Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Khasiat Doa Banyakkan Susu Badan

Harini nak kongsi sikit cara lain nak banyakkan susu badan. bukan dengan produk banyakkan susu badan, bukan juga makanan yang banyakkan susu badan, tetapi adalah makanan rohani iaitu surah banyakkan susu ibu

Surah ini adalah sebahagian ikhtiar kita memohon pada Allah s.w.t dalam membantu usaha kita untuk banyakkan susu badan. Ada macam-macam doa banyakkan susu badan. Dan potongan surah ini adalah salah satu daripada doa memohon memperbanyakkan air susu ibu.




Baca doa ini ketika mahu menyusukan anak dan juga sebelum mengepam susu badan. Kemudian semasa mengepam dan menyusu sambil ingat atau tengok wajah/gambar anak hendaklah kita usahakan lagi dengan zikir banyakkan susu ibu iaitu berzikir menyebut Ya Matin 70 kali. Lebih baik dari scroll FB kan.

Selepas itu selepas itu amalkan zikir Ya Matin ini selepas solat subuh dan juga pada waktu malam. Niatkan untuk mohon pada Allah s.w.t untuk bantu tambah susu badan. Setiap kali selepas solat juga boleh baca ayat ini sebagai doa untuk banyakkan susu badan.

Sebenarnya berdoa ini tiada had, pantang larang. Berdoalah dan ingatlah pada Allah walau di mana kita berada. Hanya pada Allah tempat kita bertawakal da nberserah diri setelah puas berusaha.


Atiqah Aziz
SID:882854
Whatsapp: 0125770682
Email: atiqahaziz84@gmail.com

1 comments:

ibucergas berkata... Reply Comment

Terima kasih, pengkongsian yang sangat bermanfaat, lepas nie kena download doa dan simpan, boleh dibaca sewaktu mengepam untuk si manja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry