Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Tempoh Tukar Sparekits Valve Medela Free Styler

Selepas setahun lapan bulan, sama usia dengan Abu Ayyub, perkhidmatan sparekits untuk pam Medela Free Styler terpaksa diberhentikan. 

Keanjalan valve sparekits dah kurang disebabkan kolagen dah berkurang. Haha. Just merapu!!

Tapi betullah dah loose keelastikan valve pam medela fs tu. Lepas tu order pada Ajasubreastpump balik. Sepasang RM125. Tak termasuk postage lagi ni.

Katanya sepatutnya sepasang sparekits tu tahan 8-12 bulan bergantung kepada penjagaan si pemakai. Tapi katanya saya guna sampai setahun lapan bulan.

Wah, terkagum kejap dengan medela fs ni. Berbaloi encik suami laburkan pam susu yang bagus ni utk saya. 

Masa guna pam Spectra 3 setiap 1-3 bulan saya kena ganti tau valve nya. Sepasang RM20.

Order semalam hari ni dah sampai esok boleh guna sparekits baru Yeaayyyy.

Jadi kalau korang rasa ada masalah susu badan kurang dan perasan masa pam susu dan rasa susu tak habis dikeluarkan, ceklah pam dan valve pam susu anda ye.

Inilah rupanya sparekits Medela Freestyler tu.


Pam Medela Freestyler, Spare Part Pam Medela, Pusat Servis Pam Medela,
Credit to: Ajasu Breastpump



0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry