Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 6 Tahun
Ingat lupa, ingat lupa rupanya dah enam tahun saya mendirikan rumah tangga. Anak pun dah dua orang yang cerdik, sihat dan banyak keletahnya. Sepasang pula tu. Alhamdulillah. Macam tak percaya je saya berjaya mengharungi fasa lima tahun perkahwinan yang orang tua-tua kata fasa-fasa kritikal kita dan pasangan kita nak saling "bergabung dan memahami".
Ingat lagi pada awalnya fikir macam-macam benda contoh macam, cukup ke pendapatan kami nak tanggung anak yang bakal lahir?. Rupa-rupanya Allah dah tetapkan rezeki untuk anak sulung kami melalui ibu bapanya. Betul orang kata, dah ada anak murah rezeki. Antranya Allah lorongkan saya untuk memulakan jana pendapatan sampingan melalui bisnes online Shaklee.
Saya pernah terfikir dan bertanya pada suami, "bolehkah saya jaga dan besarkan anak kita dengan baik?". Tahu apa kata suami?. Dia cakap "saya yakin isteri saya ni boleh jaga dan besarkan anak dengan baik". (bahasa-bahasa romantika tak digunakan nanti orang muntah) kekeke.
Walaupun itu ayat pernyataan dia, tapi sebenarnya apa yang diucapkan itu juga suatu doa. Alhamdulillah. saya mampu menjaga anak dengan baik, dan mampu menyusukan dia hingga sekarang umur dia dah lima tahun pun. Anak kedua ni lagi cekaplah walaupun mula-mula tu terkial-kial sekejap. Al maklumlah, dah 4 tahun tiada bayi dalam rumah masa tu. hehe.
Selama enam tahun ni tipulah kalau lautan tu tenang je kan. Tambah-tambah dua-dua bekerja, ada anak kecil, masa terhadkan. Lautan bergelora, kisah masam, manis, pahit, payau semua kami dah lalui. Susah senang pun.
Pasangan sayalah sahabat baik saya, kawan bergaduh, suami yang terbaik dan bapa yang penyayang buat anak-anak saya. Walaupun isteri dia banyak masa tak cukup akal dari berakal. hehe. Bak kata suami saya, takkan nak manis sahaja, tak syokla jalan cerita, mesti nak ada pahit masam masin sikit. Barulah meriah hidup katanya.
Pada saya walaupun sampai sekarang hidup kami macam ikan siakap tiga rasa. hahaha. Tapi, saling bertolak ansur, memahami, tolong menolong dan saling tegur menegur itu perlu. Suami tak boleh berlagak seperti raja dan hanya dia yang betul. Isteri pula ada masa patut nasihat dan tegur suami. Kerana suami pun manusia biasa, tak terlepas dari buat silap. (Tapi ikut cara masing-masinglah)
Akhir sekali, sebenarnya bukanlah saya nak cewi pasal ulang tahun saya dalam blog saya ni. Cuma saya nak momenkan buat untuk anak-anak saya nanti. (Kalau blog ada lagi di masa akan datang). hehe. Jadi tahun ni, sambutan ulang tahun kami adalah berjalan-jalan sepanjang hujung minggu sampai sakit kaki. Tapi puas, dapat luangkan masa bersama suami dan anak-anak. hehe
Gambar tak boleh belanja. Bukan kedekut. Tak teringat nak tangkap gambar. Hehe. Suruh yaya tanya abah dia macamana abah dia nak kawan dengan mama dulu. Dia tak tanya aihhh. Dia sendiri cerita ikut versi suka hati dia."Abah jumpa mama, lepas tu kawin. Bila lelaki dan perempuan dah kawin. Allah bagilah anak pada mama dan abah". THE END.
kena marah dengan makcik. Lupa nak tempah viel. hihi
kami pasangan yang simple dan sempoi je..hehe
|
Belanja gambar sanding 1 |
0 comments:
Catat Ulasan