Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Nasi Goreng Kampung Suami Suka Sangat Asyik Mintak Masak Lagi

Selalu saya cakap, saya masak ikut suka. Suka eksperimen banyak masa masak. Hahaha. Kadang sedap. Kadang tak sedap. Em, apapun masak dari hati. Tapi bila kalut tu ikhlas tu ya tapi maksud kurang sampai. Kiki. Malam-malam suami suka masakan yang simple, yang senang kat isteri dia dan cepat. Antaranya masakan nasi goreng kampung ni lah. Jom check resepi nasi goreng versi saya ^__^


Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Kampung Versi Suami Suka

(Untuk 2 orang makan)
Nasi sejuk (takda nasi sejuk tanak nasi baru, lepas dah masak, biarkan penutup terbuka seketika)
Segenggam ikan bilis (apa jenis tak kisah)
Setengah labu bawang besar
3 biji bawang putih
10-15 biji cili padi (ikut suka kepedasannya)
Setengah biji lada capsicum hijau
Sejemput belacan yang telah dibakar (lebih kurang besar syiling 10sen, tapi lebih sikit)
Sos ikan (halal)
Garam
Sayur-sayuran (ikut apa yang ada dalam peti sejuk) ^__^





Cara Masak Nasi Goreng Kampung Paling Simple Tapi Sangat Sedap

Bukan saya cakap ye. Suami yang puji sedap. hehe. Dulu dia tak suka nasi goreng yang tak tambah kicap. Sekarang asyik-asyik suruh buat je. Sekarang ni boleh kata tiap-tiap minggu 2 hari jugaklah dia suruh buat nasi goreng kampung ni. Kadang-kadang dia dah tenggekkan nasi siap-siap sebelum saya sampai rumah.

Ok, back to story. Mula-mula rendam dulu segenggam ikan bilis ni. Bagi lembut sikit. Lepas tu, saya kupas bawang besar, bawang putih, cili padi, cili capsicum hijau tu. Dah siap basuh, kupas dan potong kasar-kasar. Masukkan dalam lesung batu. Ketepikan seketika.

Basuh ikan bilis bawah air pili mengalir. Ramas-ramas sikit sampai puas hati sisa kotoran dah keluar. Saya buat cara ni, Alhamdulillah dah tak bersin-bersin lepas makan ikan bilis. Biasanya kalau lepas makan ikan bilis tu duk bersin-bersin, tandanya ikan bilis tak dibasuh bersih. 

Dah siap basuh toskan lepas tu masukkan dalam lesung batu yang ada segala jenis bawang dan cabai tadi tu. Masukkan juga belacan yang dah dibakar. Saya guna belacan dari Penaga. Mak mentua belikan. Belacan tu bulat, RM5 seketul. Tapi serius, belacan pilihan mak mentua saya memang sedap!!

Nak tau, mak-mak sedara suami pakat kirim belacan dari mak mertua saya tu. Asal balik kampung je kami kena export  kan belacan-belacan ni ke rumah-rumah mak sedara suami. Hehe kalau korang nak cuba boleh order. Nescaya pakcik posmen lambat nak ngantornye. Tercium-cium kesedapan bau belacan tersebut. Hehe

Ok-ok, sambung balik. Lepas tu tumbuklah sampai semuanya hancur dan tak beketul-ketul lagi. Nanti cakap tumbuk sampai halus, sampai tengah malam tak siap tumbuknya. hehe. Tumbuk pakai lesung batu kesedapan rencah nasi goreng is VERY MARVELOUS!!

Em, kenapa saya tambah cabai Cameron Highlands yang warna hijau tu. Padahal serius tak pedas langsung. Bau je extra pedas kan. Sebab cili benggala hijau ni beri penambah rasa dan pewarna semulajadi. Nasi goreng nanti tak la putih salju sangat. Ada warna kehijauan kekuningan sikit. Kan berselera lagi kita nak makan. 

Kalau nak tambah cili padi banyak-banyak boleh je. Tapi nanti ada yang berumah dalam tandas je kan. hehe

Dah siap tumbuk, panaskan minyak lepas tu tumis sampai naik bau dan sedikit garing. Masukkan batang sayur dulu. Kacau-kacau lagi dalam tiga minit. Masukkan nasi, garam satu sudu teh dulu dan sos ikan dalam satu sudu makan. Kacau sampai sebati. Garam jangan bubuh banyak lagi. Rasa dulu. Kalau kurang gara, tambah garam. Kalau kurang kick tambah lagi sos ikan. 

Dah sedap rasanya baru tambah dedaun sayur yang dah dipotong tadi. Goreng lagi sampai daun layu. Tutup api, siap. Sedia untuk dimakan.

Gambar takde. Sebab tak teringat nak snap. Nanti saya add dalam entry ni kemudian ok. Yang kat atas tu gambar ehsan google je. lol. Tapi cubalah. Serius sedap!!

Dah sudah makan nasi goreng kampung ni, jangan dilupakan 2 biji Lecithin, 1 biji Omega, 3 biji Afalfa Complex sebelum tidur. Untuk detoks kan tubuh, buang lemak dan kolestrol dalam tubuh ^__^



Atiqah Aziz
SID: 882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com

2 comments:

Amie berkata... Reply Comment

Nasi goreng kampung memang sedap! Nak cubalah keenakan belacan Penaga tu!

aRz MoHa berkata... Reply Comment

terima kasih kongsi resepi...singgah sini dan follow blog ini juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry