Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan


Sekarang saya sedang menyusukan sepenuhnya anak yang kedua. Alhamdulillah, susu badan saya memang banyak. Sampaikan terlebih cukup untuk keperluan harian Abu Ayyub seharian semasa duduk di rumah Opah.

Kalau masa Yaya dulu saya banyak tak tahu, tapi berjaya juga susukan anak hingga dua tahun, disebabkan tekad dan kerajinan yang tinggi (puji diri sendiri pulak, ayaarrkk). Sekarang saya lebih banyak tahu dari dulu. Awal-awal lahir orang cakap Abu Ayyub tak besar mana. Walaupun lahir 3.49kg. Iyelah, dalam tempoh 10 hari selepas kelahiran memang berat bayi berkurang dan akan bertambah balik selepas 10 hari kelahiran.

Masa pantangkan saya ada cerita sebelum ni Abu Ayyub ada breastfeeding jaundis hingga sebulan lebih sikit. Masa tu bukan sebab saya kurang menyusukan dia atau gila kumpul stok tapi masa itu, susu badan saya sangat banyak. Sekejap-sekejap penuh dan meleleh, hinggakan terpaksa panggil Yaya menyusu dengan saya sekiranya saya culas nak mengepam. Hehe. 

Abu Ayyub waktu tu pulak suka tidur, buang air besar hampir 20 kali sehari, minum sikit, sebelah payudara sahaja. Tapi cukup sebulan berat dia naik lebih sekilogram. Tapi dah tak ingatlah pulak. Dalam 5kg lebih. 

Memang tembam. Sampai opah pun terkejut, baru seminggu tak tengok dah bam-bam. Cukup sebulan, ramai yang tegur Abu Ayyub badan lagi besar dari kepala. Ehehe. 

SUSU IBU, BANYAK, KHASIAT, BAYI, BABY, BOY, LELAKI, SHAKLEE, SEBULAN, UMUR, BERAT,SET, MENYUSU, SHAKLEE, SEPENUHNYA
 Masa opah terkejut tengok Abu Ayyub

Macamana Abu Ayyub boleh membesar dengan sihat, cerdik dan tembam semestinya?




Saya memang tiada makanan yang special. Berpantang sendiri memang tak sempat nak masak macam-macam jenis lauk dan sedap-sedap pula tu. Tapi awal-awal saya dah bersedia dengan SET BERPANTANG SHAKLEE DENGAN TAMBAHAN ESP, MEALSHAKE DAN OSTEMATRIX. 

Jadi inilah hasilnya, saya cergas dan sihat, tiada sampai demam-demam sebab penat jaga dua orang anak sendiri dan uruskan rumah tangga. Bayi pula, Alhamdulillah, sihat, berat bertambah dengan elok. Anggaran sekilogram sebulan selepas saya mula bekerja kembali.

Bulan lepas berat Abu Ayyub tak naik, sebab saya tak repeat order ESP dan Ostematrix. Sahaja nak tengok perbezaan ada antara ambil Full Set Menyusu Shaklee atau tidak. Rupanya ada!!! Berat Abu Ayyub tak bertambah walaupun Abu Ayyub menyusu seperti biasa. Mama dah tak buat gitu lagi dik. T__T

Abu Ayyub ni, memang menyusu sikit dari baru lahir sampailah sekarang. Baik direct feeding ataupun melalui botol. Dan dia banyak tidur. Lena pula tu, sampai jenuh opah nak gerakkan dia bagi minum susu. Opah bagi minum susu setiap dua jam ye. Betapa sayangnya opah kat cucu. Risau cucu dahaga dan lapar, tapi cucu sedap je tidur. hehe

Orang-orang cakap kesan daripada jaundis sebulan tu. Bidaah semua tu.

Padahal ambil Set Menyusu Shaklee memang anak cepat kenyang. Dah kenyang, tidur lenalah dia.

Set Menyusu Shaklee seperti Set Menyusu Tripple M, membantu melengkapkan nutrisi harian saya dan menjadikan susu badan saya tinggi makronutrientnya yang membina tubuh tegap bayi dan mengenyangkannya.

Seperti kata suami, "Abu Ayyub suka tidur sebab, Ayang makan Shaklee lah. Tengok ni, cekang aje pipi dia. Tak lapar pun". 

Dan Abu Ayyub membesar menjadi seorang bayi yang ceria dan aktif. ^__^


ESP, SHAKLEE, OSTEMATRIX, SET, MENYUSU, BREASTFEEDING, BANYAK, BANYAKKAN, SUSU, BADAN, IBU, BREASTMILK, VITAMIN, IBU, MENYUSU, SUPPLEMENT, SUPPLEMEN, TAMBAH, SUSU, IBU




PENGAMBILAN MAKANAN

Saya memang tiada menu makanan khas tetapi, saya akan pastikan saya ambil karbohidrat 3 kali sehari. Selalunya saya ambil nasi tiga kali sehari. 

Minum ESP dibancuh dengan Horlicks dan atau nestum. Kadang-kadang kalau bosan saya bancuh ESP dengan milo.

Saya tak elakkan waktu makan dan cuba patuhi masa makan. Kalau agak-agak anak nak menempek lagi tu, Saya lapik perut dulu, makan roti, biskut atau minum milo dengan nestum.

Pasti makan sedikit pada waktu minum pagi dan minum petang. Minum malam sekiranya saya tidur lewat ketika itu. Hehe

Makan apa sahaja, janji halal dan berkhasiat. Saya suka ambil makanan tinggi protein, tinggi kalsium dan tinggi serat.

Minum air masak 3 liter sehari. Anggaran secawan air setiap setengah jam.



PENGAMBILAN SUPPLEMENT

Disebabkan saya ni mempunyai masalah gastrik dan disamping itu menyusukan anak. Bukan seorang tapi dua orang anak. Saya memerlukan lebih kalori. Dan apabila terlambat makan, maka, angin gastrik pun hadir. hehe. Jadi Set Menyusu Tripple M memang sangat membantu saya menghasilkan banyak stok susu ibu untuk anak saya.

Purata saya pam susu sehari hanya 4 kali sehari. Saya menyusukan 5-8 kali sehari. Alhamdulillah stok EBM memang banyak. Alhamdulillah, boleh beri pada anak susuan dan juga direct feeding pada si Kakak Yaya.




TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN

  1. JAGA PEMAKANAN - Ambil makanan berkhasiat, jaga waktu makan.
  2. AMBIL SUPPLEMEN - Pastikan tubuh sihat, cergas dan sebagai milk booster
  3. KAWAL EMOSI - Emosi mesti dalam keadaan stabil dan ceria
  4. MAKLUMAT PENYUSUAN - Menyusukan badan terutama ibu bekerja kena ada ilmu. Ramai yang gagal menyusukan anak hingga 6 bulan pun disebabkan pandang mudah penyusuan bayi ni.
  5. PERMINTAAN DAN PENGELUARAN - Bila banyak mengepam/menyusukan bayi semakin banyak susu dihasilkan. Pam/menyusu setiap 3 jam sekali
  6. SOKONGAN - Perlu ada sokongan terapat terutama suami. Bukan sahaja dari segi sokongan moral, tetapi bantuan tenaga menguruskan rumah tangga dapat membantu mengurangkan beban isteri. Sokongan dari rakan-rakan penyusuan yang berjaya juga penting untuk menaikkan semangat
  7. REZEKI DATANG DARI ALLAH - Banyakkan memohon pada Allah dimurahkan rezeki susu badan untuk anak sehingga sekian-sekian waktu dan juga mohon dipermudahkan urusan menyusukan anak anda.


Lagi seminggu Abu Ayyub genap 6 bulan. Masih ada setahun setengah lagi untuk capai target menyusukan Abu Ayyub hingga dua tahun. Saya masih perlu mengekalkan momentum kerajinan, disiplin dan semangat untuk mengepam dan menyusukan Abu Ayyub. Sokongan dari Allah, suami, keluarga dan rakan-rakan, serta ilmu penyusuanlah yang memantapkan lagi perjuangan saya menempuh perjalanan menyusuka anak sehingga dua tahun ini. Moga dipermudahkan segalanya. Amin.



Order Set Menyusu Tripple M:- klik sini


SET NAIK BERAT BADAN ORANG DEWASA SHAKLEE



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya, Atiqah Aziz di 012-5770682 atau emel ke atiqahaziz84@gmail.com untuk 
dapatkan konsutasi percuma 

1 comments:

Mak Jemah Jual Vitamin berkata... Reply Comment

bestkan jadi ibu menyusu..banyak manfaat pada anak dan juga banyak manfaat pada ibu juga..

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry