Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Susu Ibu Banyak Dengan Set Menyusu Shaklee?

Susu Ibu Banyak Dengan Set Menyusu Shaklee

Lama tak bercerita kat sini. Tebiaq lama anak angkat cheq ni ha. Nasib tak bersawang ja. Maafla, cheq tak pandai lagi manage masa untuk anak ketiga cheq ni ha.

Haihla, dah teringin nak sembang, saya nak sembang pasal susu badan. Hmm, takda topik lain hang nak sembang la ni Tiqah noo..

Takdela, la ni nak dekat bulan puasa dah. Mak-mak yang duk menyusukan anak dia memang duk pikiaq la, cukup ka dak ka susu aku perah/pam nanti masa puasa? Kalau aku puasa nanti bila anak duk menyusu ada ka susu keluaq?. Bolehka tahan puasa ni? La ni tak puasa pun asyik duk lapaq sedia masa menyusu badan ni?..ha, macam-macam lagi la soalan-soalan yang memang ramai ibu-ibu menyusu termasuk saya pun duk berfikir tau.

Tambah-tambah ada orang tanya perlu ke nak ambik ubat tambah susu atau perlu ke nak amik vitamin ibu menyusu nak bagi banyakkan susu terutama semasa bulan ramadhan ni?

My Little Princess Kena Alergi Hidung Pulak

My Little Princess Kena Alergi Hidung la Pulak


Iye Yaya kena alergi hidung pulak. Sedih tau. Sedih sebab dah tak boleh nak 100% tumpu kat Yaya lagi. Iyela dah ada little hero yang chumel.

Jaga anak yang ada masalah eczema ni tak boleh ambik mudah macam anak yang tak de masalah kulit. Ndak ndak pulak abah Yaya asyik lupa (ke buat buat lupa, geram ni) nak bagi omega dan chew vita C yang kita dah pack siap-siap 5 biji setiap jenis sebelum pegi hospital suruh letak kat rumah opah Yaya. Tapi bawaknya tidak. Rasa nak gigit gigit je bapak dia ni. huhu

Ohmymegi Bayi Saya Kena Demam Campak Halus


Ohmymegi Bayi Saya Kena Demam Campak Halus


Ha ni nak story sikit (ye le tu sket ^^). Orang punye la semangat nak pegi makan kenduri hujung minggu lepas, sekali tengok-tengok apahal Abu Ayyub ni ada bintik-bintik halus. Ingatkan alergik sebab saya makan koew teow kerang (ni kalau orang tua tau ni cayaq taik telinga). 

Esoknya keluar satu badan halus-halus. Alamak confirmla ni campak halus. Dahla hari ahad tu ada dua kenduri. Lama ooo pantang, teringin nak makan lauk kenduri. Tapi nampak gayanya cancel la impian nak pegi kenduri. sob.sob (kunun). Tak pe la janji Abu Ayyub sihat.

Em patutla 2-3 hari sebelum tu Abu Ayyub asyik nak melekat je. Rupanya tak sedap badan. Alahai sian anak mama ni. Dah anak dua pun tak alert2 lagi.huhu. 



CAMPAK, HALUS, DEMAM, CAMPAK SUSU, SHAKLEE, PRODUK, VITAMIN, TIPS, PETUA, CEGAH, KURANGKAN, RAWAT
Kesian My Little Hero T__T

Susah Senang Pantang Sendiri

Susah Senang Pantang Sendiri


Hari tu masa awal-awal mengandungkan Abu Ayyub duk fikir nak pantang kat mana kali ni. Anak dah masuk dua dah. Laki koje. Aku pulak cuti dua bulan je. 

Pastu fikir punya fikir aku pun cakap kat Encik Abah nak pantang kat rumah sendiri. Aku pun bagi la sebab musabab dia. Encik abah ni bukan boleh. Tak konfiden aku boleh pantang sendiri a.k.a segala urusan buat sendiri dan opkos la dengan bantuan Encik abah kalau dia ada kat rumah (kan suamikan cari nafkah). Dah laki bini kan. Susah senang kena sama-sama berganding bahu. I love Mr. hubby.

Sebab musabab yang saya bagitau kat encik abah (suka sukisasuke je tukaq, dah ana tuan punya blog lah) yang buat my hubby berpikir sedalam-dalamnya sebelum buat keputusan dan habaq kat bini dia ialah:

Vitamin Cantik Vitamin E

Vitamin Cantik Vitamin E



Ramai sukakan vitamin E ni. Bagi pengguna setia vitamin cantik ni, bulan ni memang depa grab sesiap promosi vitamin E ni. Pasai pa?. Sebab boleh jadi ahli percuma dengan pembelian 6 botol vitamin E ni. Siap percuma 1 lagi. Sapa takmau kan. Harga lebih murah bila jadi ahli.

Memang kaum wanita suka makan vitamin E ni selain makan Gla Complex, Vivix, vitamin C, Collagen dan ESP untuk mencantikkan kulit muka dan lebih berseri. Takde la berkarat dan berminyak sebab jeragat, jerawat dan kulit mati berkumpul kat muka.


VITAMIN E SHAKLEE, VITAMIN CANTIK, VITAMIN UNTUK KULIT, VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK

Saya suka supplement untuk kulit cantik ni sebab ianya mencantikkan dari dalam. Tak payah dah bertapa lama-lama depan cermin tempek muka dengan macam-macam alat makeup sebelum keluar rumah.

Tambah best. Vitamin E ni boleh buat masker kalau terlebih rajin, malam-malam sebelum tidur tu boleh pakai. Esok muka lebih bersih parut jerawat pun makin pudar.

Masa dua minggu pertama pantang saya sapukan vitamin E ni pada tempat luka jahitan masa bersalin tu. Alhamdulillah, cepat sembuh dalam tempoh dua minggu pertama tu. Nurse-nurse risau luka jahitan saya koyak sebab banyak berjalan (Abu Ayyub kena jaundis, hari-hari kena ulang pegi klinik). Tapi nasib baik luka elok je. Makin hari makin baik luka jahitan ni. Luka EPI kan orang panggil.

Jadi nak cuba cantikkan kulit korang dengan vitamin E ni boleh la beli. Eh, yang dah kawin pun boleh makan suami isteri. Vitamin E ni a.k.a vitamin cantik a.k.a vitamin cinta. Nak tau penangannya meh la beli dan makan.


VITAMIN E, VITAMIN CANTIK, CANTIK. KULIT, AWET MUDA, SHAKLEE, PRODUK, PRODUCT, ORDER, BUY, PAYMENT, PRICE, HARGA, VITAMIN, SHAKLEE, ONLINE




Betul ke Bayi Lelaki Kuat Menyusu?

Betul ke Bayi Lelaki Kuat Menyusu?


Ramai orang cakap bayi lelaki kuat menyusu. Sebelum ni saya no komen lah. Sebab tak dapat baby boy lagi la. Tapi saya cakap pada diri sendiri, saya akan buktikan yang kata-kata orang tu salah sebenarnya.

Anak-anak saya, yang sulung gegurl dan yang bongsu boboy. Persamaan kedua-dua diorang ni saya menyusukan hampir setiap 2 jam sekali kalau diorang tak terbangun sendiri sebab asalnya diorang ada jaundis. Lama-lama jadi tabiat menyusu setiap 2 jam tu . Hehe. Kadang-kadang ada hari yang diorang nk nenen sambil tido sekejap-sekejap kadang tak sampai 1 jam pun. Saya layankan juga. Tapi memang terkejar-kejar lah (Takpe susu ibu hak milik anak-anak). 

Ramai juga orang yang cakap pada saya anak lelaki ni menyusu kuat/kerap. Tapi bagi saya sama je rentak Yaya dan Abu Ayyub ni. Sama-sama kerap menyusu. Tambah-tambah dapat bermanja dengan mama diorangkan. Encik Abah pun cakap "ha, pi, pi cium bau ketiak mama tu, nangis sangat". Hehe. Cumanya yang nampak beza cara diorang menyusu. Walaupun Yaya tu brutal tapi nampak jugak keperempuanannya, kelembutannya. Yang Abu Ayyub pulak, walaupun muka copy paste kakak dia masa baby tapi nampak sifat-sifat kelakiannya masa menyusu. Hehe.

Bagi saya anak lelaki dan perempuan ni sama je rentaknya. Allah dah cipta tubuh manusia dengan sempurna sekali. Payudara akan menghasilkan susu ibu yang cukup untuk keperluan mengikut jantina anak yang dilahirkan dan mengikut usianya. Macam saya cerita sebelum ni, pasal Betul ke Susu Badan Tak Cukup? perut bayi ni kecik je. Dari hari pertama lahir perut bayi sebesar buah ceri dan bertambah besar sikit demi sikit hingga hari ke tujuh perut mereka hanya bersaiz telur je. 

Encik Abah walaupun dia dah expert sikit pasal penyusuan susu ibu ni. Tapi bila baby boy dia lahir, sikit sebanyak dia terikut-ikut juga cakap-cakap orang yang susu badan bini dia tak cukup untuk anak. Saya cakap (maafla bahasa agak kasar sikit) "Sebab fikir macam ni la yang ramai orang tak berjaya susukan anak diorang dengan susu ibu". Yakinlah susu badan kita cukup untuk anak, Insyaallah memang susu badan kita cukup untuk anak.

Dan saya bagitau dia perut baby ni besar buah ceri dan masa hari ketiga dan keempat sebesar almond je pun. Saya bagitau dia jugak. Masa hari pertama hingga ketiga adalah susu kolostrum yang sangat pekat dan sikit cukup untuk kenyangkan perut bayi.

Jadi kenapa ramai orang cakap, bayi korang dan saya tak cukup susu?. 

Macam ni cerita dia. Bayi kita sebelum ni duduk dalam perut kita sampai 9 bulan hingga ke 10 bulan. Punyalah lamakan. Dalam perut kita tu, dia rasa tenang sangat dengan dengar bunyi degupan jantung mama dia je. Lepas tu, dia rasa sangat selesa duduk dalam rahim sebab tak panas tak sejuk. Bayi jugak tak payah susah payah nak hisap susu nak bagi kenyang sebab makanan disalur dari tali pusat. Air ketuban yang bayi minum pun seteguk je sehari. Cukup kenyangkan perut bayi.

Tiba-tiba, bila dilahirkan segalanya asing. Suasana sekejap cerah sekejap gelap. Bising. Ada macam-macam bunyi. Mama adik takut. Nak mama. Hwaaaaaaa. Tu tak kira bayi rasa ruang lingkup dia makin luas tak macam  dalam perut mama ruang cukup-cukup dan nyaman je. Mama adik takut. Nak mama peluk je. Huaaaaaa. Lepas tu sekejap-sekejap pulak rasa panas, sekejap-sekejap rasa sejuk sangat. Pun nangis jugak sebab rasa tak selesa, tak boleh adik nak tidur lena. tiba-tiba Eeuwwwww. Apa ni rasa lembap-lembap kat belakang adik ni (pampers bocor). Hwuaaaaaa. Tak selesanya lembik-lembik, busuk, beratnya pinggang (pampers berat , berak).  Alamak lapar, huaaaaa..lapar. Tapi kena isap nenen dulu pulak, baru susu mama keluar. Baru kenyang. Banyaknye kerjaaaaaa. Bila tengah malam pulak, mama perut adik kembung, sakit, mama tolong. Huaaaaaa. 

Jadi banyak sebab kenapa bayi menangis bukan sebab tak cukup susu ibu ye kawan-kawan. Kadang-kadang bayi dah kenyang tapi nangis sebab nak dipeluk, didodoi lepas kita dah check segalanya baik-baik saja. Baby kan manja dan comel ^__^. 

Kalau nak tau susu badan cukup ke tak tengok payudara bengkak tak?. Baby muak tak lepas menyusu. Kalau payudara asyik berat, penuh, sikit-sikit meleleh susunya maksudnya susu korang cukup dan banyak. Pam la selalu bagi korang rasa selesa. Boleh juga buat stok selain elakkan payudara korang bengkak. Sakit ooooo. Kalau bayi muak-muak, sendawa pun maksudnya susu korang cukup.

Nak tau lagi macamana nak tau susu badan korang cukup ke tak?. Bila anak menyusu tetek sebelah, yang sebelah lagi akan meleleh susunya. Lepas tu masa menyusu korang rasa macam semut-semut sikit kat tetek korang. Tu pun tanda susu cukup. 

Perkara-perkara yang sebabkan susu badan korang tak cukup antaranya Milk Ejection Reflecrts tak dapat dicapai. (cek sendiri kat google apa itu MER). Korang tak banyak minum air. Serius mommy-mommy yang menyusu badan ni badan rasa hangat dan cepat dahaga. Jadi banyakkanlah minum air masak. Setiap setengah jam secawan. Air suam lagi bagus. Tapi saya tibai je air water filter tu. Pantang sendiri kan. Malas simpan air banyak-banyak. Semut-semut kat rumah ni suka sangat swimming dalam bekas air. T__T

Lagi satu, kalau korang tak kerap menyusukan baby setiap 2-3 jam sekali. Macamana susu badan nak banyak. "Kurang permintaan. Rugi je hasilkan banyak-banyak susu " kata otak ^__^. Endak-endak korang dengar sangat cakap orang sekeliling "Ala bagi sebotol je susu tepung, nanti bagi la nenen balik. Anak tak cukup susu tu". Ha, mula-mula sebotol. Lepas tu berbotol-botol. Lagi la production milk tu makin kurang. Ate mana nak banyak susunya.

Orang selalu ingat baby tak cukup susu bila baby kerap terjaga nak menyusu. Bila dah kerap terjaga kacau daun la korang nak tidur. Betul tak. Ala, tak payah cover-cover. Semua orang pun sama. Termasuk la mak bapak Yaya dan Abu Ayyub ni ha. Padahal susu ibu ni perut bayi mudah hadamkan dia. Memanglahkan susu manusia untuk manusia sebab tu la mudah je hadam. Tak de sakit-sakit perut bagai. Melainkan sakit perut nak berak je. Hihuuu. Susu badan akan dihadam oleh perut bayi dalam masa dua jam. Sebab tu dalam lingkungan dua jam baby nak nenen balik. Normal la tu sebenarnya. 

Susu tepung pulak bukan susu manusia asalnya. Jadi cemana nak fit dengan perut baby. Tu yang lambat hadam dan baby tido lama. Korang pun join sekaki dapat tidor lelame. Padahal sebenarnya tak baik untuk usus baby. Sebab ianya macam hari raya, korang melantak banyak-banyak lepas tu mengantuk dan tertidur kekenyangan. Sebab apa jadi lagu tu. Sebab jantung terpaksa pam darah ke usus untuk proses sumber makanan yang berat tu. Iye. Susu tepung adalah makanan berat untuk bayi. Nak tau lagi google la sendiri ye. Kalau segan nak beli buku.

Ha, nampak dah kenapa orang tengok baby yang minum susu tepung tidur lebih lena dan lama dari susu badan?. Lagi satu, sesetengah bayi walaupun dah kenyang dia tetap nak nenen dengan mama dia. Sebab bila cium bau kat areola payudara ibu dia tu buat dia tenang selain dapat dengar bunyi degupan jantung mama dia. (Yang ni sama dengan Yaya, Abu Ayyub kalau dia dah kenyang, bising-bising mulut dia nenen, menggeliat-geliat sakan padahal tak berapa nak nenen).

Hmm. Bila dah jadi mak bapak ni memang banyak sabar dan kurang tidur. Tunggulah bila diorang dah mula masuk sekolah balik. Masa tu barulah kita boleh tidur awal sikit dan tanpa gangguan dari anak-anak. Hehe. Jadi saya tak menyesal dolu-dolu zaman single asyik megholoh je kejenya. puas hati ^__^.

Jadi yang orang-orang dok cakap "em, susu tak cukup, baby lakikaannnnn" dan jugak "anak lelaki memang kuat nyusu, bagi susu tepung, tak la penat asyik nak nenen je" tu sebenarnya korang terlalu ikut cakap-cakap orang. Emmm. Macam bangga dapat anak lelaki pun ada juga. Macam korang je ada anak lelaki. Macam anak lelaki je boleh membanggakan dan boleh berbakti pada mak ayah. Anak perempuan zaman sekarang boleh jadi lebih hebat dari anak lelaki. Yang penting cara kita mencorakkan mereka. 

Betul ke Susu Badan Tak Cukup?

Betul ke Susu Badan Tak Cukup?

Pagi ni feeling-feeling malas kalut-kalut buat rutin kemas rumah, pam susu, siapkan anak macam biasa. Ahah, ambik kesempatan juga bermalas-malasan hari ni sebab bulan ni tugas abah mandikan anak-anaknya. hehe. Lagipun tak salah sesekali tukar rutin. Kerja rumah ni, sampai mati tak sudah-sudah kaaaannnnn.

Hari ni nak cerita pasal susu badan. Ye, saya suka sangat cerita pasal susu ibu sebab saya pass batton susukan anak dari si sulung Yaya hingga ke adiknya Abu Ayyub. Bangga tu patut ada, bukan sebab riak tapi bangga sebab dah capai impian nak menyusukan anak hingga lepas dua tahun. Yaya mula nak minum milo pun masa dia umur tiga tahun. Tu pun sebab susu mama dia semakin kurang sebab mengandungkan Abu Ayyub. Minum pun tak banyak kali. Minum bila dia mintak je. Tapi pasal pemakanan dia memang saya titik beratkan.

Cerita pasal susu ibu ni. Ramai yang hairan macamana susu badan saya 'MASIH BANYAK' dari zaman Yaya lahir sampai ke Abu Ayyub. Ok, peringatan kat sini ye, mula-mula Alhamdulillah, Allah perkenankan doa saya nak menyusukan anak-anak sampai dua tahun. Amin, Syukur. Kedua, susu badan saya ni bukan banyak secara semulajadi lepas lahirkan anak-anak ye. Ok, baca baik-baik apa yang saya nak cerita ni.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry