Teknik urutan yang betul dan lembut dapat memberi kesan tenang dan melegakan tekanan pada bayi terutama bayi yang baru lahir. Sentuhan tangan ibu atau bapa juga mampu membuatkan bayi berasa selamat dan tidak bimbang kerana dia dapat mengenal sentuhan dari ibu atau bapanya. Sekali gus membina keyakinan diri bayi.
Teknik Mengurut Bayi
Letakkan bayi di atas alas yang lembut dan selesa seperti dia tas tilam atau di atas riba kita. Urut secara lembut dan tenang sambil bercakap-cakap serta memandang bayi. Sebelum melakukan urutan gosok kedua-dua belah tangan kita sehingga teras suam sebelum mula mengurut. Seelok-eloknya proses mengurut dilakukan selepas bayi mandi. Mulakan urutan daru bahagian kepala bayi hingga ke kaki dengan sentuhan yang lembut dan sekata.
1. Urut Bahagian Kepala
Usap sisi muka bayi. Mulakan urutan dari bahagian tengah dahi membawa ke sisi dahi melewati ke kening, kemudian ke pipinya sebelum mengakhiri urutan kepala ini berhampiran telinganya.
2. Urut Bahagian Leher dan Bahu
Dari telinga, urut leher bayi dengan lembut hingga ke bahu, dan dari dagu ke dada, kemudian urut bahunya perlahan-lahan bermula dari leher ke luar.
3. Urut Bahagian Tangan
Usap bahagian tangan bayi dari bahu ke hujung jarinya. Menggunakan ibu jari dan jari-jari kita, picitkan perlahan-lahan tangannya dari bahu hingga ke pergelangan tangan dan tangan
4. Urut Bahagian Dada dan Perut
Usap dada bayi perlahan-lahan mengikut arah tulang dadanya. Kemudian, gunakan gerakan memusar untuk mengusap bahagian perutnya bermula dari bahagian pusat ke luar.
5. Urut Bahagian Kaki
Urut kaki bayi anda bermula dari paha hingga ke lutut, betis dan pergelangan kakinya. Kemudian, picitkan seluruh kakinya perlahan-lahan dari atas ke bawah.
6. Urut Bahagian Tapak Kaki
Gosok tapak kaki bayi dari tumit ke jari-jari kakinya. Urut setiap jari kakinya. Akhiri urutan bayi dengan menggosok keseluruhan badan bayi dari bahu hingga ke kaki.
7. Urut Bahagian Belakang
Selesai mengurut bahagian depan, tiarapkan anak anda dan mulakan mengurut bahagian belakangnya bermula dari bahu hingga ke kaki.
Faedah Hasil Mengurut Bayi Kepada Bayi
- Menyempurnakan dan memperbaiki perkembangan fizikal dan psikologi bayi.
- Urutan memberi kelegaan dari simptom kembung perut bayi
- Melegakan ketidakselesaan gusi dan pertumbuhan gigi
- Melegkaan masalah sembelit bayi
- Membantu menyelesaikan masalah bayi sukar tidur.
- Membantu menambah berat badan bayi secara normal. Sangat berguna untuk bayi pra-matang
- Membantu proses tumbesaran yang optimum
- Menenangkan bayi ketika proses salin lampin
- Juga menenangkan bayi ketika mengawal suhu badan sendiri dan juga menghisap susu.
- Menenangkan bayi ketika mengenali objek-objek baru disekitarnya.
Faedah Hasil Mengurut Bayi Kepada Ibu Bapa
- Ibu bapa lebih peka dengan keperluan dan isyarat bayi
- Mampu memahami bayi dengan lebih mudah
- Keyakinan menguruskan bayi bertambah
- Menambahkan perasaan sayang tak berbelah bagi pada bayi
- Menambah kecekapan menguruskan bayi walaupun mengurut bayi hanya sekali sehari
- Bayi yang kerap diurut lebih banyak melihat, bercakap, senyum, mahu didakap oleh ibu bapa
Atiqah Aziz
PM Facebook: Atiqah Aziz
0 comments:
Catat Ulasan