Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Susah Senang Pantang Sendiri

Susah Senang Pantang Sendiri


Hari tu masa awal-awal mengandungkan Abu Ayyub duk fikir nak pantang kat mana kali ni. Anak dah masuk dua dah. Laki koje. Aku pulak cuti dua bulan je. 

Pastu fikir punya fikir aku pun cakap kat Encik Abah nak pantang kat rumah sendiri. Aku pun bagi la sebab musabab dia. Encik abah ni bukan boleh. Tak konfiden aku boleh pantang sendiri a.k.a segala urusan buat sendiri dan opkos la dengan bantuan Encik abah kalau dia ada kat rumah (kan suamikan cari nafkah). Dah laki bini kan. Susah senang kena sama-sama berganding bahu. I love Mr. hubby.

Sebab musabab yang saya bagitau kat encik abah (suka sukisasuke je tukaq, dah ana tuan punya blog lah) yang buat my hubby berpikir sedalam-dalamnya sebelum buat keputusan dan habaq kat bini dia ialah:

1. Malas kemas barang banyak untuk kami 3 beranak. Mr. hubby setuju sebab dia yang teruk nak ngangkut masukkan barang-barang dalam kereta-rumah-kereta balik. Hehehe

2. Lebih selesa pantang di rumah sendiri. Rumahku syurga ku

3. Baik saya dan Mr.hubby tak perlu nak jaga aurat 24jam dan tak payah nak segan/cover-cover segala. Hehe

4. Daku boleh buat stok susu ibu tanpa gangguan, enitime tak payah pening-pening nak angkut berdozen ebm Abu Ayyub. 

5. Jimat duit. Suami tak perlu nak ulang alik nak tengok anak isteri kat kampung

6. Bagi peluang kat suami jaga dan uruskan anak-anak sendiri. Mengeratkan hubungan anak dan abah. Bini pun boleh tumpang bermanja ^__^

7. Boleh sesuaikan diri dari awal nak uruskan hal-hal rumah sebelum kembali bekerja. Anak dah bertambah lagi kalut beb. Segalanya kena pantas, Pandai curi masa

8. Senang nak kirim itu ini kat Encik Abah. Dah familiar dengan kawasan sendiri. Dia pun tau nak cari kat mana

9. Senang nak berulang alik pergi klinik dengan Encik Abah masa anak-anak jaundis. Beza tau bila pergi dengan suami dan bawak anak, lebih mudah. Sebab sama-sama buat anakkan, sama-sama kena harungla.

10. Lebih relaks sebenarnya pantang kat umah sendiri.

Jadi bila dah habaq begitu begini kat Mr. hubby dia pun luluskan lah usul saya. hehe.

Sebenarnya tak susah pantang di rumah sendiri. Ikut je konsep "Buat takat yang termampu". Tak payah beria-ria nak KILATKAN rumah hehari. Macam sapu rumah setiap hari tu wajibla. Dah ada anak-anak kecik kan. Ringan je tugas ni. Tak payahla teruk nyapu terbongkok-bongkok nak sapu semua celah. Cukup la habuk dan sampah tak nampak depan mata. 

Bab kain baju. Basuh baju skang mudah. Sesape pun boleh buat sebab anak dara jepun de nolong. Bagi je baju-baju kotor kat dia nanti dia putaq la sendiri. Baju baby boleh jemur dalam rumah. Baju orang besar dan kakak Yaya mintak suami jemur. Kalau larat nak keluar, mintak le dia angkut bakul tu sampai ke ampaian. Bini tinggal jemur je. Tapi daku tak payah jemur. Jemur baju memang tugas hakiki dia. hehe

Masak. Masak kat diri sendiri dan anak je. Orang tengah pantang tambah-tambah anak tengah jaundis resepi dia sangat ringkas dan pantas. Masak 1 jenis. Sayur makan ulam je. Menu untuk kakak Yaya pun resepi dia ringkas je. 1 jenis juga dalam tu ada sayur sekali. Masak masa suami keja je. Mr. hubby cuti dia masak kat anak. 

Untuk bini dia memang saya tak bagi dia masak, serius tak lalu makan. Macam nak bagi kucing makan je T__T. Dia memang fail bab masak untuk orang pantang. huhu.

Contohnya cam gini la. Mudahkan apa yang boleh dimudahkan. Tak payah nak perfect ten sangat. Macam la kau sorang je yang pembersih jah. huhu. Asalkan rumah kemas sudah. Orang tau dan paham la kome dalam pantang.

Aha pantang sendiri ni paham-paham ajela. Mana nak ada masa kat diri sendiri tambah-tambah bab makan. Pastikan kat dapur ada stok makanan segera (bukan mee segera ye) macam roti, biskut, milo contohnya. Nurse cakap kalau anak jaundis tak boleh minum milo sebab 'panas'.

Mandi dan basuh berak anak pandai-pandai la ejas bagi mudah dan cepat. Tapi selalunya encik Abu Ayyub senang bangum sebab Cik Yaya hingaq dalam bilik air. Jadi kena cepat dan pantas juga masa dalam bilik air ni

Macamtu la saya berpantang. Tungku tetap bertungku. Tapi biasa la selalu delay-delay masanya. Setakat ni Alhamdulillah tak pernah sakit demam bagai, padahal memang tak cukup rehat (dah jadi mak-mak orang memang tak cukup tido). 

Apapun best pantang sendiri ni  boleh buat apa-apa suka hati tapi ada batasnyala. Awak tu kan dalam pantang lagi dan ambil supplement untuk kuatkan badan dan tambah susu badan juga. hehe


SET BERPANTANG, MILK BOOSTER, SET MENYUSU, SET MENYUSU TRIPPLE M, CREAM, SHAKLEE, PRODUK, PRODUCT, ORDER, BUY, PAYMENT, PRICE, HARGA, VITAMIN, SHAKLEE, ONLINE


1 comments:

dorsett pink berkata... Reply Comment

saya pun pantang sendiri

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry