Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Simptom-simptom Demam Denggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Simptom-simptom Demam Denggi. Papar semua catatan

Cara Cepatkan Pemulihan Demam Denggi

Cara Cepatkan Pemulihan Demam Denggi

Musim panas ni heboh tentang penyebaran penyakit demam denggi. Yang plaing serius adalah di Selangor. Kita kena waspada dan ambil berat mengenai bahaya demam denggi. Terbaru kata menteri kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam;  Malaysia diancam virus denggi baru yang boleh merosakkan otak dan hati serta mengakibatkan kematian dalam masa yang singkat.

"Datuk Seri S. Subramaniam berkata, wabak itu kini ibarat pembunuh nombor satu negara memandangkan simptom serangan penyakit telah berubah berbanding sebelum ini. Simptom denggi sebelum ini hanya menunjukkan pendarahan dan bintik-bintik pada kulit pesakit.
Beliau berkata, sebanyak 54 kes kematian akibat denggi dilaporkan berlaku dalam tempoh 52 hari pertama pada tahun 2015 berbanding 25 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 116 peratus.
“Wabak demam denggi ketika ini lebih kuat dan berat. Ia kini ibarat pembunuh nombor satu dan disifatkan sebagai wabak yang paling bahaya pernah dihadapi Malaysia kerana ia mampu merosakkan otak dan hati,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam."
Petikan Dari: Kosmo

Punca-punca Demam Denggi

  • Disebarkan oleh nyamuk Aedes melalui cara gigitan terutama pada waktu pagi dan petang
  • Virus akan masuk ke dalam tubuh badan dan menyebabkan kebocoran plasma darah dan pesakit akan kehilangan banyak air dalam badan
  • Seseorang yang mempunyai tahap imun yang rendah lebih mudah diserang virus denggi dan bacaan platlet darah akan menurun dengan cepat
  • Virus demam denggi akan merebak dalam badan dari hari ke tiga selepas digigit sehingga hari ke lima belas


Ketahui cara membantu pesakit cepat pulih dari penyakit demam denggi.

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry