Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Graduan Tiada Kerjaya Berjaya Jana Pendapatan Dengan Shaklee

Graduan Tiada Kerjaya Berjaya Jana Pendapatan Dengan Shaklee

Sesiapa pun boleh berjaya dengan perniagaan produk shaklee ini. Tanpa mengira jantina dan latar belakang. Asalkan anda seorang yang gigih berusaha tanpa mengenal jemu dan tidak mudah mengalah. Sama ada anda seorang suri rumah sepenuh masa, graduan atau bekas pelajar yang sedang tercari-cari kerjaya yang memberikan gaji yang dapat menampung kos hidup masa kini, dan sesiapa sahaja boleh menyertai perniagaan penjualan produk shaklee ini.

Dengan modal serendah RM75 iaitu yuran keahlian shaklee anda telah menjadi Pengedar Bebas Shaklee (Shaklee Independent Distributor). Dan bagi anda mempunyai sebuah komputer dan telefon, anda kini semakin bebas berniaga walau di mana sahaja anda berada pada zaman yang semuanya menggunakan internet untuk mendapatkan produk dan sebagainya.

Kini, pihak shaklee menyediakan perkhidmatan Shaklee Online yang mana kini anda boleh membeli belah stok produk shaklee hanya melalui online sahaja dan penghantaran dibuat terus kepada anda atau pelanggan-pelanggan anda. Maka, walaupun anda berada di hujung dunia sekali pun, anda masih boleh berniaga lagi dengan seronoknya. Dan ada banyak lagi keistimewaan Shaklee Online ini buat pengedar-pengedar shaklee untuk meningkatkan pendapatan anda. (Nak tahu jom daftar keahlian Shaklee dahulu).



SHAKLEE ONLINE, JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE, KEAHLIAN SHAKLEE, MENJADI AHLI SHAKLEE, BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE, KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI SHAKLEE, JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE, TAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN SHAKLEE, BISNES SHAKLEE, PERNIAGAAN MLM SHAKLEE, BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN SHAKLEE



SHAKLEE ONLINE, JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE, KEAHLIAN SHAKLEE, MENJADI AHLI SHAKLEE, BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE, KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI SHAKLEE, JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE, TAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN SHAKLEE, BISNES SHAKLEE, PERNIAGAAN MLM SHAKLEE, BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN SHAKLEE



Resepi Cornfkake Chocolate Mealshake Shaklee

Resepi Cornflake Chocolate Mealshake Shaklee


Ada banyak cara mahu menikmati mealshake shaklee yang lazat selain untuk diminum. Anda juga boleh menyediakan menu kudapan berkhasiat untuk anak anda juga dengan tambahan mealshake shaklee ini. 

Mealshake dilengkapi 24 vitamin, mineral dan zat yang menyokong keperluan nutrisi anak anda.

RESEPI CORNFLAKES CHOCOLATE MEALSHAKE SHAKLEE, RESEPI CORNFLAKE COKLAT,  MEALSHAKE SHAKLEE, MEALSHAKE, MULTIVITAMIN, SELERA, ANAK, KANAK-KANAK


Bahan-bahan Cornflakes Chocolate Mealshake Shaklee

  • Cornflakes yang telah diramas sedikit
  • Coklat masak
  • Sedikit butter/marjerin
  • Mini cawan kertas
  • Mealshake Shaklee
  • Hirisan badam, chocolate rice atau apa sahaja yang anda suka sebagai hiasan.

Cara Hilangkan Selesema Anak Dengan Chewable Vita C 100mg

Cara Hilangkan Selesema Anak Dengan Chewable Vita C 100mg


Banyak cara nak pulihkan selesema ringan anak. Maksud saya selesema yang tak melibatkan demam dan suhu yang tinggi. Sekiranya anak anda mendapat jangkitan selesema berserta demam haruslah dibawa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

2 minggu lepas anak saya mendapat selesema. Puncanya siang hari yang panas, kurang minum air dan di malam hari terkena angin sejuk pula. Maklumlah, Yaya kena mandi sebab berpeluh-peluh dan agak comot selepas asyik bermain semasa acara "barbeque" kecil-kecilan yang dibuat di rumah opah Yaya. Balik rumah pulak naik motor, duduk di hadapan pula. Kena angin sejuklah jawabnya.

Esok siangnya, tengok hidung yaya asyik meleleh je dengan hingus jernih. Jadi apalagi, saya pun mulakan bagi Yaya chewable Vita C 100mg dan setiap hari dan juga omega guard shaklee. 

Cara Selamat Detox Hati Dengan DTX Complex Shaklee

Cara Selamat Detox Hati Dengan DTX Complex Shaklee

Dalam tubuh kita, hati merupakan organ terbesar yang melakukan pelbagai fungsi untuk memelihara tubuh daripada gangguan kesihatan akibat penyerapan toksin dan bahan-bahan kimia berbahaya oleh tubuh.

Antara Fungsi Hati Yang Memelihara Tubuh Kita Adalah:

  • Memetabolismakan lemak
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Menyekat, Menapis dan Menyahtoksinkan toksin dan bahan-bahan kimia berbahaya dari tubuh
  • Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
  • Menyimpan sesetengah vitamin dan juga zat besi
  • Menyimpan gula ringkas
  • Menukarkan gula ringkas kepada gula yang berguna apabila paras gula dalam tubuh menurun
  • Memusnahkan sel-sel darah merah yang sudah lama yang kemudian dikumuhkan melalui najis
  • Memecahkan hemoglobin menjadi insulin dan lain-lain hormon
  • Menukarkan ammonia kepada urea, penting dalam metabolisma tubuh
  • Menyahtoksinkan dadah dan alkohol

Vitamin Shaklee Untuk Masalah Gout

Vitamin Shaklee Untuk Masalah Gout

Gout berpunca daripada lebihan asid urik dalam darah yang dihasilkan oleh tubuh yang mana lama kelamaan urik asid akan membentuk kristal halus dan berkumpul di bahagian otot-otot tubuh. Kebiasaannya urik asid yang merupakan bahan buangan tubuh dikeluarkan oleh air kencing namum gagal dikeluarkan oleh buah pinggang dan berkumpul dalam darah bagi pesakit gout. Maka kristal urik asid ini yang menyebabkan serangan gout berlaku seperti bengkak dan radang otot yang membuatkan anda berasa sakit. Biasanya tabiat pemakanan yang salah menyebabkan masalah gout terjadi.

Makanan Yang Menghasilkan Lebih Asid Urik Dalam Badan Dan Menyebabkan Gout

  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Banyak mengambil makanan manis seperti  yang mengandungi tinggi fruktosa, minuman bergas dan jus buah-buahan
  • Pengambilan Vitamin C dalam diet harian
  • Makan terlalu banyak hati, herring, ekstrak yis dan kupang
  • Pengambilan sesetengah ubat yang didapati meninggikan tahap urik asid dalam tubuh seperti bendroflumethiazide, aspirin dan juga sesetengah ubat-ubatan kemoterapi

VITAMIN SHAKLEE YANG MEMBANTU MASALAH GOUT, PUNCA-PUNCA PENYAKIT GOUT, PUNCA PENYAKIT GOUT,   MASALAH GOUT, PENYAKIT GOUT, MAKANAN YANG MENYEBABKAN GOUT, MAKANAN YANG MENYEBABKAN PENYAKIT GOUT, PETUA UNTUK MENGURANGKAN SAKIT GOUT, PETUA UNTUK MENGURANGKAN PENYAKIT GOUT, PETUA UNTUK MENGURANGKAN MASALAH GOUT


Asid urik yang dihasilkan secara berlebihan dalam badan juga menyebabkan beberapa penyakit lain terjadi seperti:
  • Severe psoriasis
  • Blood disorder

Resepi Untuk Kanak-Kanak Rendang Tomato Yang Tak Pedas

Resepi Untuk Kanak-Kanak Rendang Tomato Yang Tak Pedas

Lama kongsi resepi untuk anak-anak ni. Hari ni teringin nak kongsi resepi Rendang Tomato Yang Tak Pedas. Aha, selalu rendang bahan utama mesti ada cili boh atau cili kisarkan. Tetapi rendang untuk anak ni tak perlu pun guna cili pes.

Resepi rendang tomato ni juga mudah, dan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja. Tak perlu tunggu-tunggu sangat rendang ni sementara nak masak. ^__^


RESEPI UNTUK KANAK-KANAK, RESEPI UNTUK ANAK, RESEPI MUDAH DAN CEPAT, SELERA ANAK, TAMBAT SELERA ANAK, MASAK SENDIRI, RESEPI, PELBAGAI KOLEKSI RESEPI UNTUK ANAK
Ini Bekal Nasi Yaya. Sebelah Nasi Putih itulah Rendang Tomato Yang Tak Pedas

Bahan-bahan Rendang Tomato Yang Tak Pedas

  • Isi Ayam yang dipotong kecil-kecil dan dicuci bersih
  • 3 biji tomato
  • 1 @ 1/2 biji labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1cm (lebih kurang) halia
  • 5 sudu makan santan
  • Sedikit gula organik (seimbangkan masam tomato)
  • Secubit garam
  • Sekuntm bunga lawang dan sedikit kayu manis dibasuh bersih

Cara Memasak Rendang Tomato Yang Tak Pedas

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan tomato dengan dua sudu minyak masak.
  2. Panaskan kuali dengan api kecil, masukkan bahan kisar, bunga lawang dan kayu manis tumis selama 5 minit atau hingga naik bau.
  3. Masukkan santan, ayam, gula dan kacau beberapa kali untuk elakkan lauk hangit.
  4. Masak selama 20 minit atau sehingga ayam bersalut kuah yang pekat seperti rendang biasa.
  5. Sebelum tutup api, masukkan secubit garam.
  6. Sedia dihidangkan.

********SELAMAT MENCUBA^__^********




Sharing Is Caring




Atiqah (ID Shaklee: 882854)

Atiqahaziz84@gmail.com
SMS: 012-5770682





PENGEDAR SHAKLEE, JURU, KEPALA BATAS, SEBERANG JAYA

Testimoni Badan Langsing Dengan Set Kurus Shaklee

Testimoni Badan Langsing Dengan Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee yang terdiri daripada supplement Herblax Shaklee, Lecithin dan juga Alfalfa Shaklee sememangnya menjadi kesukaan ramai. Tambahan apabila stok Herblax Shaklee dah ada semula. Tak sampai satu hari berada di cawangan kedai Shaklee contohnya di Seberang Jaya, Penang telah pun kehabisan stok. Memang menjadi kegemaran sungguh Herblax Shaklee ni.

Salah seorang pelanggan shaklee saya dari mengambil set kurus shaklee - Lecithin, Alfalfa dan Herblax Shaklee. Pada awalnya, bulan pertama dia mengambil lecithin dan alfalfa shaklee kesan penurunan berat badannya sedikit sahaja, sekitar 1 kg. Itu berita baik, walaupun perubahannya sedikit sahaja, kerana tubuh beliau baru menyesuaikan diri dengan penerimaan vitamin dan mineral secukupnya yang telah dilengkapkan oleh supplement Shaklee.

Kemudian beliau menambah Herblax Shaklee dalam set kurus shaklee yang diambilnya. Hampir 2 bulan kemudian, belaiu memberitahu berita gembira yang ukur lilit pinggangnya semakin berkurang. Beliau kini boleh memakai pakaian lama kembali. Kawan-kawannya pun menegur yang beliau kini semakin kurus. Wahh..seronoknya.

Susah Nak Kurus? Detoks Tubuh Dengan Herblax Shaklee

Susah Nak Kurus? Detoks Tubuh Dengan Herblax Shaklee

Ramai yang nak kurus. Ada yang susah nak turunkan berat badan walaupun 1kg. Macam-macam cara dah cuba, diet usah cakaplah. Kenapa jadi macamni?. Ada banyak faktor dan salah satu puncanya adalah toksin dalam tubuh. Dah hidup bertahun-tahun mestilah toksin berkumpul di tambah denga gaya hidup moden masa kini.

Toksin atau radika bebas mengganggu dan menyekat proses sel-sel tubuh dipulihara dan dipulihara. Toksin menyebabkan anda:

  • Mudah letih dan tubuh berasa "berat"
  • Susah bangun tidur
  • Sakit perut berterusan
  • Sakit kepala
  • Berat badan naik
  • Mudah mendapat diserang penyakit
  • Sembelit
  • Mempercepatkan proses penuaan
  • Sistem penghadaman yang lemah
  • Menyebabkan alergi
  • Gangguan emosi (stress)
  • Usus tersumbat
  • Menyebabkan masalah kulit (jerawat, kulit kusam)
  • Angin dalam badan
  • Sakit sendi
  • Bau badan, kaki, mulut dan sebagainya

Toksin paling banyak terkumpul dalam kolon ataupun usus besar. Sumber makanan segera yang mengandungi bahan kimia bukan semulajadi, pestisid, makanan yang terlalu berasid, pengawet makanan, makanan yang dipanggang, penggunaan bekas makanan yang mengandungi BPA dan sebagainya. Ini adalah sebahagian besar toksin yang diserap oleh tubuh kita melalui makanan dan minuman. 

Selain itu, pemakaian produk kecantikan, pewangi, pencuci dan peluntur pakaian, sabun mandian harian dan sebagainya turut menyumbang toksin yang diserap oleh tubuh kita tanpa disedari. Senang cerita dunia hari ini,  kita terdedah dengan pelbagai bentuk pencemaran dan pencemaran tersebut diserap oleh tubuh kita tanpa kita sedari

Tips Lindungi Wajah Dengan Daily Defense Whitening Essence Shaklee

Tips Lindungi Wajah Dengan Daily Defense Whitening Essence Shaklee 


Daily Defense Whitening Essence ini adalah sebahagian dari set penjagaan wajah Shaklee – NutriWhite. Pada asasnya set ini disyorkan untuk sesiapa yang ingin menjadikan kulit wajah lebih cerah berseri. 

Walaubagaimanapun, set NutriWhite Shaklee selamat untuk digunakan kerana ramuannya diadun dengan bahan-bahan semulajadi yang terpilih dan memelihara dan memulihara kulit wajah anda. Bagi yang pernah mencuba rangkaian set penjagaan wajah NutriWhite ini pasti setuju bahawa, walaupun membantu mencerahkan kulit wajah, namun set ini tidak bertindak menghakiskan kulit. Berdirilah anda di bawah panas mentari, wajah anda tidak kelihatan memerah seperti udang yang dibakar!


DAILY DEFENSE WHITENING ESSENCE SHAKLEE, OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM, TIPS PENJAGAAN WAJAH DENGAN OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM, SET PENJAGAAN WAJAH NUTRIWHITE SHAKLEE, NUTRIWHITE SHAKLEE, TIPS KECANTIKAN, PETUA CANTIKKAN KULIT, KECANTIKAN WAJAH, KECANTIKAN WANITA, KECANTIKAN KULIT, TIPS KULIT PUTIH, TIPS KULIT CERAH, TIPS KULIT SEHAT, TIPS KULIT KERING, TIPS KULIT PUTIH ALAMI, TIPS KECANTIKAN WAJAH, TIPS KECANTIKAN WANITA, PETUA JAGA MUKA


Salah satu set penjagaan wajah NutriWhite Shaklee iaitu Daily Defense Whitening Essence digunakan untuk memelihara kulit muka pada waktu siang. Daily Defense Whitening Essence diperkaya dengan ramuan herba yang mencerahkan wajah sambil mengimbangi kelembapan dan melembut kulit anda.

Tips Penjagaan Wajah Dengan Overnight Renewal Whitening Cream

Tips Penjagaan Wajah  Dengan Overnight Renewal Whitening Cream

Perempuan memang suka menjaga wajah. Banyak petua dan tips yang diamalkan untuk mencantikkan wajah dan juga menjaga wajah. Bagi yang malas dan “kurang masa” nak menyediakan ramuan-ramuan petua tradisional tetapi inginkan penjagaan wajah secara semulajadi, Overnight Renewal Whitening Cream adalah penyelesaiannya.

Overnight Renewal Whitening Cream membantu memperbaiki kulit wajah anda dengan nutrient semualajadi yang diperkaya semasa anda tidur. Kulit wajah anda menjadi lembab , lebih lembut dan semakin cerah apabila anda bangun keesokkan harinya.

Krim malam Shaklee ni merupakan paten tertunda WhiteN-16, yang diadun dari 16 jenis nutrien semulajadi. Ramuan yang terkandung dalam Overnight Renewal Whitening Cream ini adalah:

OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM, TIPS PENJAGAAN WAJAH DENGAN OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM, SET PENJAGAAN WAJAH NUTRIWHITE SHAKLEE, NUTRIWHITE SHAKLEE, TIPS KECANTIKAN, PETUA CANTIKKAN KULIT, KECANTIKAN WAJAH, KECANTIKAN WANITA, KECANTIKAN KULIT, TIPS KULIT PUTIH, TIPS KULIT CERAH, TIPS KULIT SEHAT, TIPS KULIT KERING, TIPS KULIT PUTIH ALAMI, TIPS KECANTIKAN WAJAH, TIPS KECANTIKAN WANITA, PETUA JAGA MUKA

Kurangkan Masalah Muka Berminyak Dengan Nutriwhite Shaklee

Kurangkan Masalah Muka Berminyak Dengan Nutriwhite Shaklee

Mesti anda pun ada mengalami masalah muka berminyak. Bangun pagi tu usah cakapla, rasa melekit je muka. Tengok kat cermin lagila. Berkilat. 

Bila muka berminyak ni, sekitar wajah rasa tak selesa, kurang keyakinan diri dan populasi jerawat mulalah bercambah di sana sini. Tambahan tubuh kita dalam keadaann "stress", kurang tidur, corak pemakanan yang tak bagus dan sebagainya.

Saya juga begitu. Masalah muka berminyak ni bukanlah perkara lama sedari anak dara. Tapi bermula setelah berkahwin. Bila dah berkahwin "vitamin G" mula terlebih dalam badan itu yang hormon jadi tak teratur. Muka yang tak de masalah, jadi berjerawat sana sini dan berminyak.

Sampailah saya tergerak hati mencuba produk Nutriwhite Shaklee. Alhamdulillah, masalah muka berminyak dan berjerawat kini beransur kurang. Sejak saya menggunakan Gentle Action  Makeup Remover Shaklee kini muka saya rasa selesa ringan dan kurang berminyak. Kalau kering sanga menggelupas pulak kulit saya ni (dahla keja dalam air-cond). 

Apa yang menariknya, nama set penjagaan wajah shaklee ni, NutriWhite, walaupun ada perkataan "white", tapi set penjagaan shaklee ini tidak menghakiskan kulit sehingga kulit muka menjadi lebih sensitif di kemudian hari. Agen pencerahan bertindak secara lembut saja dan anda akan dapati tona wajah anda lebih sekata dan lebih cerah berbanding sebelum ni.


Set Penjagaan Wajah Shaklee - NutriWhite

MASALAH, WAJAH, MUKA, BERMINYAK, BERJERAWAT, ATASI, CARA, SET PENJAGAAN WAJAH, PRODUK, SHAKLEE

Kawal Diabetes Dengan Vivix Shaklee

Kawal Diabetes Dengan Vivix Shaklee



Bagi yang tahu khasiat vivix ni umpama semua jenis vitamin shaklee digabung menjadi vivix. Umpama sahaja ok.

Vivix membantu mengawal dan mengurangkan pelbagai jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi, sakit sendi (strok), diabetes, dan juga vivix sangat terkenal bagi orang yang ingin awet muda!!

VIVIX, SHAKLEE, DIABETES, ANTI PENUAAN, KOLESTROL, DARAH TINGGI, BUAH PINGGANG

Mak saya pesakit diabetes dan pada awalnya saya berikan dia supplement shaklee yang berbentuk tablet. Seperti, vitalea, ostematrix, vitamin c 500 mg, alfalfa, & B complex. Saya tak ingat saya ada cuba beri dia gla complex atau tak.

Doc Mc Stuffin Tema Birthday Cake Yaya Yang Ke Tiga Tahun

Doc Mc Stuffin Tema Birthday Cake Yaya Yang Ke Tiga Tahun


Alhamdulillah, selepas dianjak-anjakkan majlis hari jadi yaya yang ke tiga tahun atas sebab-sebab kesihatan, sehingga umur yaya dan tiga tahun dua bulan masa tu baru la majlis hari jadi Yaya berjaya dilangsungkan. 

Alhamdulillah tercapai impian mamanya, nak jemput jiran-jiran, sedara-mara ke majlis hari jadi Yaya. Hajat mulanya nak buat dengan lebih meriah lagi, dengan pelbagai menu sesuai dengan majlis hari jadi kanak-kanak, nak masak sendiri bagai. Tapi disebabkan mamanya bleeding dan kandungan pun masih baru jadi buat ala kadar sahaja. nak amik katering pun orang tak mau ambil sebab esoknya nak raya haji dah. hehe

PARTI HARI JADI, BIRTHDAY PARTY, DOC MC STUFFIN, DISNEY CHANNEL, TEMA KEK HARI JADI, IDEA, BUAT KEK SENDIRI, SIHATMACAMYAYA
Yaya tengah potong  kek, sebelah tu sepupu dia, Qistina.
Qistina pun kenal siri kartun ni
Jadi pakat gotong royong, buat bihun sup ayam, pulut kuning dengan kari ayam, cendol sagu, keropok-keropok sikit, biskut-biskut sikit, ais krim dan semestinya kek hari jadi Yaya. Memang simple, lain yang dari saya rancangkan. Itu pun siap kena "hingaq" dengan encik suami sebab gatal jugak nak buat cendol sagu walaupun badan tak berapa kuat lagi. hehe. 

Cara Saya Naikkan HB Rendah Dengan Vitalea Shaklee


Cara Saya Naikkan HB Rendah Dengan Vitalea Shaklee



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Di atas ni pengalaman seorang ibu hamil yang mengalami anemia setiap kali mengandung dan Ini pula sebahagian pengalaman saya mengandungkan anak kedua. Pertama kali juga saya menggunakan produk shaklee sebagai supplement tambahan semasa mengandung.

Saya ambil set asas hamil semasa kandungan di trimester satu (1-3 bulan). Vitamin shaklee yang sesuai dan menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan juga bayi ialah Vitalea, B Complex, Sustained Release Vita C 500mg, Ostematrix.

Bila dah masuk trimester kedua saya teruskan set asas hamil dengan tambahan omega guard shaklee.


ANEMIA, BACAAN HB, HB RENDAH, CARA, NAIKKAN, HB, VITAMIN SHAKLEE, SHAKLEE, VITALEA

Alternatif Pulih Luka Dan Parut Dengan Vitamin E

Alternatif Pulih Luka Dan Parut Dengan Vitamin E


Sebelum ni kalau luka apa-apa memang minyak gamat merupakan "first aid" setia saya. Maklumla, buat kerja di dapur kalau tak luka tak sah.

Tapi memandangkan bahagian tangan terutama jari yang selalu terluka, dan paling lambat sembuh lukanya kalau melibatkan luka yang agak dalam. Bak kata doktor, "kalau ikutkan luka kamu ni nak kena jahit ni". oh mak, saya tak nak kena jahit. Dan juga luka lambat baik sebab tangan "asyik basah" (buat kerja dapur dll)

Jadi saya cuba rawat luka dengan vita-E complex shaklee. Alhamdulillah luka lebih cepat sembuh berbanding dengan minyak gamat. Dalam seminggu hingga dua minggu luka dah bercantum balik. 

10 Sebab Beli Dengan Keahlian Shaklee Sendiri Lebih Menguntungkan

10 Sebab Beli Dengan Keahlian Shaklee Sendiri Lebih Menguntungkan

Siapa kata daftar keahlian shaklee ini wajib jual produk shaklee?. Tanggapan yang tak betul tu.

Hakikatnya banyak yang bermula dengan niat nak makan sendiri. Mulga-mula beli sedikit dan kemudian berulang kali beli dengan pengedar shaklee yang dipilih.

Asyik beli melalui orang lain je. Terdetik nak jadi ahli dan nak rasa bebas membeli tanpa perlu tunggu si pengedar tadi menguruskan belian anda. Katanya jadi ahli Shaklee ni dapat untung ganjaran juga. Betul ke? Betullah tu.

Sememangnya itu yang dijaminkan oleh Shaklee sendiri bukan pengedar-pengedar shaklee.

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry