Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

4 Days Rules Perkenalkan Makanan Pepejal Pada Bayi

4 Day Rules Perkenalkan Makanan Pepejal Pada Bayi

Asyik cerita pasal air susu ibu je. Hari ni nak tukar topik sikit. Nak cerita pasal pemberian makanan pepejal pada bayi berumur 6 bulan ke atas. Motif; nak share tips sebab Abu Ayyub pun dah start solid food masa umur dia genap 6 bulan (ikut tarikh lahir)

4 day rules ni memudahkan ibu mengenalpasti makanan yang sesuai untuk si manja anda. Kita boleh kenal pasti makanan yang menimbulkan kesan alergi termasuk eczema, cirit-birit, sembelit, kembung/angin, hyperactive, kelihatan lesu, muka merah kemerahan, hidung berair, alergi kepada cahaya (mata hitam), ruam kulit, ruam di sekeliling mulut atau dubur dan sebagainya.

Sebelum tu kita perhatikan tanda-tanda bayi kita dah bersedia untuk menerima makanan pepejal pertama bayi. Antaranya: 
  • Bayi boleh duduk sendiri
  • Bayi kelihatan berminat melihat makanan
  • Bayi boleh menggenggam barang dengan baik
  • Bayi mungkin sudah tumbuh gigi ketika berumur 6 bulan
  • dan sebagainya. Hanya naluri ibu yang tahu bila bayi mereka bersedia untuk makan.

Kemudian kita kena tahu pula makanan berisiko menimbulkan kesan alergi pada bayi. 

Contoh antara makanan yang tinggi alergi untuk bayi adalah:

  • Kekacang
  • Putih telur
  • Susu tenusu
  • Tree nuts
  • Ikan
  • Kerang-kerangan
  • Soya
  • Gandum

Testimoni Masih Belum Terlambat Kini Susu Badan Banyak Kembali

Testimoni Masih Belum Terlambat Kini Susu Badan Banyak Kembali

Baru-baru ini dari seorang rakan yang baru habis pantang melahirkan anak. Katanya susu ibu kurang. Anaknya minum susu formula. Katanya doktor yang suruh campur pemberian susu ibu dengan susu tepung. Oh my megiiiiii!. Sedih! Jika benar kebaikan susu badan ibu itu sebenarnya memudaratkan bayi seharusnya tidak diberi sama sekali. Ada juga doktor yang masih belum jelas mengenai khasiat susu ibu.

Agak bernasib baik, bayinya baru berusia 45 hari ketika rakan saya bertanyakan cara tambah susu badan. Saya berikan padanya konsultansi berkaitan petua tambah susu badan dan juga beliau turut mengambil Set Menyusu Bajet Shaklee iaitu ESP dan juga Alfalfa (S).


ALFALFA, COMPLEX, ESP, SHAKLEE, BAJET, JIMAT, HARGA, RENDAH, MURAH, BANYAK, TAMBAH, BANYAKKAN, TAMBAHKAN, PENGELUARAN, HASIL, PAM, SUSU, BADAN, IBU, PEKAT, KENYANG, BAYI, TIDUR, VITAMIN, SET


Alhamdulillah! beliau berjaya mengurangkan kekerapan pemberian susu formula bayi dari 6 hingga 7 kali sehari dan menyusukan anak sekadar on demand kepada lebih kerap menyusu anak secara terus (direct feeding) sekitar 4 hingga lima kali sehari beserta 2 kali sesi pam susu badan.

Group Penyusuan Ibu Bekerjaya Yang Paling Sempoi

Group Penyusuan Ibu Bekerjaya Yang Paling Sempoi


Ada ibu menyusukan anak yang mengadu tertekan dengan post-post berkaitan penyusuan anak dalam grup menyusu sedia ada. Bagi saya pula saya gembira dapat banyak ilmu dan sokongan berkaitan susu badan dalam group penyusuan yang saya sertai ini. Jangan salah sangka, ada banyak kumpulan sokongan susu ibu di alam maya dan juga secara offline.

Asalnya kelab susu ibu ini merupakan  kelab reunion bekas-bekas rakan sekuliah saya semasa di universiti dahulu.

Tak sangka, walaupun kami berlainan bidang kerjaya sekarang tetapi kami  ada topik yang sama iaitu keibubapaan dan susu ibu. Kami saling menyokong dan memberi idea dalam menguruskan bekalan ebm stok. Di samping mengeratkan kembali ukhwah di antara kami.


SUSU, BADAN, IBU, MANFAAT, KHASIAT, KEPENTINGAN, FORMULA, SIHAT, KESIHATAN, TUMBESARAN, VITAMIN, TAMBAH, BANYAKKAN, SHAKLEE, SET, TRIPPLE, M


Kami kerap membincangkan isu-isu berkaitan penyediaan susu ebm yang mengelirukan. Kami juga berkongsi rasa, pendapat dan sama-sama membantu memberi buah fikiran terbaik dalam membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah pengurusan stok ebm dan juga susu badan cair.

SUSU, BADAN, IBU, MANFAAT, KHASIAT, KEPENTINGAN, FORMULA, SIHAT, KESIHATAN, TUMBESARAN, VITAMIN, TAMBAH, BANYAKKAN, SHAKLEE, SET, TRIPPLE, M

Kisah Kejayaan Ibu Bekerjaya Berjaya Exclusive Breastfeed Bayi

Kisah Kejayaan Ibu Bekerjaya Berjaya Exclusive Breastfeed Bayi



Target nak exclusive breastfeeding bayi lelaki hingga 6 bulan terlaksana. Berjaya juga saya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu tanpa campur dengan susu formula.

Sekarang Abu Ayyub telah diperkenalkan dengan makanan pejal. Tetapi susu ibu masih sumber makanan bayi saya. Setiap hari saya bekalkan stok ebm cair sebanyak 6 botol seperti biasa.

Akhirnya saya berjaya buktikan yang ada bayi lelaki tak semestinya ibu jadi tak cukup stok susu. 

Dengan ilmu, teknik penyusuan yang betul, pemakanan, supplement, semangat dan disiplin yang tinggi pasti semua ibu menyusukan bayi lelaki juga boleh berjaya susukan anak sepenuhnya seperti saya.

Macamana banyakkan susu badan? Mudah saja! Kerapkan pam/direct feeding. Hasil susu ibu takkan banyak kalau kita kurang mengeluarkan susu walaupun kita makan makanan tambahan yang termahal sekali.

Terkejut Shaklee Turunkan Promosi Vitamin C Plus Hari ini

Terkejut Shaklee Turunkan Promosi Vitamin C Plus Hari ini

Apalah Shaklee ni, suka buat kejutan saja bulan ni. Harga untung tau korang!! Shaklee buat promosi Vita C Plus Beli 6 Percuma 1. Tapi hari ni sahaja tau promo vitamin C semulajadi ni.

Alamak gilalah. Mesti ramai orang borong Vita C Plus Shaklee ni. Yang jadi ahli shaklee untunglah. Dapat harga jimat berganda-ganda.

Yang nak kulit cantik tu mesti borong berdozen punyalah. Yelah bulan lepas borong Collagen Powder. Hari ni borong vitamin C Shaklee pulak. Haruslah. Petua kulit cantik alami ambil Vita C Plus dengan Collagen Powder Shaklee.


Vita, C, Plus, Shaklee, Vitamin, Harga, PROMO, PROMOSI, ANTIOKSIDAN, KULIT, CANTIK, AWET, MUDA, JERAWAT, PARUT, HILANGKAN, TIPS, PETUA

Siapa Nak beli vitamin kulit cantik, susu badan banyak sebab kolagen vita C Plus bantu tegangkan payudara. Mai PM/Wassap saya, Atiqah Aziz di 012-5770682. Hari ni bank in terus saya orderkan tau. Internet dihujung jari..hehe

Cara Simpan Susu Badan Di Tempat Kerja Yang Betul

Cara Simpan Susu Badan Di Tempat Kerja Yang Betul

Macam remeh je entry pasal cara penyimpanan susu badan ni kan. Ada ibu menyusu bekerjaya yang keliru macamana nak simpan susu badan ni. Paling mudah, selamat dan trend masa kini adalah bawa sendiri cooler box atau cooler bag nak simpan stok susu ibu. Penggunaan Reusable icepack juga penting supaya penyimpanan susu ibu kekal sejuk sehingga 12 jam lamanya.

Kat sini saya berkongsi pengalaman terdahulu saya sebagai ibu menyusu yang berkerjaya menyusukan anak sulung dan juga sedang menjayakan proses penyusuan ibu untuk anak kedua pula.  

Setiap hari bekerja saya berjauhan dengan anak sehingga 12 jam lamanya. Jadi saya perlukan peralatan penyimpanan susu badan yang mampu menyejukkan stok susu saya sehingga 12-14jam. Saya perlukan cooler box dan cooler bag yang berkualiti.

Saya lebih selesa menggunakan cooler bag untuk menyimpan susu ibu di pejabat dan cooler box untuk membawa stok susu badan cair ke rumah mentua. 

Untuk persediaan ke pejabat, setiap hari saya membawa 6 botol susu simpan susu perahan. Sememangnya 3 reusable ice pack sudah memadai. Namun untuk memastikan kualiti perahan susu ibu terjamin, maka setiap hari saya menggunakan 3 keping ais pack dan juga 1 keping ice brick.

SUSU, IBU, SUSU, BADAN, MINUM, ESP, SET, MENYUSU, SHAKLEE, BREASTFEEDING

Perlu Atau Tidak Kumpul Stok EBM

PERLU ATAU TIDAK KUMPUL STOK EBM

Mesti ada yang terfikirkan nak buat atau tidak stok EBM. Sebab tengok ada testimoni sesetengah orang tak guna pun stok susu EBM tu. Siapa yang perlu buat penyimpanan stok susu ibu. Kenapa perlu wajib buat stok susu?.  Bukan hanya sebagai buat stok susu untuk penuhkan freezer sahaja, tetapi ada sebab kenapa perlu buat EBM stok.

KEPENTINGAN PENGUMPULAN STOK EBM PERLU DISEDIAKAN

  1. Untuk kegunaan ketika ibu perlu bekerja di luar kawasan. Tidak membawa bayi bersama
  2. Ketika ibu menyusu tidak sihat, sehingga tidak larat menjaga dan menguruskan anak.
  3. Ketika pengeluaran susu badan berkurang. Hasil perah susu badan tidak dapat menampung keperluan bayi untuk keesokkan harinya.
  4. Ketika ibu tidak sempat memerah susu untuk kegunaan bayi keesokkan harinya
  5. Ketika ibu perlu ke sesuatu tempat dan meninggalkan bayi seketika kepada pengasuh
  6. Sebagai merangsang atau stimulasi lebih pengeluaran susu ibu - memerah selepas anak menyusu ataupun pam sekali sehari untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu badan sekiranya ibu menyusu tidak bekerja.

Jumlah air susu badan yang dihasilkan tidak selamanya banyak seperti semasa berpantang jika kita tidak berdisiplin memenuhi konsep "Supply VS Demand". Susu badan kurang disebabkan kurangnya refleks hormon susu badan iaitu hormon oksitoksin. Jadi sementara nak tunggu banyakkan susu badan, Stok susu ibu sangat membantu mencukupkan keperluan bayi.

Bagi ibu menyusu yang berkerjaya, penyediaan stok susu ibu sedari awal memberi impak yang sangat besar kepada ibu itu sendiri. Ibu berasa tenang dan tidak gusar kerana stok susu EBM yang telah disediakan dapat membantu menampung keperluan anak sekiranya diperlukan kelak.

Selain itu, EBM stok yang tersusun dalam freezer sebenarnya sangat membantu dalam menaikkan semangat ibu untuk terus tekad menyusukan bayi dan juga rajin untuk kerap memerah atau mengepam. 


RISAU SEKIRANYA STOK SUSU EBM TIDAK DIGUNAKAN

  1. Beri pada anak susuan yang lain - Dapat pahala. Dapat membantu bayi yang lebih memerlukan
  2. Buat pusingan stok susu - Contoh: Guna satu pek susu EBM yang dah beku dan simpan satu stok susu beku yang baru pula, dan begitu seterusnya
  3. Guna EBM susu ibu dalam penyediaan makanan bayi
  4. Gunakan stok susu badan sebagai mandian bayi
  5. Sekiranya tak nak juga beri pada sesiapa atau EBM stok sudah expired, siramlah pada pokok bunga. Pasti pokok bunga anda semakin subur.


KEPALA BATAS, PERAI, SET, VITAMIN, SEMULAJADI, SHAKLEE, PRODUK, MENYUSU, BERPANTANG, CONFINEMENT, RAMBUT, GUGUR, KULIT, CANTIK, JERAGAT, JERAWAT, KURUS, TAMBAH, TURUN, BERAT, BADAN, KANAK-KANAK, KIDS,, IQ, BOOSTER, SELESEMA, BATUK, DEMAM, DARAH, TINGGI, DIABETES, SAKIT, OTOT, SENDI, MASALAH, KESIHATAN, MIGRAIN, GASTRIK







Stok Susu Ibu Banyak Terpaksa Beli Deep Freezer

Stok Susu Ibu Banyak Terpaksa Beli Deep Freezer

Ha..Dari tajuk pun dah tau. Iye, benar!. Stok susu ibu yang saya simpan untuk Abu Ayyub di kedua-dua peti ais  jenis dua pintu saya hampir penuh.

Sampai ada satu hari tu menangis di tepi pokok bunga sambil siram susu yang dah rosak pada pokok bunga di subuh yang hening. Beberapa stok EBM yang saya simpan rosak sebab pintu freezer tidak ditutup rapat sebab di bahagian pintu susunan stok EBM dah penuh.

Meleleh-leleh air mata siram susu ibu  pokok bunga tu. Suamiku yang rajin sedang jemur kain sebelum pergi kerja pun turut sedih. Tersentuh lihat isteri dia sedih. Dia pun faham macamana isteri dia berusaha gigih kumpul stok susu ibu untuk anak-anak tersayang. 

Deep freezer yang pernah ada dalam senarai idaman hati suatu ketika dulu dicantas oleh suami. Katanya tak perlu. Nanti bil elektrik naiklah. Nak susun kat manalah. Kini suami dah setuju nak belikan. Kesian kat isteri dan sayang membazir susu yang dah dipam tu.

Kiranya saya beli deep freezer tak silap, tak sampai sebulan mula bekerja selepas cuti berpantang. Saya dapat cuti pantang dua bulan sahaja.

Beli jenama china sahaja. Jenama Hisense. Kapasiti 1.3 liter. Harga dalam RM499. Anggaran luas deep freezee Hisense ni adalah lebih kurang bersamaan 2 freezer peti ais 2 pintu.

Jadi semua stok EBM saya dah pindahkan dan hampir penuh juga deep freezer tu sampai boleh beri pada anak susuan. Comel je budak Najla ni. tapi ibunya kata sejak dia minum stok EBM sekali minum 9oz sebelum ni dia minum susu 7oz tak silap, tak padan kecil molek. hehe.Alhamdulillah, murah rezeki Abu Ayyub, Najla dan juga Kakak Yaya. hehe


Kenapa pilih deep freezer walaupun up right freezer yang jadi idaman qalbu sebelum ini?


♡ Anak-anak akan mudah buka (mereka penuh dengan sifat ingin tahu)
♥ Tiada frost
♡ Harga lagi mahal


Yang seronok beli deep freezer Hisense ni. Pernah terlupa tutup plug semasa nak balik kampung. Dalam tempoh lebih kurang 48jam. Susu ibu yang beku langsung tak terjejas suhunya. Masih beku sampai melekat jari. Cuma yang beberapa keping EBM di bahagian atas yang mula mencair tapi tak sampai 50% lagi.

Tapi frost kat tepi dinding deep freezer dah habislah. Frost juga yang membantu melambatkan pencairan susu beku tu. Kiranya kalau tiada bekalan elektrik setakat setengah hari lepas ni, saya tak perlu kalut balik rumah pindahkan susu dan sebagainya.^__^



KEPALA BATAS, PERAI, SET, VITAMIN, SEMULAJADI, SHAKLEE, PRODUK, MENYUSU, BERPANTANG, CONFINEMENT, RAMBUT, GUGUR, KULIT, CANTIK, JERAGAT, JERAWAT, KURUS, TAMBAH, TURUN, BERAT, BADAN, KANAK-KANAK, KIDS,, IQ, BOOSTER, SELESEMA, BATUK, DEMAM, DARAH, TINGGI, DIABETES, SAKIT, OTOT, SENDI, MASALAH, KESIHATAN, MIGRAIN, GASTRIK

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan


Sekarang saya sedang menyusukan sepenuhnya anak yang kedua. Alhamdulillah, susu badan saya memang banyak. Sampaikan terlebih cukup untuk keperluan harian Abu Ayyub seharian semasa duduk di rumah Opah.

Kalau masa Yaya dulu saya banyak tak tahu, tapi berjaya juga susukan anak hingga dua tahun, disebabkan tekad dan kerajinan yang tinggi (puji diri sendiri pulak, ayaarrkk). Sekarang saya lebih banyak tahu dari dulu. Awal-awal lahir orang cakap Abu Ayyub tak besar mana. Walaupun lahir 3.49kg. Iyelah, dalam tempoh 10 hari selepas kelahiran memang berat bayi berkurang dan akan bertambah balik selepas 10 hari kelahiran.

Masa pantangkan saya ada cerita sebelum ni Abu Ayyub ada breastfeeding jaundis hingga sebulan lebih sikit. Masa tu bukan sebab saya kurang menyusukan dia atau gila kumpul stok tapi masa itu, susu badan saya sangat banyak. Sekejap-sekejap penuh dan meleleh, hinggakan terpaksa panggil Yaya menyusu dengan saya sekiranya saya culas nak mengepam. Hehe. 

Abu Ayyub waktu tu pulak suka tidur, buang air besar hampir 20 kali sehari, minum sikit, sebelah payudara sahaja. Tapi cukup sebulan berat dia naik lebih sekilogram. Tapi dah tak ingatlah pulak. Dalam 5kg lebih. 

Memang tembam. Sampai opah pun terkejut, baru seminggu tak tengok dah bam-bam. Cukup sebulan, ramai yang tegur Abu Ayyub badan lagi besar dari kepala. Ehehe. 

SUSU IBU, BANYAK, KHASIAT, BAYI, BABY, BOY, LELAKI, SHAKLEE, SEBULAN, UMUR, BERAT,SET, MENYUSU, SHAKLEE, SEPENUHNYA
 Masa opah terkejut tengok Abu Ayyub

Macamana Abu Ayyub boleh membesar dengan sihat, cerdik dan tembam semestinya?


Kontroversi Soya Membahayakan Kesihatan

Kontroversi Soya Membahayakan Kesihatan

Selama ini kita sangkakan soya ni sumber protein terbaik untuk kesihatan manusia. Tetapi sebenarnya berbahaya kepada kesihatan manusia.  Selama ini kita dimomokkan soya adalah makanan mudah, murah dan menyihatkan. 

Soya tinggi dengan kandungan B6 yang mana pengambilan yang terlalu banyak boleh menyebabkan gangguan kepada kesihatan. Soya mengandungi phytates yang menghalang penyerapan nutrien-nutrien oleh tubuh. Jadi antara punca masalah kekurangan nutrisi bagi sesetenagah orang.

Soya mengandungi isoflavones yang berfungsi sebagai phytoestrogen. Pyhtoestrogen mengganggu fungsi normal tubuh. Tindakan isoflavones dikatakan menyebabkan reseptor estrogen dalam tubuh manusia tidak stabil, kerana phytoestrogen boleh meninggikan pengeluaran hormon estrogen atau mengurangkan keupayaan hormon estrogen. 

Disebabkan itu, soya dikatakan mengganggu kitaran haid, menyebabkan masalah kesuburan wanita dan antara punca kanser payudara. Bagi lelaki pula soya dikatakan mengurangkan jumlah sperma, menyebabkan kemandulan lelaki dan juga mengurangkan kualiti air mani. Tetapi tiada bukti kukuh yang menyokong kenyataan tersebut setakat ini.

Soya juga dikatakan penyebab masalah tiroid, sembelit, menyebabkan peningkatan alergik, lesu dan mengantuk. Bagi bayi yang minum susu formula berasaskan soya apabila membesar menjadi lebih cepat baligh, pertumbuhan payudara yang cepat, dan juga menyebabkan masalah neurologi dan ADHD disebabkan kandungan mangan dalam soya yang tinggi.

Jadi disebabkan itu ramai yang mula takut nak makan soya. "Takut dah nak makan soya. Semua jenis produk soya saya tolak. Lepas-lepas baca pasal soya tu saya tak nak makan dah apa-apa sahaja produk soya. Tapi kicap makanlah sikit. Sikit je."

Tipikal asian. Bak kata iklan radio, "Tak de Kicap ...., Maka tak lengkaplah perkhemahan kita".

Tahukah anda, soya berasal dari asia timur tetapi pengeluar terbesarnya adalah negara US?

Tahukah anda, soya-soya yang anda nikmati hari ini telah disembur dengan racun herbisid Roundup, yang mampu mengubah genetik soya dan memberi kesan buruk kepada kesihatan?

Tahukah anda komposisi soya digunakan dalam banyak jenis produk-produk makanan di seluruh dunia? Tempe, tauhu, tau fu fa, air kacang soya, makanan ternakan, pembuatan biskut, minyak, coklat, perasa, susu formula untuk bayi, produk-produk minuman seperti coklat panas, taucu, miso, kicap, burger, roti dan banyak lagi produk-produk makanan yang kita kurang prihatin untuk ambil tahu ada mengandungi unsur-unsur soya. Sangat sukar untuk kita menemui produk makanan yang bebas soya. Contohnya Lecithin adalah sebahagian daripada unsur-unsur soya.

Tahukah soya itu beracun sekiranya dimakan mentah. Berkhasiat tetapi beracun. Umpama ubat homeophati. Ubat homeopati itu asalnya racun tetapi juga bertindak sebagai penawar. Cara untuk meneutralkan racun tersebut adalah dengan letak ubat tersebut di bawah lidah. Eh, dah masuk cerita lain pulak. Jadi, jika nak makan produk soya, ianya harus dimasak terlebih dahulu untuk mengeluarkan racun tersebut. 


Oleh itu adakah protein soya Shaklee juga berbahaya? 

Untuk pengetahuan anda, tiada mana-mana syarikat pun yang sanggup seperti Shaklee mengeluarkan 250 juta US Dollar setahun untuk ujikaji setiap produk keluarannya. Dan semua produknya tidak menggunakan haiwan sebagai uji kaji. Jadi setiap keputusan ujian adalah lebih tepat dan telus kerana menggunakan manusia sebagai ujikaji.

Produk Shaklee juga adalah 100% semulajadi. Bermula dari proses pemilihan biji benih, semaian, tuaian, pemprosesan dan pembungkusan semuanya 1oo semulajadi dan mesra alam. 

Penghasilan protein soya Shaklee dibuat dengan begitu berhati-hati. Soya tidak dibasuh menggunakan alkohol sebaliknya menggunakan air dan menggunakan suhu yang rendah supaya protein soya terpelihara dan tidak termusnah. Kemudian protein soya diproses menggunakan proses isolate yang memisahkan komponen-komponen soya untuk mendapatkan 90%-95% protein soya yang terbaik.  Selebihnya sebanyak 5%-10% adalah karbohidrat, rendah lemak, bebas kolsterol dan bebas laktosa. Khasiat ESP Shaklee hampir menyamai khasiat protein soya sebenar.

Ya benar, soya merupakan tumbuhan yang paling banyak mengandungi isoflavones. Walaupun pyhtoestrogen tumbuhan seperti soya bereaksi hampir sama seperti estrogen-mengaktifkan reseptor estrogen, tetapi ianya tidak sekuat estrogen yang berasaskan haiwan. Dan untuk pengetahuan anda, estrogen yang terkandung dalam badan manusia adalah 1000 kali ganda lebih kuat daripada pyhtoestrogen soya.

Isofalvones dalam soya sebenarnya memberi kesan bukan bersifat hormon kepada tubuh manusia. Isoflavones soya membantu mengawal pertumbuhan sel-sel tubuh, yang secara tidak langsung melindungi tubuh daripada beberapa jenis kanser. Soya juga merupakan sumber protein yang jauh lebih sihat untuk kesihatan jantung kerana bebas kolestrol dan rendah lemak.



PRODUK, SOYA, SHAKLEE, SOY, ENERGIZING, PROTIEN, SEMULAJADI,



Jadi kenapa dikatakan produk soya itu berbahaya kepada kesihatan?


Semua makanan yang dicipta Allah ada kebaikannya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sebagai sia-sia. Kebanyakan soya hari ini diubah-suai secara genetik supaya berbuah lebih cepat dan matang lebih cepat supaya boleh dituai hasilnya berkali-kali. Apabila diubahsuai genetiknya maka terdapat gen-gen soya yang dicipta oleh manusia tidak dapat diterima oleh tubuh yang mendatangkan keburukan kepada kesihatan. 

Tanaman soya ini disembur dengan racun herbisid Roundup untuk mengelakkan tanaman dirosakkan binatang. Racun ini kemudian meresap secara perlahan-lahan ke dalam kacang soya tersebut.  Kemudian kita katakan kita makan soya yang banyak khasiatnya, padahal kita turut makan racun juga!!


Jika benar soya menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia, kita lihat contoh ini.  Jepun merupakan negara yang paling banyak memakan produk berasaskan soya dan soya adalah makanan ruji mereka antaranya Miso, Natto, kicap soya, tauhu dan sebagainya. Mereka merupakan antara penduduk paling ramai yang panjang usia dan sihat. Mereka juga tidak mandul!

Apa-apa sahaja yang anda makan, ambillah secara bersederhana. Tak boleh terlebih makan dan boleh terkurang makan. Terlebih anda sakit, terkurang juga anda jatuh sakit.  Itulah asas untuk kekal sihat. 


Kajian Klinikal Shaklee Tentang Produk Protein

Effects of a High-Protein Supplement on Body weight and Blood Constituents of Overweight and Obese Individuals. Albanese, Wein, Carroll. Nutr Rep Int 1984;29:193-204.

Biological and Biochemical Evaluation of Commercial Podered Protein Products. Jenkis, Mitchell.

Nutrition Reports Inti. Sept 1981, Vol 24. NO. 3



Nak Tahu Bila Stok EBM Expired


Nak Tahu Bila Stok EBM Expired

Cara simpan susu perahan dah tau. Sekarang saya sahaja nak beritahu lagi tentang ketahanan stok EBM yang telah anda pam atau perah dalam bermacam-macam keadaan.


Ketahanan atau Expiry Susu Ibu

1. Selepas pam apabila diletakkan pada suhu bilik (tidak diminum) tahan sehingga 4 jam

2. Selepas di pam dan terus bagi anak minum tahan 1 jam

3. Susu ibu yang dah disejukkan dalam peti ais kemudian dipanaskan sama ada beri atau tidak pada anak untuk diminum tahan selama 1 jam

4. Selepas pam simpan dalam peti sejuk bahagian bawah (bukan beku), susu tahan 3-5 hari bergantung pada pelarasan suhu peti ais anda.

5. Susu beku apabila disimpan di bahagian beku peti ais 2 pintu tahan selama 3 bulan
6. Susu beku yang disimpan di bahagian beku peti ais 1 pintu tahan 14 hari sahaja,

7. Susu beku yang disimpan dalam deep freezer atau up right freezer tahan sehingga 6 bulan

8. Susu beku yang telah dicairkan dan disejukkan di peti sejuk bahagian bawah dan belum dipanaskan tahan selama 24 jam

9. Susu beku yang sudah dicairkan kemudian dipanaskan sama ada sudah diminum atau belum diminum (dalam warmer atau rendaman air panas sahaja) tahan selama 1 jam sahaja.

10. Susu beku yang telah dicairkan sepenuhnya tidak boleh dibekukan kembali kerana susu yang dicairkan setelah dua kali pembekuan tidak lagi terkandung antibodi

11. Susu beku yang mencair sedikit tetapi masih ada ais atau belum melebihi 50% cair boleh dibekukan semula dengan syarat belum dipanaskan.



Cara Cairkan EBM atau Susu Beku

1. Lalukan air paip pada sekeliling botol sehingga susu mencair kemudian panaskan atau simpan semula dalam peti sejuk bahagian bawah

2. Jangan rendam dalam air biasa dan dibiarkan pada suhu bilik kerana suhu sejuk susu ibu akan menurun dengan cepat

3. Bawa susu beku ke bahagian peti sejuk bawah sebelum anda tidur. Susu akan mencair dan kekal sejuk apabila anda bangun keesokkan paginya

4. Sekiranya anda terlupa untuk menurukan susu beku ke peti sejuk bahagian bawah, dan kesuntukan waktu, anda boleh lalukan dan pusing-pusingkan susu beku tersebut seketika dibawah air paip sehingga nampak tanda-tanda susu mencair. Kemudian letak botol/pek susu beku yang mula mencair sedikit itu kedalam bekas berisi air dan simpan semula dalam peti sejuk bahagian bawah seketika. Sambil tunggu susu ibu mencair anda boleh lakukan tugas-tugas lain.



Cara Menyimpan Susu Perahan Di Rumah


Cara Menyimpan Susu Perahan Di Rumah

Waktu cuti ataupun di malam hari kita perlu memerah susu sebagai cara untuk stimulasi penghasilan susu badan. Cara ini juga untuk membantu memperbanyakkan penghasilan susu ibu.

Oleh kerana kebanyakan kita hanya memiliki satu peti ais yang perlu dikongsi seisi keluarga bermakna ada bermacam-macam jenis barang makanan dalam peti ais. Macamana kita nak simpan susu-susu yang telah diperah ini?:

1. Kosongkan 1 para dalam peti sejuk untuk kegunaan menyimpan susu ibu sahaja.

2. Untuk mengelakkan susu daripada tumpah atau memelihara kebersihan susu ibu, simpan botol-botol susu anda dalam bekas kedap udara kemudian letak di para peti sejuk tersebut.

3. Untuk memudahkan anda mengepam bila-bila masa, selepas botol-botol, corong-corong pam disteril dan dikeringkan simpan dalam bekas kedap udara yang lain dan juga simpan di para yang anda khaskan untuk sejukkan hasil perahan susu ibu itu.

4. Anda boleh guna-pakai semula corong pam seperti dalam step 4 dan 5 Cara Menyimpan Susu Ibu Yang Telah Dipam

Mudahkan?. Peti ais tu macam coolr bag kita kan. Jadi setiap kali nak pam tak perlulah nak steril atau membasuh peralatan mengepam. Jimat masa dan lebih terurus yang penting membuatkan kita rasa mudah dan rajin nak mengepam untuk buat stok EBM dikala kecemasan.








Cara Menyimpan Susu Ibu Yang Telah DiPam

Cara Menyimpan Susu Ibu Yang Telah DiPam


Ada banyak cara menyimpan susu perahan. Tetapi hari ini, Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bersama para ibu yang berjuang untuk menyusukan bayi masing-masing. Syabas atas usaha murni anda itu.


Cara Menyimpan Susu Ibu Yang Telah di Pam Sewaktu Bekerja

Ada tempat bekerja yang menyediakan peti sejuk untuk kemudahan para pekerjanya. Bagi tempat kerja yang tidak dilengkapi dengan pantry atau peti sejuk, kini anda boleh menyediakannya sendiri dari rumah. Ketika bekerja, anda memerlukan:

  • 1 cooler bag atau cooler box yang boleh memuatkan 3-4 keping ice pack/ice brick, corong pam, dan juga 4-8 botol perahan
  • 3-4 keping ice pack bergantung pada berapa botol yang ingin anda bawa
  • atau 1-2 keping ice brick bergantung pada berapa botol yangi ngin anda bawa
  • Sebarang jenis pam yang mampu anda miliki
  • 4-6 botol susu yang dilengkapi dengan penutup botol

Di mana nak cari peralatan-peralatan mengepam ini?. Anda boleh dapatkannya dikedai-kedai menjual barangan bayi atau pun membeli belah secara online. Antara kedai-kedai yang menjual secara online adalah onebabyworld.com dan fabulousmom.com. Ada banyak pilihan barang mengikut citarasa dan bajet anda.

Untuk menjimatkan masa dan supaya kita dapat mengekalkan momentum "rajin" mengepam apabila berjauhan dengan anak selama dua tahun tempoh penyusuan, ini adalah cara saya:

Pakej Melancong dan Menginap Di Hotel 5 Bintang di Itali Dari Shaklee

Pakej Melancong dan Menginap Di Hotel 5 Bintang di Itali Dari Shaklee


Sebenarnya mula-mula dulu saya tak tahu pun bisnes Shaklee ni macamana. Saya join Shaklee pun sebab nak duit mula-mula tu. Tak perlu sinis, zaman sekarang duit itu satu keperluan tapi kita tak perlu jadi hamba duit pun. Lepas tu saya tengok upline saya masa tu asyik pergi melancong sahaja kerjanya. Tak perlu dah fikir-fikir nak ambil cuti dan sebagainya. Bebas dari kekangan kewangan, Saya nak jadi macam dia juga.

Rupanya dia dan keluarga pergi melancong atas pakej yang diberi oleh Shaklee sebagai "reward" orang inggeris kata hasil daripada usaha beliau membangunkan bisnes jualan produk Shaklee. Saya juga mahukan tiket-tiket percutian dari Shaklee. Siapa yang mahu menolak tuahkan. Tiket percuma tempat penginapan pun percuma 5 star lagi. Sangat mengujakan.

Untuk tahun depan, Shaklee Malaysia anjurkan trip melancong ke Italy. Oh, saya pun mahukannya. Doakan saya capai impian untuk melawat Italy bersama-sama ahli-ahli keluarga saya. Saya tak pernah lagi pergi Italy, teringin nak merasai pengalaman bermusafir di tempat orang sambil menimba pengalaman-pengalaman baru di samping menginsafi diri yang serba kekurangan ini.

Doakan saya agar dipermudahkan urusan menjalankan bisnes Shaklee ini dan dapat mengumpul sejumlah point yang melayakkan saya menempah tiket ke Italy. Nampakkan walau di mana pun rank anda dalam Shaklee anda harus berusaha gigih. Tiada istilah orang atas makan titik peluh orang bawah. 


MELANCONG, TIKET, BONUS, SHAKLEE, POINT, HOTEL, 5, LIMA, FIVE, STAR, BINTANG, ITALY, ITALI

Bagi saya italy tempat yang sangat cantik. Penuh dengan kesan sejarah. Tapi taklah sampai ikut tagline di gambar tu. Before I Die, I Want to Mengerjakan Haji di Mekah. Amin







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry