Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Usaha Tak Marah Anak Dengan Permainan Art Attack Yang Menyeronokkan

"Mama" .."mama, tengok Art Attack dah start". Anak sulung saya memang suka menonton rancangan Art Attack. Dan dia juga kreatif. Mungkin hasil dari kebaikan konsisten makan Omega Guard dan Shaklee semenjak dia berumur setahun setengah.

Bagus la cerita Art Attack ini. Anak saya sampai kelam kabut kemas permainan dia semata-mata nak tumpukan perhatian tengok tugasan Art Attack. Saya pun layan juga dia menonton siri asah kreativiti minda anak-anak ni. 

Contoh hari tu episod membuat rumah idaman dari bahan-bahan terbuang. Saya cakap pada si anak agar kita membuat rumah idaman seperti itu bersama. Seronok sungguh si anak. Terpancar cahaya kegembiraannya dari wajahnya yang polos. Terasa sedih, selama ni ada masanya saya sedikit terabaikan si anak sulung sejak mendapat si adik.

Apabila si adik tidur, kami mulakan aktiviti Art Attack versi kami sendiri.

Resepi Makanan Pepejal Bayi 7 bulan

Abu Ayyub dah umur 7 bulan. Masalah sembelit bayi pun dah dikenal pasti. Maka Next Step adalah percubaan beri puri broccoli pada Abu Ayyub.

*Peringatan! Ini cara saya, jangan kondem-kondem ☆_☆

Mula-mula saya pecah-pecahkan secara kasar brokoli tu dan rendam dalam 1-2 titik Basic H yang dicampur dalam sebesen air. Tujuannya adalah umtuk tanggalkan sisa-sisa habuk dan racun kimia pada sayuran dan buah-buahan.

Basic H ni diperbuat daripada 100% bahan semulajadi yang berasaskan kelapa dan jagung.

Nak rendam lebih seminit pun tak pe sebab semulajadi. no worries. Kalau rendam dalam air garam tak boleh lebih seminit nanti garam galian dalam sayuran atau buahan-buahan akan berkurang.

Jadi sambil rendam, sambil buat kerja lain dan pujuk Abu Ayyub yang terjaga cari mama dia. Anak-anak mama gitu la suka ikut terjaga bila rasa tiba-tiba bau ketiak mama dah tiada. hehe

Ok, dah siap rendam. Bilas elok-elok. Tujuan pecah kasar-kasar tadi supaya senang nak hilangkan pasir-pasir yang melekat. Jika ada. Dah siap basuh baru potong-potong. Barulah kehilangan nutrient brokoli dapat dikurangkan.

Lepas tu amik bahagian floss brokoli sahaja. Alah bahagian yang macam rambut-rambut hijau tu..hehe..yang batang dan ranting tak payah amik ye. Sebab bahagian tu berisiko menyebabkan angin. Tak pasal-pasal bayi kembung perut nanti.

Saya Pengedar Sah Shaklee Di Pulau Pinang


Hari ni, sahaja nak refresh balik kat pembaca semua. Tengah-tengah malam ni saja la nak merepek sikit. Hehe. Sempena lebih kurang dua tahun saya menjadi SID Shaklee ni. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi negeri Pulau Pinang dan juga di seluruh Malaysia. Saya juga punyai senarai pengedar-pengedar sah Shaklee di bawah saya di negeri-negeri yang lain.

Jadi kepada yang berkenan nak mencuba produk shaklee atau nak tanya pendapat mengenai kesihatan anda terutama sekali mengenai susu badan, bolehlah hubungi saya sama ada melalui Whatsapps atau SMS ke 012-5770682 ataupun melalui facebook; Atiqah Aziz pun boleh juga. Insyaallah semua pertanyaan akan saya layani secepat yang mungkin.

Saya tinggal di Kepala Batas. Jadi orang-orang yang tinggal berdekatan dengan Kepala Batas tu kalau nak COD vitamin Shaklee ke bolehlah hubungi saya. Ala takat Sungai Dua ke Kepala Batas bukan jauh mana. Dalam 10-15 minit sampai la kan. Insyaallah moga semuanya dipermudahkan.


SID, ID, 882854, PENANG, SEBERANG, PERAI, UTARA, TENGAH, SELATAN, KEPALA, BATAS, SHAKLEE, BEBAS, JAYA, PERMATANG, PAUH, PERMATANG, SUNGAI, DUA, BULUH, BULOH, COD, PENGHANTARAN, PRODUK, VITAMIN, SUPPLEMENT


Mudah Cara Tambah Berat Badan Bayi Dengan Susu Badan


Ada ibu menyusu yang runsing berat bayi tidak bertambah atau tidak naik banyak iaitu kurang dari 500gm selepas bayi berumur sekitar 4-5 bulan. Kadang-kadang berat badan bayi turun sehingga hampir atau di bawah garisan kuning dalam graf pertumbuhan bayi. Mereka juga keliru sama ada tanda-tanda yang ditunjukkan bayi sama ada bersedia untuk menerima makanan pepejal atau tak cukup susu.

Sebenarnya, berat badan bayi kurang ada kaitan dengan kualiti susu badan. Semasa dalam tempoh berpantang, tumpuan lebih kepada bayi yang baru dilahirkan. Tetapi selepas berpantang ibu kembali kepada rutin normal semula seperti kembali bekerja, menguruskan rumah tangga dan juga kembali menguruskan anak-anak yang lain.

Cukup, Susu, Badan, Ibu, Tambah, Kurang, Banyakkan, Tips, Naikkan, Naik, Berat, Bayi, Anak, Khasiat, Berkualiti


Cara Tambah Berat Badan Bayi

Pada peringkat ini, kebanyakkan kita mulai sibuk dan agak kelam-kabut untuk menyesuaikan tambahan tanggungjawab. Maka kita sebagai ibu menyusu mulai cenderung mengabaikan kepentingan pengambilan kalori makanan yang mencukupi dan juga kurang menitik beratkan kualiti khasiat makanan yang diambil seharian. Kita terlalu mengikut formula hanya makan banyak maka susu badan akan bertambah.

Melegakan Selesema Tanpa Ubat Dadah

Kelmarin disebabkan cuaca sejuk ketika waktu tengah malam maka esoknya saya diserang selesema atau lebih tepat lagi ini merupakan simptom resdung. Aiseh, lama dah tak datang ni. Esoknya sehari agak berairlah hidung. Rasa tak larat dah ni, dah la sedang bekerja. Kalau makan ubat selesema pasti terlena berdengkur nganga mulut lagi. hahaha

Tengah selesema ni otak pun tak berapa nak berjalan lancar. Lembap semacam je. Entah macamana terfikir. Eh aku belum makan supplement lagi lah. Eh, baru teringat kena kuasa gandakan Vitamin C Shaklee lah barulah masalah hidung berair hilang. Apalagi cepat-cepat makan Sustained Release Vita-C Plus tu.



Alhamdulillah. Selalunya saya akan sakit kepala sekali saat selesema. Tetapi kelmarin saya masih mampu melakukan kerja dengan tenang tanpa lalok-lalok. Hehehe. Hidung pun tidaklah gatal sangat tidak seperti sebelum-sebelum ini. Menjelang petang saya ambil lagi Vita-C Plus Shaklee. Kena ambil awal sikit sebab nak terkejar-kejar untuk urusan pengeposan order vitamin Shaklee ni.

Kita pun macam biasalah sibuk seharianlah. Yang bagusnya masih boleh fokus pada tugas di pejabat lagi. Hasil perahan susu badan pun tidak terjejas, Macam biasa aja. Sebelum ni semasa menyusukan anak sulung, masa tu badan baru berkenalan dengan Shaklee. Tak konsisten sangat pun makan vitamin Shaklee tu. Sebab masa tu tak tahu kebaikan vitamin C. Kadang-kadang kalau tak tahan makan juga ubat doktor. Tapi kemudian pasti susu badan berkurang. Sedih! Masa tu punyalah berusaha gigih nak tambahkan susu badan balik.

Opppsss. Ambil produk Shaklee bukan bermakna kita tidak akan jatuh sakit ye. Tetapi mengurangkan kekerapan jatuh sakit. Kerana setiap tubuh kita adalah aset yang sangat berharga. ^__^


Mahu cuba Sustained Release Vita-C Plus Shaklee? SILA KLIK BUY NOW ^_^

Melegakan Selesema Tanpa Ubat Dadah





Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz | ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz

Cara Pilih Pam Susu Ibu Terbaik

Cara Pilih Pam Susu Ibu Terbaik

Saya sering ditanya cara banyakkan susu badan. Macam-macam cara dan tips tambah susu ibu sudah dibuat tetapi susu ibu masih kurang. Adakah kerana pam susu? Banyak jenis pam untuk memudahkan pengeluaran susu di jual di pasaran. Terdapat pelbagai jenama dan juga jenis penggunaan. Ada single pam, pam susu berbentuk hon, single pam dengan bateri, double pump dengan bateri atau elektrik.

Tetapi yang pam susu badan manakah yang lebih baik? Bilakah waktu terbaik untuk beli peralatan mengepam susu ibu ini?

Seharusnya ibu hamil yang ingin menyusukan anak selepas selamat melahirkan disyorkan menyediakan peralatan mengepam susu sewaktu mengandung.


Kelebihan Sedia Dari Awal Pam Untuk Pengeluaran Susu Badan

Meransang motivasi untuk berjaya menyusukan anak sepenuhnya.

Ibu dapat memilih alat mengepam susu yang baik dan mampu milik. Juga bersedia dengan peralatan menyimpan hasil susu perahan.

Tambah stimulasi untuk banyakkan susu badan.

Kurangkan bengkak susu (kerap terjadi ketika berpantang)

Mengimbangi hindmilk (susu akhir yang kaya lemak dan mengenyangkan bayi, penting untuk tumbesaran bayi) dan foremilk (kaya dengan air, protein, karbohidrat dan nutrisi, penting untuk sistem imun dan otak bayi)

Sekiranya kurang kerap mengosongkan payudara, foremilk akan lebih banyak terhasil daripada hindmilk dan menyebabkan anak tidak mendapat khasiat susu ibu secukupnya dan cepat lapar. Disebabkan anak telah cepat kenyang dengan foremilk.

Apabila payudara penuh dengan air susu ibu, pancutan air susu akan lebih laju dan ini menyebabkan sesetengah bayi tidak mahu menghisap susu badan.

Dapat menyediakan stok susu EBM sedari awal dan mencukupi di saat-saat kecemasan kelak.

Kita tidak kelam kabut dan dapat memilih keperluan peralatan pam dan simpan susu dengan tenang.

Peruntukan memiliki pam idaman tak lari. Selepas kelahiran lebih banyak wang yang perlu digunakan. Maka sebaiknya sediakan dari awal.

Menyediakan pam susu sedari awal beserta mengambil Set Hamil Shaklee dan kemudian meneruskan dengan mengambil Set Menyusu Tripple M membantu anda mendapatkan hasil susu perahan yang banyak


Jenis-jenis Alat Mengepam Susu Yang Baik



Tips, Tambah, Shaklee, Set, Vitamin, Menyusu, Ibu, Cara, Pilih, Pam, Susu, Terbaik, Murah, Banyakkan, Banyak, Susu, Badan, Ibu, Harga
Pam susu jenis hon - pam ini sangat tidak praktikal. Melenguhkan tangan, dan hasil susu yang diperolehi tidak seberapa.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry