Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Bahulu Comel Untuk Bayi Yang Comel Je

Resepi bahulu yang mudah ni untuk kudapan bayi saya yang dah berumur setahun tujuh bulan. Em rasanya dah setahun setengah baru saya kenalkan gula dalam makanan anak. Biasanya tambah dalam finger food bayi lah. Tu pun tak selalu. Dan saya lebih suka guna gula organik.

Resepi baulu untuk bayi ni saya dapat dari group Facebook My Baby Homemade Solid Food. Suka terjah sini boleh dapat macam-macam idea nak masak kat Abu Ayyub. Kadang-kadang otak mama pun jem juga tak tahu nak masak apa. Hihi

Resepi Bahulu Untuk Bayi, Resepi Baulu Untuk Bayi, Finger Food Untuk Bayi, Resepi Kek Untuk Baby, Resepi Bahulu Moden, Resepi Bahulu Paling Ringkas Di Dunia
Credit to: MyMila Kamila


Bahan-bahan Resepi Bahulu Untuk Bayi Setahun

(Guna Cawan Yang Sama)
1 1/2 Cawan tepung gandum  (saya guna tepung gandum Faiza)
1 Cawan telur 
(pecahkan telur sebiji demi sebiji sampai penuh cawan, saya dapat 3 biji untuk secawan)
3/4 Cawan gula (saya guna gula organik)
Sedikit perasa vanila (yang ni saya tak tambah, lain kali beli daun vanilla baru tambah)



Finger Food Untuk Bayi, Resepi Bahulu Moden, Resepi Bahulu Paling Ringkas Di Dunia, Resepi Bahulu Untuk Bayi, Resepi Baulu Untuk Bayi, Resepi Kek Untuk Baby,
Bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat kuih baulu untuk anak


Saya guna cawan minum teh. Bukan mug tau ^__^. Mula-mula sangai dulu tepung gandum, bagi kering kot. Saya tak berapa tahu sebab musababnya ikut je dulu petua orang mana yang elok. Hihi.

Sambil sangai tepung saya blend halus 3/4 cawan gula (nak dapatkan ala-ala gula aising). Kemudian basuh telur dan pecahkan sebiji demi sebiji sampai penuh cawan.

Kemudian, dalam mangkuk besar, pukul telur dan gula bersama sampai kembang. Rasanya kena pukul lagi lama dan lagi kembang macam opah-opah kita buat dulu. Saya buat dalam 10 minit je kot. Guna mixer. Nak cepat. Nak pergi kerja. Hahaha.

Bila adunan gula dan telur dah kembang masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacau adunan. Bila adunan dah sebati bolehlah baking macam biasa. Alamak nak view bahan-bahan dia internet tengah weng. Tapi asasnya sama je dengan bakar cup cake kalau guna suhu membakar cup cake la. Kalau guna acuan kek ikut suhu bakar kek la.

Saya guna magic pan Are-ikan tu. Ihsan suami. (ye la sangat!). Memang guna sehabis fungsi. ^__^. Saya slowkan api. Tapi tak berapa slow, sebab kalut masak sama. Saya guna acuan kek. Masukkan semua adunan. Cepat sikit siapnya. kikiki

Kalau guna pemanggang ajaib nak bakar kek kena lapikkan dengan pelapik besi tu lepas tu baru letak acuan kek atau biskut dan kena panaskan pemanggang ajaib tu dengan api besar dulu. Lepas tu kecikkan api sebelum masukkan acuan yang berisi adunan kek.

Dalam 20 minit masaklah bahulu saya. Cun-cun je. Bila dah naik bau, tu tandanya baulu dah nak masak. Dalam 5 minit lepas tu boleh tengok dah. Cucuk dulu dengan garpu nak tau masak ke tak. Orang tak pro ginilah. Hahaha.


Resepi Bahulu Untuk Bayi, Resepi Baulu Untuk Bayi, Finger Food Untuk Bayi, Resepi Kek Untuk Baby, Resepi Bahulu Moden, Resepi Bahulu Paling Ringkas Di Dunia
Ni lah hasil kek bahulu. Sedikit bantat sebab tak pukul telur dan gula lama.
Dalam kereta baru sempat snap gambar


Tapi silaplah guna telur algae ni. Bau kuih bahulu eh kek bahulu ni ada bauan rumpai laut la!!!!. Nasib adik dengan Yaya makan bertambah relax je. Selalu guna telur selenium organik tapi tak menyinggah kat Hypermarket. Beli kat pasaraya je. Itu je yang ada yang antibiotik-free. Guna jelah labu. (excited sangat nak masak, tak boleh tunggu esok-esok dah!!)

Next time, buat lagi elok dan tambah vanila sebenar pulak. Nanti saya cerita lagi. Bayi anda comel tak? Kalau nak resepi ni kena puji baby sendiri dulu. Siapa lagi nak ikhlas puji, mestilah mak ayah diakan. Semua baby adalah bayi yang comel dan sihat!!



Pengedar Sah Shaklee Di Pulau Pinang

Atiqah Aziz
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com



1 comments:

Haniliza liza berkata... Reply Comment

Sedap bahulu ni..bole try

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry