Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Anak Bawah Setahun Selesema Apa Nak Buat

Masa jerebu risiko batuk selsema sebab asap jerebu. Sekarang ni hujung tahun, musim hujan cuaca sejuk pun boleh buat bayi bawah setahun risiko mudah kena masalah hidung berhingus, berair ni.

Kalau tak dibiarkan nanti batuk payah tidur malam pulak. Kesian kat baby tak lena tidur hidung tersumbat dan batuk kesian kat mak baby jugak, mata sembab jaga anak tengah malam. Jangan risau. Enfuselle Eye Treatment kan ada!!

Macamana nak hilangkan selsema bayi bawah setahun ni? Takkan nak bagi makan ubat kecik-kecik ni lagi kot. Buah pinggang tu fragile lagi nak terima bendasing-bendasing yang membebankan buah buah pinggang.


Cara Sembuhkan Selesema Bayi, Tips Hilangkan Selesema Tanpa Ubat, Alat Sedut Hingus Bayi, Merawat Selesema Bayi, Ubat Selema Bayi, Hilangkan Selsema Bayi


Pertama - Jangan panik!! 

Tahu tak, badan manusia ni Allah dah cipta elok-elok dah. Setiap sel-sel tubuh ada tentera imunnya sendiri. Jadi apabila serangan virus flu ni menyerang badan manusia, badan akan memanas untuk membangkitkan antibodi dan mengekang virus dari terus membiak dalam badan bayi. Seterusnya sistem imun akan melawan habis-habisan virus ni, selepas itu memperbaiki kerosakan sel-sel semula.


Kedua - Tingkatkan Sistem Imun Bayi

Kalau bayi yang menyusu badan legalah ibunya. Ibunya cuma perlu ambil lebih Vitamin C setiap hari dan juga Nutriferon untuk tambahkan kuasa antibodi bayi melalui penyusuan susu ibu. Jadi ketika anak sakit, kerapkanlah dari biasa menyusukan bayi. Sesi penyusuan juga bonus buat ibu-ibu dapat berehat seketika sambil kalori terus dibakar. 

Macamana bayi yang minum susu formula. Kalau dah 6 bulan ke atas, dah mula makan. Tambahkan sebiji bawah putih yang telah dihancurkan ke dalam bubur dia untuk makan sehari. Kiranya sebiji garlic untuk sehari makan.

Kedua buatlah air rebusan ayam atau tulang yang direneh selama 12 jam dengan api yang sangat perlahan. Kalau kering tambah air lagi. Dan semasa rebus tu tambah sekeping dua asam keping untuk menggantikan cuka (bergantung kepada banyak mana anda buat air rebusan tu). Tambah air rebusan ke dalam makanan bayi.

Kalau bayi bawah 6 bulan pula tapi minum susu formula, tambahkan air zam-zam dalam bancuhan susunya. Baca Al-fatihah kemudian dilanjutkan dengan Selawat Syifa ke dalam susu anak yang telah dicampurkan dengan air zam-zam. Ulang setiap kali pagi dan petang.


Doa, Ayat, Syifa', Ikhtiar, Cara, Ulang, Selawat, Anak, Sakit, Sembuh, Penyakit



Ketiga - Rawatan Dari Luaran

  1. Buat minyak bawang putih. Bakar selabu bawang putih sampai isi lembik. Tumbuk halus dan campurkan dengan minyak zaitun atau minyak kelapa atau minyak masak pun boleh. Sapukan kat pada dada dan belakang bayi, batang hidung sebelum tidur, selepas mandi, ketika cuaca sejuk dan juga semasa tengah malam.
  2. Jangan guna air-cond. Guna kipas dan perlahankan kelajuan kipas apabila menjengah tengah malam.
  3. Sapukan ubun-ubun dengan minyak telon setiap kali selepas mandi. Dan pakaikan topi jika berjalan ke tempat yang berair-cond.
  4. Seeloknya bawak anak ambil angin di luar setiap hari (cuaca baik) untuk menghirup udara yang bersih dan segar. Ini dapat membantu melegakan dan melapangkan saluran pernafasan bayi juga.
  5. Galakkan anak aktif bergerak supaya hingusnya mudah mencair, meleleh dan keluar.
  6. Jika hingus banyak sedutla dengan nasal aspirator. Paling mudah hingus ni disedut selepas waktu mandi. Tengah malam rasa anak susah bernafas pun boleh sedutkan.
Nasal Aspirator, Selesema, Buang, Selsema, Sedut, Hingus, Cecair, Kahak, Mukus


Yang penting ibu bapa kena tenang, bersabar, berdoa, kerap buang hingus bayi dan kalau boleh jauhkan baby dari tempat ramai orang. Kerana sistem pertahanan bayi ni terutama yang bawah satu tahun masih lemah dan mudah terkena jangkitan. 



Atiqah Aziz
SID:882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com

1 comments:

Rizziela berkata... Reply Comment

dulu2 anak saya..saya sedut ajer hinggus dia..biar kering

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry