Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Donut Untuk Sarapan Pagi Berkhasiat

Resepi donut simple yang saya olah sesuai untuk anak-anak saya. Baru pagi tadi cuba buat. Saya buat donut ni untuk makan pagi anak-anak. Adunan donut ni saya buat untuk dua orang makan sampai kenyang dan puas


Bahan-bahan Donut Berkhasiat

1 Biji telur (saya guna telur itik kampung ^__^)
2 Sudu makan gula organik
1/2 sudu mentega Nuttelex
1/3 sudu teh garam
suku peket yis kering
250gm Tepung gandum Faiza
4 Sudu Mealshake
Setengah cawan gula organik yang dibelnd halus untuk salutan donut setelah digoreng


Resepi Donut, Resepi Donut Mudah, Cara Buat donut Lembut, Cara Buat Donut Simple, Cara Buat Donut Yang Sedap, Cara Masak Kuih Donut,

Cara Masak Donut Mealshake

Dalam bekas, bancuh setengah cawan air suam, suku peket yis kering, 1 sudu tepung gandum dan 1 sudu Mealshake Shaklee sampai sebati. Biarkan 15 minit.

Ambil setengah cawan air masak dibancuh dengan baki 3 sudu Mealshake. Ketepikan

Dalam bekas besar, adunkan tepung gandum, mentega, telur, gula, garam, bancuhan yis serta bancuhan Mealshake tadi sampai sebati dan tidak melekit. Kalau adunan melekit tambahkan tepung gandum sampai doh lembut dan tidak melekit. Biarkan selama 30 minit.

Selepas 30 minit. Ambil sedikit adunan dan buat bulat sebesar bola golf. Buat sampai habis adunan. Biarkan selama 10 minit.

Selepas 10 minit kempiskan adunan. Leperkan dan terapkan dengan acuan donut. Tapi pagi tadi nak cepat, cuma leperkan dan buat lubang di tengah je. hehe. Buat sampai habis doh kecil-kecil tu. Biarkan lagi dalam 40 minit.

Selepas 40 minit, goreng sampai perang dengan api sederhana. Seduhkan seketika kemudian gaul dengan gula organik yang telah diblend halus. Ok. Sedia dimakan

Hmm, tapi part menggoreng tu saya hand-off mintak suami yang gorengkan. Saya nak pergi kerja dah..hehe..Gambar pun tak sempat ambil. Yang kat atas tu gambar ihsan pakcik google.



Atiqah Aziz @012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com



0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry