Petua Demam Cepat Pulih Tak Perlu Makan Ubat Lagi
Isnin lepas, kami baru je sampai dari rumah setelah menghadiri Program Ipoh Mali kelolaan Fantastic 4 ft Master Dilla Jalil. Baru je selesai makan semuanya, dan sedang tidurkan Abu Ayyub, tiba-tiba suami beritahu suhu badan anak sulung mencecah 38.0 oC lebih dan seluruh badan dia naik bintik-bintik. Kami pun terus bergegas ke Bagan Specialist Hospital. Masa tu, jam menginjak pukul 11 malam.
Demah dahi yaya dengan sapu tangan yang direndam dalam air rendaman Basic H, sampai di hospital, Anak sulung yang berusia 5 tahun dirujuk pada pakar kanak-kanak. Di sana, Doktor mendapatkan butiran maklumat dari kami dan pemeriksaan luaran terhadap Yaya dilakukan.
Doktor beritahu simptom yang Yaya alami bukan disebabkan demam denggi tapi disebabkan jangkitan kuman. Doktor beritahu kemungkinan besar Yaya dijangkiti di sekolah kerana, jangkitan kuman biasanya mengambil masa dalam 1 hingga 2 minggu
Doktor meramalkan kemungkinan besar Yaya mendapat Coaxsackie. Tapi rupanya setelah beberapa hari Yaya rupanya mendapat campak halus. Kiranya ini kali kedua Yaya mendapat campak halus seumur hidup dia. Sebelum pulang doktor masukkan ubat demam melalui punggung, Tahan sahajalah, walaupun mama memang tak rela. Demam dah lebih 38.5 oC masa tu.
Balik rumah memamg dah kebahlah kan demam dia, tidur dalam air-cond pula. Tapi keesokkan harinya demam naik balik ke 37.5 oC. Saya tak sambung sebarang ubat pada Yaya sebaliknya tawakal beri Chewable Vita-C Plus pada Yaya dengan lebih kerap. (Nak tahu rahsia kena hubungi saya)
Suami saya agak tak percaya dengan kehebatan Vitamin C dalam menurunkan suhu demam. Saya yakinkan dia. Dan dia akhirnya percaya. Sehari suntuk hanya diberikan vitamin C. Akhirnya hanya dalam masa sehari suhu demam Yaya turun.
Walaupun pada awalnya bacaan demam dia turun dan naik ke 38.0 oC. Tapi kami teruskan juga pemberian Vitamin C mengikut jadual dan pemberian air masak yang banyak. Malam kedua tu terus badan Yaya berpeluh-peluh, demam dan hilang, dan tidak ada demam lagi esok-esok harinya.
Nak tahu?. Sebelum demam panas tu, Yaya kena selesema dan batuk tau. Tapi disebabkan pemberian terus menerus Vitamin C, Selesema dan batuk dia pun dah baik. dah takde dengan batuk kung kang kung kang lagi.
Nak tahu macamana Tips Beri Vitamin C Untuk Turunkan Demam Anak, hubungi saya ye
0 comments:
Catat Ulasan