Menyusukan Anak Semudah ABC Bagi Ibu Bekerjaya
Kebanyakkan ibu-ibu hari ini teruja ingin menyusukan bayi selepas melahirkan. Tetapi berapa peratuskah yang berjaya menyusukan bayi selama tempoh sekurang-kurang dua tahun setelah si ibu kembali bekerja?. Adakah Menyusukan anak itu sesuatu yang semulajadi yang tidak perlu dipelajari oleh ibu-ibu?
Saya berkongsi pengalaman dengan anda yang ada secebis cuma. Saya ada kawan-kawan alam maya yang ramai sedang dan sudah menjayakan penyusuan selama dua tahun. Saya ada juga kawan-kawan bekas satu kelas di universiti yang sedang menyusukan bayi mereka. Saya ada kawan-kawan dan saudara disekeliling saya yang juga menyusukan anak. Tapi siapakah antara mereka yang berjaya menyusukan anak hingga cukup atau lebih dua tahun?
Rata-rata yang saya tahu, mereka-mereka yang berjaya menyusukan anak sambil bekerja adalah ibu-ibu yang tidak malu dan gigih untuk belajar serta bertanya pada rakan-rakan dan juga kelas-kelas penyusuan yang dihadiri. Kebanyakkan mereka yang berjaya ini juga mempunyai sokonga moral yang sangat kuat bukan daripada rakan-rakan seperjuangan dan juga keluarga masing-masing.
Namun, yang tidak berjaya menyusukan anak sendiri adalah mereka-mereka yang terlalu kurang pengetahuan. Cukup hanya sekadar membaca tidak perlu bertanya-tanya. Dan juga mereka ini tidak berdisiplin dengan peraturan Demand Vs Supply. Dan juga campur tangan keluarga yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.
Cerita Pertama Ibu Yang Menyusukan Anak
Ada rakan saya yang banyak mendapat ilmu penyusuan bayi dari bahan bacaan, tetapi menghadapi masalah menyusukan bayi ketika di hari-hari pertama selepas kelahiran. Beliau mendapatkan khidmat pakar laktasi untuk menyusukan bayinya dengan betul dan juga mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan yang berpengalaman YANG BERJAYA MENYUSUKAN BAYI hingga dua tahun. Akhirnya dia berkata "Ya. Nak menyusukan anak kena ada ilmu".
Di waktu-waktu awal beliau cuba mengepam susu, beliau sangat kecewa dengan hasil susu ibu yang beliau perolehi. Hanya sedikit. Tetapi dengan bantuan tips-tips dari rakan-rakan. Akhirnya beliau berjaya mendapat lebih banyak susu ibu yang telah dipam. Beliau konsisten dengan disiplin Pengeluaran VS Permintaan. Dan akhirnya, Stok susu beku beliau bertambah dari hari ke hari sehingga memerlukan beliau menggunakan Deep freezer. Sekarang beliau seorang ibu yang bekerja dari rumah yang ceria sambil meneruskan penyusuan anaknya. Beliau terus menambahkan ilmu dari bahan bacaan dan juga perkongsian ilmu dari rakan-rakan penyusuan yang lebih berpengalaman.
Cerita Kedua Ibu Yang Menyusukan Anak
Rakan ini semasa mengandungkan zuriatnya yang pertama beliau juga turut teruja untuk menyusukan anaknya. Beliau berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu walaupun beliau terpaksa menahan sakit dan rasa tidak selesa akibat lukapembedahan untuk melahirkan bayi.
Bulan berganti bulan. Kini tinggal beberapa minggu sahaja untuk dia kembali bekerja. Stok EBM tiada lagi wujud dalam peti ais. Padahal rakannya sudah memberi nasihat supaya menyediakan stok susu beku lebih awal sebelum kembali bekerja, tetapi kurang diambil endah. Kerana kurang pengetahuan dan salah fahaman tentang konsep penyusuan dan penghasilan susu ibu yang berkekalan banyak hingga mencapai tempoh penyusuan yang dikehendaki.
Maka apabila kembali berkerja pada awalnya dia dapat menampung keperluan menyusu si anak. Tapi semakin hari beliau menghadapi sedikit masalah untuk menghasilkan jumlah susu ibu yang secukupnya untuk bekal si anak. Apabila kembali bekerja anda menghadapi sedikit tekanan menguruskan masa dan juga perubahan hormon sewaktu haid. Disebabkan si ibu tidak mempunyai teknik yang betul. Beliau hanya mampu menyusukan anak sepenuhnya sehingga lapan bulan sahaja. Sangat sedih.
Tetapi setelah kelahiran anaknya yang kedua, beliau sudah bersedia dan belajar dari kesilapan lalu. Beliau rajin mengepam untuk menyediakan stok susu seawal mungkin bukan sahaja untuk persediaan stok tetapi juga sebagai stimulasi susu ibu. Stok beliau juga sudah bertambah sehingga memerlukan beliau menyediakan deep freezer untuk menampung bekalan stok EBM nya.
Dia juga rajin bertanya untuk menambah ilmu pengetahuannya untuk menjayakan penyusuan sehingga dua tahun. Berkat sokongan-sokongan dan juga inspirasi dari rakan-rakan, kedua-dua rakan saya ini kini gembira dan sedang berjuang menjayakan projek penyusuan sepenuhnya dengan susu ibu sehingga dua tahun.
Jadi sebenarnya walaupun penyusuan susu ibu kepada si anak adalah perkara habitat atau semulajadi, tetapi jika tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dan sokongan yang kuat. Projek penyusuan anda berkemungkinan terbengkalai di tengah jalan.
Ketahuilah, saat penyusuan bayi itu walaupun bahagia dan tenang tetapi menuntut cabaran dan pengorbanan yang sangat tinggi kepada ibu. Sama ada berkerjaya atau tidak, apabila menjadi seorang isteri, rakyat marhein seperti kita, tiada masa untuk "kering tangan". Sentiasa sibuk seharian. Jadi anda perlu mendapatkan cara dan teknik yang betul untuk menjayakan penyusuan bukan sahaja dari bahan bacaan tetapi dari orang-orang yang berjaya menyusukan anaknya sehingga dua tahun. Satu pengalaman yang sangat mahal tetapi dipandang mudah dan remeh bagi yang tidak memahami jerih perih dunia penyusuan.
Ketahuilah, sebagai umat islam. segala jerih perih menyusukan anak akan dibalas dengan pahala dari Allah bsgi setiap titis-titis susu ibu yang anda berikan pada bayi anda. Tetapi sebagai hamba yang lemah, kita memerlukan sokongan moral dan juga panduan yang betul dari orang disekeliling kita.
Apabila kita menyusukan bayi, kita perlu tahu lekapan bibir bayi yang betul supaya bayi menghisap susu dengan baik dan mendapat susu akhir (hind milk) yang tinggi dengan lemak untuk kelansungan tumbesaran bayi.
Kita juga perlu kerap mengosongkan payudara samaada dengan mengepam atau menyusukan bayi setiap 2-3 jam sekali bersamaan 8-12 kali sehari untuk kelangsungan penghasilan susu yang cukup untuk keperluan bayi anda sehingga anak anda berusia dua tahun. Ketahuilah susu ibu ibarat sebuah kilang. Jika banyak pengeluaran maka banyaklah hasilnya. Jika jarang-jarang mengepam maka payudara akan menghantar insyarat ke otak bahawanya bayi kurang memerlukan susu dan tidak perlu menghasilkan susu yang banyak.
Ini hanya sebahagian sahaja. Anda perlu tahu cara menyimpa susu perahan yang betul, cara membekukan susu ibu dengan betul, menyediakan susu yang telah diperah untuk bekalan anak dan beberapa perkara lagi yang memerlukan cara pengendalian yang betul. Kerana setiap titik susu ibu itu sangat berharga untuk kelangsungan nyawa dan tumbesaran anak anda. Susu ibu ibarat emas intan berlian yang tak ternilai harganya!!.
Oleh itu yang sebenarnya penyusuan susu ibu tidak mudah tetapi tidak juga sesukar mana. Penyusuan susu ibu merupakan momen yang indah yang mengeratkan hubungan ibu dan anak. Oleh itu untuk menjayakan misi penyusuan anda. Anda perlu rajin, berdisiplin dan juga mempunyai ilmu yang betul serta sokongan yang padu dari orang disekiling yang membantu meningkatkan mood yang positif dan memudahkan perjalanan penyusuan bayi.
0 comments:
Catat Ulasan