Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Biskut Bayi Yang Rapuh dan Lembut

Aiseh mereka resepi lagi. Resepi asal cedok dari grup My Baby Homemade Solid Food. Kali ni buat resepi biskut untuk bayi umur setahun lebih yang baru tumbuh gigi. Selain menyihatkan sebab guna bahan-bahan organik, jugak bantu selesakan kegatalan gusi anak sebelum tumbuh gigi susu.

Lupa dah kat mana simpan printscreen tu. Jadi masa buat tu campak-campak aje. Lebih kurang anggaran bahan-bahannya macamni.

Bahan-bahan Biskut Beetroot Untuk Bayi

1 biji kuning telur
6 sudu makan tepung atta
2 sudu makan gula organik (blend sampai halus)
1 sudu makan puri beetroot



Resepi Biskut Untuk Anak, Resepi Biskut Untuk Anak 1 Tahun, Resepi Biskut Untuk Bayi, Resepi Biskut Mudah, Resepi Biskut Bayi Mudah, Resepi Biskut Bayi Homemade


Cara Masak Biskut Beetroot

Mula-mula rendam sebiji beetroot dalam air rendaman Basic H (1-2 titis) dalam 1-2 minit. Basuh bersih-bersih. Kalau boleh gosok-gosok sikit untuk hilangkan kesan-kesan tanah. Tanpa kupas kulit dan dipotong. 

Rebus dalam 20-30 minit. Seduhkan sampai sejuk. Kupas kulit dengan tenyeh guna ibu jari je kulit tu. Lepas tu blend sampai halus. Tambah sikit air masak atau air dari water pitcher ye kalau rasa blender tu jam tak boleh nak blend.

Memang banyak puri beetroot ni, jadi yang lebih simpan untuk guna untuk masakan atau tambah dalam makanan bayi.

Dalam bekas lain. Pukul kuning telur, gula dan mentega sampai kembang. Masukkan tepung atta sikit gaul sampai rata masukkan bakinya sikit demi sikit sambil menggaul. Tak pasti kena ayak ke tak tepung tu. Sebab saya tak sempat nak ayak. hehe. 

Kalau tak cukup tepung atau mentega, topuplah mana-mana yang patut ye.

Lepas tu uli sampai sebati. dah tak melekit kat tangan dan lembut doh tu kira dah siap uli dah. Nak canaikan doh lepas tu terap ikut acuan kegemaran pun boleh, nak ambil sikit doh lepas tu tepek-tepek nipis pun boleh. Ikut suka

Macam saya, disebabkan nak pantas macam Usain Bolt. Saya tempek kesemua doh tu dalam acuan kek, tekan-tekan sampai ketebalan setengah sentimeter. Agak-agak je. Lepas tu bakar guna Magic Pan Are-ikan dengan api kecik. Lepas 15 minit atau biskut pun terbit biarkan dibakar lagi 5 minit.

Kemudian cek tgk biskut tu. Kalau dah masak tutup api, angkat dan biarkan sejuk seketika. Dah sejuk boleh la patah-patahkan ikut suka macam dalam gambar kat atas tu. Abu Ayyub jenis tak kisah, asalkan namanya makanan yang dia boleh dia makan, dia makan je. hehe



Atiqah Aziz @ 012-5770682 (whatsapps)
atiqahaziz84@gmail.com

2 comments:

mama zaraziyad berkata... Reply Comment

sedapnya, nanti boleh mama cuba...senang dan menyihatkan

Atiqah abd aziz berkata... Reply Comment

@mama zaraziyad:

haaa..cubalah mama zaraziyad..kalau sedap buatlah lagi..mak ayah pun blh tumpang makan. Guna tepung atta ni best..tekstur biskut bila dimakan seolah-olah macam ada oat kisar..best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry