Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Set Berpantang Terbaik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Berpantang Terbaik. Papar semua catatan

Pilihan Set Bersalin Ketika Berpantang Yang Bagus

Orang selalu cakap nak badan nak pakai lama (merujuk kepada wanita selepas bersalin). Memang penting penjagaan ibu bersalin memulihara bahagian keintiman itu, tetapi perkara utama adalah kesihatan dalaman wanita selepas bersalin. Inilah kepentingan penjagaan ibu selepas bersalin kerana selain perlu melayan suami perlu juga menjaga anak, rumah tangga dan bekerja.

Sebaiknya, walaupun berpantang sendiri, kita masih perlu menjalani proses berpantang selepas bersalin. Berpantang selepas bersalin secara tradisional banyak memberi manfaat kepada ibu selepas bersalin. Terutama dalam mengembalikan tenaga dan keserian wajah selepas berpantang. 

Sebagai contoh, cara berpantang selepas bersalin orang dulu-dulu yang masih dipraktikkan hingga harini seperti amalan mandi dengan herba mandian, bertungku dan bertangas serta berurut banyak memulihkan urat-urat dan otot-otot, melancarkan pengeluaran susu badan mengecutkan rahim, melancarkan darah nifas, membuang toksin serta menyegarkan badan, 

Cuma rawatan selepas bersalin seperti minum air akar kayu dan memakan herba selepas bersalin perlu berhati-hati kerana ini melibatkan bayi yang baru dilahirkan. Kerana risau susu ibu berkurang dan yang paling merisaukan adalah susu badan bayi mungkin naik, alergik, paras jaundis tinggi, mengalami cirit birit yang lain dari biasa, serta perut bayi tidak selesa. Jadi berhati-hatilah.




Menyusu, Nyusukan, Bersalin, Selepas, Makan, Pemakanan, Orang, Pantang, Sihat, Kesihatan
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry