Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Mesti Baca!! Kenapa Susu Badan Kurang?

Mesti Baca!! Kenapa Susu Badan Kurang?


Ramai dah saya jumpa ibu-ibu yang mengeluh susu badan berkurang setelah sebulan dua masuk kerja semula setelah tamat tempoh berpantang. Takpun anak belum cukup setahun dah susah hari susu makin mengering katanya.

Apa masalahnya, rupanya perkara biasa. Jarang pam. Kenapa jarang pam susu ibu? ha, rupanya ada cerita luar biasa disebalik perkara biasa. heee

Ibu yang sedang menghadapi masalah susu kurang ni sebenarnya ada yang kurang arif mengenai cara mengepam yang betul. Selalunya berlaku pada ibu yang menyusukan anak sulung dan ibu-ibu yang baru pertama kali ingin menyusukan anak setelah anak-anak yang sebelumnya tak berjaya disusui.
(Memanglah "practice make perfect")


Ada ibu lain juga yang andaikan waktu mengepam susu yang harus diperuntukkan sama seperti waktu bayi menyusu secara terus (direct feeding). Jadi kebanyakkan ibu akan ambil masa mengepam 20 minit hingga ke setengah jam.

Ada juga ibu-ibu yang anggap lagi lama pam susu ibu lagi banyak susu yang dapat dikumpul. Mak aih saya yang dengar pun dah terasa penatnya nak tunggu. Dah macam barista tunggu kopi terbaik di dunia dituras keluar.

Biasanya bulan pertama bekerja setelah habis cuti bersalin, kita dah sibuk dengan tugasan yang menimbun. Ataupun memang tugas kita sedari hari pertama report duty task kita memang padat.

Ditambah kita ni perkerja yang berdedikasi. Mestilah utamakan kerja sebab membayangkan tempoh pam tu lama makan masa hingga 30 minit. Tunggu betul-betul lapang barulah pam.

Salah ni. Sebenarnya, bila kita biasakan diri kita pam lama selama 30 minit. Sebenarnya kebiasaan mengepam dalam tempoh lama semakin melambatkan Let Down Reflex.

Tu yang ada kes anak ngamuk susu lambat keluar atau aliran susu perlahan sangat. Dan itu yang antara punca anak kurang gemar menyusu "direct feeding" serta susu semakin berkurang.

Bila tunggu betul-betul lapang atau tak sibuk kita akan membiasakan diri kita "skip" atau menjarakkan waktu pam melebihi 3 jam. Bila semakin jarang pam, otak pun menerima isyarat tak perlu lagi hasilkan susu yang banyak. Inilah yg dikatakan bila demand kurang supply pun kurang.


Cara Banyakkan Susu Ibu Semula

  1. Pam selama 10 minit sahaja untuk sebelah payudara dan 10 minit lagi untuk payudara yang lagi satu
  2. Jika guna double pam memadai pam selama 10 minit sahaja untum kedua-dua payudara secara serentak
  3. Selepas pam buat teknik marmet sehingga semua susu habis dikeluarkan
  4. Jika tak yakin atau tak biasa. Pam 10 minit kemudian berhenti selama 5 ke 10 minit dan pam semula selama 10 minit. Kemudian perlahan-lahan pam 10 minit sahaja dan tak perlu rehat sambung pam
  5. Wajib  patuhi pam setiap 2 hingga 3 jam
  6. Jika tiada masa memadai pam 5 minit. Bila biasakan pam 5 minit. Let Down Reflex jadi lebih cepat dan lebih menjimatkan masa anda.

Sebaiknya buat pelaburan yang berbaloi jika kita memilih untuk menyusukan anak sepenuhnya hingga dua tahun. Pilih pam "Double Pump". Elakkan beli pam manual atau single pam. Sebab tak setiap hari kita rajin mengepam ditambah hambatan waktu lagi.


Cara Lain Banyakkan Susu Ibu Supaya Anak Tak Menangis Kelaparan


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.




SID, ID, 882854, PENANG, SEBERANG, PERAI, UTARA, TENGAH,SELATAN, KEPALA, BATAS, SHAKLEE, BEBAS, JAYA,PERMATANG, PAUH, PERMATANG, SUNGAI, DUA, BULUH,BULOH, COD, PENGHANTARAN, PRODUK, VITAMIN, SUPPLEMENT

Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz 
ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz

2 comments:

ibu anak dua berkata... Reply Comment

Mohon share tips banyakkan susu ibu semula...nice sharing

Unknown berkata... Reply Comment

silakan ibu anak dua =)

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry