Eksklusif Cerita Benar Suami Bantu Isteri Hilangkan Kepenatan
Isu isteri penat tak menang tangan nak buat pelbagai tugas, dari sebesar-besar perkara hinggalah menjadi tukang mencari barang untuk suami dan anak-anak. Dialah ibu, dialah private investigator, dialah kaunselor, dialah permaisuri, dialah orang gaji, dialah ibu menyusu, dialah warden asrama. Semuanya atas bahu isteri. Tambah pula isteri, wanita bekerja, haihhhh, LETIH MELAMPAU!!
Bila isteri dah penat sangat, mulalah keluar aura singa betina dan diktator, siapa juga yang merana, suami juga, daripada si isteri sebelum kahwin manjanya mengalahkan kucing siam, romantiknya sampai terangau-angau tiap waktu. Anak-anak pun asyik terasa kurang kasih sayang dengan ibu. Tu tak tambah kadang-kadang isteri macam Hantu Mak Limah Balik Kampung, dek tak sempat nak berhias diri.
Jika dibiarkan isteri makin tertekan dan terjadilah kemurungan, mudah terasa, selalu nak marah. Rumah tangga dah tak bahagia, suami juga yang susah hatikan. Tak kesian ke kat isteri?.
Ada seorang suami ni dia ni macam tipikal suami melayu Malaysia tapi dia boleh berjaya hilangkan kepenatan isteri tercinta dia dan mereka bertambah gembira lepas tu sebab ada perubahan lain yang terjadi dalam hidup mereka. Nak tahu kena tontonlah video ni.



























