Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Pengalaman Setahun Genap Menyusukan Anak Kedua

Setahun Sudah Genap Menyusukan Abu Ayyub

Ahad lepas cukup setahun saya menyusukan Abu Ayyub. Kalaupun Adik tak boleh makan kek lagi (sebab mama tak bagi). Saya tetap nak buat acara potong kek kecil-kecilan. Kenapa?. Maksud tersiratnya, saya dah berjaya susukan Abu Ayyub sepenuhnya dengan susu badan saya. Tak tergambar dek kata-kata kepuasan seorang ibu menyusui anaknya.

Alhamdulillah, sepanjang setahun ni bekalan susu EBM yang saya pamkan untuk Abu Ayyub sentiasa lebih dari cukup. Deep freezer pulak kejap-kejap dah penuh. Siap ada dua orang anak susuan lagi. Dan kalau dicampur dengan yang anak susuan yang pertama, ada tiga orang semuanya. 

Cuma yang ketiga tu dah tak dapat nak ambil stok EBM sebab dah pindah ke Shah Alam dan memang jaranglah nak dapat datang ke sini. Sebab tiada saudara mara di Penang ni.



Fully, Full, Breastfeed, Breastfeeding, Susukan, Susu, Susui, Nenen, Minum, Banyak, Sepenuhnya,


Pengalaman Sepanjang Setahun Menyusukan Abu Ayyub

Pengalaman kedua pun, tapi setiap anak tu ada keunikkannya yang tersendiri. Pengalaman semasa menyusukan Yaya hingga dua tahun dan bersambung hingga kini lain, dan pengalaman menyusukan Abu Ayyub pula ada kelainannya. Yang pasti, dua-dua anak berikan pengalaman terhebat buat saya.

Nak cerita Adik minum susu badan banyak macam tanggapan orang yang bayi lelaki minum banyak tak juga. Adik minum 3.5oz setiap kali darab 4-5 botol selama duduk kat rumah Opah lebih kurang 11 jam lamanya. Itupun ada masa cepat habis, ada masa dekat sejam baru habis. Hehe

Set Kehamilan, Set Berpantang, Set Menyusu, Shaklee
Selepas Dilahirkan dengan berat 3.49kg

Multivitamin Lindungi Kesihatan Kanak-Kanak Dari Teruk Melarat

Multivitamin Lindungi Kesihatan Kanak-Kanak Dari Teruk Melarat


Memang agak mencabar awal tahun ini, sejak Yaya mula bersekolah. Setelah dua minggu bersekolah, bermulalah episod, setiap seminggu atau dua minggu Yaya kena selesema dan batuk. Simptomnya sama setiap kali. Hari ni elok, esoknya dia akan bersin seharian, hidung merah dan berair dan keesokkannya dia demam. Dan agak merisaukan setiap kali macam tu dia akan demam.

Timbul dibenak, apakah supplement Shaklee yang saya bagi sebelum ini tidak berkesan? Banyak doktor pakar kanak-kanak kami dah jumpa. Semua jawapan adalah sama. Yaya tetap berulang selesema batuk dan diselang seli dengan coaxsackie dan juga demam campak.


"Rumah adalah tempat paling selamat, tetapi dia perlukan pendedahan kepada persekitaran untuk membina imun yang lebih kuat"


Semua doktor pakar kanak-kanak yang kami jumpa memberitahu hal yang sama. Ia adalah perkara normal apabila kanak-kanak yang sebelum ini dijaga di rumah, tidak dikelilingi ramai kanak-kanak setiap hari mula bersekolah. Keadaan yaya yang kerap dijangkiti virus selesema dan batuk tidak membahayakan jika keadaan terkawal dan membina sistem imun yang lebih kuat selepas ini

Bolehkah Turunkan Berat Badan Tanpa Bersenam

Bolehkah Turunkan Berat Badan Tanpa Bersenam


Memang ramai yang teringin nak kuruskan badan. Dan semua orang tau kita harus bersenam bagi membakar kesemua lemak degil dalam badan untuk mengurangkan berat badan. Tapi masalahnya ramai antara kita yang tidak berkesempatan untuk bersenam dan juga tidak mempunyai bajet lebih untuk memiliki peralatan senaman seperti di gym.

Jadi ada tak penyelesaian atau kita akan terus bersedih dengan badan yang terus bertambah kilogram dan seterusnya menjadikan kita kurang aktif dan berisiko menghidapi perlbagai penyakit berbahaya seperti jantung dan juga kencing manis.

Mestilah ada, tapi haruslah ikutinya dengan sabar dan konsisten.


Cara Menurunkan Berat Badan Melalui Makanan

 >>Jaga kuantiti pengambilan makanan 

  1. Ambillah makanan pagi seperti anda seorang raja - Maksudnya ambil dalam kuantiti yang banyak. Sebab hari masih panjang dan badan kita memerlukan banyak tenaga untuk melakukan perkerjaan di siang hari
  2. Ambilah makanan tengah hari seperti seorang permaisuri - Ya itu kuantiti yang sederhana. Sebab menjelang ke petang hari tenaga yang diperlukan semakin berkurang
  3. Ambil makan malam seperti seorang peminta sedekah - kuantiti makanan yang sedikit. Sebab waktu ini tubuh tidak lagi memerlukan banyak tenaga dan perlu banyak rehat dan tidur. Kalau makan banyak pada waktu malam memang mengumpul lemaklah.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry