Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Promosi ESP Sehingga 30 September Ini

Wah kalut sikit hari ni. Tak banyak nak tulis. Masa suntuk dah ni. Nak drive ke Shaklee branch sekejap lagi. Cuma sebelum terlambat nak bagitau sesuatu kat korang.

Promosi ESP masih ada sehingga 11.59 malam 30 September ini.

Jadi jangan lepaskan peluang wahai ibu-ibu hamil, menyusu badan, cik kak cik puan dan Tuan-tuan yang nak cantikkan kulit, nak kuruskan badan, nak sihat tubuh badan, mari cepat order sebelum gigit jari sendiri.

Bulan depan promosi produk Shaklee yang lain pulak.

Ok, berminat nak order sila hubungi saya atau nak pecut pantas-pantas order, cuma klik eSell kat bahagian atas sebelah kanan blog saya ni. Klik-klik aje, bayar pakai debit card boleh credit card pun boleh. Dalam sehari dua sampailah ESP idaman kat depan pintu rumah/ofis anda


sihatmacamyaya.blogspot.my, Order, Via, Pos, Promosi, Promo, Sah, Bulan, Harga, Belian, Terbaik, Keistimewaan, Kelebihan, ESP, Energizing, Soy, Protein
Esok tu Sebenarmya dah tarikh hari ni tau



Shaklee Independent Distributor: 882854
Atiqah Aziz
Hub: 0125770682

Produk Susu Soya Shaklee Sebabkan Kanser?

Walaupun dah 100 tahun produk Shaklee ada kat muka bumi ni, tapi masih ada yang meragui dan takut nak cuba produk susu soya Shaklee. Katanya sebabkan kanser dan juga tak elok kalau ambil banyak-banyak. Ya ke?

Pertama sekali, Dr. Shaklee adalah merupakan pelopor/pencipta supplement. Dan Dr. Shaklee merupaka antara orang terawal yang kaji tentang kacang soya. Selama 30 tahun produknya yang berasaskan kacang soya dibasuh dengan air sejuk.

Dan berpuluh tahun sebelum orang sedar yang kacang soya boleh yang kacang soya boleh sebabkan keracunan, dia dah tahu lama dah.

Pengalaman Pertama Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Pertama kali masa saya menyusukan anak iaitu anak sulung masa dalam labour room selepas melahirkan. Walaupun tak sampai 5 minit sebab ada komplikasi lain, tapi masa tu saya tak rasa geli. Tapi lihat matanya yang khusyuk tidur selepas dimandikan buat saya jatuh kasih. Ini anak saya. Saya mahukan yang terbaik buat dia.

Kemudian selepas itu, bila kena pam susu dalam bilik wad khas (lupa dah nama apa wad tu). Masa tu saya seorang je dan dengan bantuan nurse, pun tak rasa apa-apa, saya fikir, cukuplah anak minum susu saya 3 kali sehari. Eh, ingat perut orang dewasa ke?. Betapa zero nya saya masa tu, lain sangat bila dah ada anak sendiri depan mata berbanding kononnya dah penuh ilmu di dada bila membaca atau dengar pengalaman orang lain.

Masa pertama kali kena menyusukan anak depan suami pun maintain aje. Suami kita kan. Luar dalam dah tengok kitakan. Tapikan rasa satu perasaan sangat tenang, momen yang sangat manis walaupun sekejap, bila suami duduk sebelah kita buat pertama kali apabila saya menyusukan anak.

Perlukah Jadual Kemas Rumah Bagi Ibu Yang Bekerja

Lain orang lain gayanya dalam memastikan rumah kemas dan bersih. Setuju tak kalau rumah tak kemas, bukan kata suami,  isteri pun rasa serabut jugakan. Rasa tak tenang walaupun duduk dalam rumah sendiri.

Bagi sesetengah orang tak perlu jadual pun nak kemas rumah ni. Tetapi dah jadi macam habit waktu sekian-sekian perlu mop lantai, basuh baju, basuh bilik air dan sebagainya lah.

Ada sesetengah orang juga perlukan jadual waktu untuk pastikan dia tak terbabas atau teralit buat apa-apa contoh menonton slot Akasia hingga terlupa nak gosok baju. Atau sibuk sangat melayan anak sampai lupa nak basuh baju setimbun.

Kalau tanya saya...

Ada Apa Di Pagi Hari Raya Haji Tahun Ini

Hari ni Hari Raya AidilAdha. Musim orang pergi haji dan menunaikan umrah juga. Dikesempatan hari yang mulia ni saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga.


Yang sedikit menariknya saya sedang taip entry ni dalam kereta sambil pangku anak yang sedang menyusu badan. Alhamdulillah Allah permudahka segalanya.

Kami sedang dalam perjalanan balik kampung saya di Perak. Alhamdulillah suami dapat cuti lama sikit kalini. Jadi ini adalah pagi raya yang tenang dan bermakna bagi kami sekeluarga.

Ok, tak boleh cerita panjang-panjang. Takde idea pun ye juga. Haha. Tapi yang terpenting nak jaga kepala. Kelmarin dalam migrain menyerang sempat lagi post satu entry. 

Tapi lepas tu terus lemah tak boleh buat apa. Nak kemas barang balik kampung pun tak boleh. Itu yang balik kampung pagi raya yang sejuk-sejuk ni.

Itulah bila awal sakit memang tak teringat. Bila tahap dah tak boleh bangun baru teringat kat B Complex dan Ostematrix. Dua supplement ni memang banyak membantu saya ketika sedang diserang migrain.

Dalam setengah jam ke satu jam selepas makan, dengan keadaan tak lalu nak lapik perut pun masa makan supplement ni, perlahan-lahan rasa sakit kepala yang melampau sampai rasa loya tahap nak muntah tapi tak boleh muntah dan rasa nak hantuk kepala kat dinding tapi tak mampu nak duduk pun berkurang dan hilang. Huhu.

Jadi kelmarin rehat aje lebih setengah hari ,  cuba tidur dan bersenang lenang dapat bantu masalah sakit kepala saya berkurang dengan lebih cepat. 

Jadi dapat berkemas-kemas malam tadi dan sekarang sedang berada di atas highway Utara-Selatan dan tak lama lagi sampai kampung. Yeayyy.

Asas Supplement Jana Kesihatan Unggul

Saya faham supplement Shaklee ni memang ramai yang sukakannya dan dah ramai yang akui keberkesanannya. Ramai yang mula ambil supplement bila ada masalah. Tak mengapa, better late then never, selagi ada kudrat dan kesedaran selagi itu kita usahakan yang terbaikkan.

Walaubagaimanapun masih ramai juga yang mahu mengambil supplement untuk tujuan penjagaan kesihatan tanpa ada apa-apa masalah kesihatan. Mencegah sebelum merawat adalah ubat yang paling baik sekali.

Tapi dengan pelbagai jenis vitamin Shaklee buat kita sedikit keliru dan terasa seram nak makan macam-macam jenis vitamin. Serasa macam orang sakit pula. Saya faham rasa itu.

Jadi kat sini saya nak beritahu ada 3 jenis supplement asas yang cukup untuk anda mendapatkan kesihatan yang baik, kekal bertenaga sepanjang hari, memelihara paras kolestrol dan jantung yang sihat serta meningkatkan ketajaman minda dan menjauhi alzheimer. 

Paling utama adalah tugas supplement adalah melengkapkan atau mencukupkan keperluan vitamin dan mineral tubuh anda untuk memperolehi tahap kesihatan yang unggul.

Oleh itu, Set Supplement Asas yang saya syorkan anda ambil dan sesuai untuk semua orang dewasa adalah rangkaian tiga beradik iaitu:

Cara Dapat Percutian Percuma Ke Bangkok 4 Hari 3 Malam

Wahhhh. Rupanya Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang menawarkan incentive percutian ke Bangkok selama 4 hari 3 malam kepada ahli-ahlinya di tengah-tengah kegawatan ekonomi Malaysia sekarang.

Tajaan, Incentive, Insentif, Shaklee, Corp, Tahun, 2015, Kelayakan, Syarat, September, April 2016

Dan insentif ini Roger Barnett; CEO Shaklee hanya tawarkan pada warga Shaklee Independent Distributor di Malaysia sahaja dari SID-SID yang ada di seluruh dunia.

Kenapa? kerana SID-SID di Malaysia benar-benar menyerlah dan juga sebagai penghargaan dan galakan atas usaha bersungguh-sungguh semua distributor Shaklee. Ha bisnes lain ada tak dapat macam ni?. Shaklee je bagi tau.

Jadinya semalam ada kelas pencerahan Cara Nak Dapat Tempat Free ke Bangkok tahun 2016. Biasanya orang pergi 3 hari 2 malam. Ni Shaklee murah hati taja pakej 4 hari 3 malam. Dan yang paling bestnya. Tiap kali percutian tajaan Shaklee ni, hotel tempat menginap adalah 5 star uolllssss.

Sebenarnya saya tak payah pergi pun tak pe, sebab syarat kelayakan tak layak nak pergi pun ke Bangkok tahun depan. Tapi syarat kelayakan saya adalah ke USA tahun depan. Insyaallah.

Saya dedikasikan masa setengah hari hadiri kelas bersama Mr. Kelmen ini untuk ajar para downline saya yang aktif berniaga. Menariknya bagi downline-downline yang makan sendiri selama ni pun sempat nak join insentif ini kerana tempoh promosi dari September 2015 hingga April 2016.

Dan bagi yang tak pernah jadi ahli  Shaklee tetapi terjatuh hati dengan percutian yang Roger Barnett tawarkan ini, korang masih sempat lagi untuk daftar keahlian dan boosterkan momentum potensi diri anda bersama group iReach.

Usah bimbang anda berada di landasan pilihan yang tepat dan group yang tepat untuk mencapai segala matlamat anda.



Shaklee Independent Distributor-ID: 882854
Atiqah Aziz
Whatsapps: 012-5770682
Facebook: Atiqah Aziz
Emel: atiqahaziz84@gmail.com

Selesaikan Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Phytocol-ST

Di Malaysia 1 daripada 3 orang dewasa mempunyai masalah tinggi kolestrol dan salah satu penyakit yang disebabkan oleh masalah kolestrol ini adalah penyakit jantung. Masalah ini merupakan masalah yang popular yang melanda bukan sahaja negara-negara dunia pertama malah menjangkiti negara dunia kedua seperti Malaysia.

Masalah kolestrol tinggi kini bukan lagi dikaitkan dengan orang tua malah telahpun menjadi masalah orang muda. Sebagai contoh, pelakon terkenal zaman 90-an; Hani Mohsin Hanafi telah meninggal dunia disebabkan penyakit jantung pada usia yang muda iaitu 43 tahun. 

Menambah kejutan anda lagi, Jacky Ng Kiat seorang pemain bola keranjang yang sememangnya aktif bersukan juga meninggal dunia pada usia yang sangat muda iaitu 25 tahun. Juga disebabkan sakit jantung.


Simptom-simptom Masalah Jantung

Anda boleh lakukan pengesanan awal ini di rumah sahaja.
  1. Adakah anda sering keletihan?
  2. Adakah anda kerap berasa ketat dibahagian tengkuk/leher?
  3. Pada satu-satu masa anda perasan degupan jantung anda pantas atau tidak setara tanpa sebab
  4. Anda mudah kuat berpeluh
  5. Nafas terasa pendek atau mudah terasa sesak walaupun melakukan sedikit perkerjaan yang ringan
  6. Anda kerap kurang rasa selesa di bahagian dada

Kandungan kolestrol yang tinggi juga menyebabkan penyakit angin ahmar atau strok berlaku. Strok boleh berlaku pada tahap pertama iaitu yang paling ringan, anda hampir tak perasan yang anda mengalami angin ahmar. Dan apabila tahap yang paling teruk anda mungkin lumpuh sebelah badan dan boleh menyebabkan kematian.


Semak Segera Gejala-Gejala Angin Ahmar

  1. lemah atau lumpuh pada sebahagian wajah, tangan atau kaki
  2. Kebas secara tiba-tiba
  3. Pening secara tiba-tiba
  4. ketidakseimbangan atau kurang penyelerasan seperti anda sedang menggengam handphone kemudian tiba-tiba terlepas pegangan.
  5. Sakit kepala yang teruk atau luarbiasa secara tiba-tiba
  6. Pertuturan tiba-tiba menjadi kurang jelas
  7. Keletihan
  8. Rasa berdebar-debar tanpa sebab atau jantung berdegup pantas
  9. Sesak nafas
  10. Paling teruk akan tiba tiba pengsan
  11. Atau tidak sedarkan diri

Faktor-faktor Penyebab Masalah Tinggi Kolestrol

  1. Pemakanan yang tidak seimbang, rendah serat, tinggi karbohidrat dan lemak
  2. Kegemaran merokok
  3. Minum minuman keras
  4. Faktor tekanan
  5. Hati yang tak sihat disebabkan toksin yang tinggi

Tahukah kita, American Heart Association menyarankan had pengambilan kolestrol adalah tidak lebih dari 300mg sehari bagi individu normal dan bagi pesakit jantung jumlah lemak yang perlu diambil adalah tidak melebihi 200mg sehari.

Kepentingan Supplement Ibu Menyusu Yang Anda Tak Tahu

5 tahun lebih menyusu adalah tempoh yang panjang. Kadang-kadang rasa malas itu datang menerjah. Biasalah manusia biasa, Life Is A Test. Sekarang saya nak cerita macamana dalam tempoh 5 tahun ni, walaupun pengeluaran susu ibu badan ada turun naik tapi tetap maintain dapat support keperluan anak.

Saya cerita dari pengalaman anak kedua ni, sebab dah expert sikit banding anak pertama dulu. (Tapi masih gali ilmu lagi ni). Pertama sedari dalam pantang dah mula latih merajinkan diri yang tak berapa nak rajin ni pam susu lepas anak tidur, dan awal pagi sebelum anak bangun.

Bila dah kerja tu campur waktu pergi balik adalah dalam 10-11 jam, saya tak kira sangat ketepatan masa 2 atau 3 jam. Tetapi satu perkara yang sangat pasti. WAJIB PAM EMPAT KALI SEHARI DALAM TEMPOH 10 JAM BERJAUHAN DENGAN ANAK.


Kelebihan, Susukan, Susui, Bayi, Set, Full, Shaklee, Menyusu, Vitamin, Supplement, Supplemen, Cara, Banyakkan, Ibu, Badan, Petua, Tips


Resepi Sambal Tempoyak Kahwin Orang Putih

Cuti-cuti ni cari tajuk entry yang ringan-ringan sikit. Sebenarnya sambal tempoyak ni dah buat dua minggu yang lalu. Hari ni mama Yaya buat menu ringkas je, masak lemak ikan temenung dengan tumis air sayur watercress dah cukup, Yaya boleh makan, mak bapak pun boleh makan. Adik menu lain, baby lagi. Mungkin kalau rajin tambah satu menu lagi petang nanti.

Hari bermalas-malasan separuh hari. Ada novel baru, jadi habiskan novel dulu khatam 2-3 kali dalam masa satu hari baru hati tenang nak buat kerja lain. Kipas susah mati kat novel memang susah nak kikis.

Dapat idea resepi sambal tempoyak ni tiba-tiba je. Tiba-tiba feeling macam Chef Jamie Oliver. Macam je. huhu. Ok kalau nak mencuba boleh salin resepi ni. Kalau tak nak baca je lah sampai habis ok.



Durian, Paste, Versi, Baru, Sedap, Mesti Cuba



Cara Urus Masa Di Pagi Hari Bagi Ibu Berkerja

Sekarang ni ramai ibu yang rata-ratanya bekerja. Tak kiralah jawatan tu majistret ke, doktor ke, laywer ke, ahli muzik ke kebanyakkannya akan sibuk kalut-kalut nak ke tempat kerja. Bagi yang menyusukan anak lagi mencabar nak siapkan bekal susu ebm ke tempat jagaan harian.

Tapi macamana nak sempat buat semua tugasan tu sebelum pergi kerja? siapkan anak, pastikan rumah tak macam tongkang pecah sebelum pergi kerja, bawak bekal anak, sarapan pagi dan lain-lain urusan lagi.

Mula-mula kita kena buat eksperimen. Tak semua orang ada waktu yang sama. Kalau Kak Jemah boleh settle semua kerja dalam masa satu jam. Kak Ton mungkin perlukan 3jam. Apa yang penting cara kita kendalikan tugasan dan situasi harian.

Tau Tak Kenapa Protein Sangat Penting Kepada Wanita

Protein biasanya dikaitkan dengan orang yang ingin membina otot, orang yang ingin berdiet dan juga sangat popular untuk orang yang menyusukan anak. Sebenarnya pengambilan protein penting untuk semua orang termasuk wanita dewasa. 

Ada banyak jenis protein yang boleh diambil dalam pelbagai jenis makanan. Tetapi protein dari tumbuh-tumbuhan seperti kekacang dan juga ikan lebih baik dari protein haiwan seperti daging, dan telur kerana mengandungi kolestrol jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

Protein sangat penting kepada tubuh kerana merupakan makronutrient bagi tubuh yang bermakna tubuh memerlukan jumlah protein yang besar untuk trillion sel-sel badan. Protein perlu diambil setiap hari kerana badan tidak menyimpannya dalam tubuh seperti lemak dan karbohidrat.

Kepentingan pengambilan protein yang secukupnya kepada wanita dapat membantu melambatkan penuaan kerana protein mengandungi 20 jenis asid amino yang membina otot. kuku, rambut, darah, organ, kulit, enzim, hormon dan lain-lain. Kunci untuk kekal awet muda adalah pengambilan yang konsisten setiap hari.

Tips Menjaga Tahap Kolestrol Tubuh

Lemak badan adalah penting untuk bahagian sistem saraf dan membantu menentang elemen-elemen yang merosakkan korpuskel darah merah. Walaubagaimanapun kita terutamanya orang dewasa hanya memerlukan sedikit lemak sahaja dalam tubuh. Lemak juga penting sebagai agen semulajadi pemanas badan.

Namun bahaya apabila kandungan kolestrol terlalu banyak dalam tubuh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menghalang pengangkutan nutrien dan udara dalam salur darah. Ini amat membahayakan kerana boleh menyebabkan risiko kesihatan seperti darah tinggi dan jantung serta melibatkan nyawa.



Makanan Penyebab Kolestrol Tinggi Dalam Tubuh

Jadi ada baiknya jika kita mula dari sekarang untuk mengurangkan makanan yang mencetuskan peningkatan lemak lipid dalam badan. Pertama sekali kurangkan makan daging merah. Daging merah adalah tinggi kolestrol. Lebihkan makanan yang kaya dengan omega seperti ikan dan minyak zaitun yang membantu menurunkan paras kolestrol dalam tubuh.


Minyak, Ikan, Omega 3, Omega, Khasiat, Lemak, Jahat, Kolestrol, Paras, Jantung, Sihat


Makanan laut seperti kerang-kerangan, udang yakni selain ikan juga meningkatkan tahap kolestrol. Oleh itu, biasanya orang yang suka makanan laut seperti ini tinggi kandungan kolestrol dalam tubuhnya. Juga lemak terdapat dalam telur, susu dan produk-produk makanan yang menggunakan bahan-bahan ini.

Penggunaan minyak juga tak ketinggalan. Malaysia kaya dengan pelbagai variasi makanan. Tetapi biasanya minyak adalah bahan utamanya. Tak salah guna minyak sawit tetapi mana-mana jenis minyak jika diguna dan diambil dengan banyak akan menyebabkan masalah kesihatan suatu hari nanti.

Rugi Makan Shaklee Tidak Berkesan Pun

Ramai orang makan Shaklee namun ramai juga yang merungut amik supplement Shaklee tak berkesan pun. Anda fikir begitu anda silap sebenarnya. Bukan nak agung-agungkan produk keluaran Shaklee ni tiada tolok bandingnya. Tetapi ada sebab kenapa saya berkata begini.

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry