Sedang Susukan Adik a.k.a Abu Ayyub

Lilypie Breastfeeding tickers

Masih Susukan Yaya

Lilypie Breastfeeding tickers

Sabtu, 24 Januari 2015

Mencari Anak Susuan Untuk Diberikan Susu Ebm

Saya ingin buat pengumuman di sini saya ingin mencari anak susuan untuk diberikan susu ebm saya. Kalau boleh saya ingin mencari anak yang ingin didermakan susu yang duduk disekitar kepala batas atau di negeri Pulau Pinang.

Jikalau mana-mana ibu bapa yang tinggal di semenanjung Malaysia mahukan EBM saya, saya juga sedia berikan.

Saya sedang menyusukan sepenuhnya anak kedua saya berumur 9 bulan kini seperti yang anda lihat di carta penyusuan di atas entry ini

Tujuan saya mahu berikan stok susu beku saya adalah kerana ada lebihan stok susuan (belum tamat tempoh ye) yang mana saya yakin di luar sana ramai lagi bayi-bayi yang memerlukan susu ibu. Juga termasuk ibu-ibu yang berhasrat untuk melengkapkan tempoh dua tahun penyusuan.

Jumaat, 23 Januari 2015

Sakit Kepala Lepas Balik Clearance Sales Kilang Marcoco

Hari ini tercapai juga hasrat nak ke kilang Marcoco Furniture yang terletak di tepi Lebuhraya Utara-Selatan ni. Kilang perabot tu buat jualan murah dari 12hb Januari sampai 5 Februari 2015.

Kami pergi bertiga semua geng GIS. Hehe. Dengar kata semua pakat serhy kilang Marcoco tu. Macam murah sangat Jualan Gudang yang depa buat tu.

Hasil tinjauan mendapati harga memang murah dan berbaloi dengan kualiti. Mana nak dapat set meja makan RM1000++ dengan kualiti kayu yang baik dan berat. (Aku pun bukan pakar perabot~~~). Tapi kalau di kedai perabot biasa mahu harga satu set meja makan dalam RM3000+++

Khamis, 22 Januari 2015

Yaya Dah Masuk Tadika Upin Ipin

Tahun 2015 ni merupakan tahun pertama anak saya mula bersekolah. Tadika je pun. hehe. Tapi mak anak sulung biasalah excited terlebih siap ambil cuti nak hantar dan tunggu anak seharian di sekolah.

Em, jangkaan saya tentula Yaya tak menangis. Tak macam maknya dulu-dulu. Walaupun sebelum ni dia kadang-kadang boikot tak nak pergi sekolah sebab nak sambung menyusu dengan mama (ada ka patut). hehe.

Hari pertama berjalan lancar. Eh tengok nak masuk tengahhari kita sorang ja mak yang tunggu anak. Nampak sangat engkau over jah. hehe. Tapi ada aku kisah. Pagi tadi dah pakai Ultimate Protection Whitening Lotion with SPF 15 itu tak tahu malu. muahaha.

Elehhhhh. mak-mak lain ada yang tak tunggu sebabnya takut anak menangis bila ibu bapa ada. (Buat sedap hati)

Hari pertama pelajaran pertama adalah belaajar cara bersila. Yaya memang tau bersila. Tapi tak biasa duduk bersila lama-lama. Balik rumah malam tu baru terasa lenguh-lenguh. Kesian anak mama ni. Tu la selalu duduk macam katak je. Atau dengan pengertian paling mudah. Anak mama mana penah duduk setempat dalam 1 jam. hehe..

Waktu rehat saya tengok rentak Yaya. Alhamdulillah. Sejuk perut mama. Dia tak nak pun ambil makanan dan minuman yang cikgu sediakan. Dia siap cakap tak nak. Yaya ada bekal makanan dan minum sendiri. Siap tunjuk dan cerita lagi. Bagus juga penangan cerita Timmy Time ni. hehe

Ok, hasil siasatan saya. Cewahhhh. Saya berpuas hati dengan persekitaran sekolah dan corak dan jadual pembelajaran sekolah Yaya. Abah yang pilih sekolah. Lagi sekali Abah juga menang pilih. Huh. Tak aci.

Okla Yaya sejak pergi sekolah. Teruja je hari-hari nak pergi sekolah. Tapiiii..nenen tetap nenen. hehe. Cuma nak latih dia agar senang bangun mandi pagi je. Al maklumla. Duduk rumah opah pukul 9-10 baru mandi. >_<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...