Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Daging Masak Hitam Mudah

Asalnya nak masak daging masak merah kesukaan suami. Tapi tengok stok cili pes tak cukup la pulak. Masa dah suntuk sebab adik dah start mengantuk. Budak tengah naik akal, awal-awal tak nak tidur seronok main dengan kakak.

Jadi ubah resepi saat akhir jadi menu daging masak hitam. Boleh tak?. Hahaha, boleh aje. Sebenarnya tak sempat a.k.a malas tengok resepi kat buku resepi dengan resepi dalam internet jugak. Jadi belasah je ingat-ingat lupa rasa daging masak hitam tu.

Dah kejap-kejap sikecik dua-dua orang ni kejap datang melawat dapur. Ingat diorang ni buat lawatan muhibbah saje-saje ke. Kalau tak bagi mama macam lipas kudung tu bukan budak-budak la namanya. Hahaha. 

Kalau abahnya ada, dalam duk melayan pun diorang suka jugak nak melepas rindu kat mama. Anak-anak mamalah katakan. Hari-hari duk berkepit  menyusu badan bawah ketiak mama. Itu yang manja semacam sampai ke besar. Nak-nak yang si kakak tu. lol

Bahan-bahan Untuk Daging Masak Hitam

Cili kering yang diblender dengan bawang
Daging yang dihiris ikut kesukaan masing-masing
Minyak untuk menumis
Jintan putih
Jintan manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Kayu manis
Sedikit bunga cengkih
Santan
Kicap
Air


Amoun setiap bahan-bahan tu ikut sukalah. Sebab saya bukannya pandai memasak pun. Tak cukup rasa tambah lagi. Hehe. 

Sebab masak untuk dua orang makan untuk makan malam sekali, saya gunakan 1 sudu jintan manis, 1 setengah sudu jintan putih, 2-3 kuntum bunga lawang, 6 biji buah pelaga, 4 biji bungan cengkih dan satu kayu manis. Lebih kuranglah sebab ada aktiviti rasa tambah-rasa tambah lagi.

Tumis cili kering yang diblender dengan daging, jintan manis, jintan putih, pelaga, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, sampai pecah minyak.

Tambahkan air lebih kurang 1 setengah cawan (anggaran) dengan setengah cawan santan serta kicap sampai cukup hitam yang sedap mata anda memandang. hehe. Jangan takut guna santan pula tau. Nak tahu tak, sebenarnya santan ni menjaga kesihatan jantung kita tau.

Kecilkan api, biarkan ia merenih sambil sesekali dikacau sampai cukup pekat kuahnya. Haisshhh, tak reti nak sebut, tapi kalau mak mentua saya sebut sampai kuah bercandu. Lepas tu tutup api, sedia untuk dimakan bersama nasi panas-panas. 

Resepi Daging Masak Hitam, Resepi Daging Masak Kicap, Resepi Daging Masak Hitam Pedas, Resepi Daging Masak Hitam Berempah, Resepi Daging Masak Hitam Utara, Resepi Daging Masak Hitam Mamak, Resepi Daging Masak Lada Hitam, Resepi Daging Masak Black Pepper, Resepi Daging Masak Hitam Berkismis,
Ni Dah Tinggal Sikit. Gelap Sebab Nama Pun Masak Hitam.

Abah Yaya makan menambah lagi. Kira menjadi la resepi bidan terjun ni. lol

Lepas makan, jangan lupa buang kolestrol jahat tu dan detox sekali dengan Alfalfa Complex, Lecithin dan Omega ye.


Atiqah Aziz
SID: 882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com



0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry