Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Sembuhkan Selesema Dan Batuk Anak

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Sembuhkan Selesema Dan Batuk Anak


Tak perlu keluar duit yang banyak pun nak buat minyak bawang putih ni, Saya kalau bab-bab home remedy memang suka sangat. Tapi kalau yang saya rasa tak merepek dan tak merenyahkanlah. Kalau nak tahu selesema dan batuk adalah jangkitan biasa yang anak-anak hadapi dari bayi hinggalah kanak-kanak. Tapi semakin besar, mereka jarang dijangkiti sebab sistem imun mereka dah matang.

Nak buang kahak bayi atau dengar mereka batuk memang buat kita rasa susah hatikan. Cubalah sapu minyak bawang putih ni pada zon T (pangkat hidung, dahi dan ubun-ubun), dada membawa ari-ari dan seluruh belakang mereka. Sapukan beberapa kali terutama di tengah malam. Tidur anak lebih lena. Dan kahak tu akan turun melalui najis.

Cara nak buat minyak bawang putih sendiri. Mudah je. Sediakan satu hingga dua labu bawang. Kalau anak duduk dinursery atau pengasuh atau ahli keluarga yang jaga boleh bekalkan 1 bekas. Minyak zaitun atau virgin coconut oil. Saya lebih suka guna virgin coconut oil. Bau bawang putih tu berkurang sebab kewangian semulajadi minyak kelapa dara tu lebih menyerlah. 

Tiadalah busuk tengik sangat bau badan anak kita. Tapi ok je kalau nak bau tengik. Janji anak sihat kan. Hehe

Ok, sambung balik. bakar bawang putih hingga isinya lembut macam pes tomyam tu bila dipicit terus dari kulitnya. Lepas tu tumbuk atau lenyek sampai lumat. Gaul dengan minyak kelapa dara atau minyak zaitun tadi. Masuk dalam bekas. Dan siap. Boleh guna sampai sebulan atau sampai korang dah tak tahan ketengikkan minyak bawang putih tu. Hehe.


SID, ID, 882854, PENANG, SEBERANG, PERAI, UTARA, TENGAH,SELATAN, KEPALA, BATAS, SHAKLEE, BEBAS, JAYA,PERMATANG, PAUH, PERMATANG, SUNGAI, DUA, BULUH,BULOH, COD, PENGHANTARAN, PRODUK, VITAMIN, SUPPLEMENT





Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz | ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry