Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

22 Ciri-Ciri Anak Cerdas Dan Pintar

Faktor baka memang membantu menentukan kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, bakat dan kepintaran yang mereka perlu dikembangkan. Perkembangan otak yang pesat adalah ketika berumur satu hingga lima tahun. Selepas itu apabila tidak diransang, perkembangan mereka akan sama seperti kanak-kanak sebaya.

Kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai beberapa kebolehan lebih awal berbanding kanak-kanak yhang sebaya dengannya. Ibu bapa boleh merujuk di sini ciri-ciri yang ketara bagi anak yang pintar dan cerdas. Antaranya adalah:

1. Mempunyai perasaan curiga dan perasaan ingin tahu yang tinggi. Sebab itu mereka suka bertanya

2. Apabila bertanya, anak pintar ini lebih berminat mendapatkan isi dan kandungan jawapan baru. Sebab tu mereka suka bertanya berulang-ulang kali. Sampailah jawapan yang diberi memuaskan hati.

3. Mempunyai idea-idea baru yang kreatif dan kadangkala dianggap pelik.

4. Apabila ada yang bertanya, anak yang cerdik ini selalu memberi jawapan yang unik dan jawapan mereka biasanya luar jangkaan.

5. Anak yang cerdas pemikirannya menggunakan kaedah ataupun memberi cadangan tersendiri bagi menyelesaikan masalah

6. Kreatif terutamanya dalam menguasai kemahiran. Anak-anak ini dapat menggunakan baran ataupun peralatan yang biasa secara kreatif dan dapat membuat pelbagai kegunaan daripada sesuatu jenis barang ataupun peralatan.

7. Sedari kecil, anak-anak cerdas ini dapat menghasilkan sesuatu yang abstrak dan tidak mungkin mampu dihasilkan oleh kanak-kanak lain seusia dengannya. Biasanya orang dewasa menganggap mereka sebagai buat sepah.

8. Mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi, aktif dan pelik. Mereka juga mempunyai keupayaan yang tinggi bagi menzahirkan imaginasi mereka itu.

9.  Suka mencuba sesuatu yang baru terutamanya perkara yang dianggap tidak padan dengan usia atau bahaya oleh orang dewasa

10. Apabila mempelajari atau melakukan sesuatu kemahiran, mereka cepat menguasai dan mahir serta kebiasaannya tidak memerlukan arahan yang terperinci.

11. Ciri-ciri anak pintar juga adalah mudah jemu dengan perkara yang berbentuk fakta terutamanya aktiviti menghafal. Jadi ibu bapa kena tahu cara mendidik anak cerdas ini.

12. Dapat bercakap, membaca, menulis ataupun memahami percakapan orang dewasa pada awal peringkat umur.

13. Mampu memahami arahan dengan mudah walaupun hanya sedikit arahan. Sedangkan kanak-kanak sebaya memerlukan arahan diberi dengan lengkap dan diajar langkah demi langkah.

14. Anak yang pintar mampu memusatkan tumpuan lebih lama pada sesuatu perkara atau aktiviti terutamanya apabila melibatkan kemahiran baru.

15. Mereka mempunyai hobi atau minat yang tidak pernah difikirkan oleh rakan-rakan sebayanya.

16. Tidak suka duduk diam. Ada sahaja kerja atau aktiviti yang ingin dilakukan.

17. Mempunyai tenaga yang banyak, sebab itu, golongan kanak-kanak pintar ini dilihat begitu aktif.

18. Bersifat percaya kepada diri sendiri, berani, rajin, agak degil dan stabil.

19. Mereka mampu memproses dan menganalisi maklumat secara matang dan meyakinkan.

20. Mereka juga mudah sensitif kepada alam sekeliling, oleh sebab itu mereka mudah menyesuaikan diri dengan alam dan persekitaran baru.

21. Mereka mudah bergaul dengan cepat

22. Mempunyai daya kepimpinan dan sering bersifat lebih dominan serta superior apabila berada dalam kumpulan yang sebaya.

Anak yang pintar ini sering lebih maju dari kanak-kanak yang seusia dengannya. Ibu bapa perlu tahu cara mendidik anak yang baik dengan pintar ini agar dapat memperkemaskan dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada anak-anak kita.

Walaubagaimanapun anak adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah s.w.t. dan kita harus menghargai mereka. Setiap anak dilahirkan dengan kebolehan dan keistimewaan masing-masing. Yang penting mereka dididik dengan ilmu dunia dan agama agar hidup mereka ada pegangan dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.



Atiqah Aziz
SID: 882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry