Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Penyedut Hingus Bayi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyedut Hingus Bayi. Papar semua catatan

Cara Keluarkan Hingus Bayi Paling Berkesan

Cara Keluarkan Hingus Bayi Paling Berkesan

Bila anak menghidapi selesema, waktu malam dan waktu awal pagi biasanya adalah waktu hidung mereka kerap tersumbat dan sesekali diringi batuk berkahak. Menandakan mucus banyak disekitar tekak dan hidung mereka. Sudah tentulah mereka sedikit meragam dan adakalanya tak mahu menyusu. Nak menyusu macamana. Nak sedut susu pun tak boleh, hidung sumbat,

Walaupun dah sapu baby vicks vapourub atau minyak bawang putih dan sebagainya. Tetapi kahak atau hingus tetap kena buang juga. Selain buat stim wap dan tepukan percussion tu. Kita juga harus mengeluarkan hingus mereka.

Doktor pakar kanak-kanak memberitahu cara sedut hingus bayi guna mulut orang tua ke hidung anak adalah tidak bersih, dan berisiko memindahkan jangkitan-jangkitan kuman dari mulut ke dalam hidung kanak-kanak. Ya betul, kerana mulut merupakan rumah bacteria. Macam-macam makanan yang kita sumbat dalam mulut kita ni. Dan lebih sadis kalau si bapa adalah perokok.

Jadi cara terbaik menurut doktor adalah dengan menggunakan “nasal aspirator” yang dijual di banyak kedai bayi dan juga hypermarket. Walaubagaimanapun, pengedut hingus yang berbentuk hon adalah kurang berkesan kerana tidak dapat menyedut hingus anak semaksimum mungkin dan menggunakan masa yang lebih lama untuk proses sedutan.

Nasal nose yang terbaik adalah yang berbentuk tiub dan disambungkan ke sebuah botol kecil. Tekanan udara yang diterima oleh hidung bayi juga sangat kurang memberi risiko tisu-tisu dalam hidung teluka atau tercedera.

Masa yang diambil juga sangat pendek. Dalam lebih kurang dua minit sahaja. Tapi hasilnya pasti memuaskan hati ibu bapa dan juga anak itu sendiri. Sapukan juga minyak bawang putih, atau baby vicks vapourub atau baby herbal cream tropika atau minyak gamat yang sesuai pada dada, hidung, belakang badan, tapak kaki dan juga betis

Anak anda akan berasa lega dalam tempoh yang lama, boleh tidur nyenyak sepajang malam dan juga berasa selesa untuk melakukan aktiviti hariannya tanpa perlu merengek disebabkan hidung tersumbat. Penyedut hingus ini lebih bersih, berkesan dan juga tidak merosakkan tisu-tisu hidung anak. Anda bebas menyedut hingus beberapa kali sehari yang diperlukan oleh anak anda.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry