Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Alternatif Hilangkan Sakit Gigi Yang Termurah dan Mudah Sekali

Satu hari masa bulan puasa baru-baru ni suami cuti dan dia masakkan lauk berbuka. Saya tak kisah apa dia menu dia masak. Sedap tak sedap. Saya makan je. Bukan senang para suami rela hati masak kelentang kelentung kat dapur kan kan kan. hahaha

Hari tu dia masak daging black pepper. Keesokkan harinya daging goreng kunyit. Sedapkan menu-menu suami saya masakkan. Tapi masalahnya dia tak boleh masak tunggu lama-lama kat dapur. Jadi daging lembu tu tak berapa nak lembut. Dah la frozen beef pulak tu. huhu.

Hmmm..bila makan macam serupa makan kasut Crocs original (eh, macam pernah makan je:p). Liatnya. Sampai terselit sana-sini kat celah-celah gigi. Jenuh guna floss. Ampun big boss!!!! Tu sakit gigi beberapa hari. Lepas tu hilang sakit sendiri.

Tak sempat nak layan isu kesakitan gigi sebenarnya. Nak dekat raya dah masa tu. Sibuk buat projek kuih sepit dengan loyangnya lah. Persiapan rayanya lah. Takdelah vouge raya kami tiap-tiap tahun. Cuma suka last minit shopping. Sebab lagi banyak pilihan, harga pun boleh mintak kurang dan banyak diskaun!!


Masa raya pula macam-macam menu best dan semestinya kerap jumpa daging. Aduiiii. Nak tolak rezeki. Sedap! Pejam mata jap. Lupakan pasal ngeri sakitnya gigi. Huhuhu

Bila kerap sangat makan daging dan daging asyik menyelit celah gigi, apalagi gigi sakit balik lah.

Akibat tak tahan sangat sakit nak pegi jumpa doktor gigi pun masa tak "free",  Saya pun cubalah petua hilangkan sakit gigi dari kawan kepada kawan kepada kawan seperjuangan saya ni.

Serius!!. Soal sedap tak sedap tu belakang kira. Yang penting rasa sakit berdenyut-denyut kat gigi hilang!

Malam tu saya bancuh setitik Basic H dengan secawan air. (sebenarnya ikut titik kitalah. Tersetitik besar ke kecik ke. Basic H is chemical free). Lepas tu minum seteguk lepas tu kumur-kumur, luahkan balik. Ulang sampai habis secawan. (kalau tertelan pun takpe, jagung based je pun, korang tertelan ubat gigi yang tentu-tentu banyak bahan kimia pun tak kecoh-kecoh kan. haha)

Tak hilang dan-dan tu jugak. Masih berdenyut-denyut lagi gigi. Tapi saya relax je. Itulah kelebihan Shaklee, bila bebas kimia dia bertindak dengan lembut sekali. Jadi, dah siap kumur-kumur masuk tidur. Mimpikan toothfairy. haha. Gurau je. Mimpi apatah malam tu. Sebutir pun tak ingat. kikiki

Tapikan.

Esoknya sakit gigi dah takde. Dah tak rasa berdenyut ngilu lagi. Lepas tu minggu lepas ada 2-3 kali makan daging. Terselit-selit celah gigi jugak. Tapi dah tak rasa sakit. Yeayyyy hati gembira balik.

Em, lepas ni nak guna ubat kumur Basic H je pulak. Hehe. Tentu bebas kimia. Jimat duit tak payah beli macam-macam perkakas. Beli sebotol Basic H boleh buat 99 kegunaan. Horeyyyy.



Petua, Ubat, Penawar, Murah, Sakit, Kesakitan, Gigi, Gusi
Inilah pari-pari gigi saya yang datang menyelamatkan gigi saya yang tengah kesakitan. hehe

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry