Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label cara banyakkan susu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara banyakkan susu. Papar semua catatan

Punca Susu Badan Kurang Dan Cara Banyakkan Susu Badan Semula

Suka nak share lagi pasal penggalak susu ibu ni. Tapi kali ni nak bagitahu kenapa ibu kena amik set tambah susu badan ni. Tak boleh tidak kena ambil tahu cara banyakkan susu badan ni.

Rata-rata yang survey pasal produk banyakkan susu badan ni adalah ibu-ibu yang tengah susah hati stok susu tak cukup atau susu badan semakin kurang.\


cara banyakkan susu, Cara Banyakkan Susu Badan Yang Kering, Cara Tambah Air Susu Badan, Cara Tambah Susu Badan Dengan Shaklee, CaraTambah Susu Dada, Makanan Untuk Tambah Susu Badan, Set Tambah Susu Badan,



Pernah tak ibu duduk dan fikir baik-biak kenapa dan apa punca susu badan berkurang?

Sebab anak ke?

Sebab jarang pam atau drag lama sangat waktu pam/menyusu ke?

Sebab pam rosak atau pam tak efektif ke?

Sebab ibu kerap jatuh sakit ke?

Atau........
.
.
.
Sebab ibu kurang makan atau pengambilan nutrisi harian memang hari-hari tak cukup?

Mesti Baca!! Kenapa Susu Badan Kurang?

Mesti Baca!! Kenapa Susu Badan Kurang?


Ramai dah saya jumpa ibu-ibu yang mengeluh susu badan berkurang setelah sebulan dua masuk kerja semula setelah tamat tempoh berpantang. Takpun anak belum cukup setahun dah susah hari susu makin mengering katanya.

Apa masalahnya, rupanya perkara biasa. Jarang pam. Kenapa jarang pam susu ibu? ha, rupanya ada cerita luar biasa disebalik perkara biasa. heee

Ibu yang sedang menghadapi masalah susu kurang ni sebenarnya ada yang kurang arif mengenai cara mengepam yang betul. Selalunya berlaku pada ibu yang menyusukan anak sulung dan ibu-ibu yang baru pertama kali ingin menyusukan anak setelah anak-anak yang sebelumnya tak berjaya disusui.
(Memanglah "practice make perfect")

Kisah Kejayaan Ibu Bekerjaya Berjaya Exclusive Breastfeed Bayi

Kisah Kejayaan Ibu Bekerjaya Berjaya Exclusive Breastfeed Bayi



Target nak exclusive breastfeeding bayi lelaki hingga 6 bulan terlaksana. Berjaya juga saya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu tanpa campur dengan susu formula.

Sekarang Abu Ayyub telah diperkenalkan dengan makanan pejal. Tetapi susu ibu masih sumber makanan bayi saya. Setiap hari saya bekalkan stok ebm cair sebanyak 6 botol seperti biasa.

Akhirnya saya berjaya buktikan yang ada bayi lelaki tak semestinya ibu jadi tak cukup stok susu. 

Dengan ilmu, teknik penyusuan yang betul, pemakanan, supplement, semangat dan disiplin yang tinggi pasti semua ibu menyusukan bayi lelaki juga boleh berjaya susukan anak sepenuhnya seperti saya.

Macamana banyakkan susu badan? Mudah saja! Kerapkan pam/direct feeding. Hasil susu ibu takkan banyak kalau kita kurang mengeluarkan susu walaupun kita makan makanan tambahan yang termahal sekali.

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan


Sekarang saya sedang menyusukan sepenuhnya anak yang kedua. Alhamdulillah, susu badan saya memang banyak. Sampaikan terlebih cukup untuk keperluan harian Abu Ayyub seharian semasa duduk di rumah Opah.

Kalau masa Yaya dulu saya banyak tak tahu, tapi berjaya juga susukan anak hingga dua tahun, disebabkan tekad dan kerajinan yang tinggi (puji diri sendiri pulak, ayaarrkk). Sekarang saya lebih banyak tahu dari dulu. Awal-awal lahir orang cakap Abu Ayyub tak besar mana. Walaupun lahir 3.49kg. Iyelah, dalam tempoh 10 hari selepas kelahiran memang berat bayi berkurang dan akan bertambah balik selepas 10 hari kelahiran.

Masa pantangkan saya ada cerita sebelum ni Abu Ayyub ada breastfeeding jaundis hingga sebulan lebih sikit. Masa tu bukan sebab saya kurang menyusukan dia atau gila kumpul stok tapi masa itu, susu badan saya sangat banyak. Sekejap-sekejap penuh dan meleleh, hinggakan terpaksa panggil Yaya menyusu dengan saya sekiranya saya culas nak mengepam. Hehe. 

Abu Ayyub waktu tu pulak suka tidur, buang air besar hampir 20 kali sehari, minum sikit, sebelah payudara sahaja. Tapi cukup sebulan berat dia naik lebih sekilogram. Tapi dah tak ingatlah pulak. Dalam 5kg lebih. 

Memang tembam. Sampai opah pun terkejut, baru seminggu tak tengok dah bam-bam. Cukup sebulan, ramai yang tegur Abu Ayyub badan lagi besar dari kepala. Ehehe. 

SUSU IBU, BANYAK, KHASIAT, BAYI, BABY, BOY, LELAKI, SHAKLEE, SEBULAN, UMUR, BERAT,SET, MENYUSU, SHAKLEE, SEPENUHNYA
 Masa opah terkejut tengok Abu Ayyub

Macamana Abu Ayyub boleh membesar dengan sihat, cerdik dan tembam semestinya?


Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry