Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Alternatif Hilangkan Sakit Gigi Yang Termurah dan Mudah Sekali

Satu hari masa bulan puasa baru-baru ni suami cuti dan dia masakkan lauk berbuka. Saya tak kisah apa dia menu dia masak. Sedap tak sedap. Saya makan je. Bukan senang para suami rela hati masak kelentang kelentung kat dapur kan kan kan. hahaha

Hari tu dia masak daging black pepper. Keesokkan harinya daging goreng kunyit. Sedapkan menu-menu suami saya masakkan. Tapi masalahnya dia tak boleh masak tunggu lama-lama kat dapur. Jadi daging lembu tu tak berapa nak lembut. Dah la frozen beef pulak tu. huhu.

Hmmm..bila makan macam serupa makan kasut Crocs original (eh, macam pernah makan je:p). Liatnya. Sampai terselit sana-sini kat celah-celah gigi. Jenuh guna floss. Ampun big boss!!!! Tu sakit gigi beberapa hari. Lepas tu hilang sakit sendiri.

Tak sempat nak layan isu kesakitan gigi sebenarnya. Nak dekat raya dah masa tu. Sibuk buat projek kuih sepit dengan loyangnya lah. Persiapan rayanya lah. Takdelah vouge raya kami tiap-tiap tahun. Cuma suka last minit shopping. Sebab lagi banyak pilihan, harga pun boleh mintak kurang dan banyak diskaun!!

Gatal-gatal Satu Badan Hilang Dengan Pantas

Hujung minggu ayah mertua berkebun. Biasanya setiap pagi dan petang dia akan berkebun dan juga menguruskan ayam, itik ternakannya. Itu salah satu rahsia dia kekal sihat cergas macam orang baru nak masuk 50-an je. Padahal dah nak menginjak 70an.

Satu kebiasaan orang lelaki nak buat perkara yang remeh temeh bukan nak fikir sangat. Senang orang lelaki ni.

Tapi akibat simple sangat pun makan diri juga.

Lepas berkebun waktu pagi, baju untuk ke kebun dia sangkutkan pada pokok belakang rumah.  Tak pasti dia sangkutkan pada kayu sokongan pokok kacang botol atau sangkutkan di dahan pokok macang. Haru!

Dah petang pakai balik baju tadi. Pakai-pakai, nah menggatal satu badan, bukan sebab peluh. Setakat peluh ayah mertua dah alah bisa tegal biasa. Eceh berlagak=p

Gatalnya badan dia sampai kena minta bantuan mak mertua la pulak. Mak mertua kalutla apa lagi. Nak bubuh minyak panas nanti lagi teruk kulit ayah mertua.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry