Cara Keluarkan Hingus Bayi Paling Berkesan
Bila anak menghidapi selesema,
waktu malam dan waktu awal pagi biasanya adalah waktu hidung mereka kerap
tersumbat dan sesekali diringi batuk berkahak. Menandakan mucus banyak
disekitar tekak dan hidung mereka. Sudah tentulah mereka sedikit meragam dan
adakalanya tak mahu menyusu. Nak menyusu macamana. Nak sedut susu pun tak
boleh, hidung sumbat,
Walaupun dah sapu baby vicks
vapourub atau minyak bawang putih dan sebagainya. Tetapi kahak atau hingus
tetap kena buang juga. Selain buat stim wap dan tepukan percussion tu. Kita juga
harus mengeluarkan hingus mereka.
Doktor pakar kanak-kanak
memberitahu cara sedut hingus bayi guna mulut orang tua ke hidung anak
adalah tidak bersih, dan berisiko memindahkan jangkitan-jangkitan kuman dari
mulut ke dalam hidung kanak-kanak. Ya betul, kerana mulut merupakan rumah bacteria.
Macam-macam makanan yang kita sumbat dalam mulut kita ni. Dan lebih sadis kalau
si bapa adalah perokok.
Jadi cara terbaik menurut doktor
adalah dengan menggunakan “nasal aspirator” yang dijual di banyak kedai bayi dan
juga hypermarket. Walaubagaimanapun, pengedut hingus yang berbentuk hon adalah
kurang berkesan kerana tidak dapat menyedut hingus anak semaksimum mungkin dan
menggunakan masa yang lebih lama untuk proses sedutan.
Nasal nose yang terbaik adalah
yang berbentuk tiub dan disambungkan ke sebuah botol kecil. Tekanan udara yang
diterima oleh hidung bayi juga sangat kurang memberi risiko tisu-tisu dalam
hidung teluka atau tercedera.
Masa yang diambil juga sangat
pendek. Dalam lebih kurang dua minit sahaja. Tapi hasilnya pasti memuaskan hati
ibu bapa dan juga anak itu sendiri. Sapukan juga minyak bawang putih, atau baby
vicks vapourub atau baby herbal cream tropika atau minyak gamat yang sesuai
pada dada, hidung, belakang badan, tapak kaki dan juga betis
Anak anda akan berasa lega dalam
tempoh yang lama, boleh tidur nyenyak sepajang malam dan juga berasa selesa untuk
melakukan aktiviti hariannya tanpa perlu merengek disebabkan hidung tersumbat.
Penyedut hingus ini lebih bersih, berkesan dan juga tidak merosakkan tisu-tisu
hidung anak. Anda bebas menyedut hingus beberapa kali sehari yang diperlukan
oleh anak anda.
Macam saya, saya menggunakan
alat sedut hingus bayi berjenaman Pigeon. Saya suka gunakan penyedut hingus jenama ini
kerana, kita tidak perlu menarik nafas terlalu dalam untuk menyedut keluar
hingus anak yang pekat dan kental terutamanya. Kemudian, hasil mucus yang telah
disedut juga banyak, dan sekali gus mengosongkan rongga hidung anak.
![]() |
Banyakkan hingus yang diperolehi selepas sedutan tu |
Jangan risau, anak menangis bukan
disebabkan hidungnya sakit apabila disedut. Sama seperti kaedah nebulizer, dengan menggunakan "nasal aspirator" ni anak
akan berasa tak selesa, gatal disebabkan ada sesuatu yang bergerak dari
tekak-hidung dan keluar dari hidungnya. Hehehe. Tak percaya cubalah.
Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz
1 comments:
Kat mana nak beli ye penyedut higus ? Area kL sy xjumpe2 lagi..
Catat Ulasan