Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Punca Diabetes dan Bagaimana Anda Menghidapinya

Ramai orang tahu penyakit diabetes jenis 2 disebabkan oleh paras glukosa yang tinggi dalam darah. Tetapi bagaimana ianya terjadi?

Paras glukosa meningkat dalam darah disebabkan faktor rintangan insulin. Sepatutnya setelah makanan yang telah kita makan di dalam perut dan usus akan ditukarkan kepada glukosa, pankreas akan membebaskan hormon insulin.

Hormon insulin akan bertindak sebagai reseptor pembebasan glukosa dari dalam salur darah untuk diserap oleh sel-sel tubuh tubuh yang memerlukan seperti sel-sel otot yang akan memetabolismakan glukosa menjadi tenaga.

Tetapi bagi diabetes jenis 2, pankreas menghasilkan hormon insulin yang tidak efektif dan rosak yang mana hormon insulin ini tidak dapat mengikat reseptor insulin pada sel-sel darah dan tidak dapat mencetuskan isyarat kimia agar membuka "laluan" kepada glukosa untuk diserap masuk ke dalam sel-sel tubuh.

Keadaan inilah yang dinamakan rintangan insulin. Disebabkan rintangan insulin, glukosa yang telah dihantar ke saluran darah tidak dapat diserap oleh sel-sel tubuh dengan berkesan dan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat. 

Punca Diabetes, Punca Diabetes Mellitus, Simptom Penyakit Diabetes, Cara Merawat Diabetes, Bagaimana Kawal Gula Dalam Darah

Bagaimana Punca Rintangan Insulin Terjadi?

Rintangan insulin disebabkan oleh beberapa punca iaitu:
  1. Faktor genetik yang menyumbang sebanyak 5%
  2. Kurang bersenam
  3. Berat Berlebihan
  4. Diet yang kaya dengan tinggi lemak tepu dan karbohidrat ringkas - boleh mengganggu tindakan hormon insulin
Punca Diabetes, Punca Diabetes Mellitus, Simptom Penyakit Diabetes, Cara Merawat Diabetes, Bagaimana Kawal Gula Dalam Darah


Masalah Rintangan Insulin Sangat Merbahaya

Apabila paras glukosa terlalu tinggi ianya akan menyebabkan kerosakan salur darah dan memaksa organ hati bekerja lebih kuat untuk menguraikan trigeliserida (simpanan lemak yang belum digunakan sebagai tenaga), kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan HDL (kolestrol baik). 

Selain itu juga rintangan insulin meningkatkan pengumpulan plak darah beku dalam salur darah yang akan menyebabkan sodium berkumpul dalam darah dan seterusnya mencetuskan tekanan darah tinggi. Inilah puncanya kenapa ramai penghidap diabetes juga akan mendapat tekanan darah tinggi.


Langkah Pencegahan Untuk Mengelakkan Rintangan

1. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari dapat meningkatkan kepekaan hormon insulin
2. Kurangkan kalori dan ambil makanan yang rendah lemak
3. Kurangkan berat badan sebanyak 5%-7%
4. Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan gandum, bijirin
5. Kurangkan makanan manis dan karbohidrat ringkas


Manfaat Vivix Membantu Pesakit Diabetes


Punca Diabetes, Punca Diabetes Mellitus, Simptom Penyakit Diabetes, Cara Merawat Diabetes, Bagaimana Kawal Gula Dalam Darah

Vivix mempunyai 4 mekanisma penuaan pada tahap selular. 4 Mekanisma ini membantu memperbaiki masalah pankreas yang tidak berfungsi dengan baik yang disebabkan:

  1. Tahap trigeliserida yang tinggi - ambil makanan kaya lemak dan lemak trans, berkolestrol tinggi dan gula tinggi serta makanan yang diproses
  2. Pengambilan ubat tahan sakit atau aspirin
  3. Pengambilan aspartame
  4. Dan juga supplement hydrocloric acid yang selalu digunakan untuk membantu melancarkan proses pencernaan makanan

Antioksidan yang kuat dalam vivix juga membantu melawan radikal bebas dari 4 punca yang merosakkan fungsi pankreas.

Vivix juga membantu meningkatkan kepekaan insulin dan menurunkan paras gula dalam darah.

Antara kepentingan vivix selain memperbaiki tahap glukosa dalam darah, menyokong pemulihan dan menyihatkan pankreas, vivix juga menyokong pemulihan simptom-simptom diabetes dengan 4 jenis antioksidan dalam vivix seperti:


1. Mengurangkan jangkitan kulat candida
2. Atasi masalah gatal-gatal
3. Perbaiki Kebas-kebas kaki dan tangan
4. Memperbaiki penglihatan mata
5. Turunkan kolestrol dan darah tinggi
6. Menjaga kesihatan buah pinggang

Pesakit diabetes boleh hidup lama tetapi apabila masalah diabetes tidak dikawal ianya akan menyebabkan komplikasi sakit jantung, tekanan darah tinggi, risiko kebutaan, strok dan juga penyakit buah pinggang.

Ramai pesakit diabetes meninggal bukan disebabkan penyakit itu tetapi disebabkan komplikasi penyakit akibat diabetes yang tidak dikawal.

Vivix telah membantu ramai pesakit diabetes tahap 2 dan juga gesture diabetes mellitus seperti saya. Jadi kenapa harus tunggu dan berkira-kira lagi

Anda mempunyai pilihan untuk hidup lebih lama, dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna, gembira dan bebas menikmati apa yang anda suka asalkan tahu batas-batasnya.

Atau perlu berpantang segala jenis makanan dan juga menghadkan aktiviti yang anda gemari hanya disebabkan masalah diabetes yang makin memburuk.


Atiqah Aziz
SID: 882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com








0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry