Pada umur satu tahun hingga dua tahun anak-anak biasanya:
- Sudah pandai berjalan dan suka berjalan di sekeliling kawasan rumah
- Sudah dapat menyusun barang ataupun permainan
- Menunjukkan minat kepada sesuatu perkara seperti permainan, benda, haiwan dsb
- Dapat memahami disiplin yang mudah dan ringkas
- Pandai berinteraksi dengan orang lain terutamanya ibu bapa dan adik beradiknya
- Mulapandai menunjukkan reaksi tidak suka ataupun marah
- Pandai bersosial (bermain dengan orang lain) dan boleh bermain sendiri
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula belajar sesuatu dengan lebih agresif. Jika kita lihat sedikit tidak sabar. Anak-anak akan berusaha membuka, mengoyak, mencabut, membaling ataupun memecahkan barang. Sebenarnya mereka ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan barang tersebut.
Oleh itu, sebaiknya kita kawal rasa ingin melarang perbuatan mereka kerana merencatkan keinginan mereka. Sebaliknya awasi dan terangkan dengan bahasa yang mudah, pendek dan jelas kenapa mereka tidak boleh bermain atau memegang sesuatu barang itu dengan lebih lama.
Aktiviti-aktiviti ransangan peringkat awal perlu diteruskan, biarkan anak-anak menerokai dunia baru mereka dengan gembira. Jangan hadkan dunia mereka. Tambah ransangan dengan aktiviti yang lebih memberi pengetahuan dan menjadikan sifat ingin tahu mereka dapat dipenuhi. Antara ransangan yang sesuai dengan umur dari setahun hingga dua tahun adalah:
1. Jangan larang atau marah apabila anak mencabut ataupun mengoyakkan sesuatu barang selain daripada barang permainan mereka. Sebaliknya ganti sesuatu yang mereka boleh koyakkan dan cabut. Perbuatan ini akan membantutkan semangat ingin tahu anak-anak
2. Bawa anak bersiar-siar dan melawat ke tempat-tempat yang dapat menarik perhatian mereka seperti, taman permainan, zoo, berkelah, atau ke pusat membeli belah untuk menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman anak-anak.
3. Berikan alat permainan yang mampu meransang minda mereka seperti alat permainan yang boleh dibina mengikut kreativiti anak-anak seperti lego, blok-blok kayu, masukkan benda ke dalam kotak mengikut bentuk, permainan cantum dan lekat semula.
Anda juga boleh mereka sendiri permainan untuk anak-anak dengan memberi cawan yang berwarna warni untuk di susun, mangkuk, bebola yang jauh lebih besar dari mulut anak untuk disusun mengikut jenis warna, botol-botol susu berpenutup yang tidak digunakan (buka dan pasang penututp) dan lain-lain yang anda boleh fikirkan
4. Waktu mandi juga boleh jadi waktu aktiviti yang menyeronokkan dan sambil belajar seperti:
- Bermain dengan permainan yang terapung
- Isi air dalam bekas mainan atau sebarang bekas recycle yang selamat digunakan
- Bermain-main dengan buih sabun
- Bermain dengan air (tampar, percik, curah dan sebagainya)
- Aktiviti menggosok gigi atau gosok barang-barang mudah seperti alat permainan, bangku dan sebagainya
5. Ransang juga pergerakan fizikal mereka apabila anak sudah pandai berjalan dengan aktiviti bermain sorok-sorok, lari-lari, dan sebagainya. Yang ini anak-anak saya sangat suka bermain "harimau nak makan orang" dengan abah mereka. Sesekali dengan sayalah. hehe
6. Memperuntukkan masa mengajar anak-anak dengan flash card atau buku bergambar. Beritahu anak apakah ia dan galakkan anak sebutkannya. Tidak mengapa jika anak anda masih tidak dapat menyebutnya. Jangan paksa. Cuma teruskan mengajar. Have fun.
Contoh beli buku bergambar haiwan dan beritahu nama haiwan tersebut dan buat "action" dan bunyi haiwan tersebut untuk menarik perhatian anak.
Beli buku bergambar sayur-sayuran dan buah-buahan terangkan nama-namanya. Sambil anak-anak "menyibuk" di dapur terangkan nama sayuran atau buah yang bakal dia makan nanti. Biarkan dia pegang dan bau buah atau sayur tersebut. Pastikan ianya dibasuh bersih terlebih dahulu
7. Setiap aktiviti yang kita lakukan bersama anak-anak perlu sentiasa beritahu dan jelaskan pada anak
8. Semasa hendak tidurkan anak-anak bacakan buku cerita berunsur nasihat, teladan, dan kisah nabi-nabi, berzikir dan sebagainya. Yang ini kadang-kadang saya akan tertidur sambil bercerita. hehe
Yang penting apa yang mereka buat, jangan larang, jangan takutkan mereka. Sebaliknya biarkan mereka jadi saintis cilik. Galakkan penyiasatan dan kajian mereka itu. Terangkan pada mereka, biarkan mereka mencuba sambil awasi mereka.
Jadi hanya di rumah kita sahajalah tempat mereka bereksperimen. Biarkan mereka mencipta dunia keseronokan di rumah sendiri. Rumahku Syurgaku.
Atiqah Aziz
SID: 882854
Email: atiqahaziz84@gmail.com
Whatsapps: 012-5770682
0 comments:
Catat Ulasan