2 minggu lepas saya buat Medical Checkup. Bukan suka-suka nak buat tau. Tapi sebab dalam tempoh seminggu tu saya kerap terlena semasa memandu, masa tengah buat kerja juga sedar-sedar rupanya saya terlelap.
Chinch Tea Mix, ESP dan Vita-Lea memang bantu beri tenaga tambahan. Juga Chinch Tea Mix buat saya tak mengantuk dalam tempoh sebelum seminggu tu. Tapi selepas tu Chinch Tea pun tak mampu buat saya hilang mengantuk.
Sampai saya kerap terpaksa berhenti di stesen minyak untuk tidur sekejap. Sampai hampir-hampir nak accident 3-4 kali dalam sehari. Ni tak boleh jadi ni. Tu yang buat medical checkup.
Minggu lepas saya takde kesempatan nak ambil result ujian. Isnin baru ni baru sempat ambil. Dan dah tertulis rezeki saya jumpa doktor a.k.a tuan punya klinik tu.
Nanti snap gambar lain. Yang ni masa tengah goreng pisang panas haritu |
Perkara pertama yang saya tanya, "ujian diabetes saya ok tak?". Dia kata "Ok, takde masalah". "Result awak ni semuanya ok". Lepas tu saya tanya lagi, "Darah tinggi pun takde ke doktor?".
"Ya darah tinggi pun takde" "Semua ok." "Cuma awak kena jaga tahap kolestrol awak". "Walaupun masih dalam kategori normal lagi tapi dah nak nearly ni.".
Ok yang tu saya tahu. Tak tetap makan lecithin, gaya makan yang tak berapa baik lagi (sedang mencuba) dan kurang bersenam. Ya, kesibukan kadang-kadang buat saya lupa nak bersenam selalunya. Cuma ada peracangan je. Huhu.
Tapi bayangkan kalau saya makan dengan konsisten. Amacam. Mesti result elokkan?.
Haha. Lepas ni kena konsisten makan lecithin lah pulak. Rasa nak ambil Phytocol ST sekali. Boleh cantikkan kulit muka sekali. Pakej gitu.
Masa mengandungkan anak kedua saya ada GDM dan juga darah tinggi. Selepas tamat tempoh pantang, saya buat ujian darah, masa tu pihak klinik kesihatan beritahu saya ada kencing manis dan kena dapatkan rawatan lanjutan
Betapa kecewanya saya masa tu. Saya takde pilihan, dahla dalam pantang, berpantang sendiri, menyusukan dua-dua anak. Kumpul stok susu dan anak tengah prolonged jaundis. Selalu laparlah jadinya.
Jadi pilihan makanan berkhasiat yang ada pada saya masa tu Horlicks, roti Gardenia, dan biskut Tiger selain nasi dan lauk pantang. Semua bahan dalam makanan ni bantu tambah susu badan saya, dan selamat dimakan ketika anak tengah prolonged jaundis. Tapi masalahnya kandungan gula tinggi. Itu pasallah result tak lepas.
Saya tolak cadangan rawatan dari mereka dan saya cuba alternatif dengan Shaklee. Saya ambil Vivix, saya amalkan ESP, saya amalkan Set Tripple M dan teruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya sampai sekarang. Dan saya mampu buktikan saya bebas kencing manis sekarang. Alhamdulillah.
4 tahun amalkan produk Shaklee inilah result medical checkup saya. Pengambilan supplement shaklee selama ni membantu melawan radikal bebas, menyerap nutrisi dengan optimum dan juga membantu meningkatkan tahap kesihatan saya walaupun saya kurang bersenam dan tak sempat nak jaga pemakanan sebaiknya.
Oh ya, yang sebenarnya, setelah dianalisis doktor beritahu saya tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Ada betulnya juga. Tapi dari minggu lepas saya dah takde masalah nak langgar orang dan tertidur atas jalan.
Semuanya kerana 1 sebab iaitu waktu tidur yang tak betul. Seeloknya waktu tidur yang betul adalah pada pukul 9 malam atau selewat-lewatnya 10 malam barulah badan kita recover dengan baik. Tidur 3 jam sehari dah memadai sebenarnya. Betul bila saya perbetulkan balik waktu tidur dan bangun selepas pukul 12 tengah malam. Masalah selalu mengantuk di siang hari saya hilang!
Dan Chinch Tea Mix terus jadi minuman kegemaran saya untuk berjaga dan cergas di tengah malam!! Tak kisah nak berjaga ditengah malam. Yang penting waktu tidur kena betul. Rasulullah s.a.w sendiri tak tidur lebih tiga jam untuk lakukan solat-solat sunat dan tidur pada pukul 9.00 malam. setiap hari.
Atiqah Aziz
SID: 882854
Whatsapps: 012-5770682
E-mel: atiqahaziz84@gmail.com
0 comments:
Catat Ulasan