Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Perlu Atau Tidak Kumpul Stok EBM

PERLU ATAU TIDAK KUMPUL STOK EBM

Mesti ada yang terfikirkan nak buat atau tidak stok EBM. Sebab tengok ada testimoni sesetengah orang tak guna pun stok susu EBM tu. Siapa yang perlu buat penyimpanan stok susu ibu. Kenapa perlu wajib buat stok susu?.  Bukan hanya sebagai buat stok susu untuk penuhkan freezer sahaja, tetapi ada sebab kenapa perlu buat EBM stok.

KEPENTINGAN PENGUMPULAN STOK EBM PERLU DISEDIAKAN

  1. Untuk kegunaan ketika ibu perlu bekerja di luar kawasan. Tidak membawa bayi bersama
  2. Ketika ibu menyusu tidak sihat, sehingga tidak larat menjaga dan menguruskan anak.
  3. Ketika pengeluaran susu badan berkurang. Hasil perah susu badan tidak dapat menampung keperluan bayi untuk keesokkan harinya.
  4. Ketika ibu tidak sempat memerah susu untuk kegunaan bayi keesokkan harinya
  5. Ketika ibu perlu ke sesuatu tempat dan meninggalkan bayi seketika kepada pengasuh
  6. Sebagai merangsang atau stimulasi lebih pengeluaran susu ibu - memerah selepas anak menyusu ataupun pam sekali sehari untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu badan sekiranya ibu menyusu tidak bekerja.

Jumlah air susu badan yang dihasilkan tidak selamanya banyak seperti semasa berpantang jika kita tidak berdisiplin memenuhi konsep "Supply VS Demand". Susu badan kurang disebabkan kurangnya refleks hormon susu badan iaitu hormon oksitoksin. Jadi sementara nak tunggu banyakkan susu badan, Stok susu ibu sangat membantu mencukupkan keperluan bayi.

Bagi ibu menyusu yang berkerjaya, penyediaan stok susu ibu sedari awal memberi impak yang sangat besar kepada ibu itu sendiri. Ibu berasa tenang dan tidak gusar kerana stok susu EBM yang telah disediakan dapat membantu menampung keperluan anak sekiranya diperlukan kelak.

Selain itu, EBM stok yang tersusun dalam freezer sebenarnya sangat membantu dalam menaikkan semangat ibu untuk terus tekad menyusukan bayi dan juga rajin untuk kerap memerah atau mengepam. 


RISAU SEKIRANYA STOK SUSU EBM TIDAK DIGUNAKAN

  1. Beri pada anak susuan yang lain - Dapat pahala. Dapat membantu bayi yang lebih memerlukan
  2. Buat pusingan stok susu - Contoh: Guna satu pek susu EBM yang dah beku dan simpan satu stok susu beku yang baru pula, dan begitu seterusnya
  3. Guna EBM susu ibu dalam penyediaan makanan bayi
  4. Gunakan stok susu badan sebagai mandian bayi
  5. Sekiranya tak nak juga beri pada sesiapa atau EBM stok sudah expired, siramlah pada pokok bunga. Pasti pokok bunga anda semakin subur.


KEPALA BATAS, PERAI, SET, VITAMIN, SEMULAJADI, SHAKLEE, PRODUK, MENYUSU, BERPANTANG, CONFINEMENT, RAMBUT, GUGUR, KULIT, CANTIK, JERAGAT, JERAWAT, KURUS, TAMBAH, TURUN, BERAT, BADAN, KANAK-KANAK, KIDS,, IQ, BOOSTER, SELESEMA, BATUK, DEMAM, DARAH, TINGGI, DIABETES, SAKIT, OTOT, SENDI, MASALAH, KESIHATAN, MIGRAIN, GASTRIK







0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry