Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Promosi Beli 2 Kotak Nutriferon Dan Dapatkan Diskaun 5% Februari 2016

Bukan ahli je tau. Orang yang tak jadi ahli pun boleh dapatkan diskaun 5% ni tapi pada harga retaillah. Ha, jimat dua kali ganda tak kalau korang mendaftar jadi ahli? Nanti dahla dapat beli Nutriferon ni pada harga ahli, lepas tu dapat pulak lagi diskaun 5% memang sangat jimat.

Ok, sempena promosi Nutriferon bulan Februari ni jom pakat-pakat beli. Bukan orang deawasa je, untuk anak-anak pun boleh, lepas diorang baik sakit terutamanya, boleh mulakan regim ambil nutriferon ni untuk tingkatkan kekebalan sistem pertahanan badan anak-anak.




Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com



Promosi Nutriferon Beli 6 Percuma 1 Februari 2016

Nutriferon ni special tau. Bukan supplement antioksidan tetapi suplement interferon yang telah dihasilkan setelah kajian selama 40 tahun dan megkaji beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 lebih jenis herba yang digunakan oleh saintis Dr. Yasuhiko Kojima pada tahun 1954.

Menariknya korang takkan jumpa pun supplement interferon ni kat kedai-kedai biasa. Cuma pengedar shaklee dan cawangan kedai shaklee je yang ada jual Nutriferon ni.

Berbaloi ke beli?

Kalau korang atau ahli keluarga atau anak-anak selalu sakit memang wajib ambil nutriferon ni. Anak saya yang sakit tonsil pun saya berikan dia nutriferon ni. Opppsss, nutriferon ni hanya boleh diambil sedari umur satu tahun ke atas je.

Apa hebatnya Nutriferon ni?

Dalam masa 3 hari je sistem imun badan kita akan menjadi kuat untuk mengerahkan antibodi tubuh membunuh segala jenis parasit dan juga virus. 

Nutriferon ni juga melawan semua radikal bebas yang tersembunyi dalam tubuh yang menyebabkan masalah penuaan dan lain-lain masalah kesihatan.

Bulan Februari ni sempena tahun baru cina, oleh kerana serbuk Nutriferon ni berwarna oren keemasan mungkin ianya dipilih sebagai produk promosi pada bulan ni. Hehe.

Beli 6 kotak Nutiferon dan percuma 1 kotak. Dalam 1 kotak ni ada 30 stick.




Supplement, Tingkatkan, Pertahanan, Tubuh, Badan, Sistem, Imun, Ganti, Pengganti, Ubat, Masalah, Penyakit, Jerawat, Demam, Tonsil, Batuk, Selesema, Stress, Sakit Belakang



Atiqah Aziz @ 0125770682
atiqahaziz84@gmail.com

Beza Menjaga Anak Lelaki Dan Perempuan

Topik ni biasa je kot. Tapi nak share juga lah pengalaman jaga anak sepasang ni. Yang sulung perempuan dan yang bongsu lelaki. Beza umur mereka tiga tahun. Dan inilah ceritanya

Anak perempuan saya sangat manja. Perlu berteman, sentiasa cari mama dia kalau tak nampak depan mata. Setiap setengah jam saya duduk di SOHO pada waktu tengah malam mesti dia akan terbangun. 

Kadang-kadang bukan nak menyusu sangat. Lebih kepada hangatnya dan bau badan mama tiba-tiba takde sekejap. Hehe

Anak lelaki dah kenyang dia buat hal sendiri, main dengan kakak atau abah bersama-sama. Tapi bila nampak kelibat mama je.."Huaaaaaaaaa, nenen time mama".

Anak lelaki jenis tak kisah sangat. Tapi lasak dia, eksplorasi dia lebih dari anak yang perempuan. Anak perempuan dapat main masak-masak, main anak patung melukis, menari, lompat lari sana sini sikit dah ok. Yang anak lelaki. Semua ceruk, semua benda yang kakak tak pernah usik dia akan pergi dan mencuba.

Bukan kakak tak reti tapi bila kita terangkan jangan main atau usik barang tu nanti dot dot dot, dia pun pahamlah. Anak bujang saya? "Ada aku kesah?" katanya T__T. 

Selalunya bila dia dah macam detective conan atau macam askar nak pegi perang tu, meligat sangat, Abah dia la yang tolong calm down dia. Lelaki dengan lelakikan, Abah jadi abah tahulah nak control anak lelaki dia. Hehe.

Anak-anak saya ni kadang-kadang macam oggy and the cockroaches, kadang-kadang baik pulak macam doraemon dengan nobita. 

Tapi part yang paling diorang bersatu hati, bila nak makan vitamin. Tak gaduh, tak kedekut! Siap tolong pergi bagikan lagi. Haaa...Kalau kakak makan vitamin adik pun mesti makan jugak.

Itula dia serba sikit beza anak lelaki dengan perempuan saya. Nanti-nanti ada cerita best saya share di sini lagi

Susu Badan Sikit Bukan Alasan Untuk Bagi Susu Formula

Sambil mengadap laptop sambil makan limau mandarin. Hehe. Ok, tajuk susu badan sikit di atas tak menggambarkan saya kerek plus kejam ok. Memang saya along, tapi saya nak tolong. Along dalam family je. Peace!

Bukan saja nak cakap, tapi ramai yang ingat menyusu dan hasilkan stok susu ni senang. Pam jelah nanti keluarlah, suakan jelah nenen kat mulut baby nanti keluarlah susunya. No-no-no and the BIG NO!!!

Penyusuan susu ibu bukan satu pekerjaan yang mudah tetapi hasilnya sangat berbaloi. Tengok belum apa-apa lagi kaum wanita dah ada #2kerja. huhuhu. 

Eh, kita sendiri yang usaha menyusukan anak, usaha kumpul stok susu dah tentulah kita rasa berbaloi sangat dengan setiap satu kalori yang dikeluarkan tau. Kita akan bahagia dan rasa bangga sangat dengan usaha jerih perih kita apabila:
  1. Anak membesar dengan baik
  2. Cergas dan Aktif
  3. Ceria
  4. Stok susu yang dikumpul dapat bantu jayakan penyusuan hingga dua tahun
  5. Lebih cepat sihat dan kuat daya tahan tubuhnya
  6. Cerdas
  7. Lebih rapat dengan ibu
  8. Berjaya menyusukan anak sendiri sampai dua tahun tak perlu topup susu formula
  9. Jimat duit susu setiap bulan
  10. Carta tumbesaran normal
Tapi, masih ramai lagi yang give up nak menyusukan anak bila picit-picit nenen tiada susu, susu badan kering atau susu badan yang keluar sikit je. Atau pam susu tak lebih 1/2oz - 2oz. Orang lain pam dapat 10oz. Ok, saya give up lah.

Helloo, Give Up tu sifat syaitonirrojim tau. Dia suka tengok anak cucu cicit ni dalam keadaan negatif setiap waktu. Big NO lagi!! Tambah anda tu tengah menyusukan anak. Stress, tak hepi boleh jejaskan pengeluaran susu ibu tau

Pertama, sesiapa jua yang baru melahirkan anak pertama kali susu badan akan keluar sikit je. Bayi baru lahir perut besar sebiji guli je dan menjelang sebulan perutnya bersaiz sebiji telur je. Jadi abaikan kata-kata orang baby tak kenyang atau orang duk bising susu badan korang tak banyak.

Kalau ada yang cakap macam tu, tanya dia (kalau wanita) atau isteri (kalau lelaki) dia menyusukan anak sepenuhnya tanpa campur susu formula sampai dua tahun tak? Uishhh, nampak kurang ajar ye. tapi, orang yang cakap tu tak reti pulak nak jaga perasaan ibu dalam pantang ye?

Tak pelah tak payah menjawab, doakan je kebaikan untuk orang yang hanya pandai bercakap tu. Sebaliknya, penuhkan ilmu di dada sedari awal-awal mengandung. Teori tak sebiji dengan praktikal tau. Dah merasai pengalaman menyusukan anak baru tahu.

Macamana susu badan orang lain boleh banyak susu badan kita sikit je. Caranya mudah je
  1. Jaga pemakanan
  2. Minum air putih - 1litre=22.7kg berat ibu (air warna lain tak campur ek)
  3. Kurangkan stress
  4. Kosongkan payudara sepenuhnya setiap 2-3 jam
  5. Buat stok sedari awal pantang (sebaiknya selepas susu kolostrum bertukar warna putih biasa)
  6. Ambil supplement untuk galakkan pengeluaran susu badan dan kuatkan, sihatkan badan ibu
  7. Pastikan anak lebih kerap direct feeding untuk menggalakan lebih banyak hormon prolaktin dihasilkan
  8. Konsisten dan konsisten dan terus konsisten amalkan step-step di atas sehingga dua tahun
  9. Elakkan sifat malas
Mana ada lahir-lahir terus banyak susu. Melainkan kalau dah memang rezeki dari Allah. Cuba tanya ibu-ibu tu kalau korang nampak susu badan dia banyak. Awal-awal lepas lahir memang banyak macam tu ke?

Jadi jangan sesekali give up bila susu badan ibu sikit dan terus pergi beli susu tepung. Mula-mula search internet dan carilah orang yang pakar pasal penyusuan susu ibu dan dapatkan advise mereka ok macam saya ^__^



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail,com





Rahsia Tambah Susu Badan Semula

Biasanya susu badan kurang ni tak mengejut sebenarnya melainkan kalau kita pertama kali puasa atau kurang makan atau minum dari kebiasaanya. Ini pun kalau kurang masih tak menjejaskan keperluan susu ibu untuk anak.


Bila ibu kerap buat perkara-perkara seperti ini:
  • Semakin jarang pam susu
  • Semakin jarang menjaga waktu makan dan pemakanan hari-hari
  • Ibu mula sibuk berdiet
  • Ibu tak peka dengan tempoh penggantian alat-alat pam susu ibu
  • Mula kurang minum air setiap hari  - 1 litre air putih bersamaan dengan 22.7kg berat ibu
  • Mula kurang buat stok susu ibu beku


Maka susu badan mula menyusut perlahan demi perlahan. Kadang-kadang ibu sedar tapi dengan macam-macam perkara dan kadang-kdang ibu ambil enteng je. Sebab –> takpe, stok susu banyak lagi.

Kita jadi akan gelabah apabila hasil pam susu badan seharian tidak lagi mencapai keperluan anak. Katalah anak menyusu 5 botol sehari dengan amaun  5oz. Ibu perlu pastikan dia dapat kumpul 25oz atau lebih setiap hari dan frozen ebm juga semakin menyusut.

Masa nil ah waktu yang paling kritikal sekali.

Bolehkah diselamatkan? Insyaallah boleh.

Nak tahu?

Kena ikut semua step yang saya beritahu nanti.

1. Konsisten

- Konsisten waktu pam dan menyusu
- Konsisten hasilkan stok ebm
- Konsisten jaga pemakanan
- Konsisten minum air putih
- Konsisten ambil milk booster

Tanpa konsisten apa pun tak jadi.


2. Kepentingan Milk Booster

Ada orang cakap jaga makan je. Tak payah ambil supplement. Kalau masalah penghasilan susu badan anda dalam keadaan kritikal. Anda amat perlukan supplement yang membantu menggalakkan semula pengeluaran susu badan.

Kenapa?

Tak semua tubuh ibu-ibu mampu absorb zat-zat yang diperolehi dari makanan. Dan tak semua ibu mampu sebenarnya nak ambil makanan-makanan yang berkhasiat secukupnya. Dan cara hidup setiap individu pun lain.

Set vitamin tambah susu ibu memberikan keperluan menyeluruh kepada ibu yang menyusukan dalam perjuangan meneruskan penyusuan sepenuhnya sehingga dua tahun.

Set vitamin tambah susu membantu dari segi meningkatkan kesihatan ibu, memberikan tenaga sepanjang hari, menjaga emosi dan mengawal stress ibu serta memastikan pengeluaran susu ibu tetap banyak dan dapat menampung keperluan anak setiap hari.

Ada orang cakap juga “anak saya perlukan jumlah oz yang banyak setiap hari dan keperluannya meningkat saban bulan”.

Percayalah jika anda konsisten ambil set vitamin ibu menyusu ni, takkan ada masalah anak tak cukup susu. Rata-rata ibu yang ambil set menyusu ni secara konsisten ini, anaknya tidur lebih lena, kurang meragam, cukup keperluan menyusunya. Susu ibu pula kekal pekat setiap hari.


3. Periksa berkala pam susu anda

Sentiasa peka dengan keadaan pam kita. Jaga sebaik-baiknya pam susu ini. Kita nak pakai lama. Elakkan dari terjatuh, atau dirosakkan. Elakkan juga dari capaian anak-anak. Pastikan juga pam anda diservis dan diperiksa selalu.

Membran pam perlu diganti mengikut keperluannya. Tengok balik buku panduan. Corong/membran pam juga perlu diganti setiap tahun untuk mengekalkan kebersihan dan keberkesanan mengepam juga.

Dengan tiga step yang mudah ini anda pasti dapat menyediakan stok yang secukupnya untuk keperluan anak tanpa perlu runsing setiap bulan. Dan pasti anda juga berjaya menyusukan si manja kesayangan anda sepenuhnya sehingga dua tahun atau lebih.

Pastikan juga anda dapatkan Set Vitamin Tambah Susu Ibu hari ini



Cara Nak Tambah Susu Badan, Cara Tambah Susu Badan Selama Puasa, Cara Banyakkan Susu Badan Yang Kering, Tambah Susu Badan Ibu, Tambah Susu Badan Tanpa Supplemen


Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com

Runsing Susu Badan Sikit? Nak Banyakkan Susu Badan?

Kelmarin bos dari headquarters datang ke ofis. Seperti biasa dia sangat memahami macam bos-bos yang lain. Syukur.

Katanya “Atiqah, you nak pi pam susu you pi la, your manufacturing is still bukak is it?”.

Saya jawab “ Ya, saya masih pam susu badan, tapi sekarang bukan waktunya lagi nak pam susu” hehehe.

Dia cakap, “Wahhhhh, Atiqah, you very strong mommy”.

Hehehehe.  Senyum sampai telinga sambil bersyukur pada Allah je lah.

Eh, dah berapa lama saya menyusukan anak kedua saya ni? Setakat hari ni dah 1 tahun 9 bulan dan 8 hari saya menyusukan anak lelaki saya ni.

Memang perjalanan yang panjang. Macam-macam cerita pahit manis juga yang terpahat selama menyusukan anak.

Tapi, semua ni serius saya cakap, saya takkan mampu berjaya hingga hari ni kalau tiada penggalak. Penggalak terkuat saya suami saya lah. Tu memang tak dinafikanlah.

Tapi ada penggalak kedua yang memang banyak stabilkan perjalanan penyusuan susu badan kepada Abu Ayyub ni. Nak tahu?

Iya, taklah BIG SURPRISE pun. Ambil Set Menyusu Shaklee sampai sekarang saya senang hati pam susu setiap hari. Hasil susu perahan juga mencukupi dan mampu mengeyangkan Abu Ayyub setiap kali selesai minum susu ibu melalui botol. Susu badan saya masih pekat lagi dan masih banyak lemak susu yang terhasil.

Pam yang bagus juga satu perlaburan yang tak merugikan langsung. Malah membantu kejayaan penyusuan saya sehingga hari ni dan insyaallah sehingga dua tahun kelak.

Kalau orang lain mampu hasilkan susu badan tanpa supplement dan jaga pemakanan, itu rezeki ibu dan anak. Tapi tidak bagi saya, supplement tambah susu badan memang membantu saya dan ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang bermasalah untuk banyakkan susu badan.

Saya tak perlu try dan error lama sangat dan makan sebanyak-banyaknya dan macam-macam jenis setiap hari makanan penambah susu badan dengan konsisten makan set tambah susu badan ni.

Maksud saya makan tetap makan, makanan berkhasiat dan makanan yang banyakkan susu badan. Tapi taklah pulun orang utara cakap, masa pun terkekang. Jadi supplement yang mudah ditelan, dibawa kemana sahaja nilah teman terbaik untuk saya sebagai ibu yang menyusukan anak.

Anda pun ada masalah susu sikit? Nak banyak susu badan macam saya? Cubalah Set Ibu Menyusu ni.
Secara asasnya set menyusu yang lengkap terdiri daripada Vitalea, ESP, B Complex, Sustained Release Vita-C Plus, Alfalfa Complex dan Ostematrix.

Percayalah anda ambil set menyusu penuh ni, anda takkan menyesal. Susu badan anda pasti banyak semula dengan panduan-panduan yang saya bakal berikan nanti.



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com



Kenapa Tak Boleh Menyusu Di Luar Kediaman

Menyusukan anak tu bukanlah perkara yang memalukan malahan ianya perkara yang membahagiakan bagi ibu.

Saya masih ingat lagi semasa saya menyusukan anak di ruang tamu pertama rumah mertua saya, biras lelaki tegur supaya saya menyusukan anak dalam bilik.

Masa tu saya agak terkejut dan sedang menyusukan anak sulung. Pengalaman pertama orang kata. Sedangkan kita bersopan ketika menyusukan anak apabila berada di tempat umum. 

Dan saya sedang menyusukan seorang anak manusia yang bernyawa bukan anak patung yang mana anak-anak kecil ini banyak karenahnya. 

Pasti ada sebab kenapa saya bawa anak saya menyusu di ruang tamu pertama yang jarang orang duduk di situ. 

Apa yang saya nak ceritakan di sini sepatutnya anda-anda, patut beri kami ibu-ibu menyusu peluang dan ruang untuk menyusukan anak dengan sempurna dan dapat mendamaikan si anak.

Bukan kami tidak tahu nak berfikir, bukan kami sengaja nak tayang, bukan kami sengaja nak menunjuk. 

Kadangkala kami tiada pilihan. Tiada tempat yang sesuai untuk menyusu, anak meragam, dan ibu yang agak kalut dan runsing nak tenangkan bayi dan perlu tunaikan fitrah menyusukan bayi.

Jadi anda-anda yang ada pilihan tolong beri ruang pada ibu menyusu dan fahami keadaan kami.

Bukan kami yang perlu menyorok untuk menyusukan anak sedangkan kami dah pilih itu tempat yang sesuai untuk menyusukan anak dengan tenang. Sebaliknya anda-anda yang melihat dan ada pilihan untuk pindah tempat yang perlu beri kami ruang. 

Apa daya kami juga nak sekat pemikiran orang orang-orang yang melihat walaupun kami menutup aurat dan bersopan apabila sedang menyusukan anak.

Jenuh nak risau perspektif orang-orang dewasa yang macam-macam ragam, kelaparan dan dahagalah anak kami yang masih kecil. Bukankah itu dah kategori menganiaya anak yang masih lemah?

Takkan sepanjang dua tahun menyusukan anak tak boleh keluar rumah?. Itu dah menzalimi dan mendiskriminasikan ibu menyusu dan anak yang sedang disusui.

Menyusukan anak bukan perkara senang sesenang lembu menyusukan anak lembu. Tetapi ianya perkara yang sangat berbaloi dan kepuasaan kebahagiaan yang tak terhingga apabila berjaya menyempurnakan penyusuan sehingga dua tahun

Anda akan faham jika anda seorang ibu dan sedang atau pernah menyusukan anak.
 

Cara Simpan Susu Ibu Dalam Plastik

Bab penyimpanan susu ibu ni saya boleh sharekan sedikit untuk panduan ibu-ibu yang musykil ataupun baru pertama kali ingin buat stok ebm beku. Ada dua kaedah simpan susu ibu dalam bekas dan juga simpan dalam plastik.

Simpan susu ibu dalam bekas ada pelbagai pilihan samada menggunakan botol susu, bekas dadih dan juga bekas cube khas untuk simpan stok susu ibu. Mana-mana pun boleh asalkan bekas tersebut dibasuh bersih BPA Free dan mana yang boleh di steril, perlu disteril terlebih dahulu.

Bekas simpann susu ibu menggunakan plastik juga popular dikalangan ibu-ibu yang menyusukan anak. Biasanya breastmilk plastic bags ni biasanya BPA free dan juga dah pre-sterilized. 

Bagi saya pula, saya lebih suka gunakan samaada botol susu perahan atau plastik simpan susu ibu.Tapi kebanyakkannya saya simpan susu ibu dalam plastik khas susu ibu. Hanya jarang-jarang apabila keadaan tak mengizinkan barulah saya bekukan terus susu yang telah dikumpul dalam botol susu perahan

Kebaikan dan Kekurangan Simpan Susu Ibu Dalam Botol Susu Perahan

  1. Jimat masa, lepas sejukkan minima setengah jam boleh dibekukan terus
  2. Beli berdozen sekali dan boleh digunakan berulang kali antara 6-12 bulan
  3. Tidak mudah tumpah/bocor
  4. Makan ruang yang banyak dalam peti ais
  5. Susu ibu lambat cair
  6. Perlu basuh botol setiap kali selepas diguna


Kebaikan dan Kekurangan Simpan Susu Ibu Dalam Breastmilk Plastic Bags

  1. Jimat ruang peti ais (freezer
  2. Lebih mudah untuk urusan 1st in 1st out
  3. Lebih cepat cair
  4. Lebih banyak stok yang boleh disimpan dalam freezer
  5. Tidak perlu basuh plastik untuk pakai semula (pakai buang)
  6. Berisiko bocor/plastik pecah (minima)
  7. Perlu ambil masa sedikit untuk pindah susu dari botol perahan ke dalam plastik susu ibu
  8. Perlukan sedikit keluarkan lebih sedikit kos dari bekas simpan susu ibu yang lain kerana tidak boleh diulang guna

Cara Simpan Susu Ibu Dalam Plastik Susu Ibu

  1. Isi susu ibu antara 2oz - 4oz sahaja
  2. Buang semua lebihan udara dalam plastik bag
  3. Anda boleh letakkan plastik susu secara menegak atau mendatar/baring seperti kertas
  4. Jika memilih mendatar seperti kertas pastikan disimpan ditempat yang rata dalam freezer supaya kemudian hari stok susu yang baru boleh disimpan susun di atas stok yang lama dengan cantik
Jadi mana satu nak guna untuk simpan stok susu ibu yang sangat berharga tu? ikutlah pilihan hati masing-masing asalkan ibu bersemangat dan seronok untuk terus buat EBM frozen untuk anak terus menerus sehingga anak berusia dua tahun. 

Bila ibu seronok dan teruja, hormon oksitosin bertambah maka pengeluaran susu ibu pun turut bertambah.



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com

Tidur Tak Cukup Macamana Nak Bagi Badan Cergas Sentiasa

Orang sekarang selain yang bawak balik kerja di pejabat ke rumah, ramai yang buat lebih #2kerja sebenarnya. Akibatnya, kesan tidur tak cukup dan keesokkannya cepat letih lesu. Dan kebiasaanya minuman berkafein ni lah jadi teman setia orang yang tak cukup tidur. 

Bahaya Orang Yang Minum Terlalu Banyak Caffeine

Minum lebih 4 cawan sehari minuman berkaffein akan menyebabkan masalah ini:
  • Insomnia / susah tidur
  • Kegelisahan
  • Tubuh kurang rehat
  • Cepat marah
  • Sakit perut
  • Degupan jantung yang cepat
  • Gegaran otot

Bagaimana Nak Atasi Masalah Tidur Tak Cukup Dan Elakkan Caffeine?


Vitalea - Tambah tenaga dan imbangi nutrient dalam tubuh serta tingkatkan sistem imun

Chinch Energy Tea - minuman waktu senggang, penambah tenaga tanpa caffeine, kurangkan mengantuk, Nyahtoksin

B Complex - Kurangkan stress dan tambah replikasi sel darah merah

Vivix - Lawan radikal bebas, ambah tenaga kepada organ-organ penting seperti jantung dan buang pinggang untuk berkerja dengan baik. Hasilnya badan bertambah muda dan cergas kembali.

ESP - tahap protein yang rendah juga menyebabkan anda mudah lesu

Alfalfa Complex - Orang yang kurang tidur akan meninggikan paras asid yang menyebabkan kelesuan. Alfalfa bersifat alkali rendahkan keasidan tubuh.


Anda cuba baru tahu. Tambahan pula. apabila anda detokskan diri anda dengan Vivix yang kaya dengan antioksidant anda pasti dapat rasai perbezaan nyata apabila masalah tidur tak cukup yang membelenggu diri kini dapat diatasi.

Chinch Energy Tea pula boleh menggantikan minuman ringan untuk menghilangkan rasa letih, hilangkan mengantuk semasa bekerja dan bosan. Gabungan 4 jenis teh terpilih cukup membuatkan anda cergas sepanjang hari dan mudah berjaga malam bagi yang perlu berjaga malam.

Walaupun tak cukup tidur anda masih cergas, badan sihat, ceria dan yang paling penting sel-sel tubuh tetap memuda setiap hari. Tahukah anda, kurang tidur, kurang rehat menyebabkan badan tidak dapat menyahtoksin dan mengurangkan keasidan tubuh yang tinggi yang sebabkan proses penuaan lebih cepat berlaku.



Atiqah aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com



Tips Untuk Orang Susah Tidur

Saya faham masalah insomnia ni. Saya pun pernah jadi macam ni apabila habis belajar di universiti. Sebabnya zaman di kampus dulu tak tidur malam dan tidur lewat malam tu perkara biasa. Waktu tidur dah kembali normal. Tapi mata payah nak tidur awal sebelum pukul 10 malam. Esok nak kerja. 

Esoknya bila nak bangun awal susah sangat lah pulak kan. Sudah tu. tersengguk-sengguk menahan kantuk di tempat kerja.

Pernah rasa macam ni kan?. Dulu, ayah saya pernah susah tidur juga, dia pun pergi jumpa doktor dan doktor dan advise dia macam-macam dan tukar-tukar pil ubat tidur pun dia masih susah tidur. Dan akhirnya doktor sarankan dia untuk merokok. Barulah dia boleh senang tidur malam.

Oh, tapi tidak untuk anda, jangan ikut cara ni. Tak baik untuk kesihatan pun.

Saya ada tips mudah dan berkesan untuk orang yang susah tidur ni.

Cuma amalkan Ostematrix dan B Complex sahaja sebelum tidur.


Manfaat Set Mudah Tidur Malam

Ostematrix - Beri kesan ketenangan. Merehatkan otot dan saraf. 

B Complex - Mengurangkan stress dan kegelisahan


Pasti waktu tidur anda lebih mudah, lena, berkualiti dan yang paling mudah senang untuk bangun awal. Cubalah.

Inilah rahsia kami para Shaklee Independent Distributor untuk mudah bangun awal setiap malam.



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com


30 Kepentingan Zinc Dalam Tubuh Yang Anda Patut Tahu

Biasa tengok dalam mana-mana kandungan bahan, ada yang ada zinc kan? dan yang paling senang tengok kandungan bedak untuk hilangkan masalah gatal-gatal. Ada zink oksida. Apa sebenarnya peranan zinc dalam tubuh kita? 

Jangan pula korang fikir zinc itu seperti atap zink seperti yang saya selalu bayangkan suatu ketika dulu. Hehe.

Zinc sebenarnya adalah salah satu mineral surih yang diperlukan untuk proses tumbesaran manusia dalam jumlah yang kecil sahaja. Zarah zinc juga merangkumi unsur-unsur selain daripada karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.

Komponen khasiat zinc diperlukan oleh 2000 jenis enzim dalam tubuh yang mana zinc ini sangat berguna dan fungsi mineral zinc diperlukan berbanding lain-lain mineral surih. 

Kecukupan zinc akan membantu menstabilkan tahap kesihatan yang baik.  Dan antara kepentingan mineral zat besi ini adalah membantu memetabolismakan karbohidrat, lelemak dan protein dalam tubuh manusia.

Juga termasuk menjaga kesihatan kuku, kulit dan rambut yang cantik. Dan bagi yang dah kenal Zinc Complex Shaklee ni pasti tahu antara kelebihan fungsi mineral zinc adalah memelihara kesuburan organ pembiakan lelaki dan perempuan.

Jadi saranan saya, orang dewasa wajib ambil zinc complex setiap hari tanpa culas terutama bagi pasangan yang berhajat ingin memiliki cahaya mata sendiri.


Simptom Kekurangan Zinc


  1. Kelihatan tompok putih pada kuku
  2. Masalah Jerawat
  3. Masalah Ekzema
  4. Masalah Psoriasis
  5. Kerap jatuh sakit (zinc bantu pengeluaran kelenjar thymus yang tingkatkan sistem imun)

Manfaat Mineral Zinc Dalam Membantu Memperbaiki Masalah Kesihatan

  1. Rheumatoid Arthritis
  2. Selesema
  3. Masalah prostat
  4. Pemulihan masalah jerawat 
  5. Masalah kulat air
  6. Alergi hidung
  7. Batuk 
  8. Ulser Mulut  
  9. Resdung
  10. Hidung Berdarah
  11. Tonsilititis
  12. Gastrik/ulser perut
  13. Selera kurang
  14. Diabetes
  15. Hipoglisemia/tekanan gula rendah
  16. Masalah ginjal/pundi kencing
  17. Kurang berat badan
  18. Kulit terbakar
  19. Cacar air
  20. Jerawat
  21. Kelemumur
  22. Rambut beruban/gugur
  23. Kuku rosak
  24. Patah tulang
  25. Kesuburan lelaki
  26. Mati pucuk
  27. Ketiadaan nafsu berahi
  28. Penting untuk wanita mengandung
  29. Ketika Demam
  30. Masalah pertumbuhan

Banyakkan kepentingan zinc ni dalam badan kita. Jadi sangat penting untuk ambil tambah supplement zinc setiap hari. Tambahan pula harga Zinc Complex adalah yang paling murah dalam semua jenis supplement Shaklee. Hanya RM35.78 sebotol sahaja. Murahkan.

Ops lupa nak bagitahu, bulan ni Promosi Pembelian Akhir Zinc Complex iaitu beli 4 botol Zinc Complex pada harga RM107.33 sahaja. Lepas ni supplement zinc shaklee ni bakal not available selepas 29 Februari nanti. Tak tahu lagi bila nak ada. Jangan menyesal nanti.


Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com



Susu Ibu Beracunkah Sampai Anak Kena Stop Menyusu

Tak tahulah dari mana salahnya, tapi kebahagian ibu ketika menyusukan anak telah diragut. Diragut dengan keraguan "awak tak boleh menyusukan anak lebih dua tahun tau!"

Tang mana salahnya? Kenapa tak boleh? Tak baik untuk anakkah atau tak baik untuk ibu untuk teruskan penyusuan susu badan?

Dilema-dilema seperti inilah yang kadangkala meragut kebahagian dan keselesaan anak untuk minum susu ibunya. Cukup-cukup dua tahun je, ibu kena kalut hentikan penyusuan badan. Kalau sebab mengandung dan ibu ada masalah kesihatan tu lainlah ceritanya.

Sebenarnya takde dalil sahih pun yang mengatakan bayi tak boleh minum susu ibu lebih dua tahun umurnya. Dalam Al-Quran pula menyatakan jika mahu menyusukan anak, sempurnakanlah penyusuan sehingga dua tahun. 

Maksudnya dalam tempoh dua tahun susu badan adalah gizi utama anak-anak. Masuk tahun ketiga keperluan menyusu badan hanya sebagai sampingan sahaja. Pemakanan yang seimbang adalah yang paling penting.

Kenapa tak boleh menyusukan anak lebih dua tahun? ada racunkah? Ni semua kita telah sebati percaya susu formula lebih baik untuk anak dan penting dalam proses tumbesarannya. Iklan-iklan telah berjaya membeli kepercayaan ibu bapa seluruh dunia. 

Kalau kata susu ibu ada racun takkan dicatat berkali-kali dalam Al-Quran yang para nabi dan rasul peristiwa mereka menyusu dengan ibu atau ibu susuan masing-masing. Seperti Nabi Isa, Nabi Musa dan juga Nabi Muhammad s.a.w.

Sedangkan anak dan ibu itu dari fitrah yang sama - manusia. Jadi tang mana pula kena ada hadnya nak minum susu badan ni? Kenapa pula minum susu formula yang kita tau fitrahnya tak sama "haiwan vs manusia" boleh pulak kita beri anak-anak minum susu formula tu sampai ke besar?

Sebenarnya tak salah dan tak menyebabkan kemudaratan ibu dan anak pun kalau si anak tu masih lagi enggan putus susu. Enjoy your moment. Janji ibu menjaga pemakanan dan kesihatan sebaik mungkin. Dan ibu perlu pastikan anak dapat makanan yang berkhasiat dan seimbang. 

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu lebih dua tahun sebenarnya antibodi mereka dan IQ dan keyakinan mereka lebih tinggi berbanding anak-anak yang menyusu badan sekejap sahaja atau yang tak minum susu ibu. Wallahualam.



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com


Rejim Kulit Cantik Dengan Detox 14 Hari

Adakah masalah kulit anda masih menjadi masalah utama anda untuk capai impian dapatkan kulit licin, cerah, bebas jerawat dan jeragat?

Korang mesti terkejut dengan kenyataan yang bakal saya tunjukkan.

.


.

.
Masalah Kulit, Jerawat, jeragat, Kusam, Berseri


.




.

.
.
.

Dan anda perlu ambil serius apa yang saya bakal dedahkan ini.

.




.


.
TADAAAAA!!!


Cara Hilangkan Jerawat, Cara Hilangkan Jeragat, Masalah Kulit Sensitif, Kulit Merah Gatal, Kulit Muka Kusam,


 
Dari Apek yang biasa sudah bertukar jadi lelaki kurus dan muda matang dah. Dari senyumannya sahaja anda sudah tahu yang dia sangat seronok dengan perubahan 360 darjah yang terjadi pada dirinya. Muka dia pun dah tak kusam lagi

Semuanya kesan dari minum tonik ajaib Vivix selama 14 hari!!

Apa yang menariknya tentang Vivix adalah Vivix melawan radikal bebas dari dalam sel-sel tau. Jadi bukannya setakat luaran je muda berserikan. Bayangkan dalaman dan organ-organ pentingnya juga. Semakin sihat, cergas dan bertambah semangat dan ceriakan.

Anda dah teruja?

Anda boleh melakukan tempahan melalui Whatsapps atau email. Tetapi ia perlu dilakukan hari ini juga kerana semenjak testimoni ini disiarkan Vivix yang hot semakin hot jualannya.

Anda perlu alami sendiri dan anda tidak akan menyesal. Percayalah!


Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com
A

Mengatasi Masalah Kesuburan Lelaki Untuk Dapatkan Zuriat Macam Orang Lain

Masalah kesuburan boleh berlaku pada isteri atau suami atau kedua-duanya sekali. Masalahnya sampai hari ini wanitalah yang paling tak malu dalam menjalani pemeriksaan kesuburan di klinik atau hospital.

Semuanya kerana ingin memberi zuriat kepada suami dan juga mahu menutup kata-kata orang lain yang mula berkata-kata setelah beberapa bulan kahwin masih tidak nampak tanda-tanda mengandung.

Masalah Kesuburan, Masalah Kesuburan Lelaki, Sebab Utama Masalah Kesuburan Lelaki, Cara Dapatkan Zuriat, Set Kesuburan Lelaki Shaklee,


Tahukah para suami, jika ereksi anda tiada masalah, kemungkinan sperma anda mengalami masalah dan merencatkan persenyawaan dengan ovum. Mudahnya, sperma anda tidak sempat pun berjumpa dengan ovum untuk melakukan proses persenyawaan seterusnya.

Adakah anda si suami berasa malu bila turut dikatakan "mandul". Anda tak perlu malu. Ini adalah ujian Allah. Sebagai lelaki anda harus berani menerima kekurangan sebagaimana isteri anda menerima kekurangan anda.

Dan berita baik untuk lelaki yang ada masalah kesuburan, anda masih berpeluang memperbaiki masalah "mandul" yang anda takuti pada zaman sekarang.

Antara sebab utama masalah kesuburan lelaki ini adalah:

1. Sperma yang tidak matang
2. Sperma yang dihasilkan tidak banyak atau cair
3. Sperma yang tidak sihat (bentuknya yang tidak sempurna)
4. Masalah ejakulasi

Jangan fikir anda sudah terlambat atau sudah jemu mencuba. Selagi kita hidup, selagi itu kita perlu berusaha. Pertama anda perlu berjumpa dengan pakar perubatan untuk pengesahan tahap kesuburan,.

Kedua suami boleh memperbaiki masalah kesuburan dengan beberapa jenis vitamin yang jauh lebih murah daripada kos rawatan yang bukan-bukan dan beri kesan sampingan (selain doktor)

1. ESP
Protein soya membantu memanjangkan jangka hayat sperma dalam berjuang berenang untuk bertemu ovum seterusnya menjalani proses persenyawaan antara dua telur. Asid amino L-carnitine yang bertanggungjawab meningkatkan usia sperma.

2. Vitamin E
Merupakan antioksidan yang kuat dan membantu meningkatkan kualiti sperma dan kuantiti sperma. Sangat perlu diambil untuk pastikan lelaki kekal subur. Kekurangan antioksidan salah satu sebab suami "mandul"

3. Zinc Complex
Mineral zinc dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Kekurangan zinc menyebabkan organ seks lelaki lambat matang, impoten, perkembangan yang kecil atau testikel yang pincang, kiraan sperma yang rendah dan kemerosotan fungsi seksual.

Anda pasti anda mahu berusaha dengan vitamin kesuburan Shaklee pula? Keputusan di tangan anda. Kebahagiaan kalau kita tidak berusaha tidak akan datang dengan sendirinya.



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com

Beli Premium Product Vivix Dengan Jimat Harga Sekarang

Best kot bulan ni Promosi Vivix. Vivix ni supplement antioksidan yang tertinggi dan paling berkuasa sekali dalam Shaklee dan juga diseluruh dunia. Setakat ni takde produk yang boleh challenge dengan tonik ajaib ni.

Vivix 10 kali lebih baik daripada makanan resveratrol tunggal yang dihasilkan daripada 4 Jenis sumber tumbuhan yang agak rare pada pengetahuan kita.  Ahli saintis Shaklee dah kaji, jadi hasilnya diorang dapati 4 jenis tumbuhan nilah yang mampu melawan penuaan secara selular dan selamat serta paling berkesan.

Vivix juga mengandungi polifenol-polifenol lain yang menyokong kekuatan antioksidan dalam melawan radikal-radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan. 

Proses penuaan bermaksud, sel-sel anda tidak lagi ada pemulihan dan pembaharuan. Macam pokok, bila tidak dibaja semakin lama, semakin tidak mengeluarkan buah, layu dan akhirnya mati. 

Bila ada pemulihan dan pembaharuan dari peringkat sel iaitu dari dalam barulah kita mendapat tubuh yang awet muda, sihat dan bertenaga kerana meningkatkan bilangan mitokondrian dalam tubuh. Mitokondrian membantu menghasilkan tenaga dalam sel-sel badan.

Mitokondiran boleh dijumpai dalam setiap sel-sel badan termasuk organ-organ penting seperti jantung, buah pinggang, hati dan pankreas. Oleh sebab itu dapat membantu memperbaiki taraf kesihatan dalaman pesakit diabetes, darah tinggi dan pesakit kencing manis.

Jadi bila sel-sel dalam badan dan juga organ penting ni mempunyai jumlah tenaga yang cukup maka setiap fungsi sel dan organ dapat berfungsi dengan baik dan cergas. Sebab itu kalau kita lihat, orang-orang yang ambil Vivix ni kecergasan dia macam remaja je.

Vivix juga ada antocyanine iaitu salah satu antioksidan yang membantu memelihara kesihatan mata dan merupakan antiobiotik semulajadi serta merupakan anti inflammtion semulajadi. Oleh sebab itu orang yang mengambil vivix setiap hari lebih sihat dan muda dari sebelum dia ambil vivix.


Promosi Vivx, Harga Vivix, Harga Murah, Kenapa Vivix Ni Hebat, Vivix Shaklee, Tonik Ajaib, Resvaratrol Terbaik,


Rugi sebenarnya beli Vivix pada harga retail. Dengan menjadi ahli anda boleh dapat lebih banyak penjimatan pada harga ahli. 

Nak dapatkan harga ahli percuma tak? kongsi dengan rakan atau ahli keluarga 2 botol Vivix anda boleh dapatkan pendaftaran keahlian percuma Shaklee. Serta dapatkan lagi diskaun 5% daripada harga ahli untuk setiap pembelian 2 botol Vivix.

Ada lagi! Anda juga akan dapat bonus Ringgit Malaysia sebanyak 5%. Oppss, tak lupa jugak, anda dapat penghantaran percuma dari Shaklee. Happykan banyaknya berjimat. 

Tau tak berapa RM anda dapat berjimat? Lebih kurang hampir RM200 dari harga asal sebotol Vivix!!! Promosi Vivix Sehingga hujung bulan Januari ni sahaja. Rugi kalau ternanti-nanti!



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com


Tak Suka Minum Susu Tapi Kaki Selalu Cramp Apa Nak Buat?

Siapa tak suka minum susu boleh geng saya. hehe. Tak suka minum susu formula ke? atau fresh milk?. Eh, ada juga orang tak suka minum minuman berwarna putih macam susu tau. Haruuuuu. Jadi kena campur dengan milo ke atau perasa strawberry ke.

Sebenarnya kalau tak suka susu, bukan masalah besar sangat pun kalau kita ambil makanan pengganti yang berunsurkan kalsium secukupnya dan dipastikan cukup keperluan kalsium hariannya. 

Masalahnya rata-rata antara kita tak mampu nak dapat secukupnya kalsium setiap hari pun. Nak pulak belum tentu semua sumber kalsium yang kita makan atau minum tu diserap oleh badan dengan sempurna.




Selain kaki cramp sedantidur tengah malam. Ada banyak lagi tanda kita kurang kalsium dalam badan
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry