sangat. Tapi kalau yang saya rasa tak merepek dan tak merenyahkanlah. Kalau nak tahu selesema dan batuk adalah jangkitan biasa yang anak-anak hadapi dari bayi hinggalah kanak-kanak. Tapi semakin besar, mereka jarang dijangkiti sebab sistem imun mereka dah matang.

Nak buang kahak bayi atau dengar mereka batuk memang buat kita rasa susah hatikan. Cubalah sapu minyak bawang putih ni pada zon T (pangkat hidung, dahi dan ubun-ubun), dada membawa ari-ari dan seluruh belakang mereka. Sapukan beberapa kali terutama di tengah malam. Tidur anak lebih lena. Dan kahak tu akan turun melalui najis.

Cara nak buat minyak bawang putih sendiri. Mudah je. Sediakan satu hingga dua labu bawang. Kalau anak duduk dinursery atau pengasuh atau ahli keluarga yang jaga boleh bekalkan 1 bekas. Minyak zaitun atau virgin coconut oil. Saya lebih suka guna virgin coconut oil. Bau bawang putih tu berkurang sebab kewangian semulajadi minyak kelapa dara tu lebih menyerlah. 

Tiadalah busuk tengik sangat bau badan anak kita. Tapi ok je kalau nak bau tengik. Janji anak sihat kan. Hehe

Ok, sambung balik. bakar bawang putih hingga isinya lembut macam pes tomyam tu bila dipicit terus dari kulitnya. Lepas tu tumbuk atau lenyek sampai lumat. Gaul dengan minyak kelapa dara atau minyak zaitun tadi. Masuk dalam bekas. Dan siap. Boleh guna sampai sebulan atau sampai korang dah tak tahan ketengikkan minyak bawang putih tu. Hehe.


SID, ID, 882854, PENANG, SEBERANG, PERAI, UTARA, TENGAH,SELATAN, KEPALA, BATAS, SHAKLEE, BEBAS, JAYA,PERMATANG, PAUH, PERMATANG, SUNGAI, DUA, BULUH,BULOH, COD, PENGHANTARAN, PRODUK, VITAMIN, SUPPLEMENT





Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz | ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz

Bisnes Online Yang Paling Menguntungkan Suami Pun Tak Marah

Bisnes Online Yang Paling Menguntungkan Suami Pun Tak Marah


Saya suka sangat bisnes shaklee ni sebab konsep perniagaannya flexible. Sambil-sambil je berbisnes. Saya tak perlu kelam kabut menguruskan perniagaan saya sendirian. Saya ada barisan downline yang berusaha bersama-sama memenuhi kehendak pelanggan. Jika terlalu banyak tempahan serahkan sahaja pada downline urusan order dan penghantaran pada customer. Tiada istilah rugi di sini. Win-win situation. (Nak tahu kena hubungi saya)
Contohnya, mula-mula dahulu saya tak menang tangan nak penuhi kehendak customer di Perak. Tapi tak lama lepas tu saya dah boleh tarik nafas lega kerana orang-orang perak boleh hubungi downline-downline saya seperti team Nur Bahirah Abdullah dan team Zatul Immah. Tambah-tambah kalau orang-orang Perak mahu COD. Hubungi je diorang.

Ingat lagi saat-saat saya masuk hospital, anak warded dan sebagainya. Nak tengok handphone pun tak mampu. Downline-downline sayalah yang banyak bantu saya. Kalau tak boleh juga, Upline saya boleh bantu saya. Begitu juga sekiranya para downline saya ada masalah seperti saya, saya akan bantu mereka pula. Kami ni ibarat adik beradik tau. Saling membantu.

Petua Demam Cepat Pulih Tak Perlu Makan Ubat Lagi

Petua Demam Cepat Pulih Tak Perlu Makan Ubat Lagi

Isnin lepas, kami baru je sampai dari rumah setelah menghadiri Program Ipoh Mali kelolaan Fantastic 4 ft Master Dilla Jalil. Baru je selesai makan semuanya, dan sedang tidurkan Abu Ayyub, tiba-tiba suami beritahu suhu badan anak sulung mencecah 38.0 oC lebih dan seluruh badan dia naik bintik-bintik. Kami pun terus bergegas ke Bagan Specialist Hospital. Masa tu, jam menginjak pukul 11 malam.

Demah dahi yaya dengan sapu tangan yang direndam dalam air rendaman Basic H, sampai di hospital, Anak sulung yang berusia 5 tahun dirujuk pada pakar kanak-kanak. Di sana, Doktor mendapatkan butiran maklumat dari kami dan pemeriksaan luaran terhadap Yaya dilakukan.

Doktor beritahu simptom yang Yaya alami bukan disebabkan demam denggi tapi disebabkan jangkitan kuman. Doktor beritahu kemungkinan besar Yaya dijangkiti di sekolah kerana, jangkitan kuman biasanya mengambil masa dalam 1 hingga 2 minggu

Cara Cepatkan Pemulihan Demam Denggi

Cara Cepatkan Pemulihan Demam Denggi

Musim panas ni heboh tentang penyebaran penyakit demam denggi. Yang plaing serius adalah di Selangor. Kita kena waspada dan ambil berat mengenai bahaya demam denggi. Terbaru kata menteri kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam;  Malaysia diancam virus denggi baru yang boleh merosakkan otak dan hati serta mengakibatkan kematian dalam masa yang singkat.

"Datuk Seri S. Subramaniam berkata, wabak itu kini ibarat pembunuh nombor satu negara memandangkan simptom serangan penyakit telah berubah berbanding sebelum ini. Simptom denggi sebelum ini hanya menunjukkan pendarahan dan bintik-bintik pada kulit pesakit.
Beliau berkata, sebanyak 54 kes kematian akibat denggi dilaporkan berlaku dalam tempoh 52 hari pertama pada tahun 2015 berbanding 25 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 116 peratus.
“Wabak demam denggi ketika ini lebih kuat dan berat. Ia kini ibarat pembunuh nombor satu dan disifatkan sebagai wabak yang paling bahaya pernah dihadapi Malaysia kerana ia mampu merosakkan otak dan hati,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam."
Petikan Dari: Kosmo

Punca-punca Demam Denggi

  • Disebarkan oleh nyamuk Aedes melalui cara gigitan terutama pada waktu pagi dan petang
  • Virus akan masuk ke dalam tubuh badan dan menyebabkan kebocoran plasma darah dan pesakit akan kehilangan banyak air dalam badan
  • Seseorang yang mempunyai tahap imun yang rendah lebih mudah diserang virus denggi dan bacaan platlet darah akan menurun dengan cepat
  • Virus demam denggi akan merebak dalam badan dari hari ke tiga selepas digigit sehingga hari ke lima belas


Ketahui cara membantu pesakit cepat pulih dari penyakit demam denggi.

Pengedar Shaklee Di Pulau Pinang - Hubungi Saya

Pengedar Shaklee Di Pulau Pinang - Hubungi Saya

Banyak Pengedar Sah Shaklee Penang ni. Entah-entah jiran sebelah rumah kita je. Tapi apa yang membezakan adalah ukhuwah antara stokis-stokis Shaklee Penang ni adalah antaranya berada dibawah team Ireach yang sangat bersemangat dan berdedikasi. Ditambah pula dengan pelan pemasaran yang disediakan Shaklee tidak langsung menganiaya para downline.

Ya, Shaklee adalah sebuah syarikat Nutrisi MLM dan telah ditubuhkan semenjak tahun 1915 lagi. Bayangkanlah betapa lamanya. Sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Bayangkanlah, perkembangan dan pertambahan penambah baikkan yang dilakukan oleh Shaklee selama 100 tahun. Sebab itulah Shaklee terkenal sehingga sekarang kerana produk Shaklee yang 100% semulajadi, berkesan dan sangat selamat. 

Kalau nak tahu, tahun ni sahaja, Shaklee menang anugerah Best Brand In MLM - Nutrional Supplements untuk tahun 2014-2015 yang dianugerahkan oleh The BrandLaureate iaitu satu badan penjenamaan yang bertujuan menerapkan penambahbaikkan amalan penjenamaan dan piawaian di seluruh dunia. Ha, bestkan. Sebab itulah saya yakin dengan produk Shaklee ni.


The, Best, Brand, in, MLM, Nutritional, Supplements, Terbaik, Berkesan, Selama, Terunggul, Hebat
Credit to: Mommy Liz


Bila dah yakin, saya pun mulalah nak kongsikan kebaikan dan manfaat supplement dan juga produk penjagaan rumah dan kesihatan yang saya dah cuba dan saya sukakan keberkesanannya. Jadi terbukalah nak jadi Shaklee Independent Distributor In Pulau Pinang. Nasib baik saya jumpa dengan Lyna Noh, jadilah saya downline di bawah team Ireach beliau.

Eksklusif Cerita Benar Suami Bantu Isteri Hilangkan Kepenatan

Eksklusif Cerita Benar Suami Bantu Isteri Hilangkan Kepenatan


Isu isteri penat tak menang tangan nak buat pelbagai tugas, dari sebesar-besar perkara hinggalah menjadi tukang mencari barang untuk suami dan anak-anak. Dialah ibu, dialah private investigator, dialah kaunselor, dialah permaisuri, dialah orang gaji, dialah ibu menyusu, dialah warden asrama. Semuanya atas bahu isteri. Tambah pula isteri, wanita bekerja, haihhhh, LETIH MELAMPAU!!

Bila isteri dah penat sangat, mulalah keluar aura singa betina dan diktator, siapa juga yang merana, suami juga, daripada si isteri sebelum kahwin manjanya mengalahkan kucing siam, romantiknya sampai terangau-angau tiap waktu. Anak-anak pun asyik terasa kurang kasih sayang dengan ibu. Tu tak tambah kadang-kadang isteri macam Hantu Mak Limah Balik Kampung, dek tak sempat nak berhias diri.

Jika dibiarkan isteri makin tertekan dan terjadilah kemurungan, mudah terasa, selalu nak marah. Rumah tangga dah tak bahagia, suami juga yang susah hatikan. Tak kesian ke kat isteri?.

Ada seorang suami ni dia ni macam tipikal suami melayu Malaysia tapi dia boleh berjaya hilangkan kepenatan isteri tercinta dia dan mereka bertambah gembira lepas tu sebab ada perubahan lain yang terjadi dalam hidup mereka. Nak tahu kena tontonlah video ni.



Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry