Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Makanan Bayi Bubur Beetroot Yang Sedap

Resepi Makanan Bayi Bubur Beetroot Yang Sedap


Dah lama nak share tapi lupa share. hehe. Saya biasanya kurang suka nak belek-belek resepi. Entahlah, rasa lambat dan nanti macam runsing je, macam banyak benda je yang takde. hehe. Saya lebih suka try dan error. Yang paling penting saya mesti tahu dan ada jadual sebagai "guideline" untuk bayi apa yang boleh dimakan ikut perkembangan usianya.

Mulai minggu lepas,  hujung minggu saya akan peruntukkan satu hari selama lebih kurang setengah jam ke satu jam, selalunya pakej dengan masak sekali untuk hari tu. Peruntukkan waktu tu, saya akan potong, basuh semua buah-buahan dan sayur-sayuran dan simpan dalam bekas-bekas yang berasingan. Nanti tinggal sedia masak makanan untuk Kakak Yaya dan juga baby Abu Ayyub

Saya tak fikir idea apa untuk dimasak selama seminggu tu. Entahlah rasa macam remeh jekan. Sebab saya suka masak campak-campak dan ikut keadaan. Sebab saya dah terbiasa, buka pintu peti ais je, saya dah boleh plan apa yang nak dimasak, tak sampai seminit pun. Ada sebabnya kenapa saya jadi macamni. hehe

Sebelum ni, saya masak setiap pagi, bahan-bahan pun sediakan pagi tu jugak. Anak baru sorangkan jadi tak kelam kabut sangatlah. Jadi dah hari-hari practice, banyak idea dalam satu minit Plan A, B atau C. hehe.

Ok balik pada resepi tadi, saya teringin nak guna beetroot sebab beetroot ni sesuai untuk budak yang ada eczema dan alahan kerana bersifat antihistamine. Jadi saya pun pergilah cari beetroot ni, memanglah, kalau kita nakkan sesuatu benda masa tulah payah nak jumpanya pun. haha. Jadi, umur sembilan bulan baru Abu Ayyub ada rezeki nak kenal rasa beetroot ni.

Untuk pengetahuan beetroot ni sesuai untuk bayi berumur 8 bulan hingga 10 bulan tau.


Bubur, Untuk, Bayi, Resepi, 8, Lapan, Bulan, Banyak, Khasiat, Puri



Mula kenalkan puri beetroot dengan beras perang dulu. Beetroot ni rasa dia manis, tapi kuat rasa juga rasa tanah. Warna pula menarik, kalau guna banyak sikit serupa macam pekatan sirap tu. hehe. Bila campur dengan beras perang agak tak sesuai sebab tak dapat kurangkan rasa tanah tu. Abu Ayyub pun macam kurang suka je. Tapi tetap makan banyak juga, nganga mula dalam terpaksa juga. haha.

4 hari kenalkan dia dengan beetroot ni, ok pass. Nothing happen to him, dia baik-baik saja. Jadi, next stage, saya ubah resepi jadi macam ni, amaun untuk 3 kali makan. 
  • Segenggam beras biasa (rasanya lebih manis, berkanji dari beras perang sesuai untuk imbangkan rasa tanah beetroot
  • Satu sudu makan dewasa isi ayam (selain berkhasiat, ayam juga berikan rasa garam mineral-masin)
  • Satu sudu makan dewasa beetroot (makanan berwarna merah, oren, biru bagus untuk otak)
  • Setengah sudu makan dewasa carrot (untuk rasa lebih manis dan imbangkan rasa tanah beetroot)
  • Satu hiris bawang kecil (bawang kecil lebih manis dari bawang besar)

Jadi, hasil eksperimen segera ni, Abu Ayyub sangat suka. Mama Happy ^__^. Warna bubur beetroot ni pun cantik tau, pinkish gitu. Ha, ada kan seronok makanan baby ni, Esok-esok tema warna hijau, kuning, oren, merah, putih pulak. hehe.


Kenapa buat 3 kali makan, untuk lebih praktikal dan jimat masa. Takkan nak duduk dapur sepanjang hari sajakan. Jimatkan masa untuk waktu yang berkualiti dengan anak-anak. Makanan hanya pelengkap, susu ibu sudah berkhasiat dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi. Itulah uniknya susu ibu. 

Dah setahun nanti baru ada makanan jejari sebagai makanan ringan dia, lagipun Abu Ayyub umur 11 bulan baru tumbuh gigi 2 batang. hehe. Tapi gambar lupa ambillah, lain kali saya akan upload di sini ya.


Kebaikan Khasiat Untuk Kesihatan Dalam Beetroot Yang Sangat Banyak


Resepi Makanan Bayi Bubut Beetroot Yang Sedap




Sangat Sesuai Dibuat Resepi Makanan Bayi





Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz 
ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz


0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry