Kalau pergi klinik doktor suka tarik perhatian budak-budak supaya jangan takut. Selalunya dia beri vitamin c utuk anak.
Pemberian suplemen untuk kanak-kanak adalah bagus kerana dari usia setahun hingga lima tahun perkembangan minda dan pertumbuhan adalah pesat ketika ini. Sebab itulah kita harus menjaga kesihatan dan pemakanan anak sedari awal.
Ya, memang betul susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk anak. Tapi tak salah untuk tambah vitamin buat anak sebagai suplemen tambahan sementelah sekarang cukup mudah penyakit berjangkit seperti demam virus, selesema dan batuk.




























