Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga Dua Tahun
Hari ini saya rasa terpanggil nak bantu ibu-ibu yang berhasrat mahu menyusukan badan anak-anak hingga dua tahun. Sebab ramai lagi yang ada masalah susu badan kurang sama ada dari dalam pantang, selepas kembali bekerja ataupun susu mulai sikit bila anak dah mula makan
Pertama, bagi yang berkerjaya, anda harus tukar pam kepada yang double pump. Wajib. Kenapa perlu berkira nak beli pam susu ibu sedangkan perjalanan menyusukan anak tu sangat jauh iaitu lebih kurang 730 hari. Ya, menyusukan anak walaupun ia adalah semulajadi tapi masih memerlukan pengorbanan, kerana setiap pengorbanan itu Allah gantikan dengan pahala. Itulah istimewanya islam.
Kenapa perlu double pam? Kerana lebih menjimatkan masa, lebih praktikal, dan ibu pun kurang penat serta tidak terkejar. Melainkan kalau ibu kurang kerap berada jauh dari anak yang perlu disusui. Pemilihan pam juga penting kerana mengurangkan peratusan susu badan kurang apabila kembali bekerja. Pam yang baik tidak semesti harganya ribuan ringgit. Cuma kaji dulu sebelum membeli.
Kedua, baca ayat ni 100 kali setiap hari, khasiatnya adalah mengelakkan rasa malas, resah, bimbang, menghilangkan kesukaran dan banyak lagi. Kerana ayat ini merupakan penawar kepada 99 penyakit.
Kenapa malas?. Kan dah bagitahu tadi proses menyusukan anak memang tidak mudah, sedikit leceh, tapi hasilnya mampu membuatkan kita bangga dan menitiskan air mata. Dan, selagi kita set pemikiran kita menyusukan itu leceh, menyusahkan dan yang sewaktunya dengannya kita akan tewas. Takkan berjaya nak jayakan projek beri anak minum susu ibu sahaja hingga 2 tahun.
Ketiga, kita kena sediakan 5 perkara ni:
- 12 botol (atau lebih jika mampu) untuk simpan hasil perahan susu ibu
- 4 keping ice brick untuk kegunaan dua beg, 1 beg susu untuk dibawa ketempat kerja, dan 1 lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. Insyaallah dengan dua ice brick tahan sejuk sampai ke petang. Tiada lagi masalah penyimpanan.
- 6 botol susu dan 6 puting, tak perlu yang branded (jika berkemampuan, boleh aje)
- Sabun Dish Wash dan Basic H untuk membantu mempercepatkan proses basuh botol (suami pun rajin nak tolong basuh kalau mudah nak tanggalkan minyak dan kotoran macam ni)
- Sterilizer (sangat membantu cepatkan kerja)
- Berus botol span sepenuhnya
12 botol susu ni boleh digunakan selama setahun. 6 botol susu dan 6 puting tu hanya tukar setiap 6 bulan sekali. Jimatkan. Bers span tu menjaga botol-botol susu anda dari cepat bercalar (BPA akan keluar melalui kesan calar tu) dan tahan lebih lama. Susu ibu pula percuma. Dan barang-barang lain yang saya suruh sediakan tu. Beli sekali dan pakai selama-lamanya. Lagi sangat jimatkan.
3 Perkara Terpenting Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
- Kesihatan Yang Baik
- Rajin
- Susu Badan Yang Banyak
Macamana nak dapat ketiga-tiga ni? anda perlu sediakan ini pula:
- Jaga pemakanan dan jaga kesihatan diri
- Ambil supplement untuk tingkatkan kesihatan diri dan bantu sebagai penggalak tambah susu badan
- Cari sekurang-kurangnya seorang mentor yang telah berjaya menyusukan anak hingga dua tahun sepenuhnya. (Mentor sentiasa membimbing, mendengar, membantu anda jika anda berhadapan masalah dalam projek penyusuan sepenuhnya)
- Sentiasa tambah ilmu untuk berjaya susukan anak sepenuhnya
- Doa pada Allah s.w.t
- Dapatkan sokongan yang padu dari suami (didik dan berkongsi masalah, cerita sepanjang menyusukan anak dengan suami)
Mudah je kan, Tak susah. Tepuk hati tanya keputusan. Kalau anda mahu teruskan anak, anda harus tekad dan berani untuk berubah dan melangkah ke hadapan.
Nak tahu tips tambah susu badan supaya tak panik bila susu kurang hanya dalam masa dua minggu sahaja. Sila tonton video ni. Tak lama pun, tak sampai 1 minit setengah saat.
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz
ID:882854
ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz
1 comments:
yezza.. tips yang berguna
Catat Ulasan