Testimoni Nutriferon Bantu Demam Sembuh Dalam Sehari Setengah
saya nak cerita testimoni anak saya sembuh demam tanpa ubat demam
dan antibiotik doktor. Pagi sabtu, suhu badan anak naik sedikit 37.3, paras minima
demam. Apalagi, lepas menyusu terus bagi dia nutriferon dan lapik perut dengan cup
cake. (Sarapan pagi anak sedang disiapkan)
Suhu demam antara 37.3 -
37.6. Suhu ni dikira demam biasa, cuma saya bagi mandi tengahhari seperti biasa
supaya suhu dia tak lebih 38 darjah celcius dan beri dia banyak minum air
masak. Kebetulan performance drink dah keras kematu, jadi saya kerap suruh dia
minum banyak kali.
Jadi, sampai ke petang, suhu dia masih 37.3 - 37.8 macam tu. saya pakaikan cool fever, dan sentiasa pantau suhunya menggunakan termometer. Lepas makan malam saya beri dia lagi sekali nutriferon shaklee ikut sukatan yang dibenarkan. Malam tu dia kelihatan cergas dan suhu dah jatuh 36.5 ++ darjah celcius. Menjelang malam suhunya meninggi sedikit tetapi masih bawah 37.5 - 37.8. Cool fever sentiasa di dahi, minum air masak sekerap mungkin dan saya lapkan dan tuamkan celah ketiak anak dengan air Basic H Shaklee. Alhamdulillah. suhu masih tidak naik lebih 38 darjah celcius.
Kenapa saya pantau suhu dia agar tak melebihi 38 darjah celcius?. kerana suhu 38 darjah celcius merupakan demam tinggi dan perlu berhati-hati agar tidak terkena sawan. itu perkara yang paling saya elakkan. Dan kenapa saya tak berharap suhu anak jatuh 36 darjah celcius ke bawah secepat mungkin?
Kerana itulah fungsi utama interferon dalam nutriferon shaklee. nutriferon shaklee sedang menguatkan dan mengaktifkan antibodi dalam tubuh anak dan melawan virus dan bakteria jahat yang buatkan anak jatuh sakit. Bila antibodi sedang diaktifkan suhu badan akan meningkat secara semulajadi untuk melemahkan dan melumpuhkan pembiakan virus dan bakteria dari terus memusnahkan sel-sel tubuh dan membentuk sel virus dan bakteria yang lebih teguh dan kuat.
Hari kedua, selepas sarapan saya masih berikan nutriferon shaklee, lepas makan tengah hari berikan omega guard shaklee dan selepas makan malam saya beri lagi sekali nutriferon. Dan dalam tempoh demam ini saya kerap membacakan selawat syifa untuk anak. Alhamdulillah, selepas makan malam anak kembali cergas dan berpeluh-peluh, suhu dah jatuh 36.8 ke bawah. Sepanjang malam suhu dia dah tak naik. Siap hari kedua tu dia mintak makan nasi 4 kali sehari. Pukul 10 malam dia mintak makan nasi kali ke empat. Saya turut kan sahaja ^_^.
Dah cergas tu macam biasa la, tidur lambat pukul 1 pagi baru tidur, bangun pagi pun lambat la. nasib la saya aik emergency leave. Hari ketiga suhu dia masih bawah 36 ke bawah dah tak demam. Tapi saya masih berikan nutriferon dan peringat selalu minum air masak banyak-banyak. dan makan malam saya dah tak bagi. Alhamdulillah, hari ni demam anak telah sembuh sepenuhnya ^__^
Oh ya, lupa nak cerita, dua minggu yang lalu saya berhentikan omega guard shaklee dan mealshake shaklee kerana anak sembelit. Bukan kerana mealshake dan omega guard shaklee yang menyebabkan anak sembelit. Tetapi, oleh kerana supplement memerlukan air yang banyak dan anak juga memerlukan aair yang banyak untuk mudahkan pelawasan jadi saya tangguhkan pemberian mealshake dan omega. Jadi sebab itu sistem imun anak lemah sedikit. huhu
Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t demam anak sembuh melalui ikhtiar Nutriferon Shaklee. Bahan semulajadi dari 4 jenis tumbuhan. tanpa setitik pun unsur dadah , steroid dan sintetik.
Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t demam anak sembuh melalui ikhtiar Nutriferon Shaklee. Bahan semulajadi dari 4 jenis tumbuhan. tanpa setitik pun unsur dadah , steroid dan sintetik.
1 comments:
Wow, this article is nice, my younger sister is analyzing
such things, so I am going to convey her.
My blog laser welding equipment suppliers
Catat Ulasan